Monday 22 June 2015

Teorinya Kita Akan Minum 8 Gelas Air Kosong Setiap Malam Sepanjang Ramadhan

Ini teori.
Realitinya, ramai yang minum air manis malam tadi semasa buka puasa.
Betul atau tidak.
Tahukan anda, minuman bergula dan manis akan melambatkan proses kita menurunkan berat badan.
Kalau nak turun berat badan, banyakkan minum AIR KOSONG.
Teorinya macam tu lah.
Realitinya... Hanya yang berjaya elak minum air manis akan dapat turun berat dengan cepat.

Please pilih makanan dan minuman yang sihat.
Anyway.. Kata nak kurus....
Kita bukan nak gemuk ok....
So, elakkan minuman bergula yer....
Siapa komited nak minum air kosong malam ni, sila komen, "Saya Minum Air Kosong".
Semoga bermanfaat dan memberi dorongan untuk turunkan berat badan dalam Ramadhan kali ni. 
Akak doakan anda semua akan lebih sihat selamnya selepas menjalani kehidupan yang sihat sepanjang Ramadhan Kareem ini. 

Salam kasih sayang, 
Zara a.k.a Ratu Detox Lemon Madu.
018 977 2964 

Sunday 21 June 2015

Teknik Selamatkan Selipar Dari Hilang Masa Kat Masjid

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan dari akak kepada yang sudi singgah ke blog RubyZara769 hari ni. Semoga beroleh keberkatan daripada Allah SWT setelah seharian berpuasa hari ni. 
Alhamdulillah , syukur sangat-sangat bertemu lagi kita dalam Ramadhan kali ni dan akak doakan semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang lebih baik daripada sebelumnya. 
Sama-sama kita mohon Allah berkati amalan kita sepanjang Ramadhan ni. 
Ok, akak nak share tips selamatkan selipar darip[ada hilang ketika terawih. Saje share dengan uolllss...Semoga beroleh manfaat.

1. Jangan pakai selipar mahal.
2. Letak kat tempat yang selamat seperti di dalam rak yang di sediakan.
3. Asingkan selipar dan letak kat tempat yang berlainan. 
(Selalu buat ni tapi kene ingat letak mana. Kalau tak naya).
4. Tawakal dan berdoalah agar selipar itu selamat
.
Pernah gak tengok orang manggakan selipar tapi toksah lah buat camtu ek. Hehehe


Semoga bermanfaat. 

Salam Ramadhan buat semua dari akak. 
Zara a.k.a Ratu Detox 
018 977 2964 
Untuk rundingan Detox Percuma.

Sunday 7 June 2015

Gempar !! Program Now Everyone Can Kurus Semakin Mengganas

Assalamualaikum semua pembaca blog akak., 
Bersyukur ke hadrat Ilahi akak masih bertenaga nak sharing lagi hari ni. 
Akak doakan semua pembaca dalam keadaan dilindungi Allah SWT dan sentiasa sihat dan kurus selamanya. 
Hari ada suprise tau....perkongsian testimoni peserta program Now Everyone Can Kurus ( NECK) yang makin cun melecun. 

Teruskan membaca dan semoga beroleh manfaat.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =  = = = = = = = = = = = = = = 
MAK DARA DAH JADI ANAK DARA
==============================
Best ke Best Perubahan macam ni....
Alhamdulillah..

Rasa cam tak percaya.
Bila refer coach.. Dia cakap memang dah beza. Walaupun baru 63Hari (9minggu).
Orang lain pun, ramai yang tegur dan tanya.
Apa rahsia saya?
Actually, tiada apa rahsia melainkan tunjuk ajar dari Mentor dan Ilmu serta motivasi pembakar semangat yang selalu dikongsikan dalam Program NECK nie.
Kawan-kawan yang sentiasa membakar antara satu sama lain🔥🔥🔥🔥🔥🔥
Saya kurus dari rumah. Tak perlu berjumpa coach. Coach guide melalui group telegram. "
Inilah sedikit perjalanan proses kurus sahabat kita.
Amacam?
Best ke best?
Inilah yang dikatakan kurus dengan Mentor, Ilmu dan Support Group.
Anda bila lagi?
Nampaknya, jadi anak dara lah raya nie dorang semua, ye.
Saya doakan anda semua kurus dan sihat.
Jom Kurus dari Rumah.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Ini baru sikit punya testimoni....sila klik sini untuk testimoni hebat peserta NECK yang semakin berjaya dan berjaya dapat berat badan ideal masing-masing.
Akak juga bersyukur berjaya menjadikan lebih fit daripada ukuran pinggang 33inci dan mengecil hingga 26.5 inci. 
Alhamdulillah..
Akak doakan uollsss juga tekadkan diri untuk jadi lebih sihat dan kurus selamanya.
Hubungi akak jika ingin seperti mereka dan kami bantu impian anda tercapai untuk dapatkan berat badan ideal dan badan yang lebih sihat dengan NECK.
Sekian perkongsian akak hari ni dan sila hubungi akak untuk sertai mereka. 

Salam Kasih Sayang, 
Zara a.k.a Ratu Detox LemonMadu
018 977 2964 
Whatsapp @ Telegram.

Friday 5 June 2015

Tun M : Nothing To Hide

Petikan ucaptama Tun M pada dialog bersama PM bertajuk ‘Nothing To Hide’...
"....Bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang telah berlaku dan kenapa saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong DS Najib walaupun dia adalah anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi PM. 
Saya amat terhutang budi pada Tun Razak. Sebab itu saya hendak DS Najib meneruskan perjuangan Tun Razak. Sebab itu saya sokong DS Najib. Tetapi saya dapati banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara. 
Dia terlalu tunduk kepada Singapura. Dia terlalu tunduk kepada Amerika. Sehingga nak buat keretapi di negara sendiri pun dia bertanya kepada PM Singapura. Bolehkah saya buat keretapi laju di negara sendiri? Dia bagitahu tak boleh. Jadi DS Najib sendiri pun tak bolehlah... pasal PM Singapura tak setuju. Jadi apakah negara kita ini sudah merdeka? Atau kita masih dijajah. 
Ternampak bagi saya seolah-olah negara kita masih dijajah. Banyak sudah rancangan dan polisi lama yang dibatalkan dan digantikan dengan dasar-dasar baru ciptaannya sendiri yang saya tak bersetuju. Namun saya tahan hati. Saya beritahu kepada diri saya, saya bukan PM. Masa saya sudah habis. Ini masa DS Najib dan saya tak patut ganggu. Saya bertahan lama. 
Tetapi apabila kehilangan wang berbillion ringgit. Saya dapati ini tak boleh dibenarkan kerana perbuatan ini dibuat secara sulit. Tidak diberitahu kepada rakyat dan tak diberitahu kepada kabinet pun. Saya ingin menceritakan daripada mula, diwaktu mana cadangan dibuat, dimana duit minyak Terengganu mahu digunakan untuk pelaburan. Dan ditubuhlah satu badan pelaburan TIA, Terengganu Investment Authority. 
Tetapi walaupun ia milik Terengganu tetapi negeri itu sendiri tak berkuasa atas pengurusan wang tersebut. Segala pengurusnya dilantik oleh DS Najib. Saya bermula pendapat bahawa ini adalah cadangan yang baik. Seperti Kuwait dulu boleh melabur. Dan menjadi lebih kaya. 
Tetapi saya dapati pengurusannya tidak seperti yang dikehendaki. Yang pertamanya, telaga minyak Terengganu mahu digadai nak dijadi collateral untuk pinjaman wang. Ini telaga minyak Terengganu adalah milik Terengganu dan telaga minyak milik negara. Kita tak boleh gadai semudahnya. Zaman dulu kita biasa gadai tanah untuk nak dapat bantuan daripada British. 
Bagi Pulau Pinang, bagi Singapura pada orang. Ini nak digadai harta kita kepada orang dan dibuat pula tanpa tanya orang negeri Terengganu. Saya diberitahu bahawa tiba-tiba cadangan dibuat untuk pinjam sebanyak 5 billion Ringgit dengan cagaran telaga-telaga minyak Terengganu. Pihak Istana tidak setuju dan disuruh supaya pinjaman ini ditangguhkan tetapi DS Najib teruskan juga sebab itu Terengganu asingkan diri daripada perkara ini. Pada masa itu pun sudah ada jolo menghasut sana sini supaya diadakan pelaburan....."

Ucaptama terhenti apabila pihak Polis mula menyerbu nak ke pentas untuk memberhentikan ucapan Tun M. Apabila Tun M memberitahu sebab ucaptamanya kepada Polis, mikrofon telah dirampas dan Tun M diarahkan duduk.
Dialog ‘Nothing to Hide’ batal bukan arahan Najib atau saya, kata Zahid - See more at: klik sini untuk cerita penuh.

+ = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = == =

ISU MALAYSIA TERKINI :
  • GST 
  • Petrol naik harga 1hb Jun 2015 
  • BRIM patut dihentikan 
  • Penganggur semakin ramai
  • Pekerja MAS seramai 6000 orang dibuang 
  • Harga barang makin meningkat 
Dan banyak lagi sebenarnya....akak pun tak reti nak senaraikan ....sebab akak sentiasa doakan Malaysia terus aman dan sama menjalani kehidupan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah Nabi Muhamad SAW. 

Semoga Allah selamatkan negara kita dan sama-samalah kita berdoa sentiasa Malaysia dalam keadaan yang selamat daripada dijajah secara senyap-senyap dari negara musuh Islam. 

Promosi Bulan Cantik Bulan Sihat 


Thursday 4 June 2015

Wajib Baca !!!! Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum wbt 
Terpanggil akak nak share tentang perkongsian Mudahnya Menjemput Rezeki ini. 
Jom baca sama-sama dan semoga beroleh manfaat. 

 = = = = = = =  = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

Assalamualaikum w.b.t  
A very good sharing by a friend

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT 
REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan
sekolah. Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya  
Menjemput Rezeki" yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.




Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-
SUNNAH..

Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa.
Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding
luar biasa. Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.

1. Networking pertama adalah DHUHA.


Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tambah rakaat..makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah.

Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud. 


Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni.

Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran. 


Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka handphone atau rancang nak buat apa  

dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada
kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
Contoh :  
bila tak baca Quran dgn alasan banyak kerja, even duk rumah je pun, kita akan rasa. 
"Eh, dah pukul 12? 
Cepatnya masa berlalu!
Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa.
Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa, terlalu lama. 
Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu, 
kita akan rasa, "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini? 
Laju sangat ke aku buat kerja? 
Rasanya biasa je, relax je. Hmm"

4. Berzikir..


Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari.




5.Solat Berjemaah.


Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid.

Pergi 10 minit awal sebelum azan.




6. Bersilaturrahim..


Janganlah kita memecahkan silaturrahim. 

Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.



7.Bersedekah. 


Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi. 

Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Testimoni beliau lagi..


seorang kawan pergi outstation 7 hari. 
Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..
bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. 
Dia sedekah 3 tempat anak yatim. 
Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. 
Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH



8.Solatlah di awal waktu.

Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. 
Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..
batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.



9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.



10.Tawakal dan Usaha.


Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal.

Tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.



4 amalan surah setiap hari.


● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu


● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha


● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar


● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.


Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

Semoga ada manfaat buat kita...
Sedang mencuba In Syaa Allah

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Alhamdulillah

Diharap semua pembaca beroleh manfaat daripada perkongsian ini.
Akak juga dalam proses istiqamahkan diri dalam mengamalkan amalan menjemput rezeki.

InshaaAllah kita akan sentiasa dalam keadaan dilindungi Allah SWT.

Salam kasih sayang daripada akak,
Zara a.k.a Ratu Detox anda,
018 977 2964.
Selamat beramal dan selamat menyambut Ramadhan yang akan datang ini.