Seumur hidup tak pernah ke Bukit Bendera. Perancangan sejak sebelum Ramadhan lagi dan hari dinantikan telah tiba. Akak akan jejakkan kaki di Bukit Bendera buat pertama kali pada 15 Ogos 2015.
Tapi akak datang dengan kawan sebab kami ada task nak kena buat, iaitu mendaki Bukit Bendera ( hiking ). Nak uji fitness la katakan.
Persiapan nak ke Bukit Bendera
- Workout sejam sehari supaya badan berstamina untuk mendaki (buat selama seminggu untuk bekakan stamina)
- Jaga pemakanan - elakkan makanan berminyak.
- Jaga kesihatan - makan dan amal gaya hidup sihat seperti yang diajar dalam NECK.
- Sediakan pakaian yang sesuai - kasut, baju,seluar track, jaket akak gantikan dengan baju hujan GIVI akak sebab best bila hiking pakai baju hujan ni. Sangat memberi impak dalam pembakaran lemak dalam badan akak.
- Sediakan first aid mini kot la ada kecederaan ke bolehlah prepare apa yang patut.
- Bekalan suplemen - akak bawak tea cinch supaya ada energy yang ummmppphhh nanti.
- Wang yang cukup untuk belanja makan minum, penginapan sepanjang di sana. ( Akak bajet RM300 je ) - bukan nak shopping sangat pun kan?
- Bekalan air yang cukup untuk akak mendaki tanpa kekal bertenaga.
Perasaan akak?
Mestilah teruja! Syukur Allah bagi nikmat untuk menjelajahi bumiNya.
Lagipun akak belum pernah ke sana kan? Nak bercuti jauh-jauh sekarang ni USD dah mahal , jadi eloklah bercuti dalam Malaysia je.
Ringgit trading below RM4 per USD on 12/8/2015 |
Siap bayangkan tempat-tempat yang akak nak lawati ni |
ini track yang akak nak hiking @ daki.. |
Diharapkan kesihatan dalam keadaan baik dan cuaca juga diharapkan dapat mengizinkan kami untuk menikmati kehijauan Bukit Bendera di sana nanti.
Excited bebenor ni tau!Menghitung hari je ni.
Oklah dears semua. Doakan akak selamat sampai dan insyaAllah akak akan kongsikan perjalanan akak dan pengalaman akak di sana nanti.
Semoga perkongsian akak ada manfaat buat anda semua.
Salam kasih sayang dari akak,
Zara,
Ratu Detox
018 97 2964
untuk Nasihat Detox Coaching.
0 comments:
Post a Comment