Wednesday, 18 October 2017

Serius : Peranan Ibu Penting Dalam Mendidik Anak

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. 

Terima kasih sudi singgah di blog Kak Zara ni. 

Selamat bercuti kepada semua. Hari ni cuti deepavali satu Malaysia. Paling seronok adalah anak-anak, sebab tak sekolah dan ibunya la kena sediakan aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. 

Cuti kali ni kami rancang nak buat bilik khas untuk anak-anak. Bilik riadah la kiranya. Sekurangnya ada bilik yang "privacy" untuk anak-anak. 

Ye la.. Anak-anak dah besar dah segan la nak lakukan aktiviti secara terbuka. Jadi, akak sebagai ibu kenalah ambil langkah menyediakan kemudahan untuk anak-anak. Dah meningkat remaja ni kan. Kenalah diajar berkenaan adab dan perlu jaga aurat. Ini juga termasuk dalam didikan awal untuk anak-anak sebelum mereka meningkat dewasa kelak. 

Aktiviti Cuti 

Bukanlah cara Kak Zara untuk bawa anak-anak pusing shopping complex semasa cuti sebegini. Keutamaan masih tertumpu untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru dan ulangkaji pelajaran sebagai persediaan peperiksaan akhir tahun yang dah tak lama lagi. 

Paling tak pun , anak-anak akak stay kat rumah je dengan aktiviti anak kampung, terutama mandi di anak sungai. Ini pun aktiviti Kak Zara masa kecik-kecik dulu.





Yang paling bestnya, kami cuba lakukan aktiviti bersama. Masa ni la nak luangkan masa kualiti bersama, sembang-sembang, dengar luahan anak-anak. Apabila anak-anak meningkat remaja ni, Kak Zara semakin mudah menguruskan mereka dan mudah berkongsi pendapat. 


Ye la... hari biasa Kak Zara sibuk dengan urusan bisnes online ( jual vitamin C dan aloe vera ) . Jadi , waktu anak-anak cuti la akak nak manfaatkan ruang masa yang ada. 

Bagaimana? 

Pertama, dengan cara kita berada dalam dunia mereka. Bersembang berkenaan apa yang mereka suka, apa yang mereka mahu dan sentiasa memberi kata semangat supaya mereka tak rasa tertekan dengan pembelajaran yang semakin mencabar sekarang ni. 

Kedua, kurangkan gadget. Tapi memang tak de la Kak Zara nak bagi gadget pada anak-anak melainkan sebuah telefon pintar yang biasa fungsinya untuk berwhatsapp dan google function saja. No Game , No download apapun melainkan dengan restu ibunya ni .. 

Ketiga,kena selalu makan bersama anak-anak walaupun sekadar minum petang. Yang ni best. Buat air satu jug kemudian makan biskut cicah dalam air. Rasa bahagia tau buat macam ni. 

Peranan Ibu

Kita sebagai ibulah yang kena prihatin dengan psikologi anak-anak. Jangan jadikan alasan letih bekerja untuk tak layan anak-anak. Nanti hilang hormat anak-anak pada kita pada masa akan datang tau. Masa tu kita baru nak menyesal, memang dah terlambat la kak.. Lakukan sekarang. Belai emosi anak-anak. Jangan ingat emosi kita je nak dijaga. 

Tidak alasan asyik nak marah-marah anak-anak saja melainkan anak-anak ni perlukan belaian kita selagi mereka belum menempuh alam dewasa. Sama la macam kita dulu kan? Mana suka kalau asyik dimarahi ibu atau ayah kita kan?

Jadi, usahlah sesuka hati marahkan permata hati kita tu. Sebab kita kata nak bahagia. Maka, nak rasa bahagia, kena banyak beri bahagia kepada orang lain dulu. Bukan nak menerima je, dah tu yang pemberi tu siapa nak diberi bahagia pula?

Hah ! Tepuk dada, tanya iman kita. Hehehehe 

OK, setakat ni perkongsian Kak Zara. Nanti kita berkongsi lagi ya. 
Mood cuti ni rasa best pulak menulis di blog. Harap Kak Zara lebih konsisten menulis selepas hari ni.

Untuk kalian, selamat bercuti dan selamat beriadah bersama keluarga tersayang. 
Kak Zara sentiasa berharap perkongsian Kak Zara bermanfaat buat kalian selepas membacanya. 

Salam Kasih Sayang, 
Zara Ratu Detox, 
Sahabat Detox Anda. 
+6018-3119461

2 comments: