Semua sedia maklum Malaysia sekarang dalam masalah kegemukan yang serius. Kita sebagai rakyat Malaysia wajib peka tentang perkara ini.
Lihatlah statistik ini. Adakah kita penyumbang kepada obesiti ini?
Mengapa jadi begini? Ini kerana Malaysia adalah negara yang mewah dengan makanan, rakyat Malaysia sememangnya ghairah bila berhadapan dengan makanan yang bermacam-macam warna dan rasa.
Tapi adakah kita sedar bahawa tabiat inilah yang menyumbang masalah obesiti kepada seluruh rakyat Malaysia. Tiada kawalan untuk sesiapa menikmati makanan lazat dan ia bukan satu jenayah besar dalam Malaysia. Tapi ia adalah jenayah besar untuk diri anda sendiri.
Setuju ke dengan statement akak? Ye lah ..kita makan tak hengat maka bila berat badan dah tahap obesiti barulah nak rasa sedar dan masa tu dah macam-macam penyakit bersarang dalam badan kita. Antaranya sakit lutut disebabkan berat badan berlebihan. Hari ni akak nak kongsi bagaimana obesiti berkait rapat dengan sakit lutut.
Kesan Obesiti
Bila dah obesiti macam-macam penyakit mula bersarang dan sila ambil tindakan jika BMI anda dalam keadaan obesiti.
Bagaimana nak check? Nanti boleh check pada kalkulator BMI pada kanan blog akak ni ye. Mudah je. Masukkan berat badan terkini (kg) dan masukkan ketinggian anda dalam unit meter (m) Jika anda dalam paras overweight atau obesiti , anda sebenarnya ada potensi menghadapi masalah sakit lutut. Ini yang akak nak kongsikan apa kaitan obesiti dengan sakit lutut.
Best ke hidup dengan keadaan sakit lutut?
Nak berjalan perlu bertongkat.
Nak solat berdiri tak larat.
Nak bersukan pun tak boleh.
Hanya mampu duduk dan menagih simpati orang lain sebab sakit lutut sedangkan sakit lutut ni wajib kita jaga.
Ngadu Sakit Lutut
Kebanyakan mereka yang berlebihan berat badan akan mudah sakit lutut. Ini kerana penambahan berat badan akan menyebabkan ketegangan pada lutut hingga mengakibatkan berlakunya penipisan tulang rawan. Kesannya ia akan menyebabkan radang sendi atau dikenali arthiritis..
Bila berat badan meningkat , lutut akan mula sakit secara perlahan dan ganggu kesihatan kita |
Bila berat badan berlebihan tulang rawan semakin menipis dan inilah punca lutut sakit |
- amalkan gaya hidup sihat
- amalkan pemakanan sihat
- lebihkan protein, serat dalam makanan seharian
- kurangkan makanan bergoreng, berminyak, bersantan, makanan manis dan makanan masin.
- pemilihan senaman yang sesuai sangat penting untuk mengurangkan berat badan dan masalah sakit lutut dapat diatasi.
Perkara di atas akak boleh buat kesimpulan , ianya ada dalam program khusus untuk turunkan berat badan anjuran kami.
Program ini berlangsung selama 100 hari dan ia sangat membantu peserta untuk menurunkan berat badan kepada lebih ideal. Mereka akan dipantau dan diberikan tips kesihatan yang sesuai dengan keadaan fizikal peserta.
Dah banyak testimoni sejak dilancarkan Februari 2015.
Kami sangat komited untuk membantu rakyat Malaysia yang Obesiti. Kebanyakan peserta kami 90 kilo ke atas dan kami mampu bantu mereka untuk mengurangkan berat badan.
Bagaimana nak sertai program ini?
Hubungi akak 018 977 2964 ( Whatsapp / Telegram )
FB : Nor Zahrah Kemon
Blog Rasmi : Now Everyone Can Kurus ( sila klik sini )
0 comments:
Post a Comment