Hari ni teruja akak nak share kerana akak dah 200hari dalam program Now Everyone Can Kurus Fasa 2 ( 100 hari Batch 1 tamat pada 11 Mei 2015 ). Alhamdulillah akak makin sihat dan makin ceria menjalani kehidupan dengan menambah nilai kepada orang lain.
Nak tau apa yang akak berjaya lakukan setelah akak turunkan berat badan dari 72kg hingga maintain 58kg hari ni. Idola akak masa awal-awal NECK adalah Kak Ziana Zain.
Tak dapat sama tapi iras-iras pun ok jugak kan? |
- Akak semakin sihat dan tiada lagi resdung teruk. Dulu akak resdung tahap gaban, bila lepas mandi je akak bersin-bersin.
- Tiada lagi sembelit yang menyakitkan.
- Tiada lagi kabur mata teruk sejak amalkan pemakanan sihat dalam NECK.
- Tiada lagi muka kusam. Eye Bag hitam dah hilang. Mana hilangnya ? Sebab dah bersih sebab buat DETOX premium.
- Seluar semakin londeh dah. Dulu saiz L sekarang akak pakai saiz S. Saiz M pun muat tapi longgar, kena gulung sikit. Hahaha!
- Baju Kurung dulu saiz XL. Sekarang Saix XS pun dah boleh sarung.
- Jubah saiz M dah longgar. Mujur tak de jual jubah saiz S,cukuplah akak selesa jubah saiz M. Kerjanya tukar saiz je sebab bila dah pandai jaga pemakanan, tahap metabolisme badan semakin tinggi. Best kn?
- Seluar jeans saiz 29 dah muat dan berjaya pakai saiz 28 pulak sekarang. Akak target nak pakai saiz 27 pada 30.9.2015.
Perkara BEST selepas 200hari NECK : Ibadah dan aktiviti seharian
- Semakin rajin bangun tahajud di awal pagi ( seawal 4.30am). Dulu liat nak bangun.
- Semakin rajin membaca Quran / Qalamullah. Dulu nak baca 1 juzuk dekat sebulan baru habis. Yang best lagi akak ada kumpulan Tadarus KN yang akak tubuhkan untuk bersama menjadikan membaca Al Quran secaea istiqomah secara berjemaah. Alhamdulillah. sahabat-sahabat akak memang BEST!
- Istiqomah dalam berdhuha dan akak berazam kekal istiqomah untuk menjemput rezeki setelah rezeki kesihatan semakin baik.
- Tidur bukanlah hobi akak sekarang tapi akak akan penuhi masa dengan aktiviti sihat pada hari cuti, seperti menyertai marathon, hiking dan buat aktiviti freeletics yang semakin menjadi fevret aktiviti. Walaupun coach a.k.a trainer akak dah tau akak dah habis tempoh menurunkan berat badan, tetapi bukanlah kena rasa selesa. Jadikan senaman sebagai rutin kehidupan seharian selamanya istiqomah.
- Berjaya panjat KL tower semasa KL Towerthon pada 17 Mei 2015, 6 hari selepas 100 hari NECK. Akak berjaya naik ke tingkat 25 dalam masa 30 min 49 saat. Pencapaian terbaik walau akak pertama kali menyertai. (klik sini untuk kisah KL towerthon)
- Paling best , kalau sehari tak keluar peluh rasa macam tak lengkap hidup akak. Best kan?
Apa punca akak jadi GEMOK?
Ianya bermula apabila akak mula bekerja syif semula mulai Ogos 2013 dan bekerja selama 12 jam. Rutin hidup dah jadi tak betul sebab 4hari kerja malam kemudiaan off day sambung pulak kerja siang 4 hari lagi.
Stress!
Penat!
Selera makan dah macam kebulur setahun.
aduyai .....saiz seluar masa ni dah masuk saiz 34 inci.
Berat???? Memang tak berani la nak timbang!
Janganlah sembang nak workout masa tu, balik keje je memang FENGSAN dik!
Ini memang biasa sebab akak rasa masa tu dah tak ada life masa akak sebelum kerja syif tu.
Badan makin bam bam sebab rutin makan jadi tak betul. Tidur pulak dah tak menentu. Allahu Akbar!! Camne la nak sihat ni? Mulalah akak rasa down sangat.
Bagaimana akak bermula berubah?
2014 akak mula jumpa MFMS. Apa benda la menatang ni? Hahaha! Maria Firdaus Millonaire Shaklee. Macam best je!
Aku nak sihat ni. Kena ada orang guide aku...ini yang terdetik kat hati akak. Cuba je la mana yang terbaik. Duit bukan masalah. Kesihatan adalah kemewahan abadi. Madah pulak akak. Macam Best je!
Akak pendekkan cerita la ye ,
Akak pun terus PM si Maria tu. Pada hal tak kenal pun. Akak follow blog dia masa tu. Bacalah satu-satu entri dia. Macam best je! Lantak la...dia nak layan, layanlah...tak nak sudah! Nama kau Maria...hahahaha!
Sembang punya sembang, ermmmm...memang terclose la FREE MEMBERSHIP ( sekarang kami panggil MSFMC )..
Kelas tuuuuu!!! Rugi sapa tak join FMC ni!
Maka , 2 Julai 2014 termasuklah akak dalam keluarga Empayar MFMS. Istilah biasa akak, Macam Best je! Hahahaha!
Itu la ayat paling best nak citer hari ni. Nak cerita yang best-best je selain yang best-best.
Perjuangan Menurunkan Berat Badan
Akak sedar diri badan dah GEMOK pada Julai 2014 , masa tu hari raya. Mak aih, memang besarlah baju kurung akak, sebab akak dulu pakai saiz M. Badan sedang-sedang je. Kali ni akak kena pakai saiz XL @ L la yang bagi nampak akak tak berapa besar.
Tapi dah tak selesa dah masa tu dengan peha bercium sokmo, dengan pakai seluar slack saiz XXL. Aduyai...makin besor pulak saiz akak kena pakai. Apa nak jadi ni?
Masa ni akak dah kerja opis hour. Banyaklah masa nak selimkan badan semula.
So, apa akak buat adalah akak niat sungguh nak turunkan berat badan dengan :
- Joging selepas waktu kerja selama sejam
- buat senaman ringkas
- No DINNER selepas 8pm
- paling best akak amalkan DETOX!!! Di sinilah bermula RATU DETOX sebab akak belasah je semua untuk merasa DETOX tu apa?
DETOX tu apa?
Proses penyingkiran TOKSIN daripada tubuh badan secara semulajadi. Toksin ada banyak faktor, antaranya sebab persekitaran yang kotor, pemakanan dan gaya hidup yang tak sihat.
Kesan TOKSIN berlebihan menyebabkan badan lesu, badan lemau, muka kusam, tak de stamina langsung, badan jadi malas dan kurang bersemangat. Inilah akak semasa badan penuh dengan kotoran, dalam kita tak sedar badan kita ni dipenuhi kotoran. Sebab badan senang je nak naik walaupun bukanlah asyik makan aje.
Ok...untuk menurunkan berat badan masa tu, akak amalkan beberapa tips untuk DETOX. Masa ni akak amalkan detox semulajadi. Nak tau apa akak buat? Ok..akak kongsikan sikit ye.
- Amalkan infused water - campur lemon, timun jepun, halia muda. Hari-hari minum. Selain tu ada jugak akak campur daun pudina, strawberi, epal hijau dan serai. Macam best je kan? Tak cuba tak tau dik.
- Amalkan jus buah-buahan - salery, timun, oren, anggur, epal hijau. 3 kali seminggu. Yang ni tak best ok!
- Amalkan set detox dan set bakar lemak.
OK...sejak akhir Julai hingga bulan Oktober 2014 ...berat akak jadi 68kg daripada asalnya 72kg. Ermmmmm...4 kilo turun????
Macam tak best je???!!!!
Apa silapnya lagi ni?? Kena usaha lagi ni. Ok kali ni akak dapat guna gym secara percuma sebab opis tempat akak sediakan gym untuk pekerjanya. Apa lagi , ambik kesempatan la...alang-alang nak selim kan?
Bermulanya Now Everyone Can Kurus
Kalau tak silap masa tu bulan 12 kot...MFMS dah ura-ura nak buat program Now Everyone Can Kurus.
Bestnya! Masa ni akak dah turun kepada 63kg. Maintain la sampai ke bulan 1. Tapi bila ada program NECK tu, akak naikkan berat badan semula. Sebab nak cabar diri berapa akak dapat turunkan berat badan dalam masa 100hari.
OK. bermulalah kisahnya... saiz badan 34 inci pinggang, dada 36, peha 29 inci sebelum akak join NECK. Besor tu. Isssshhhh....!! Tak puas hati betullah.
Perjuangan 100hari NECK Batch 1 bermula 1 Februari 2015 hingga 10 Mei 2015. Rasminya masa tu berat badan akak 66.2kg. Macam best je nak kurus selepas 100hari NECK!
Ok...best pengalaman dalam NECK!
Apa yang bestnya NECK ni?
- Coach sangat-sangat menyokong kami peserta yang join dari segi senaman yang benar-benar membantu.
- MF sebagai mentor sentiasa menyokong dari segi motivasi dan tips kesihatan untuk kami lebih sihat sepanjang program.
- Elmu yang diajar dalam NECK memang takkan dapat dari mana-mana program turunkan berat badan lain.
- Kami sentiasa dipantau walaupun hanya menggunakan apps TELEGRAM.
- Hubungan ukhwah kami dalam group sangat memberi peransang sesama sendiri supaya lebih sihat dan slim selepas 100hari
- Kami sentiasa berkongsi tips jika ada dapat info dari bahan-bahan media cetak atau elektronik.
- Kami macam adik-beradik dan hubungan kami mesra hingga kini ( batch 7 setakat 11.8.2015 )
- Berat akak pada last timbangan 59.4kg. Pinggang cecah 26.5 , peha 24 inci , pinggul dari 44 jadi 37inci, dada dari 36 jadi 34 inci.
- Badan akak tak nampak besar sangat tapi akak tak suka geleber yang ada pada perut , lengan dan peha ni. Jadi dalam NECK geleber-geleber tu dikerjakan. Tu yang inchess lossed banyak.
Seronok?
Mestilah seronok sebab dah sihat, selim dan gojes kn?
Anda nak jadi macam akak?
Boleh je jika kita ada Elmu untuk menurunkan berat badan dan semua dalam program Now Everyone Can Kurus.
Sekian perkongsian ikhlas daripada akak. Diharapkan anda semua beroleh manfaat daripada perkongsian akak hari ni .
Salam sayang dari akak,
Zara
Ratu Detox anda
01 8 977 2964
0 comments:
Post a Comment