Thursday, 17 September 2015

Musykil ??? Apa tanda-tanda hati sihat

Assalamualaikum kepada pengunjung blog rubyzara. Semoga anda semua dalam keadaan yang sihat dan ceria. Bersyukur akak kepada Allah SWT kerana sekali lagi dapat lagi berkongsi coretan dalam entri kali ini. 

Hari ni akak nak share pengalaman akak sendiri untuk berubah menjadi ahli Al-Quran adalah satu cabaran dan ia bukanlah mudah dan setelah melakukannya , rupanya ia tidaklah sesusah mana pun.

Allahu Akbar!
Dengar pun macam bagus sangat je akak ni kan? Tapi kita memang nak berubah kepada yang lebih bagus daripada sebelum ini. Maka kena cakap, rasa dan fikir yang baik-baik aje. Ini kerana ia satu DOA yang menuju ke arah kebaikan. Ini dah pasti!!


Puasa sunat Zulhijjah.
Hari ni 16/9/2015 2 Zulhijjah 1436 saat ni akak dah siap tahajud sebab akak dah tidur awal malam setelah tertidur selepas waktu Isyak. Mungkin keletihan, akak puasa sunat 1 Zulhijjah. Alhamdulillah. 

Jom kita sama-sama lakukan selagi ada kemampuan untuk berbuat amalan yang disarankan. Akak sentiasa cuba untuk berbuat kebaikan , then bila dah biasa maka ia jadi rutin dalam kehidupan seharian. Best kan?


Jom kita sama-sama amalkan ni setiap kali kedatangan Zulhijjah setiap tahun
Muhasabah diri hari ini
Sekiranya kita ingin menjadi manusia terbaik, ingin bercakap mengenai pembangunan insaniah, tidak boleh tidak kita sendiri mesti mempunyai komitmen yang tinggi terhadap Al-quran. Kita mesti menjadi 'ahli Al-Quran' kerana ahli al-Quran adalah Ahlullah.

Sabda Rasullullah SAW bermaksud , 

"Sesungguhnya Allah mempunyai ahli2Nya daripada kalangan manusia". 

Para Sahabat lalu bertanya, 
"Wahai Rasulullah , siapakah mereka?" 

"Mereka yang ahli Al-Quran itulah Ahli Allah dan golongan pilihanNya " 

(Riwayat Ibn Majah)

Alhamdulillah, akak terbuka hati untuk mendekati Al-Quran..nak khatam sebulan sekali. Tapi akak memang tak mampu baca 30 juzuk sorang-sorang dengan masa dan susunan rutin harian akak. 

Maka tercetuslah idea untuk membina satu kumpulan tadarus yang akak kongsikan bersama rakan-rakan dalam group telegram yang ada. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Kumpulan tadarus akak dah mula sejak Ramadhan 1436H. Setakat ini dah 6 pusingan khatam Al-Quran dan sasaran akak untuk khatam maximum 2 kali sebulan. Namun, akak dah rasa bersyukur dengan 1 kali kahatam berdasarkan kemampuan ahli kumpulan yang lain.

Jadi, apa yang kita nak lakukan , terus lakukan. Kita ajak kawan-kawan ke arah kebaikan supaya sama-sama beroleh kebaikan dan sama-sama istiqomah. Bukan mudah tapi ia tak sesusah mana pun jika kita ada impian dan matlamat yang disasarkan.

Dalam tak sedar rupanya ahli kumpulan tadarus adalah Ahli al-quran @ Ahlullah. Best kan?
Syukur sangat-sangat apabila diri kita dah ditempatkan dalam golongan yang khusus. Jadi , anda bila lagi nak jadi ahlullah seperti kami?

Alhamdulillah..rupa-rupanya akak sedar sesuatu. Manusia memang dikurniakan sangat bijak. Sangat bijak dalam apa jua perkara nak buat. Jom, akak share lagi tentang kebijaksanaan manusia. Sebab ini ada kaitan dengan tindakan akak dalam melaksanakan kumpulan tadarus dan ia adalah berkaitan dengan hati kita.

Sumber Kebijaksanaan Manusia 
"Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Apabila ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

apa yang akak baca, menunjukkan dalil ini sangat kuat mengatakan bahawa hati yang kita milikki adalah sumber kebijaksanaan manusia seluruhnya. Ini bermakna , ia sangat penting bagi kita menjaga dan memelihara hati sebaik-baiknya. 


Dalam kehidupan seharian kan, akak sendiri pun duk istiqomah mencari rezeki selama 9 jam lamanya di tempat kerja ( termasuk waktu rehat ). Dalam masa ni kita sentiasa jaga jasmani kita untuk sentiasa sihat dan tetapi adakah kita sedar bagaimana kita kesihatan rohani (hati) kita?

Persoalannya????
Bagaimana untuk kita ketahui tentang ini? Kita wajib ketahui apa tanda-tanda hati yang sakit atau sihat. Dari situlah kita tau bagaimana diri kita sebenar. 

Apa tanda-tanda rohani tidak sihat atau sakit?
sila bukak link ini. ( perkongsian kuliah Ustaz Amin ) 

Antaranya:
  • Untuk baca Quran alasannya tiada masa 
  • tidak bersemangat untuk beramal soleh, rasa dengki, ego, tamak , sombong, rasa diri hebat, selalu stress dan sentiasa berfikiran negatif. 
  • Suka cakap KALAU - akan melemahkan pemikiran dan semangat dalaman diri
  • bertahan kerja berjam-jam nak dapatkan wang semata
  • Untuk belajar Al-quran seminggu sekali rasa berat
  • Menonton bola sepak berjam-jam tanpa ngantuk, suruh ngaji cepat mengantuk.
  • menonton di stadium dengan berdiri pun boleh bertahan, tapi bila terawih ada je alasan sakit kaki dan terasa lenguh.
Kita di mana?
Adakah hati kita sihat?
Akak sentiasa nak perbaiki diri, akak akan usahakan dalam istiqomah dalam melakukan perkara-peraka untuk menyihatkan hati. Bagaimana akak buat? 

Ada orang tanya akak , bagaimana nak istiqomah berbuat kebajikan?

Jawapannya...untuk istiqomah dalam berbuat sesuatu senang je iaitu dengan suka apa yang kita buat dan buat apa yang kita suka. Jika akak suka share tentang detox, ia dapat bantu orang lain jadi sihat setelah berdetox. Ini contoh apa yang akak lakukan. BIla kita sentiasa suka nak share apa yang kita suka dan ia mendatangkan manfaat kepada orang lain, maka dalam tak sedar ia akan sentiasa berlaku pada diri kita. Inilah yang akan terjadinya sentiasa nak share dan maksudnya juga berlakulah istiqomah tu tadi. 

Paham ke paham?

lagi satu contoh...

Katalah akak suka samosa, akak suka buat samosa dan akak share kepada kawan-kawan. Mereka pun suka dan buat tempahan nak samosa sedap akak tu. Macam tu la kita kekalkan istiqomah. Sebab kita suka buat apa yang kita suka. Maka, automatik kita akan sentiasa lakukan ia dengan hati yang ikhlas dan seronok untuk terus berkongsi sebab kita tau ada orang lain yang akan dapat manfaatnya. 

Best ke best?

Buat apa yang kita suka, Suka dengan apa yang kita buat
Sekarang akak suka share tentang Now Everyone Can Kurus, program kurus yang hanya dari rumah dan dah ramai yang akak bantu untuk mereka menikmati kehidupan dengan saiz badan yang diidamkan dan kesihatan lebih baik daripada sebelumnya.

Alhamdulillah...

syukur dapat membantu mereka tau.

Kak ina dari terengganu 
Ramadan dari Puchong
Program Detox Jiwa
Akak amalkan bergantung kepada Allah atas apa yang akak nak lakukan. Allah hanya tempat kita mengadu dan Allah jua tempat kita meminta. Mintalah apa sahaja dan kita mesti komited lakukan tindakan atas apa yang kita impian yang ingin dilaksanakan.

Akak namakan ia sesi :program Detox jiwa. Sebab ia akan meresapi ke dalam jiwa kita jika hayati apa yang rohani @ hati kita nak. Kita buat sesuatu mesti dengan kata hati dan disertai dengan rasa ingin capai dengan tahap keinginan tertinggi. InshaAllah, Dia akan bantu kita. 

Akhir kata, sama-samalah kita jadi insan yang mempunyai hati yang sihat sentiasa. 

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
018 977 2964

0 comments:

Post a Comment