Saturday, 29 August 2015

Air Detox Resepi Zara

Assalamualaikum dears, 
Diharapkan anda semua sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. 
Hari ni berbesar hati sangat akak nak share resepi air detox best. 

Sediakan bahan2 ni.
Beli lemon , epal hijau , Halia muda , timun jepun 

Buang kulit buah-buahan ni. Kemudian, hiris2 semua buah2an tu selepas dicuci bersih.
Lemon 1biji , epal hijau setengah biji 
Halia muda 2inci , timun jepun 2inci 

Semua tu masukkn dlm bekas air (1.5liter @ 2liter) 
Tuangkan air ke dlm bekas air & pastikan buah2an tadi dah terendam.
Then simpan semalaman air berisi hirisan buah2an ke dalam peti sejuk.
Esoknya sedia diminum di opis @ tempat kerja anda.

Minum sampai habis dan jika ada dlm 300ml , anda boleh topup utk kali ke2 untuk cukupkan kadar minuman seharian anda.

Bila dah 2x topup , buah2an tadi jangan buang. Boleh la anda ambik lemon tu dan gunakan sebagai scrub semasa mandi.

Amalkan tips ni sepanjang 30hari. 

Dpt minum air detox + scrub kulit dengan lemon.
Anda akan nampak perbezaannya.


Seeloknya buang kulit lemon tu ye...Ini akak bagi contoh je
Ok...harap apa yang akak kongsikan memberi manfaat kepada semua..
Akak doakan anda sentiasa sihat dan kurus selamanya. 
Jika anda ada mengalami situasi begini, sila hubungi akak segera untuk akak bantu anda!
Jika berminat untuk akak bantu berdetox dan ingin capai berat badan impian anda, 
bolehlah hubungi akak ke 018 977 2964. Semestinya akan sudi membantu anda. 

Salam Kasih Sayang, 
Zara Ratu Detox.

Thursday, 27 August 2015

7 Sunnah Hebat Rasulullah SAW

By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat Rasulullah SAW

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. 

Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. 

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud.
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, 
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha.
Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. 
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Alhamdulillah
syukur dapat berkongsi Elmu hari ni. 

Sama-sama kita istiqomahkan dalam mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW. 
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Salam Kasih Sayang, 
Zara Ratu Detox.

Tuesday, 25 August 2015

Coklat Dan Manusia Tak Dapat Dipisahkan

Selalu Tak Pergi Ke Majlis Kenduri, Birthday Atau Pun Tunang? 
Ada Nampak Benda Yang Tertulis Brand Ferrero Roche Ke Atau Brand Kinder Joy Dan Tango??

Itulah Jenama Coklat Kegemaran Saya Dahulu… 
Semua Brand International Sebab Kualiti Terbaik dan Rasa Coklat Yang Sebenar Gitu.
Pernah Dengar Pasal Coklat Yang Seksi Menggoda? 

Rasa Setanding Jenama Antarabangsa, Keluaran Tempatan Dan Yang Paling Penting Halal?
Mungkin Anda Tak Pernah Terfikir, Tetapi Ianya Telah Wujud.
Dhalfina Dessert …. Memang Best… Mula-Mula Saya Pandang Sebelah Mata Juga. 
Sekali Dah Kena, Baru Tau Ia Lebih Sedap Dari Jenama Luar.. 
Kualiti Sebijik Standard International.
Kali Pertama Saya Sendiri Cuba Coklat Yang Menggoda, Meleleh Dan Crispy Tu, Saya Terpegun. 
Kelazatan Coklat Tu Memang Tak Boleh Dinafikan Lagi. 
Coklat Yang Lazat Ini Juga Berjaya Merompak Jiwa Dan Emosi Saya Untuk Tidak Berpaling Kepada Coklat Yang Lain.Kalau Tak Dapat Makan Dalam 2-3 Hari Pasti Rasa Tak Senang Hati. 
Ibarat Kaki Teh Tarik Tak Dapat Teh…
Design Dan Bungkusan Yang Menawan. 
Dan Menggoda Ni Juga Sesuai Dibuat Sebagai Hantaran,Hadiah Mahupun Sebagai kudapan harian. Wahhhhh, Bestnya...!!!
Untuk perayaan, kenduri kendara, nak Rumah Anda Berbeza Dan Mempunyai Makanan Yang Buat Tetamu Bercerita Selepas Balik?
Dhalfina Chocolate Ni.
Buat Saya Borong Banyak Untuk Letak Kat Rumah.
Nak Beri Tetamu Yang Datang Merasa Evolusi Coklat Dhalfina Ini. 
Kesian Jika Ada Benda Best Tak Share, Lebih Lebih Lagi Makanan…
Chocolate puLak Tu…
Siapa Tak Suka Chocolate Lepas Cuba Dhalfina Memang Saya Respek.

Salam Kasih Sayang,
Zara Ratu Detox, 
Dah Jatuh Cinta Dengan Dhalfina.
0 1 8 9 7  7 2 9 6 4 Untuk Tempahan Dhalfina anda.
Dhalfina Dessert
www.dhalfina.com

Sunday, 23 August 2015

Wow!! Abang Sado Dah Tak Laku!

Assalamualaikum Dears, 
Selamat berhujung minggu dan semoga anda sentiasa dalam lindungan Allah dan dalam keadaan sihat serta ceria di samping keluarga tersayang. 
Alhamdulillah.. syukur kepada Allah akak diilhamkan untuk berkongsi lagi hari ini. 
Syukur hari ni kita dianugerahkan kesihatan yang baik daripada Allah dan kita adalah penjaga amanah untuk menghargai kesihatan ini selamanya. Hari ni dengan rasa berbesar hati akak nak share tentang Pike Push Up. 
Korang penah dengar ke?Akak ingat push up ni orang panggil pumping atau tekan tubi aje la. Rupanya ada banyak jenis variasinya. 

Sebenarnya kan, sejak join Now Everyone Can Kurus ( NECK ) , banyak jugak koleksi senaman yang akak pelajari dan semestinya akak kena lakukan untuk memberikan impak terbaik untuk bentuk tubuh badan akak. Yang paling penting adalah ia adalah senaman yang ringkas dan sangat best dalam membakar kalori.

Inilah rupa gaya senaman ni.
Ok..cara buatnya macam ni.
  • Posisi seperti dalam gambar di atas 
  • Bengkokkan siku ke bahagian kepala yang direndahkan ke arah lantai.
  • Kemudian perlahan-lahan luruskan tangan dan teruskan kedudukan membongkok. 
  • Tahan selama 40 saat dan rehat 20 saat dang sentiasa ulang pergerakan sama selama 30 saat.
Anda pasti suka dengan kesan mengamalkan senaman ringkas ini. 
Turunkan kepala tu serendah yang kita mampu
Buat macam ni ulang setiap hari dalam masa 2 minggu
Bahagian yang terlibat. 
Dengan senaman ni bahagian yang terlibat adalah bahagian bahu, triseps, abdomen , belakang badan dan belakang lutut. Akak dah cuba buat. Memang best!!!

Terasa sangat pada bahagian bahu dan belakang lutut. 
Baru la sado kalau amalkan betul-betul ni!
Hahahaha!

Terima kasih coach Abg Ketak yang banyak share elmu untuk akak jadi sihat. Idaman nak jadi macam Andrea Brazier...Maka , no reason la nak tolak task yang coach bagi. 
Ini gambaran bahagian badan yang terlibat semasa kita lakukan pike push up
Sebagai penghargaan untuk anda yang membaca blog rubyzara ni, akak nak hadiahkan sesuatu.Apa kata anda download ebook percuma ni...(sila klik sini) 

Sesiapa nak Join NECK Batch 8 boleh terus hubungi akak sekarang!
Untuk info kesihatan percuma sila Whatsapp "tips Sihat" ke 018 977 2964 dan akak akan share banyak tips untuk kita sihat bersama. 

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox & Fit
Fitness is My Passion.

Thursday, 20 August 2015

Bahtera.my : Pesanan DAO Memang Power!

Bismillah....
Akak nak share pesanan DAO , Mentor Kekayaan Dan Kejayaan Malaysia.

Harap memberi manfaat kepada kita.

Pesanan Dr Azizan Osman: 

Soalan: 
Azizan, bagaimana saya ingin mulakan berniaga secara sampingan sedangkan saya masih bekerja? 


Komen saya: 
Persepsi setengah orang yang bekerja yang ingin mulakan perniagaan, mereka mesti :-


1/ Berhenti kerja serta merta untuk bisnes full-time - Ini tidak benar
2/ Mesti mulakan dengan modal duit yang besar - Ini tidak benar
3/ Kena ada kedai fizikal - Ini tidak benar
4/ Kena keluarkan produk sendiri- Ini pun tidak benar
5/ Kena mengadap bisnes 24-jam- Ini pun tidak benar. 


Sentiasa melekat pesanan DAO dalam melakukan apa tindakan kena ada MESTI!

Jadi, apa yang benar? 

1/ Jangan berhenti kerja jika baru nak mula berniaga melainkan anda memang kena buang kerja atau anda memang telah mempunyai simpanan yang cukup untuk "survive" kos sara hidup dan komitmen bulanan anda untuk sekurang-kurangnya 6-bulan sehingga 12-bulan.

2/ Teruskan bekerja sambil buat sedikit "research" apakah produk atau perkhidmatan yang orang perlukan samada di pejabat, di media sosial atau di kejiranan anda.
3/ Mulakan bisnes sampingan anda samada dengan memasarkan produk/perkhidmatan orang lain contoh menjadi ejen/pengedar produk/servis orang lain atau dengan menawarkan perkhidmatan menggunakan bakat, pengalaman, ilmu ataupun kelebihan diri anda.
 


Contoh: Mengajar tuisyen subjek2 yang anda mampu ajar dirumah pada hujung minggu atau perkhidmatan anda ialah menguruskan/menawarkan guru-guru tutor yang anda boleh pasarkan home tuisyen di mana anda tidak perlu mengajar tapi pasarkan perkhidmatan tersebut dan aturkan guru-guru untuk mengajar. 
Anda akan letakkan harga yuran/jam atau satu subjek dan bayar sebahagiannya kepada guru tuisyen tersebut. 

Ini contoh #1. Contoh lain ialah anda mungkin bagus dalam bidang pengurusan akaun dan percukaian, maka anda tawarkan perkhidmatan tersebut kepada usahawan-usahawan kecil yang tidak mampu lagi membayar gaji penuh akauntan dan anda caj kadar perkhidmatan yang tidak membebankan. 

Perkhidmatan mengurut tapak kaki, perkhidmatan gubahan bunga, perkhidmatan tempahan kek adalah contoh-contoh perkhidmatan yang anda boleh jadikan perniagaan permulaan tanpa anda perlu tahu buat tapi anda perlu tahu pasarkan produk atau perkhidmatan tersebut. 

Contoh lain yang bagus ialah memulakan dengan menjadi perunding takaful, perunding kewangan ataupun Real Estate Negotiator. Tapi pastikan ada disediakan latihan yang bagus. 

4/ Mulakan bisnes tanpa kedai. Anda bagus mulakan melalui FB, InstaGram, Twitter dan melalui rakan-rakan dengan gunakan WhatsApp atau SMS dan lain-lain. Gunakan teknologi dan media sosial sebagai alat untuk "buat duit" dan bukan tambah dosa atau perkara sia-sia!

5/ Jangan mulakan bisnes dengan meminjam bank apatah lagi jika jumlahnya besar! 


Semoga saranan ini semua membantu sedikit sebanyak! Insya Allah saya akan beri lebih banyak penerangan nanti di Seminar Magnet Kejayaan 2015! 


Alhamdulillah akak dah join IMKK ( Insentif Mentor Kejayaan dan Kekayaan ) sejak 2010, 2011 dan 2015. Syukur sangat-sangat dapat memperolehi manfaat dalam setiap kali selepas menyertai IMKK yang hebat !

Salam sayang dan diharap perkongsian ringkas akak , dapatlah dimanfaatkan. 

Ikhlas, 
Zara Ratu Detox , 
Fitness Is My Passion
01 8 977 2964 

Wednesday, 19 August 2015

Wow!! Diari Kekal Langsing Zara Detox

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog rubyzara. Terima kasih sudi singgah membaca dan akak harapkan anda semua dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. 

Sejujurnya ...suka akak nak kongsikan rahsia langsing akak dalam masa setahun ni ( sejak Ogos 2014 ) hingga la kini masih akak kekalkan kelangsingan akak. Maklumlah akak kan Krew Awesome Program Hebat Now Everyone Can Kurus, kenalah jadi contoh kepada peserta dalam mengekalkan kerampinganku ini. ( Aduhai..ada yang muntah hijau baca statement akak ni) 

Alhamdulillah sekarang ni sejak amalkan pemakanan sihat , gaya hidup sihat dan nutrisi yang cukup, badan akak keseluruhan semakin rasa sihat sangat dan sentiasa aktif dalam apa jua aktiviti. Syukur sangat-sangat akak semakin CARGAS!

Berbesar hati akak nak kongsikan beberapa tips kecergasan dalam mengekalkan kelangsingan akak selama ini dan akak harapkan ada manfaat untuk anda semua. 

Ok...Teruskan membaca ye.


Jom amalkan beberapa perkara yang akak amalkan!

Jauhi makanan Masin untuk kuruskan Badan 
Yang ni akak setuju sebab bila makan makanan masin anda akan terus menerus berselera makan aje tau. Means bila makan makanan yang kurang masin, kita akan makan sekadar keperluan. Ini sangat bagus dalam proses untuk turunkan berat badan secara efektif. 

Nasi Perang Bagus untuk proses menurunkan berat badan 
- Sebenarnya antara beras merah dan beras biasa tidaklah jauh beza kalorinya tetapi ianya berbeza kandungan seratnya. Semakin tinggi serat, semakin lama ia dihadam oleh badan dan anda akan rasa kenyang lebih lama.

Best ke best?

Lagipun harga keduanya bukan la jauh beza.


Untuk lebih sihat , akak amalkan beras perang dalam diet harian
Ais penyebab Lemak di Perut
Penimbunan lemak di perut adalah daripada pengambilan ais adalah tidak ada kaitan sama sekali. Sebab kita boleh je minuman berais supaya dapat  menstabilkan suhu badan kita tetapi jangan la minuman manis berais. Jika minuman manis berais memanglah akan menjadikan kandungan lemak berkumpul dengan prinsip ," sikit-sikit, lama-lama Tebal.." maka berlakulah penternakan lemak dengan jayanya.
Tak salah nak minum ais tapi akak tak amalkan sangat la sebab lebih suka minum air suam
Minuman Tenaga Buat anda aktif 
Kebanyakan iklan produk-produk minuman tenaga yang ada syorkan ia bagus untuk diminum, kononnya akan menjadikan badan kita aktif atau cergas selepas penat bersenam atau beraktiviti lasak.

Sebenarnya ia hanya sangat tidak bagus sebab dalam minuman sebegitu kandungan gula punyalah tinggi dan ini sangat membahayakan tubuh badan anda dalam jangka masa panjang, Sebaiknya jika kita penat setelah bersenam atau beraktiviti lasak, eloklah kita berehat sebentar.

Akak nasihatkan , bagi yang ada diabetes janganlah amalkan minuman tenaga ni kerana bukan sekdar kandungan gula yang tinggi tapi kadar kalori ramuan yang lain tidak dinyatakan dan akibatnya kurang kawalan akan lebih memudaratkan kesihatan.


Jaga-jaga dengan pengambilan air tenaga yang kononnya membantu memberi tenaga lebih dalam beraktiviti lasak
Suplemen untuk badan Fit 
Ok..bab ni ramai yang tanya kat akak, perlu ke ambik suplemen untuk kekalkan badan fit. Sebenarnya ada banyak kajian yang dijalankan untuk statemen tersebut. Pada akak, suplemen adalah makanan tambahan atau erti kata lain, ia adalah nutrisi tambahan untuk kita amalkan supaya badan kita dapat nutrisi yang diperlukan supaya sistem tubuh badan kita dalam bekerja dengan baik. 

Namun, pemilihan dan cara pengambilan seplemeen hendaklah dirujuk dan bukan mengambil suplemen secara melulu. Ini kerana mungkin suplemen ada yang tak sesuai dengan tubuh badan anda.

Macam akak , memang akak ada ambik suplemen untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan dalam tubuh badan sekali gus membantu badan akak menjadi lebih sihat. 


Set suplemen yang banyak membantu akak dalam proses melangsingkan badan sejak Ogos 2014
Santan tidak sihat dan Berlemak 
Ramai yang beranggapan lemak santan sangat tidak baik untuk kesihatan. Hakikatnya kan anda kena tahu yang lemak tepu pada santan adalah lebih baik daripada lemak yang terkandung dalam makanan bergoreng. 

Akak suka lauk lemak cili api...tapi teknik masakan akak dengan buat masak lemak rebus sekali dengan perencahnya. Tak perlu tumis supaya dapat kurangkan kandungan minyak dalam kuah lemak akak.


Eloknya guna santan asli bukan yang santan kotak 
Ini lauk kegemaran kami sekeluarga dan akak masih menikmatinya tanpa ada risau sebab akak ada Elmu bagaimana nak kawal 
Jika kita rujuk sebaiknya, lemak santan bagus untuk kesihatan dan dapat membantu menurunkan berat badan asalkan menggunakan santan kelapa asli dan anda janganlah ambik secara berlebihan kerana lemak tetap mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi. 

Berat badan turun dengan minum kopi 
Ok...bab ni akak suka nak share. Kopi memang membantu anda menurunkan berat badan jika anda tau bila kopi ini perlu minum. 

Akak ada tips:  Minum kopi pekat tanpa GULA dan minum 30minit sebelum senaman @ workout , ia mampu membantu anda membakar lemak dengan adanya kandungan kafein dalam kopi. 


Kopi O yang boleh diamalkan sebelum mula bersenam supaya meningkat metabolisme dalam pembakaran lemak dalam tubuh badan
Jadi, kopi sangat membantu akak untuk turunkan berat badan dan badan akan lebih segar dengan minum kopi sebelum senaman @ workout.

Protein bahaya untuk buah pinggang
Tiada kaitan untuk katakan pengambilan protein akan mengundang masalah kesihatan buah pinggang kita. Ini kerana pengambilan protein sangat sesuai dengan keperluan terutamanya atlet atau yang sememangnya suka bersenam atau beraktiviti lasak. 

Jadi, protein sangat bagus dan ia sangat menyihatkan dengan kadar ditetapkan. Akak memang lebihkan protein dalam diet harian akak dan ia sangat membantu akak menjadi lebih nampak berotot selepas berjaya menurunkan berat badan dari 72 kilogram ke 57.7 kilogram setakat (18/8/2015). Alhamdulillah. 
Set ini yang akak amalkan dan ia sangat membantu akak lebih aktif dalam aktiviti outdoor akak.
Alhamdulillah dapat berkongsi dengan anda bagaimana akak melangsingkan badan dan dalam masa sama kesihatan akak bertambah baik. 

Diharap ada manfaat untuk anda semua dan mana yang baik boleh dijadikan amalan pemakanan supaya lebih sihat.

Harapan akak semoga anda semua sentiasa amalkan gaya dan pemakanan yang lebih sihat selamanya. 
Untuk tips kesihatan lagi anda boleh dapatkan daripada akak dengan whatspp "Tips Kesihatan Percuma" Ke 018 977 2964. 

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
Fitness is My Passion.

Sunday, 16 August 2015

Wooooowwww!!! Sedap Betul Dhalfina ni!!

Assalamualaikum kepada pembaca blog rubyzara. 
Diharapkan anda dalam keadaan sihat dan bahagia hendaknya. Alhamdulillah syukur akak dapat berkongsi lagi hari ni.

Hari ni akak nak share dengan cereal kegemaran akak dan semakin digemari ramai. 
Sepintas lalu aje la ye.
Nanti akak share dalam ruangan entri yang lain. 









Ini teaser daripada akak. 
Kalau nak cuba boleh hubungi akak 0 1 8 9 7  7 2 9 6 4 
Whatsapp / Telegram untuk mencuba Dhalfina anda.
Murah je dik , RM10 1 jar dan beli 5 jar percuma delivery. ( Lembah Klang) 


Salam Kasih Sayang daripada akak , 
Zara , 
Ratu Detox.
Nak sihat mestilah makan makanan yang best2!

Saturday, 15 August 2015

XPDC Zara ke Bukit Bendera 15/8/15

Assalamualaikum semua pembaca blog rubyzara. Didoakan anda semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah SWT.

Seumur hidup tak pernah ke Bukit Bendera. Perancangan sejak sebelum Ramadhan lagi dan hari dinantikan telah tiba. Akak akan jejakkan kaki di Bukit Bendera buat pertama kali pada 15 Ogos 2015. 

Tapi akak datang dengan kawan sebab kami ada task nak kena buat, iaitu mendaki Bukit Bendera ( hiking ). Nak uji fitness la katakan. 

Persiapan nak ke Bukit Bendera
  • Workout sejam sehari supaya badan berstamina untuk mendaki (buat selama seminggu untuk bekakan stamina) 
  • Jaga pemakanan - elakkan makanan berminyak. 
  • Jaga kesihatan - makan dan amal gaya hidup sihat seperti yang diajar dalam NECK.
  • Sediakan pakaian yang sesuai - kasut, baju,seluar track, jaket akak gantikan dengan baju hujan GIVI akak sebab best bila hiking pakai baju hujan ni. Sangat memberi impak dalam pembakaran lemak dalam badan akak. 
  • Sediakan first aid mini kot la ada kecederaan ke bolehlah prepare apa yang patut.
  • Bekalan suplemen - akak bawak tea cinch supaya ada energy yang ummmppphhh nanti.
  • Wang yang cukup untuk belanja makan minum, penginapan sepanjang di sana. ( Akak bajet RM300 je ) -  bukan nak shopping sangat pun kan?
  • Bekalan air yang cukup untuk akak mendaki tanpa kekal bertenaga. 
Perasaan akak?

Mestilah teruja! Syukur Allah bagi nikmat untuk menjelajahi bumiNya.

Lagipun akak belum pernah ke sana kan? Nak bercuti jauh-jauh sekarang ni USD dah mahal , jadi eloklah bercuti dalam Malaysia je.

Ringgit trading below RM4 per USD on 12/8/2015
Siap bayangkan tempat-tempat yang akak nak lawati ni
ini track yang akak nak hiking @ daki..
Diharapkan kesihatan dalam keadaan baik dan cuaca juga diharapkan dapat mengizinkan kami untuk menikmati kehijauan Bukit Bendera di sana nanti. 
Excited bebenor ni tau!Menghitung hari je ni. 

Oklah dears semua. Doakan akak selamat sampai dan insyaAllah akak akan kongsikan perjalanan akak dan pengalaman akak di sana nanti. 
Semoga perkongsian akak ada manfaat buat anda semua. 

Salam kasih sayang dari akak, 
Zara, 
Ratu Detox
018 97 2964 
untuk Nasihat Detox Coaching.

Friday, 14 August 2015

Panduan Mengelakkan Kudung Kerana Diabetes

 Assalamualaikum dears, 

Manja sikit kali ni. Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat dan bahagia hendaknya. Tenangkan hati san sentiasa bersyukur atas nikmat Allah SWT. Terima kasih sudi singgah ke blog rubyzara hari ini. 

Dewasa ini kita semakin risau dengan keadaan kesihatan rakyat Malaysia. Ada je masalah kesihatan dalam 5 orang individu dewasa tak kira dewasa lelaki atau dewasa perempuan. Tengok ajelah kenyataan akhbar tentang penyakit kencing manis di Malaysia. 

Sangat merisaukan!
Kita kenali dulu jenis-jenis kencing manis @ diabetes.

  • Hipoglisemia ( paras gula dalam darah terlalu rendah ) 
  • Hiperglisemia ( paras gula dalam darah terlalu tinggi ) 
Ada yang perlu ditekankan adalah ketoasidosis - di mana keadaan serius yang boleh mengancam nyawa dan ia berlaku apabila badan pesakit benar-benar kekurangan insulin dan tahap gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.

Pastikan keadaan gula dalam darah memberi petunjuk kewujudan diabetes dalam tubuh badan kita.
Bagaimana nak kenali kedua jenis ni?

Tanda Hipoglisemia 
  • Badan lemah , menggigil
  • Berpeluh
  • Pening
  • Lapar selalu
  • Penglihatan kabur 
  • Sakit kepala
Cara Mengatasi Hipoglisemia
  • Jika ada tanda-tanda sedemikian , minum 1/2 cawan air manis atau 3 biji gula-gula manis atau 3 sudu teh madu asli.
Tanda Hiperglisemia 
  • Kerap buang air kecil 
  • Terlalu dahaga 
  • Sangat letih
Dehidrasi 
  • Amat dahaga
  • Kulit dan lidah terlalu kering 
  • Fikiran terganggu 
Tips penghidap diabetes untuk berpuasa

  • Pengukuran tahap gula darah sebaiknya diambil pada awal pagi sebelum puasa dan selepas iftar serta bersahur. 
  • Berhenti puasa jika didapati bacaan gula dalam darah menurun ke paras sasaran yang sepatutnya turun pada waktu pagi atau tengah hari.
  • Jangan SKIP bersahur.
  • Memadai berbuka 2 biji tamar dan digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib.
  • Ambil supper digalakkan selepas bertarawih.
  • Jauhi makanan berlemak, berminyak.
  • Amalkan pemakanan berserat.
Tamar bagus untuk manisan dan makan ketika berbuka sebelum hidangan utama
Keadaan Bacaan Gula dalam Darah.
Cer check mana tahap gula dalam darah anda?
Saranan untuk penghidap kencing manis @ Diabetes

Kekalkan kesihatan dengan bersenam
Pemakanan yang disarankan

Cadangan hidangan untuk penghidap kencing manis
Makanan yang mengandungi garam yang tinggi Wajib dijauhi
Kesan amalkan pemakanan manis inilah akibatnya
Nampak kan? Ini semua kes tak jaga makan maka anda pun berpotensilah dapat hadiah kencing manis dan jika dibiarkan akan melarat.
Takkan nak sampai jadi macam ni kan?
Saranan untuk menyelesaikan masalah anda
  • Berhenti merokok kepada yang merokok 
  • Berhenti amalkan makan / minum yang manis 
  • Sila amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat. Bersenam sejam sehari sangat membantu daripada langsung tak buat apa-apa untuk diri anda. Amalkan pemakana sebagaimana yang dicadangkan supaya anda dapat kawal kandungan gula dalam darah.
  • Banyakkan makan sayur, buah-buahan , low karbo dalam hidangan utama anda.
  • minum air masak secukupnya.
  • Turunkan berat badan jika didapati anda bukan dalam BMI Normal. Nanti kira BMI anda menggunakan kalkulator BMI yang akak dah sediakan dalam blog akak ni, ye.
  • Perlukan makanan tambahan untuk dapatkan nutrisi lengkap supaya dapat mengawal gula dalam darah. 
Nampak kan? Diabetes ada dalam senarai jika anda Obesiti
Cadangan suplemen untuk penghidap kencing manis dan beberapa testimoni
Tengok testimoni ni 
Rangkaian suplemen yang terbaik sejak lebih 50tahun 
Set Kencing Manis yang Terbaik!

Set Kencing Manis yang sangat bagus untuk diamalkan bagi melengkap mutrisi tubuh badan 
Vivix tetap yang terbaik dalam membantu mengawal gula dalam darah dan sememangnya pilihan terbaik jika anda pilih untuk BEBAS diabetes.
Alhamdulillah ....

Mudah-mudahan perkongsian akak kali ni memberi manfaat kepada yang ada masalah gula dalam darah yang tidak stabil. 

Bertindaklah segera untuk membantu diri anda menjadi lebih sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih enjoy di samping orang tersayang. 

Janganlah kerana kita tak sihat , tak nak jaga kesihatan anda tergamak menyusahkan mereka meratap penderitaan kesakitan. Eloklah mencegah daripada masalah melarat lebih teruk. 

Akak ada saudara mara sebelum ni dah meninggal dunia pada 9 April 2015 akibat kandungan gula yang tak stabil, sejarahnya yang suka makan / minum manis-manis. Memang tak ada lah nak bersenam bagai. 

Sampai satu tahap Arwah dah dipotong kedua-dua belah kaki serta ada kesan pada kedua belah buah pinggang dan kena jalani rawatan dialisis 3 kali seminggu sepanjang hayat. Bayangkan dengan kedua belah kaki kudung, naik wheel chair dan naik turun kereta untuk ke pusat dialisis. Akak yang tengok pun rasa kesian tapi lagilah berat dugaan Arwah masa tu hanya Allah SWT saje tau. Masing-masing ada bahagian ujian tersendiri yang Allah dah sediakan assignmentnya.

Kebelakangan sebelum arwah meninggal dunia, mata arwah semakin kabur dan dalam masa singkat sahaja mata arwah terus gelap dan seolah-olah buta. Arwah sangat sedih tapi dah terlewat untuk merawat mata sebab tahap serangan gula dalam darah tu susah nak kawal. 

Ada satu masa tu, Arwah mengalami Hipo, dan akibat daripada itu terpaksa cucuk insulin setiap 8jam kerana tahap gula dalam darah sangat rendah dan ia sangat membahayakan arwah. 

Ya Allah... permudahkanlah urusan Arwah di alam barzakh. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah. 

Sekian perkongsian akak kali ini dan semoga memberi manfaat. 

Akak doakan anda yang membaca jagalah kesihatan sebaik mungkin selagi hayat dikandung badan. Jangan melengahkan tindakan. Semoga anda sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan sentiasalah prihatin dalam menjaga kesihatan.

Akhir kata, berbesar hati akak untuk kongsikan Ebook ini kepada anda sebagai pembaca blog akak, Sila klik sini untuk download percuma Ebook Sihat.

Salam kasih sayang daripada akak, 
Zara Ratu Detox. 
Kita sihat Kita Bahagia , 
Allah pun suka.