Saturday 31 January 2015

Detox is Not A Diet

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya. 
Hari ni akak teruja nak share tentang apa yang dikaitkan dengan DETOX dan DIET.

OK..Begini..

DIET - adalah 
sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit; contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.

Paham ke paham ?

Ramai yang menyalahguna istilah DIET ni...sebab bila sebut DIET je mesti kata TAK MAKAN untuk capai berat badan ideal..IDEAL la sangat....Hello...salah amat tu dek..

Tau tak yang sebenarnya kita perlu makan untuk menjaga kesihatan kita. Meninggalkan makan pada masa yang biasa sebenarnya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kecuali jika kita berpuasa. Bila kita berpuasa, badan kita bersedia untuk tidak menerima makanan. Keadaan yang sama tidak berlaku jika kita tidak berpuasa. Badan kita menunggu untuk menerima makanan bila sampai waktunya, dan ia akan mengeluarkan asid yang diperlukan untuk menghadam makanan. Sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid tersebut akan terkena kepada dinding usus dan merosakkannya.

Paham ke sampai level ni? Kita teruskan ye....Fokus nak tau ni kan? 

Kita sambung semula ye...
Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. (Akak ada share dalam entri lepas. Nanti klik pada Detox tu ye) 

Jadi apa kaitan kedua-duanya ni?

Suka akak nak tekankan di sini adalah >>>DETOX IS NOT A DIET 

Ia bermakna jika kita melakukan sesi DETOX hingga berjaya di mana badan akan menjadi lebih sihat, segar, dan lebih ceria daripada biasa. Namun kita wajib makan seperti biasa walaupun melakukan aktiviti berDETOX ni. Ini kerana DETOX adalah seperti batu loncatan untuk membantu memudahkan penyerapan suplemen atau nutrien daripada apa yang kita makan dan badan menjadikan lebih sihat dan bebas daripada TOKSIN dan RACUN yang ada di sekeliling kita.
DETOX adalah pemangkin untuk jadi lebih sihat ...Ingat tu!
Selain itu dengan berjayanya DETOX ni...ia membantu kita mengelakkan DIET YOYO. 

Laaa...apa pulak diet yoyo ni?

Ok..akak jelaskan sikit...sambung baca lagi k..

Apa pula diet yoyo?
Diet yoyo ni apabila ada seseorang menurunkan berat badannya hingga ke tahap yang ideal dalam masa yang singkat mungkin dan mereka akan kembali makan sesedap rasa tanpa mengawal pengambilan makanan apapun. Masa ni la badan mereka akan naik kembali dan mereka akan berusaha untuk menurunkan berat badan semula dalam masa singkat dan sanggup mengambil risiko hingga tahap makan UBAT KURUS. 
Jika diet sebegini diulang – ulang ia akan menyiksa tubuh badan mereka dan boleh membahayakan keadaan dalaman tubuh badan mereka. Yang peliknya, banyak sangat orang yang melakukan diet yoyo ini hanya kerana nak kelihatan cantik dan bukan kerana nak SIHAT sebagai matlamat utama. 
Nak Macam ni ke? Usah la ye...
Suka akak nak menyeru, usahlah lakukan amalan pemakanan dan amalan diet sebegini. Nak tau diet yang betul , cari la ELMU, cari la MENTOR dan carilah FORMULA MESTI yang mampu membantu kita capai berat badan ideal dengan guideline yang betul. 

Dengan FORMULA MESTI akak tak risau berlaku DIET YOYO 
Super Detox Group 2015 Bersama Zara
Dalam group #Super_Detox,  akak akan coaching uoollsss menjadi lebih SIHAT , CERIA, ANGGUN dan BERGAYA setelah segala TOKSIN dan RACUN selamat dikeluarkan daripada badan. 

Alhamdulillah mereka menerima ELMU yang akak kongsikan dalam Online Coaching Telegram Group. Jadi , inilah medium yang paling mudah untuk akak berkongsi. 

Kepada yang nak join sila Add akak ye 018 977 2964. Banyak info , menu sihat yang dikongsi dan memberikan kesan positif yang terasa dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Akhir kata, akak ucapkan salam hujung minggu daripada akak dan jangan lupa download ebook percuma akak ye. 

Semoga uollsss dalam lindungan Allah SWT dalam apa jua yang uollss sedang lakukan dan uoollsss beroleh manfaat daripada perkongsian akak kali ni.

Luv uollsss..

Salam Kasih sayang, 
Zara, 
Pakar Detox dan Krew Program 
Now Everyone Can Kurus 

Thursday 22 January 2015

Usus Besar VS Sembelit Kawan Baik ke?

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya. 
Hari ni akak teruja nak share simptom sembelit yang memang ramai pernah mengalaminya. Kini masalah sembelit sering disebabkan amalan pemakanan dan ia menjadi masalah besar rakyat Malaysia sekarang. Walaupun sembelit tidak termasuk dalam PEMBUNUH senyap namun kita patut berjaga-jaga dengan gejala sembelit yang boleh menyebabkan kanser kolon sekiranya keadaan sembelit diabaikan dan tidak ambil sebarang tindakan jika sedang mengalami sitausi sebegini. 
Hari ni akak kongsikan beberapa info supaya dapat membantu orang bagaimana hendak mengatasi situasi ini seoptimumnya. 
Baik lah , jom baca apa yang akak nak kongsikan hari ini.
Apa dia Sembelit?
Sembelit berlaku adalah disebabkan kurangnya rasa membuang air besar dan mengalami kesukaran untuk membuang najis. Ia merupakan satu gejala dan bukan penyakit. Setiap orang yang pernah mengalami sembelit adalah disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Jom kita Rawat Sembelit yang dah lama dibiarkan
Jom kita buat Check list gejala ada simptom sembelit ke atas diri kita atau tidak?
  • Tidak membuang air besar dalam tempoh 2-3 hari atau jika buang air besar pun fizikalnya keras dan kering.
  • Mengalami perut kembung , kejang dan selalu sebu perut.
  • Kurang selera makan di mana perut rasa tidak selesa.
  • Apabila menahan pembuangan air besar keadaannya gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit, muka kemerahan.
  • Muka kusam walaupun ber make-up.
  • Bagi kanak-kanak terdapat sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab berlakunya Sembelit
  • Pengambilan makanan yang kurang kandungan serat
  • Kurangnya aktiviti bersenam
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat dari yang pakar.
  • Kekurangan bekalan air dalam badan menyebabkan najis keras.
  • Ada masalah kolon dan sekaligus menyebabkan gejala sembelit.
  • Ada masalah fungsi usus secara tiba-tiba sembelit berlaku tanpa sebab.
  • Pertukaran rutin seperti mengandung, biasa berlaku berlaku sembelit disebabkan ibu-ibu kurang minum air. Waktu sebegini ibu-ibu dinasihatkan untuk minum lebih daripada biasa supaya air yang cukup dapat dibekalkan kepada bayi yang di dalam kandungan.
Keadaan najis yang keluar secara normal berbading sembelit yang kronik
Kompilasi Gejala Sembelit
Sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan gejala buasir kesan daripada menahan buang air besar atau dipanggil Anal Fissures ( ada koyakan apda kulit sekeliling anus). Kesannya akan berlaku pendarahan pada rektum dan darah boleh kelihatan pada najis yanag keluar.
Keadaan buasir yang terkesan daripada gejala sembelit jika terus diabaikan
Kadang kala, regangan rektum boleh terkeluar ( terjatuh ) sebab ia terikut semasa najis yang keras keluar dari dubur. Ini memerlukan pembedahan khusus untuk mengetatkan otot spincher dubur atau membaiki lapisan yang terkeluar daripada dubur tersebut.
Sesiapa yang berada dalam tahap sebegini eloklah berjumpa dengan pakar kesihatan di sekitar uolss supaya ia tidak berpanjangan dan dapat menjalani kehidupan yang sihat seoptimumnya. 
Nak ke jadi macam ni?

Rawatan yang boleh diambil.
  • Amalkan air Detox yang sememangnya membantu untuk melembutkan najis.
  • Amalkan Jus buah-buahan yang berserat tinggi supaya najis kerap keluar dan menjadikan badan lebih cergas.
  • Mengamalkan suplemen yang membantu mempercepatkan proses rawatan sembelit mengikut dos yang disarankan.

Bekalan air akak untuk sehari 
Jus buah-buahan yang akak sarankan dalam Super Detox Group.
Sembelit Pulih sepenuhnya
Ambil peluang dapatkan Suplemen dengan Harga Promosi yang pastinya lebih berbaloi.

Amalan Suplemen yang membantu menyelesaikan Gejala Sembelit.
WAJIB ambil set ini jika Sembelit adalah satu masalah besar hidup uollsss.
Adakah uollsss nak biarkan situasi begini berlarutan atau sikap sambil lewa ke atas kesihatan usus uollsss?
Uollsss nak biarkan usus macam ni ke?
Apa tanggungjawab kita untuk mencegah semua ini berlaku?
Sampai bila nak melihat mereka menderita kerana ini semua?

Kita!
Kita!
Kita!

Wajib bantu mereka selepasa uollss baca entri ini. 

Bagaimana nak bantu?
Sekurang-kurangnya kita bantu meraka dapatkan info yang mereka mungkin buntu untuk menyelesaikan apa yang mereka hadapi dek kerana kemampuan yang terbatas.

Jadi, tolong bagitau diorang tentang langkah pencegahan situasi ini. 
  • Makan banyak jenis makanan seperti kekacang, buah-buahan atau bijirin lengkap supaya lebih melawaskan sistem pencernaan kita.
  • Minum banyak sekurangnya 2 liter air sehari.
  • Minum jus buah-buahan diamalkan sebaiknya 3 kali seminggu.
  • Lakukan senaman yang berkala. 20 min sehari lakukan 3 kali seminggu adalah amalan yang akak amalkan.
  • Kenalpasti tabiat membuang air besar tu bila. Siang ke malam ke? Jika ada perubahan, sila rujuk kepada doktor.
  • Amalkan suplemen terbaik supaya kesihatan yang dapat dioptimumkan.
Tengok!
Tengok sini!

Akak kongsikan beberapa perubahan mereka perolehi setelah menjalani DETOX yang akak jalankan secara online dalam tempoh 66 hari. 

Testimoni kejayaan memulihkan Gejala Sembelit
Wana Dari Ipoh setelah menangani masalah Sembelit, muka kembali ceria 
dalam masa 12hari.

Kesan mengamalkan jus buah-buahan dapat atasi situasi sembelit Syariza dari Sarawak dalam masa kurang 24jam.
Alhamdulillah. Setakat ini akak berkongsi kali ini. Semoga perkongsian akak mampu memberi manfaat kepada uollsss.

Sesungguhnya dalam hidup kita, kesihatan adalah nikmat kekayaan yang tinggi nilainya kepada sesiapa sahaja. Sama-samalah kita menyeru kepada semua yang ada di sekeliling kita untuk fokus menjaga kesihatan dalaman dan kesannya kecantikan / kehenseman yang terserlah dari dalam.

Akak doakan uoollsss menjadi insan yang sentiasa bersyukur dalam menikmati kesihatan yang sememangnya wajib dijaga. Kesihatan yang baik tiada nilai untuk diletakkan kerana bila kesihatan yang baik kita akan dapat beribadah kepada Pencipta kita dalam keadaan yang selesa.

Sekian. Terima kasih sudi membaca entri akak kali ini.

Nota Kaki : 
Sila tinggalkan komen sekiranya perkongsian akak perlu diperbaiki dan sila tinggalkan NO TELEFON uollsss untuk akak invite uoolllsss ke dalam #SuperDetoxGroup 1 Malayisia.

Zara, 
Coach Super Detox 66Days, 
018 9772964

Saturday 17 January 2015

Side Effect Super Detox66

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.
Teruja akak nak berkongsi pengalaman akak berdetox sebagai mana akak ada share sebelum ni. Pertama kalinya akak buat sharing detox secara online pada 17/12/2014 dalam group telegram je.

Ya Allah!! Rupanya ramai yang suka sangat nak tahu tentang berdetox dan nak belajar berdetox dengan cara yang betul. Rupanya sangat mudah berkongsi jika kita tau cara. Dan tidak ada alasan untuk duduk diam saja bila ada Elmu ( Emosi + Ilmu ) yang boleh dikongsikan kepada yang memerlukan.

Maka akak pun sempatlah mengumpul soalan-soalan berkenaan detox menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki. Sangat superb. Online sharing berlangsung dari 9 malam hingga 12 malam dan memberikan akak idea yang akak nak buat menjelang 2015.

IDEA datang maka tertubuhnya 2 Group Coaching Personal
Alhamdulillah. Respon yang diberikan sangat menggalakkan daripada ahli group telegram kami. Maka akak decide tubuhkan Super Group Detox Bersama Zara mulai 1hb Januari 2015. 


Geng Super Detox JDT 
Respon sekali lagi amat menggalakkan dan pelbagai feedback diterima. Semua respon akak pertimbangkan dan akak sekali decide buat group khusus untuk akak pantau perkembangan mereka untuk menjadi lebih sihat, ceria, anggun lagi bergaya.

Maka ada 2 kumpulan yang akak pantau sekarang. Coaching selama 66hari dan ianya adalah secara PERCUMA dengan mengikut terma dan syarat yang akak tetapkan.

Pendaftaran pun dah dibuat dan bermula pada 5hb Januari 2015 untuk batch pertama dan 12hb Januari 2015 untuk batch kedua. 
Jom Kurus dan Sihat dengan akak 
Testimoni mereka yang bercoaching dengan akak selepas 10hari
Sekarang ni sedang berlangsung sesi coaching dan pelbagai respon yang akak terima. 

Kak Sophie Dari Penang 
Siti Khadijah Dari Penang
Sanisah dari Kedah
Apa yang akak amalkan untuk berdetox?
Ramai yang tak tau dan saja tak nak ambik tau bahawa kita ni ada banyak menyimpan toksin dalam badan. Jadi organ dalaman kita yang perlu kita jaga mestilah dalam keadaan baik untuk memastikan kita dalam keadaan sihat. Apa yang akak amalkan adalah suplemen yang semestinya selamat dan diyakini untuk diamalkan dalam rutin seharian kita. 

amalan akak senang je. 

ini yang akak amalkan. 
Air Lemon + Halia muda + Epal Hijau memang rutin akak untuk berdetox
OK, ada yang bertanya...bagaimana nak berdetox? Apa yang nak didetoxkan?
Akak sangat nak sihat maka akak mulakan berdetox untuk lebih sihat.
Akak amalkan Alfalfa, Herb Lax dan DTX yang sangat-sangat membantu akak untuk lebih sihat dari hujung rambut ke hujung kaki.

Sampai sekarang akak masih amalkan set Super Detox ini untuk memastikan agen pencernaan akak sentiasa bebas toksin dan memberi kesan yang hebat untuk organ dalaman akak hingga terpancarlah kecantikan dalaman itu dari luaran.

Ini lah set Super Detox yang Power selain akak amalkan air Detox
Seronok rasanya dapat berkongsi kehebatan amalan Super Detox akak. Bukan sekadar sihat fizikal dalam proses Detox yang dijalankan tapi akak Detox seluruh hingga tahap uollss akan rasa ringan seluruhnya. Susah nak digambarkan dengan kata-kata apabila menerima feedback peserta coaching akak semakin sihat , ceria dan anggun bergaya. 

Sesiapa yang nak berdetox dengan akak untuk batch seterusnya sila PM akak ke Telegram akak 018 977 2964.

Anda akan menjadi lebih sihat, ceria dan anggun bergaya selepas tempoh itu dengan menggunakan Formula M.E.S.T.I sihat selepas berdetox sepanjang bimbingan akak. Jangan ketinggalan selagi ada peluang untuk membersihkan diri daripada terkandungnya toksin tinggi dalam badan. 

Sudah-sudahlah menyimpan toksin, sudah-sudahlah menyimpan kotoran dalam badan. Bersihkan diri, bersihkan jiwa, bersihkan fikiran , bersihkan minda. Kesannya? Memang superb!! uollsss akan rasa seperti dilahirkan semula walaupun hanya dalam masa 66hari berdetox bersama akak.

Please!
Please!
Please!


Bantulah diri sendiri !

Akak sudi bantu uollss!!

Semoga perkongsian akak ini memberi manfaat dan akak doakan uollss semua dipilih oleh Allah SWT untuk masuk syurga tanpa dihisab olehNYA.

Aamiin Ya Rabb.

Thursday 15 January 2015

Ebook Percuma : Now Everyone Can Kurus Sponsored By Ratu Detox

Assalamualaikum Semua..

Dengan lafaz Bismillah, dengan rasa ingin berkongsi akak ada Ebook Now Everyone Can Kurus telah dilancarkan supaya memberi idea mudah untuk kurus tanpa perlu belanja besar dan tanpa perlu berlapar.



Mudah je.

sila ikut arahan yang diberikan.


Arahan 1
============
Ebook ini boleh dibeli dan ia perlu dibayar ke dengan harga RM10 ke
Maybank 101197004506
CIMB 7014188149
Nor Zahrah Binti Kemon
s.qamelia@gmail.com


Arahan 2 
============

EBOOK INI BOLEH DAPAT SECARA PERCUMA!

Caranya, anda WAJIB CLICK BUTTON SHARE ke FB uolllsss atau di bawah entry ini.
(Ia AMANAH untuk anda yer)

Selepas Anda Bank In RM10 atau SHARE Status ini ( Ikut Pilihan Anda ).

Sila download ebook ini di :


http://www.noweveryonecankurus.com/zara



Ini adalah pengalaman Sahabat akak Mohd Firdaus Mat Saad sendiri dan beliau berkongsi bagaimana menghilangkan 'beban' yang terlebih dari tubuh badannya dalam 100hari dengan kaedah M.E.S.T.I berjaya kurus. 

Pelbagai info akan diperolehi dan Sangat mengujakan serta semoga beroleh inspirasi daripada perkongsiannya.

Tengok !! Malaysia makin parah Obesiti
Marilah sama-sama kita bantu supaya dapat menyelamatkan rakyat Malaysia menjadi lebih sihat dan kurus dengan cara yang betul.

Lagi best kalau dapat menyertai group Telegram Super Detox Bersama akak dengan cara add akak 018 9772964 dan uolllsss berpeluang menyertai sesi coaching dengan akak dengan cara berdetox yang betul.

Jom kita sihat! Mudah nak beribadah kepada Pencipta kita Allah SWT dan bila kita sihat dapat juga kita memanfaatkan tenaga kita kepada insan yang memerlukan dalam bidang yang kita ceburi.

Akhir kata dari akak semoga pembaca entri akak semua dimasukkan ke syurga tanpa hisap dan beroleh keberkatan daripada Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan. 

Aamiin ya Allah

Sekian perkongsian akak kali ni membawa kebaikan buat semua.

Sunday 11 January 2015

Matahari 2015

Assalamualaikum wbt semua.. semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.

Akak nak share lagu kegemaran akak.

Sangat mendalam maksud lirik lagu ini tambah-tambah Hafiz yang nyanyi. Menusuk ke kalbu ku.


Lirik Lagu Matahari - Hafiz AF7

Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami
 
Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Harap lagu ni menang la ye dalam AJL 29 nanti
Terima kasih sudi singgah ke entri akak kali ni.

Assalamualaikum wbt.

Thursday 8 January 2015

Gejala Rabun Silau VS Carotomax

Assalamualaikum wbt semua..

semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.
Hari ni akak nak berkongsi yang mata akak semakin terang penglihatan setelah makin lama akak rasakan akak makin mulai rabun. Akak mengalami rabun jauh dan rabun silau yang agak parah. 

Sebelum ni mata akak ok je dari kecik. Tak de masalah rabun apapun.Kat mana silapnya akak pun tak sedar makin lama mata akak mulai kabur. Rupa-rupanya mata akak perlukan perhatian. 

Ok..akak nak cerita sikit tentang situasi rabun yang akak alami sebelum ni dan apa langkah akak ambil untuk pulihkan keadaan penglihatan mata akak. 

Jom baca perkongsian akak ye.

Apakah itu rabun silau?

Rabun silau atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak.

Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza.Rabun silau selalunya datang bersama – sama rabun jauh dan rabun dekat.

Punca

Punca sebenar rabun silau masih tidak diketahui.Mata normal adalah berbentuk sferikal di mana kelengkungan kornea adalah sama pada semua kedudukan (Gambar 2). 

Gambar 2

Apabila cahaya memasuki mata, ia akan terfokus sebagai satu titik diatas retina dan objek akan kelihatan jelas. Manakala bentuk mata bagi penghidap rabun silau adalah bujur seperti bola ragbi atau belakang sudu (Gambar3). 

Gambar 3
Keadaan ini menyebabkan cahaya yang memasuki mata akan terfokus pada banyak tempat atau dengan kata lain mata tidak berupaya untuk memfokus sebagai titik diatas retina.  Ini akan mengakibatkan hanya sebahagian objek sahaja akan kelihatan jelas. Oleh itu objek kelihatan kabur dan terherot pada sebarang jarak.

Kadang – kadang rabun silau boleh disebabkan oleh masalah kornea seperti parut pada kornea, luka pada kornea dan keratokonus (keadaan dimana kornea semakin menipis dan semakin berbentuk kon).

Keadaan mata yang normal
Ini keadaan penglihatan bagi yang mengalami rabun silau macam akak. Bila melihat objek jarak jauh , mata kurang menumpu
Kita kena tau juga apa kesan rabun silau ni jika kita biarkan je.
Ada bahayanya tau.

Jom akak sambung citer lagi.

Gejala/Tanda
Gejala/tanda penghidap rabun silau adalah berbeza antara individu. Penghidap rabun silau yang sedikit tidak mengalami sebarang gejala/tanda.
Gejala/tanda yang biasa dialami adalah seperti berikut:
  • Mata kabur pada sebarang jarak
  • Pandangan terherot
Akak memang mengalami begini, objek nampak herot. 
  • Mata letih
  • Juling – keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
  • Sakit kepala
  • Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
  • Mata sering berkelip atau sering menutup mata
Komplikasi
Rabun silau yang tidak dibetulkan akan menyebabkan penghidap mengalami gejala – gejala seperti di atas dan seterusnya akan menjurus pada masalah-masalah lain seperti kurang tumpuan dan penurunan prestasi kerja/sekolah. Pada kanak - kanak, rabun silau yang tidak dirawat awal boleh mengakibatkan ambliopia atau mata malas. 
Bila pandangan mata akak dah jadi macam tu akak kena kecikkan mata untuk mata menumpu objek yang jarak jauh walaupun kurang 50 meter. Kesian akak tau. Tambah-tambah akak memang tak nak pakai cermin mata.
Tapi demi keselamatan akak, akak pakai juga la cermin mata sebab akak ni kan wanita bekerjaya yang boleh memandu dan merempit jadi penglihatan sangat penting semasa dalam perjalanan. 

Amacam? Comel tak ?
Masa ni akak pakai spek guna power 125 untuk kiri, 50 untuk kanan. Akak kena pakai jugak . Sebab akak sangat bermasalah bila memandu waktu malam dan waktu menunggang motosikal dalam hujan. Allahu Akbar..terasa la mata akak betul-betul macam gelap seketika. Nak ada kereta yang guna lampu tinggi, rasa nak menyumpah je tau.

Akak cuba juga nak pulihkan tahap rabun akak ni. Tapi masih belum la jumpa apa makanan terbaik untuk akak cuba. Maka akak terukan aje la pakai spek yang menampakkan muka comel akak ni. Hehehe. 

Akak mula insaf dan kesian kat mata akak
Nak tau bila kak mula sedar tentang mata akak yang semakin kronik ni yang selama ni akak biarkan je mata akak makin rabun jauh dan rabun silau. Ya ampun... susahnya akak nak tengok slide masa meeting atau seminar. Akak kena duduk depan-depan dan sukar untuk dapatkan nota bila akak duduk belakang. 

Akak mula terfikir , sampai bila dan takkan akak nak biarkan mata aku jadi makin rabun. Aku muda lagi. isssh..bahaya kalau rabun makin teruk. Rugi nikmat nak tengok alam yang indah lagi luas ni. Hinggalah akak dah jumpa suplemen Shaklee pada 2013. 

Setelah setahun akak amalkan pelbagai suplemen, maka akak pun google la suplemen apa yang terbaik untuk mata. Rupa-rupanya Shaklee ada suplemen yang mampu membantu memberi vitamin A terbaik yang sememangnya baik untuk memulihkan mata akak.

Akak kena cuba. Akak wajib bantu mata akak. Akak nak mata akak macam masa muda-muda dulu. Tak perlu nak kecik-kecikkan mata pun bila nak tengok objek jauh. 

Maka , Oktober 2014 akak terpanggilah nak cuba Carotomax yang mana banyak khasiatnya sangat bagus dalam pemulihan mata secara semulajadi. 

Nak harap akak dapatkan sumber-sumber makanan yang mengandungi Vitamin A, memang tak la. Sebab akak mana ada masa nak cari satu persatu. 
Akak tak larat la nak makan buah-buahan macam ni setiap hari. Maka akak cari penyelesaian yang mudah & semulajadi
Carotomax jawapannya. 
Akak cuba makan untuk pulihkan rabun mata akak
Bermulalah fasa memulihkan mata secara semulajadi
Akak mula makan carotomax 1biji sehari mulai 1hb Oktober 2014. 
Akak makan ikut jadual yang ditetapkan semasa makan suplemen yang lain dan akak memilih makan carotomax selepas sarapan pagi dan makan sekali dengan Vitamin C. 

Minggu pertama makan carotomax, akak ok je. Takde apa-apa perubahan pun. So akak teruskan makan secara konsisten setiap hari sebab niat nak sangat pulih daripada rabun yang makin meruncing ni.

Pada satu pagi akak bangun tidur, akak ingat lagi masa tu 18.10.2014 akak bangun macam biasa tapi akak rasakan kelopak jedua-dua belah mata akak melekat dan macam nak sakit mata. Bila akak tengok cermin, mata akak merah. Allahu Akbar. Apa dah jadi ni? 

Akak pun panik sebab akak rasa mata akak gatal, berair, dan merah. 

Akak pun segera ke klinik berdekatan dan dapatkan nasihat doktor jika ada terkena jangkitan mata. Maka doktor macam biasa lah kalau kata sakit mata, dia akan bagi akak MC. Akak pun berehat la tapi yang akak agak pelik, mata akak tak pedih. Hanya gatal & mata berair. Kan kalau sakit mata, kita akan rasa berat, mata bengkak dan ada keluar macam putih-putih tahi mata kata nya kn.

Akak bincangkan hal mata akak jadi macam ni dalam group telegram #MFMS. Akak merasakan seperti healing crisis makan carotomax tapi dalam perbincangan kami mengatakan ada yang OK je tak de apa-apa pun makan carotomax. 

Akak dapat MC 2 hari untuk akak berehat. Tapi akak ambik peluang ni untuk study apa sebenarnya kandungan Carotomax yang akak makan ni.

Jom kita check sama-sama.

Khasiat Carotomax

Pelan-pelan baca info mengenai Carotomax yang superb ni
Dengan makan sebiji carotomax inilah khasiatnya
Akak sangat teruja untuk perbaiki mata akak
Ok...sewaktu entri ni ditulis akak sudah dapat cermin mata baru....haha...syoknya.
Tapi cermin mata yang dah turun powernya.

Daripada asal 125 sebelah kiri, waktu ni kiri dah jadi 75. Akak cukup gembira tau.
Nak drive pun rasa yakin sebab dah boleh nampak papan tanda walaupun tanpa cermin mata.

Rupa-rupanya apa yang berlaku masa akak dikatakan sakit mata tu adalah healing crisis yang mana masa tu carotomax bertindak balas dengan retina mata bagi memperbetulkan kedudukan kornea.

Masa yang gatal-gatal tu , lapisan selaput mata macam ala-ala menipis dan memudahkan mata melihat lebih jelas. Ini dikira detox mata la dengan mengamalkan carotomax.

Selain mata, tubuh akak juga dilindungi sebab carotomax adalah agen anti oksida yang mana membantu anti penuaan. 

Ala-ala macam membantu melambatkan proses penuaan. Makin kita amalkan makin muda remaja la kulit akak ni.

Wahh!! Best kan? 

Dah la mata sihat, kulit cantik! Confirm la akak suka !!

Apa lagi tunggu ?? Akak pun cukupkan stok carotomax akak. Akak makan setiap kali lepas lunch. Sebiji sehari pun cukup berbaloi tau.


Ini gaya imej baru 2015 dengan cermin mata yang rendah dah powernya 
Sekarang ni akak dah yakin dengan mata akak yang semakin lama semakin jelas untuk melihat kebesaran Allah SWT. 

Syukur sangat-sangat Pencipta kita masih sayangkan akak untuk terus bertindak menjaga anugerah terindah.

Sekian perkongsian akak kali ni. Semoga info yang dikongsikan memberi manfaat kepada yang sudi singgah membaca entri akak. Didoakan uollsss sentiasa dalam lindungan Allah SWT di mana sahaja uollss berada.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan carotomax, sila hubungi akak 018 9772964. 

Terima kasih sudi singgah ke entri akak kali ni.

Assalamualaikum wbt.

Nota Kaki : 
2 mata yang dijaga Allah di akhirat.
1-mata yang menangis kerana Allah 
2-mata yang berjaga mengadap Allah