Thursday 17 August 2017

Resepi Cendawan Kukur By Zara Ratu Detox

Assalamualaikum awak...

Terima kasih sudi singgah ke blog akak dan sudi nak baca perkongsian akak hari ni. Hari ni saja nak share tentang cendawan kukur yang akak percaya ramai pernah nampak tapi tak tahu apa namanya dan tak tahu yang cendawan jenis ni sedap dimakan bila tahu cara menyediakannya.

OK ...
akak share info dulu ya .

Cendawan kukur ini banyak tumbuh pada pokok yang mereput dan banyak tumbuh selepas hujan. Warnanya kelabu dan bergantung kepada keadaan kayu di selilingnya. Saiznya dalam anggaran 1-4cm. Bila ianya tumbuh bolehlah dipetik dan jika dibiarkan ia akan kering. Bila dah kering , ia akan mati begitu saja.

Khasiatnya adalah bersifat anti kanser dan ianya ada satu aroma yang asli apabila kita mencium keadaan fizikalnya. Ini real tau ...Kat kawasan rumah kak zara ada pokok buah kuini yang tumbang dan ia tumbuh dengan bahagia di situ.

Yang best nya ialah cendawan ini elok diamalkan sebab membantu kesihatan hati dan juga sangat bagus untuk imunisasi badan kita. Ia juga bagus untuk anti parasit , anti radang dan anti bakteria.

Waaahhhh.....kelassss kan? Mana nak sangka ..tumbuh melata rupanya sangat baik untuk tubuh badan kita.

Cendawan Kukur Tumbuh Pada Pokok yang tumbang.

Saja nak share lagi ni.
Akak ada kutip cendawan ni kat rumah kami. Cendawan ni tumbuh pada pokok kuini yang tumbang dan tak sangka banyak sangat. Apa lagi kami pun kutip dan jadikan juadah makan malam kami dan berulang masak lagi makan tengah hari pulak. 


Sedap ditumis dengan perencah berlado , pedas-pedas sikit campur halia. Wow!! Terangkat makan dengan nasi panas-panas dan ada pulak sambal belacan. 

OK. akak share gambar je la ...bagi gambaran jelas bagaimana rupa cendawan tu. Kalau nampak, tolong la kutip dan bersihkan sebaiknya.

Rendam bagi lembut sebelum masak tau. Nak resepi boleh PM kak Zara terus. Cari je FB : Nor Zahrah Kemon ya 

Ini Pokok Kuini yang tumbang 

Nampak? Seluruh permukaan pokok yang mereput ni dipenuhi cendawan kukur


Seluruh permukaan pokok yang mereput ni dipenuhi cendawan kukur

Seluruh permukaan pokok yang mereput ni dipenuhi cendawan kukur

Bahagia duduk kat kebun dengan hasil bumi semulajadi 

Kita kasi Jempol masa kutip ni memang meriah tengok dan best je pemandangan

Banyak betul kami dapat kutip ... best woooo 
So ,
lepas ni kalau jumpa cendawan ni nanti boleh la cuba masak tau .

Ini Kak Zara campurkan dengan pucuk Ubi. 
Sedapppp makan panas-panas. 

Sedaaappp habaq hang 

Alhamdulillah.. 
Best kan sharing kak Zara ?
Hari ni 17/8/17 ... sengaja akak ambil tarikh ni nak post artikel ni .
Sesekali guna tarikh lawa ni .. Bagi ada kenangan pada tarikh. 


Ada lagi citer best.. Korang bukak-bukak la artikel akak yang lain. 
Ada banyak sharing pengalaman akak sejak 2015. 


Set Combo yang diminati ramai 

Ni penutup sharing kali ni .. 
Akak ni ada jual set detox usus yang makin femes de amos ni. sangat membantu dalam mendetoxkan usus dan detoxkan darah. 

Aloe vera yang bertindak pencuci dan menyihatkan usus. 
Artic Sea - minyak ikan yang satu-satunya mengandungi minyak zaitun dan terbaik di muka bumi ini. Tiada syarikat lain yang ada jual gabungan ini selain artic sea keluaran Forever Living. 

Ok la .. nak info lanjut atau nak order boleh KLIK SINI. dan nanti akak bantu korang untuk consult PERCUMA. 

Ok gais....
Terima kasih sudi singgah dan baca sharing akak pasal cendawan tekukur ni. 
Semoga bertambah pengetahuan korang bab khazanah bumi yang makin dilupai. 

Salam sayang daripada akak , 
Zara Ratu Detox, 
Coach Detox Anda. 

Wednesday 16 August 2017

Hangatnya Cinta Seorang Isteri Buat Suaminya

Dears, 

Suka akak nak share perkongsian ini. Tulisan sahabat dalam group FB yang disebut namanya ASAM GARAM. Lalu akak ambil sebagai perkongsian yang indah buat pengajaran indah bagi pasangan suami isteri yang sedang lalui bahtera yang camerlang , gemilang dan membahagiakan. 




Saudara wanitaku sekalian, 

Seorang isteri yang baik tentunya membantu meringankan beban suami..... menenteramkan... menenangkan dan bergerak mengikuti langkah suaminya. Ketika sang suami mengalami kelelahan... tentunya suami akan akan datang kepada isterinya untuk mendapatkan ketenangan..... seorang isteri memberikan impak yang begitu besar terhadap kelangsungan hidup dalam kehidupan berumah tangga. Menjadi isteri bukanlah ‘tugas’ yang mudah khususnya untuk menjadi seorang isteri yang hebat. Namun apabila anda melakukan beberapa perkara ini.... maka suami anda tahu bahawa sesungguhnya dia mempunyai isteri terbaik di dunia..... ayuh semak senarai berikut. Anda Gembira Dengan Kejayaan Si Dia Ketika si dia gembira kerana prestasinya....anda juga turut bahagia..... anda tahu anda isteri yang istimewa apabila anda sama gembira melihat kejayaan suami anda. Anda Menonton Filem Kegemarannya Berulangkali Anda sudah menonton berjuta kali filem kegemarannya.... namun anda tetap tidak pernah jemu..... bonusnya ialah bila anda tertawa pada saat yang tepat. Anda Mendahulukan Si Dia Si dia nombor satu dalam hidup anda.... anda memastikan karier dan hobi anda tidak lebih penting daripada dia..... tidak ada orang yang lebih anda utamakan. Anda Suka Melakukan Beberapa Hal Sendiri Hanya kerana si dia yang anda utamakan ini..... bukan bermakna anda hanya berkepit dengan si dia semata-mata..... walaupun anda lebih suka berada dekat dengannya....anda tidak keberatan menyendiri dan membiarkan si dia menyendiri kerana masing-masing memerlukan waktu untuk berseorangan. Anda Memasak Makanan Kegemarannya Walau anda tidak suka dengan makanan kegemarannya...... namun anda tetap memasak makanan kegemarannya..... untuk menunjukkan bahawa anda tahu apa yang si dia sukai..... dan anda ingin melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hatinya. Anda Membuat Si Dia Tertawa Anda isteri terbaik di dunia...... jika tahu khalimat apa yang akan membuatkan si dia tertawa...... atau bagaimana membuat si dia tersenyum...... hanya dengan satu kilas pandangan. Anda Menyimpan Rahsianya Jika suami anda merasa kurang selesa apabila anda mahu berkongsi rahsia dengan orang lain.....maka anda tidak akan melakukannya.....suami anda berkongsi rahsia dengan anda kerana dia amat mempercayai anda. Anda Selesa Dengan Rakan-rakannya Anda sedar bahawa suami anda sudah mengenal teman-temannya sebelum mengenal anda.....jadi anda tidak keberatan jika suami anda ingin keluar menghabiskan masa bersama. Anda Membuatkan Si Dia Terasa Diperlukan Walaupun anda mampu melakukannya sendiri .....namun anda tetap mahu meminta si dia melakukannya untuk anda.....dengan cara ini si dia akan rasa amat diperlukan oleh isterinya. Anda Meninggalkan Catatan Buat Si Dia Isteri yang baik memastikan suaminya tahu bahawa dia dicintai...... nota kecil di dalam begnya sudah cukup membayangkan betapa hangatnya cinta anda kepada si dia. Anda Berdoa Untuk Si Dia Ketika berdoa selepas solat....anda tidak lupa untuk mendoakan yang terbaik buat suami anda..... anda memohon hanya yang terbaik buat suami anda......ia sebenarnya lebih menghangatkan lagi hubungan anda dengan pasangan secara spiritual. Anda Berusaha Keras Membuatkan Perkahwinan Anda Harmoni Tidak peduli apapun yang terjadi.....anda berusaha untuk mempertahankan perkahwinan yang telah dibina......jika saatnya hubungan terasa hambar....anda segera mengambil tindakan bagi mengharmonikan semula kemesraan suami isteri.

Akhir kata, berusahalah untuk jadi isteri terbaik buat suami meskipun suami milikki 2,3,4 isteri dan kita berkhidmatlah sebaik-baiknya sebagai wanita yang taat padanya. Allah ada sediakan ganjaran dan buatlah semua itu kerana Allah semata ... 

InshaAllah ..cinta kalian pasti dikukuhkan ke Syurga. Cinta buatnya bukan sekadar di bibir saja dan jadikan hari ni lebih baik daripada semalam. 

Semoga berbahagia ye sayang ... 


Ingin Cuci Usus ? Klik Sini 
Ingin Cuci Karpet ? Klik Sini