Wednesday, 19 August 2015

Wow!! Diari Kekal Langsing Zara Detox

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog rubyzara. Terima kasih sudi singgah membaca dan akak harapkan anda semua dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. 

Sejujurnya ...suka akak nak kongsikan rahsia langsing akak dalam masa setahun ni ( sejak Ogos 2014 ) hingga la kini masih akak kekalkan kelangsingan akak. Maklumlah akak kan Krew Awesome Program Hebat Now Everyone Can Kurus, kenalah jadi contoh kepada peserta dalam mengekalkan kerampinganku ini. ( Aduhai..ada yang muntah hijau baca statement akak ni) 

Alhamdulillah sekarang ni sejak amalkan pemakanan sihat , gaya hidup sihat dan nutrisi yang cukup, badan akak keseluruhan semakin rasa sihat sangat dan sentiasa aktif dalam apa jua aktiviti. Syukur sangat-sangat akak semakin CARGAS!

Berbesar hati akak nak kongsikan beberapa tips kecergasan dalam mengekalkan kelangsingan akak selama ini dan akak harapkan ada manfaat untuk anda semua. 

Ok...Teruskan membaca ye.


Jom amalkan beberapa perkara yang akak amalkan!

Jauhi makanan Masin untuk kuruskan Badan 
Yang ni akak setuju sebab bila makan makanan masin anda akan terus menerus berselera makan aje tau. Means bila makan makanan yang kurang masin, kita akan makan sekadar keperluan. Ini sangat bagus dalam proses untuk turunkan berat badan secara efektif. 

Nasi Perang Bagus untuk proses menurunkan berat badan 
- Sebenarnya antara beras merah dan beras biasa tidaklah jauh beza kalorinya tetapi ianya berbeza kandungan seratnya. Semakin tinggi serat, semakin lama ia dihadam oleh badan dan anda akan rasa kenyang lebih lama.

Best ke best?

Lagipun harga keduanya bukan la jauh beza.


Untuk lebih sihat , akak amalkan beras perang dalam diet harian
Ais penyebab Lemak di Perut
Penimbunan lemak di perut adalah daripada pengambilan ais adalah tidak ada kaitan sama sekali. Sebab kita boleh je minuman berais supaya dapat  menstabilkan suhu badan kita tetapi jangan la minuman manis berais. Jika minuman manis berais memanglah akan menjadikan kandungan lemak berkumpul dengan prinsip ," sikit-sikit, lama-lama Tebal.." maka berlakulah penternakan lemak dengan jayanya.
Tak salah nak minum ais tapi akak tak amalkan sangat la sebab lebih suka minum air suam
Minuman Tenaga Buat anda aktif 
Kebanyakan iklan produk-produk minuman tenaga yang ada syorkan ia bagus untuk diminum, kononnya akan menjadikan badan kita aktif atau cergas selepas penat bersenam atau beraktiviti lasak.

Sebenarnya ia hanya sangat tidak bagus sebab dalam minuman sebegitu kandungan gula punyalah tinggi dan ini sangat membahayakan tubuh badan anda dalam jangka masa panjang, Sebaiknya jika kita penat setelah bersenam atau beraktiviti lasak, eloklah kita berehat sebentar.

Akak nasihatkan , bagi yang ada diabetes janganlah amalkan minuman tenaga ni kerana bukan sekdar kandungan gula yang tinggi tapi kadar kalori ramuan yang lain tidak dinyatakan dan akibatnya kurang kawalan akan lebih memudaratkan kesihatan.


Jaga-jaga dengan pengambilan air tenaga yang kononnya membantu memberi tenaga lebih dalam beraktiviti lasak
Suplemen untuk badan Fit 
Ok..bab ni ramai yang tanya kat akak, perlu ke ambik suplemen untuk kekalkan badan fit. Sebenarnya ada banyak kajian yang dijalankan untuk statemen tersebut. Pada akak, suplemen adalah makanan tambahan atau erti kata lain, ia adalah nutrisi tambahan untuk kita amalkan supaya badan kita dapat nutrisi yang diperlukan supaya sistem tubuh badan kita dalam bekerja dengan baik. 

Namun, pemilihan dan cara pengambilan seplemeen hendaklah dirujuk dan bukan mengambil suplemen secara melulu. Ini kerana mungkin suplemen ada yang tak sesuai dengan tubuh badan anda.

Macam akak , memang akak ada ambik suplemen untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan dalam tubuh badan sekali gus membantu badan akak menjadi lebih sihat. 


Set suplemen yang banyak membantu akak dalam proses melangsingkan badan sejak Ogos 2014
Santan tidak sihat dan Berlemak 
Ramai yang beranggapan lemak santan sangat tidak baik untuk kesihatan. Hakikatnya kan anda kena tahu yang lemak tepu pada santan adalah lebih baik daripada lemak yang terkandung dalam makanan bergoreng. 

Akak suka lauk lemak cili api...tapi teknik masakan akak dengan buat masak lemak rebus sekali dengan perencahnya. Tak perlu tumis supaya dapat kurangkan kandungan minyak dalam kuah lemak akak.


Eloknya guna santan asli bukan yang santan kotak 
Ini lauk kegemaran kami sekeluarga dan akak masih menikmatinya tanpa ada risau sebab akak ada Elmu bagaimana nak kawal 
Jika kita rujuk sebaiknya, lemak santan bagus untuk kesihatan dan dapat membantu menurunkan berat badan asalkan menggunakan santan kelapa asli dan anda janganlah ambik secara berlebihan kerana lemak tetap mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi. 

Berat badan turun dengan minum kopi 
Ok...bab ni akak suka nak share. Kopi memang membantu anda menurunkan berat badan jika anda tau bila kopi ini perlu minum. 

Akak ada tips:  Minum kopi pekat tanpa GULA dan minum 30minit sebelum senaman @ workout , ia mampu membantu anda membakar lemak dengan adanya kandungan kafein dalam kopi. 


Kopi O yang boleh diamalkan sebelum mula bersenam supaya meningkat metabolisme dalam pembakaran lemak dalam tubuh badan
Jadi, kopi sangat membantu akak untuk turunkan berat badan dan badan akan lebih segar dengan minum kopi sebelum senaman @ workout.

Protein bahaya untuk buah pinggang
Tiada kaitan untuk katakan pengambilan protein akan mengundang masalah kesihatan buah pinggang kita. Ini kerana pengambilan protein sangat sesuai dengan keperluan terutamanya atlet atau yang sememangnya suka bersenam atau beraktiviti lasak. 

Jadi, protein sangat bagus dan ia sangat menyihatkan dengan kadar ditetapkan. Akak memang lebihkan protein dalam diet harian akak dan ia sangat membantu akak menjadi lebih nampak berotot selepas berjaya menurunkan berat badan dari 72 kilogram ke 57.7 kilogram setakat (18/8/2015). Alhamdulillah. 
Set ini yang akak amalkan dan ia sangat membantu akak lebih aktif dalam aktiviti outdoor akak.
Alhamdulillah dapat berkongsi dengan anda bagaimana akak melangsingkan badan dan dalam masa sama kesihatan akak bertambah baik. 

Diharap ada manfaat untuk anda semua dan mana yang baik boleh dijadikan amalan pemakanan supaya lebih sihat.

Harapan akak semoga anda semua sentiasa amalkan gaya dan pemakanan yang lebih sihat selamanya. 
Untuk tips kesihatan lagi anda boleh dapatkan daripada akak dengan whatspp "Tips Kesihatan Percuma" Ke 018 977 2964. 

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
Fitness is My Passion.

0 comments:

Post a Comment