Tuesday, 16 December 2014

Now Akak Can Speak 2014

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya. 

Hadiah Birthday Zara..


Alhamdulillah..Akak bersyukur atas nikmat Allah Taala memanjangkan usia akak dalam bertemu kembali tarikh 12.12.2014 sekaligus bertambah lagi usia akak ke double three.

Semangat akak sampai habis seminar pun masih bertenaga lagi ke level 10


Apa hadiah untuk akak tahun ni?
Akak ada kata sebelum ni kan?

Akak memang tak harap sesapa pun bagi hadiah untuk akak ..akak sediakan hadiah untuk diri sendiri dan akak akan pasti akak akan dapat manfaat daripada hadiah yang akak dapatkan tu. 
Ini dia...akak dah book tiket untuk join Seminar ni sejak Oktober 2014. Excited sangat nak jumpa speaker hebat terutamanya Datuk Aznil Haji Nawawi. 


Seminar Paling Best sepanjang 2014
Ini Hadiah Istimewa untuk diri akak
Apa perkongsian yang akak dapat dalam seminar NECS? 
Nanti akak kongsikan dalam next entry ya.. 
Seminar "Now Everyone Can Speak"  NECS adalah seminar Public Speaking terbesar di Malaysia dan ini adalah julung-julung kalinya diadakan dengan penyertaan lebih 1000 orang di Bangunan Matrade , Kuala Lumpur pada 13.12.2014 sehari selepas ulangtahun kelahiran akak. 

Perkongsian kali ni akak menyeru, jangan la takut untuk membuat pelaburan menuntut Elmu dalam apa jua perkara. Tak rugi malah kita sangat untung apabila setiap majlis Elmu yang dihadiri adalah ibarat berjuang sebab Allah suka orang yang menuntut Elmu. 

Apa dah Jadi? Akak Gugup?
Sangat superb bila nampak Pak Nil live depan mata. Kami tunggu giliran Pak Nil pada sesi malam. Kami tak putus asa menunggu sebab sesi Pak Nil adalah kemuncak program hebat ini. 

Pengalaman akak masa tu , akak dapat naik pentas apabila Pak Nil memerlukan volunteer untuk naik ke pentas untuk belajar bercakap kat atas pentas. (Masa ni tak da rakaman gambar sebab kami tidak dibenarkan rakam gambar semasa seminar berlangsung ). 

Tak pe la..akak rasa puas. Walau sebenarnya akak sangat gugup masa tu bila berdepan 1200 orang dalam dewan dan mereka tertumpu pada kami yang di atas pentas. Uollsss mungkin lebih baik daripada akak namun ini adalah pengalaman akak yang sangat akak hargai dalam hidup akak. 

Masa tu skrip yang diberikan kepada akak langsung tak dapat dibaca dengan intonasi yang ditetapkan oleh Pak Nil. Kenapa la jadi terkunci dan tergamam. Serius akak memang menggigil masa tu. 

Haha...Hambek kau...! Nak sangat bercakap kan? Ingat senang kalau tak belajar bab macam ni, ingat boleh terus bercakap macam tu je? 

Itu la pengalaman pertama akak di atas pentas depan orang yang sebegitu ramai dalam dewan dan akak akan terus mempelajari teknik public speaking supaya akak dapat  menyampaikan informasi dengan gaya yang sesuai dan dapat menarik minat orang lain mendengar ucapan akak atau perkongsian akak pada masa akan datang. 

Semoga akak menjadi seorang speaker atau pengajar yang mampu memberi manfaat kepada orang lain dalam menyampai Elmu kepada yang memerlukan. In shaa Allah. Doakan akak ye. 

Terima Kasih kepada Semua speaker hebat  sepanjang hari berkongsi iaitu :-


  • Tuan Rizal Rashid
  • Puan Annshafeera Ibrahim 
  • Dato' Aliff Syukri Kamarzaman
  • Tuan Amin Idris
  • Cik Fara Fauzana dan yang paling kelassssss
  • Datuk Aznil Haji Nawawi.

=======================================================

Gambar-gambar yang akak share ni , sebab nak bagi korang terasa terbakor nak Join pada masa akan datang. 


Hebat Rizal Rashid ni. Suaranya sangat lunak dan sangat berkarisma orangnya.
Ini Amin Idris dalam perkongsian Komunikasi Gaya Rasulullah SAW
Ayu je Fara Fauzana dengan penampilan pinky nye
Nampak tak akak dapat wefie dengan Fara? Siap upload dalam IG Fara lagi tau.
Kami memang sporting kan? Sanggup jauh-jauh dari belakang pegi ke depan tau
Aksi Dato' Aliff Syukri dengan Fara Fauzana

Pak Nil dengan Ramlah dalam sesi usik mengusik menggunakan gaya
 intonasi suara yang mampu mencairkan hati perempuan.
Sangat sampai mesejnya. Terkesan sungguh!

Energi LuarBiasa Hebat
Sepanjang seminar ni dari pukul 9am sampai la ke pukul 11pm, akak masih mengekalkan stamina akak, energy Luarbiasa akak, Semangat nak Belajar akak ke paras yang maksimum lebih kepada level 10. 

Sangat superb apabila frekuensi positif dapat dikumpulkan dalam satu dewan begini. Setiap kali nak mulakan sesi perkongsian speaker, Emcee akan penuh bertenaga menari supaya kita dalam keadaan selesa menerima Elmu daripada Speaker hebat-hebat ni. 

Ini rahsia akak camne akak kekalkan stamina akak sepanjang hari dalam seminar tu tanpa ada rasa letih dan menguap pun.
Ini la peneman akak sepanjang seminar NECS 2014
Kebaikan Performance Drink Shaklee

Rasa Oren yang sangat asli dan sedap. Uollss pasti suka !
Habis Seminar NECS pada jam 11.30pm akak masih bertenaga dan
 tiada rasa mengantuk. Akak sangat suka Performance Drink ni.
Ke mana-mana adalah peneman setia akak.

Terima kasih uoollsss kerana sudi membaca entri akak kali ni. Akak sayang uoolllsss.
Sekian untuk entri kali ni. Nanti akak sambung lagi cerita yang best-best!
Semoga perkongsian akak memberi sedikit manfaat kepada uollsss.

==============================================================

Ada yang nak sentiasa bersemangat macam akak?
Ada yang nak jadi lebih luarbiasa macam akak?
sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964

4 comments:

  1. Semoga Kak Rubyzara sentiasa success!! Kak zara hebat!! Kaya dan berjaya :-)

    ReplyDelete
  2. go kak zara go!! Semoga akak semakin maju...kaya dan berjaya!

    ReplyDelete