Friday 14 August 2015

Panduan Mengelakkan Kudung Kerana Diabetes

 Assalamualaikum dears, 

Manja sikit kali ni. Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat dan bahagia hendaknya. Tenangkan hati san sentiasa bersyukur atas nikmat Allah SWT. Terima kasih sudi singgah ke blog rubyzara hari ini. 

Dewasa ini kita semakin risau dengan keadaan kesihatan rakyat Malaysia. Ada je masalah kesihatan dalam 5 orang individu dewasa tak kira dewasa lelaki atau dewasa perempuan. Tengok ajelah kenyataan akhbar tentang penyakit kencing manis di Malaysia. 

Sangat merisaukan!
Kita kenali dulu jenis-jenis kencing manis @ diabetes.

  • Hipoglisemia ( paras gula dalam darah terlalu rendah ) 
  • Hiperglisemia ( paras gula dalam darah terlalu tinggi ) 
Ada yang perlu ditekankan adalah ketoasidosis - di mana keadaan serius yang boleh mengancam nyawa dan ia berlaku apabila badan pesakit benar-benar kekurangan insulin dan tahap gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.

Pastikan keadaan gula dalam darah memberi petunjuk kewujudan diabetes dalam tubuh badan kita.
Bagaimana nak kenali kedua jenis ni?

Tanda Hipoglisemia 
  • Badan lemah , menggigil
  • Berpeluh
  • Pening
  • Lapar selalu
  • Penglihatan kabur 
  • Sakit kepala
Cara Mengatasi Hipoglisemia
  • Jika ada tanda-tanda sedemikian , minum 1/2 cawan air manis atau 3 biji gula-gula manis atau 3 sudu teh madu asli.
Tanda Hiperglisemia 
  • Kerap buang air kecil 
  • Terlalu dahaga 
  • Sangat letih
Dehidrasi 
  • Amat dahaga
  • Kulit dan lidah terlalu kering 
  • Fikiran terganggu 
Tips penghidap diabetes untuk berpuasa

  • Pengukuran tahap gula darah sebaiknya diambil pada awal pagi sebelum puasa dan selepas iftar serta bersahur. 
  • Berhenti puasa jika didapati bacaan gula dalam darah menurun ke paras sasaran yang sepatutnya turun pada waktu pagi atau tengah hari.
  • Jangan SKIP bersahur.
  • Memadai berbuka 2 biji tamar dan digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib.
  • Ambil supper digalakkan selepas bertarawih.
  • Jauhi makanan berlemak, berminyak.
  • Amalkan pemakanan berserat.
Tamar bagus untuk manisan dan makan ketika berbuka sebelum hidangan utama
Keadaan Bacaan Gula dalam Darah.
Cer check mana tahap gula dalam darah anda?
Saranan untuk penghidap kencing manis @ Diabetes

Kekalkan kesihatan dengan bersenam
Pemakanan yang disarankan

Cadangan hidangan untuk penghidap kencing manis
Makanan yang mengandungi garam yang tinggi Wajib dijauhi
Kesan amalkan pemakanan manis inilah akibatnya
Nampak kan? Ini semua kes tak jaga makan maka anda pun berpotensilah dapat hadiah kencing manis dan jika dibiarkan akan melarat.
Takkan nak sampai jadi macam ni kan?
Saranan untuk menyelesaikan masalah anda
  • Berhenti merokok kepada yang merokok 
  • Berhenti amalkan makan / minum yang manis 
  • Sila amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat. Bersenam sejam sehari sangat membantu daripada langsung tak buat apa-apa untuk diri anda. Amalkan pemakana sebagaimana yang dicadangkan supaya anda dapat kawal kandungan gula dalam darah.
  • Banyakkan makan sayur, buah-buahan , low karbo dalam hidangan utama anda.
  • minum air masak secukupnya.
  • Turunkan berat badan jika didapati anda bukan dalam BMI Normal. Nanti kira BMI anda menggunakan kalkulator BMI yang akak dah sediakan dalam blog akak ni, ye.
  • Perlukan makanan tambahan untuk dapatkan nutrisi lengkap supaya dapat mengawal gula dalam darah. 
Nampak kan? Diabetes ada dalam senarai jika anda Obesiti
Cadangan suplemen untuk penghidap kencing manis dan beberapa testimoni
Tengok testimoni ni 
Rangkaian suplemen yang terbaik sejak lebih 50tahun 
Set Kencing Manis yang Terbaik!

Set Kencing Manis yang sangat bagus untuk diamalkan bagi melengkap mutrisi tubuh badan 
Vivix tetap yang terbaik dalam membantu mengawal gula dalam darah dan sememangnya pilihan terbaik jika anda pilih untuk BEBAS diabetes.
Alhamdulillah ....

Mudah-mudahan perkongsian akak kali ni memberi manfaat kepada yang ada masalah gula dalam darah yang tidak stabil. 

Bertindaklah segera untuk membantu diri anda menjadi lebih sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih enjoy di samping orang tersayang. 

Janganlah kerana kita tak sihat , tak nak jaga kesihatan anda tergamak menyusahkan mereka meratap penderitaan kesakitan. Eloklah mencegah daripada masalah melarat lebih teruk. 

Akak ada saudara mara sebelum ni dah meninggal dunia pada 9 April 2015 akibat kandungan gula yang tak stabil, sejarahnya yang suka makan / minum manis-manis. Memang tak ada lah nak bersenam bagai. 

Sampai satu tahap Arwah dah dipotong kedua-dua belah kaki serta ada kesan pada kedua belah buah pinggang dan kena jalani rawatan dialisis 3 kali seminggu sepanjang hayat. Bayangkan dengan kedua belah kaki kudung, naik wheel chair dan naik turun kereta untuk ke pusat dialisis. Akak yang tengok pun rasa kesian tapi lagilah berat dugaan Arwah masa tu hanya Allah SWT saje tau. Masing-masing ada bahagian ujian tersendiri yang Allah dah sediakan assignmentnya.

Kebelakangan sebelum arwah meninggal dunia, mata arwah semakin kabur dan dalam masa singkat sahaja mata arwah terus gelap dan seolah-olah buta. Arwah sangat sedih tapi dah terlewat untuk merawat mata sebab tahap serangan gula dalam darah tu susah nak kawal. 

Ada satu masa tu, Arwah mengalami Hipo, dan akibat daripada itu terpaksa cucuk insulin setiap 8jam kerana tahap gula dalam darah sangat rendah dan ia sangat membahayakan arwah. 

Ya Allah... permudahkanlah urusan Arwah di alam barzakh. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah. 

Sekian perkongsian akak kali ini dan semoga memberi manfaat. 

Akak doakan anda yang membaca jagalah kesihatan sebaik mungkin selagi hayat dikandung badan. Jangan melengahkan tindakan. Semoga anda sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan sentiasalah prihatin dalam menjaga kesihatan.

Akhir kata, berbesar hati akak untuk kongsikan Ebook ini kepada anda sebagai pembaca blog akak, Sila klik sini untuk download percuma Ebook Sihat.

Salam kasih sayang daripada akak, 
Zara Ratu Detox. 
Kita sihat Kita Bahagia , 
Allah pun suka. 

0 comments:

Post a Comment