Sunday, 23 August 2015

Wow!! Abang Sado Dah Tak Laku!

Assalamualaikum Dears, 
Selamat berhujung minggu dan semoga anda sentiasa dalam lindungan Allah dan dalam keadaan sihat serta ceria di samping keluarga tersayang. 
Alhamdulillah.. syukur kepada Allah akak diilhamkan untuk berkongsi lagi hari ini. 
Syukur hari ni kita dianugerahkan kesihatan yang baik daripada Allah dan kita adalah penjaga amanah untuk menghargai kesihatan ini selamanya. Hari ni dengan rasa berbesar hati akak nak share tentang Pike Push Up. 
Korang penah dengar ke?Akak ingat push up ni orang panggil pumping atau tekan tubi aje la. Rupanya ada banyak jenis variasinya. 

Sebenarnya kan, sejak join Now Everyone Can Kurus ( NECK ) , banyak jugak koleksi senaman yang akak pelajari dan semestinya akak kena lakukan untuk memberikan impak terbaik untuk bentuk tubuh badan akak. Yang paling penting adalah ia adalah senaman yang ringkas dan sangat best dalam membakar kalori.

Inilah rupa gaya senaman ni.
Ok..cara buatnya macam ni.
  • Posisi seperti dalam gambar di atas 
  • Bengkokkan siku ke bahagian kepala yang direndahkan ke arah lantai.
  • Kemudian perlahan-lahan luruskan tangan dan teruskan kedudukan membongkok. 
  • Tahan selama 40 saat dan rehat 20 saat dang sentiasa ulang pergerakan sama selama 30 saat.
Anda pasti suka dengan kesan mengamalkan senaman ringkas ini. 
Turunkan kepala tu serendah yang kita mampu
Buat macam ni ulang setiap hari dalam masa 2 minggu
Bahagian yang terlibat. 
Dengan senaman ni bahagian yang terlibat adalah bahagian bahu, triseps, abdomen , belakang badan dan belakang lutut. Akak dah cuba buat. Memang best!!!

Terasa sangat pada bahagian bahu dan belakang lutut. 
Baru la sado kalau amalkan betul-betul ni!
Hahahaha!

Terima kasih coach Abg Ketak yang banyak share elmu untuk akak jadi sihat. Idaman nak jadi macam Andrea Brazier...Maka , no reason la nak tolak task yang coach bagi. 
Ini gambaran bahagian badan yang terlibat semasa kita lakukan pike push up
Sebagai penghargaan untuk anda yang membaca blog rubyzara ni, akak nak hadiahkan sesuatu.Apa kata anda download ebook percuma ni...(sila klik sini) 

Sesiapa nak Join NECK Batch 8 boleh terus hubungi akak sekarang!
Untuk info kesihatan percuma sila Whatsapp "tips Sihat" ke 018 977 2964 dan akak akan share banyak tips untuk kita sihat bersama. 

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox & Fit
Fitness is My Passion.

0 comments:

Post a Comment