Wednesday, 16 September 2015

SNEK NECK : Limau Gedang (Grapefruit) Agen Anti Kanser

Buah limau gedang (grapefruit)
Pernah dengar tak tentang buah limau gedang?? Tak tahu?? Ada yang tahu bagus la kan..untuk entry kali ini saya nak cerita tentang buah limau gedang atau dalam bahasa Inggeris namanya ialah grapefruit. Bukan buah anggur ye. Nama saintifiknya ialah citrus paradisi. 

Buah limau gedang pertama kali ditemui di di hutan pulau Caribbean, Barbados. Pada hari ini buah lime gedang ditanam secara meluas di Amerika Starikat terutama di California, Florida dan di negeri-negeri Selatan yang beriklim semi tropical. Ia juga dikenali sebagai buah dari syurga kerana keunikannya untuk kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit.

Limau gedang tergolong dalam keluarga Rutaceace. 
Pokok Limau gedang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter. Buahnya berbentuk bulat, kulitnya lebih tebah berbandiing buah oren. Buah limau gedang terdiri daripada pelbagi jenis yang mana ditentukan oleh warna isinya. Ada yang berwarna merah, putih dan merah jambu. Rasanya juga tidak sama. Ada yang rasa masam dan juga sedikit pahit.

Ada caranya untuk kita makan buah limau gedang dengan cara yang plaing berkesan. 
Apabila mahu memakannya, buang kulitnya dan tinggal sedikit serabut putih kerana ia mengandungi bioflavonoid yang bertindak sebagai antioksidan. 




Baiklah mari kita tengok apa pula khasiat buah limau gedang ni.

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)

#1 Kaya dengan Vitamin C yang mana sumber anti kanser yang baik. Vitamin C merupakan anti kanser semulajadi yang paling berkuasa yang membantu tubuh membina rintangan melawan agen jangkitan penyakit dan melawan serangan radikal bebas. Ia membantu melindungi tubuh dari demam dan selesema. Vitamin C juga membantu menguatkan arteri dan mengekalkan keanjalan arteri. Vitamin C sangat diperlukan penyenggaraan tisu-tisu yang berhubung dengan kesihatan dan untuk penyembuhan luka pada peringkat awal serta 

#2 Mengandungi asid sitrik, gula asli, minyak pati seperti limonene, pinene dan citral

#3 Mengandungi Vitamin A, B-complex, Vitamin E dan Vitamin K

#4 Terdapat kandungan mineral seperti asid folik, kalsium, kalium dan fosforus.

#5 Buah limau gedang merah kaya dengan fitonutrien antioksidan yang paling berkuasa seperti flavanoid dan lycopene yang berfungsi sebagai untuk melawan serangan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh sekaligus menentang kanser dan pelbagai penyakit lain lagi. Kajian menunjukkan lycopene membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV dan sebagai pelindung kanser prostat.

#6 100g buah segar mengandungi 135mg elektrolite potassium. Potassium ialah nutrien yang sangat penting yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan bendalir dan elektrolit di dalam tubuh. Ia membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah melalui tindak balas kesan-kesan natrium. Kekurangannya boleh meyebabkan keletihan, mudah marah dan hypertension (meningkatkan tekanan darah).

#7 Ia kaya dengan fiber yakni serat pemakanan yang tidak larut iaitu pektin. ia berfungsi membantu melindungi selaput lendir usus besar (colon) dengan mengurangkan pendedahan kepada toksik di dalam kolon sekaligus bertindak sebagai pengikat bahan kimai yang menyebbakna kanser usus. Pektin di dalam buah limau gedang mampu menurunkan paras kolesterol di dalam darah dengan mengurangkan penyerapan koleterol di dalam kolon (usus besar).

#8 sesuai untuk pesakit diabetes - pemakanan buah ini dikatakan mampu mengurangkan kandungan kanji dan gula di dalam sistem nadan

#9 Membantu mengatasi masalah pencernaan - meminum jus buah limau gedang mampu merangsang peningkatan aliran cecair gastrik. Serat buah liamu ini membantu mengatasi masalah pergerakan usus.

#10 Membantu menghilangkan rasa letih -Segelas jus limau gedang membantu menghilangkan rasa letih dan lesu.

#11 Jus limau gedang membantu merangsang tidur dan menringankan masalah insomnia. Ia juga mampu melegakan sakit tekak dan melegakan batuk.

Alhamdulillah....

Dapat ilmu baru dalam pemakanan sihat lagi kan?
Best ke best?
Inilah penangan NECK. Setiap ilmu baru akan akak kongsikan supaya kita sama-sama beroleh manfaat bersama. 

Untuk menjadi sihat kita wajib makan makanan yang sihat, inilah syarat untuk kita lebih sihat dan slim selamanya. 

Macam sekarang ni kan, akak rasa syukur apabila tubuh badan akak semakin sihat dan bebas beraktiviti aktif ke sana ke mari. Aura pun semakin hebat dan sentiasa bersemangat dalam apa jua perkara yang akak suka. 

Semakin sihat dan ceria apabila amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat ( Eat Clean) 
NECK banyak merubah hidup akak dari segi mental dan fizikal, serta rohani dan jasmani. Ianya seiring dan akak rasa syukur Allah permudahkan urusan akak untuk capai matlamat akak untuk lebih sihat dan bertenaga sekaligus akak terus menambahnilai kepada orang lain. Usaha ini akan diteruskan supaya ramai lagi rakyat Malaysia dapat dibantu menjadi lebih sihat dan kurus secara semulajadi. 

Akhir kata, peliharalah kesihatan kita sebagaiman Allah telah anugerahkan nikmat kesihatan yang amat baik kepada kita. Hargainya dengan mensyukuri sentiasa kesihatan kita dalam keadaan semakin baik. 

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
018 977 2964.

2 comments: