Tuesday 22 September 2015

Teruja Zara Detox : Marathon Pertama Kali 10km dalam Hidup

Assalamualaikum dears, 
Apa khabar ? Semoga anda sihat , bahagia dan ceria di samping orang tersayang. Alhamdulillah akak sekarang semakin cergas dan akak rasakan kehidupan akak bermakna sebab akak dikurnikan kesihatan yang sangat baik sekarang ni berbanding sebelum ni. 
Syukur sangat kepada Pencipta kita yang sentiasa membantu kita untuk lebih menikmati kehidupan ini dengan baik sekali. 

Share kejayaan akak 
Tercetus nak join marathon ni last minute je sebab semangat kawan-kawan NECK pun turut serta juga sertai marathon ni. Julung kalinya kami keluarga NECK dapat berkumpul.

Alhamdulillah akak berjaya menghabiskan 10km dalam masa 1jam 22 minit. Pertama kali ada rekod larian sejauh ini. Gembira sangat dan akak yakin akak boleh perbaiki masa akak pada penyertaan marathon pada masa akan datang. 

Ok la..Akak share gambar-gambar aje la ye untuk lebih nampak keseronokan kami keluarga NECK bersama memeriahkan acara ini. 

Masa ni berkumpul untuk agihan baju dan nombor bip masing-masing
Dah berlepas untuk kategori A, B , C , D & E.
Akak diapit jejaka hensem antarabangsa. Snapped dari Media MPSJ
Masa ni dah masuk jarak 7km perjalanan akak menuju ke finish line.
Dah tak jauh dah 
Gaya mau lebih
Ok cukuplah berposing ...see u at finish line!
Best!! Berjaya melepasi 10km. dapat medal dan B complex Free daripada Shaklee

Inilah sebahagian Keluarga NECK bahagian KL, Selangor
Bukan senang nak dapat moment macam ni 

Seronok la tayang medal masing-masing

Kami Krew NECK !!
Memang Terbaek!
Refreshment selepas berlari , kami dapat free roti yang ditaja oleh Gardenia
InshaAllah tahun depan boleh join lagi 
Simpan ni buat kenangan dan pengalaman pertama wajib dikenang
Shiem pertama kali join marathon 7km. Tahniah buat Shiem! Memang nak sangat gigit medal tu 
Kak Tun bersiap sedia nak bermarathon dengan beban 12kg. Semangat macam ni la best!! NECK memang power!
Bersama-sama wefie sebelum pelepasan kategori 10km 
Founder NECK pun ada join sekali larian ni. Sanggup datang dari Perak dari awal pagi dah gerak ke Subang Jaya.
Diorang ni sempat posing lagi kat water station tu ...terlentuk anak Kak Tun
Alhamdulillah syukur sangat atas kejayaan akak dan kawan-kawan pada 20.9.2015. Tetap dikenang sampai bila-bila. 

Di sini akak suka sangat nak menyeru kepada anda untuk memilih gaya hidup yang sihat dengan formula yang terbukti kepada kami, iaitu Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus sangat membantu kami untuk menjadi kurus dengan sangat mudah dan berkesan. 

Formula yang kami amalkan sangat membantu dan tiada kerisauan berat badan naik semula walaupun sudah melepasi tempoh 100 hari dalam program Now Everyone Can Kurus.

Akak masih amalkan apa yang dipelajari sepanjang program. Formula mudah yang kami lakukan dan semestinya dalam group telegram yang kami wujudkan adalah untuk semarakkan semangat di kalangan peserta dan sentiasa akan bersama memberi sokongan sesama sendiri. Itulah kekuatan yang kami terapkan selain dapat bersilaturrahim 


Tengok testimoni ni. 
Testimoni Batch 8 NECK 
Akak seronok nak share.
Akak suka nak membantu orang lain menjadi lebih sihat dan dalam NECK dah banyak testimoni kejayaan merubah mereka daripada yang ada masalah kesihatan berubah menjadi lebih sihat atas tindakan mereka untuk menjadi insan yang baru selepas menjalani program NECK ini. Peranan kami sebagai krew adalah sentiasa pantau dan bantu untuk merealisasikan matlamat mereka. 

InshaAllah akak akan berkongsi lagi selepas ini. Diharap apa yang akak kongsikan memberi manfaat buat anda semua yang membaca. Akak doakan anda semua adalah insan yang terpilih oleh Allah untuk masuk syurga tanpa dihisab. 

Best kan team NECK kami?
Nak jadi sebahagian daripada kami?

Jangan segan untuk hubungi akak 018 977 2964.
Zara Ratu Detox
Fitness Is My Passion
Krew Now Everyone Can Kurus

2 comments: