Thursday 8 January 2015

Rahsia Super Detox Zara Bukan Rahsia Lagi

Assalamualaikum wbt semua..semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya. 

2014 sudah meninggalkan kita....
2015 disambut dengan hati terbuka...

Alhamdulillah..
Pelbagai kenangan 2014 yang akan sentiasa dikenang dalam memori akak. 2015 ni akak lakarkan impian supaya menjadi ingatan sampai bila-bila.

Jadi,akak dah buat keputusan untuk buat sesuatu yang luarbiasa...
Wahhh!! Luarbiasa...?

Apakah yang luarbiasa tu?

Jom teruskan baca perkongsian akak ..

Super Detox Group dilancarkan
1.1.2015 Tertubuhnya Super Detox Group yang akan akak kongsikan Elmu Power of Detox dalam mengoptimumkan tahap kesihatan kita dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Alhamdulillah ...2 hari sebelum dilancarkan feedback diterima sangat menggalakkan. Sampaikan akak fikirkan adakah tindakan akak ini satu tindakan yang betul atau sebaliknya ( ada jugak suara budak kecik )


Amacam? Ada lagi ke yang nak join group ni?
Visi Super Detox Group 
Menyasarkan 300 orang berjaya dididik dengan cara yang betul dalam menjalani Detox. Akak akan didik mereka detox yang betul dalam proses menyihatkan usus, perut, hati, minda dan jiwa dalam masa 66 hari dan memastikan matlamat dicapai selepas tempoh tersebut.

Misi Super Detox Group 
  1. Berkongsi maklumat gaya berdetox yang betul mengikut keperluan individu.
  2. Berkongsi pengalaman berdetox dengan menggunakan suplemen dan buah-buahan semulajadi tanpa kos yang tinggi. Lebih afdal menggunakan bahan dapur yang sedia ada.
  3. Memberi tunjuk ajar dan akak akan buat FREE Coaching kepada yang memerlukan perhatian dalam memperbaiki tahap kesihatan fizikal dan mental yang optimum melalui cara berdetox yang betul.
Cara Nak Join Super Detox Group 
  1. Wajib ada application Telegram.
  2. Wajib ada nombor telefon akak - 018 977 2964 
  3. Kena tambah akak dalam telegram korang dan kemudian Mesej kat akak <NAMA><ASAL>< "DETOX"> ke nombor akak tu.
  4. Akak akan add uollsss setelah mendapat arahan DETOX tu.
Download application ni dari Playstore ye.
Ini antara perkongsian kejayaan akak buat Super Detox
Akak berjaya detoxkan diri selama 8 bulan dan akak terpaksa hilang 9 kg berat badan. Mensasarkan akak semakin ceria, semakin sihat, semakin aktif dalam menjalani aktiviti perniagaan shaklee, jadual kerja hakiki akak dan aktiviti samosa akak la semestinya kan? 

Ada yang kata akak nampak macam budak lepasan SPM dengan gaya di bawah ni. Alamak!! Terasa la mudanya kan? 

Tapi, inilah buktinya bahawa wanita wajib berdetox dengan gaya yang betul supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan Hamba Allah yang cergas beribadah. Jika kita kurang sihat sudah tentu sukar untuk menjalani ibadah yang sepatutnya. 

Maka inilah hasilnya selain akak dah takde bersin pagi-pagi lagi. Situasi sembelit pun dah selesai dengan gaya berdetox yang betul. Selepas berdetox ni akak memang cergas dengan aktiviti aktif akak. Best tau detox!

Ini akak selepas detox berjaya dalam masa 8bulan.. Baju saiz M dah muat.
Ini rahsianya
Rahsia akak bukan rahsia lagi. Ini la yang akak amalkan sepanjang akak berdetox. Alhamdulillah sangat berkesan. Ikut la apa kesukaan uollss. Akak suka lemon. Memang ada saje la stok buah lemon dalam simpanan peti sejuk kat rumah. 

Stok lemon untuk seminggu.
Mudah je...Lemon dihiris-hiris dan dimasukkan ke dalam botol berisi air dan akak simpan ke dalam peti sejuk. Lemon seolah terendam semalaman dan esoknya nak pergi kerja akak memang bawa saja ke pejabat sebagai bekalan air seharian. 


Ini minuman yang akak amalkan . Masa ni akak rendam lemon & timun segar
Selain itu, akak tetap amalkan Alfalfa sebagaimana kita tahu bahawa alfalfa adalah agen detox terbaik untuk badan. Di sini akak ada kongsikan khasiat alfalfa yang menjadi suplemen wajib ada bagi pengamal suplemen. 

Ini booster akak sepanjang menjalani detoks 
_____________________________________________________________________________________________________

Ok..dah tengok kejayaan akak kan? Akak cerita pula apa yang uollss kena tahu ye..

Apa itu Detox?
Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Toksin
Apa itu Toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan
  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 
Kebaikan detox
  1. Semakin sihat, ceria dan anggun bergaya.
  2. Boleh mengurangkan berat badan.
  3. Kelihatan awet muda macam akak.
  4. Mengurangkan simptom resdung
  5. Memulihkan masalah sembelit. 
  6. mengurangkan sakit badan, sengal-sengal tulang.
  7. Tiada lagi jeragat, tiada lagi wajah kusam.
  8. Mudahkan kita menjalani ibadah dan mampu bekerja tanpa gangguan kesihatan.
  9. Dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk membantu mereka jadi lebih sihat , ceria dan anggun bergaya seperti kita juga.
  10. Mengurangkan masalah kulit dan memperbaiki tona warna kulit terutamanya yang ada masalah sun  burn.
    Bagaimana detox berlaku dalam badan kita? 
    Ini secara ringkasnya, toksin adalah berpunca daripada asap rokok, asap kenderaan, racun perosak, racun serangga, bahan kimia dalam makanan dan gas-gas beracun dalam persekitran kita.

    Ini semua menjadi punca bagaimana badan kita penuh dengan toksin. Dengan mengamalkan minuman air lemon atau supplemen agen detox ia mampu membantu mengeluarkan toksin berlebihan dikeluarkan melalui bahan buangan dari badan kita.

    Bagaimana laluan toksin dikeluarkan daripada tubuh badan kita.
    Pengakhirannya adalah melalui najis setelah menjalani sesi detox. Di sini akak kongsikan juga ciri-ciri untuk kita kenalpasti apakah najis yang ideal setelah proses detox berjaya.

    Ciri-ciri najis yang ideal :-
    • Berwarna kuning keemasan.
    • Kuantitinya antara 2 - 3 batang seperti bentuk pisang.
    • Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
    • Air 80%
    • Keadaan najis adalah timbul dalam lubang jamban, bukan tenggelam. 


    Najis yang paling sihat selepas detox, selain tu memang tak OK tau.
    Lepas ni kalau lepas berak, janganlah terus flush. Hayatilah terlebih dahulu najis uollss dalam lubang jamban bagi memastikan najis uollss tu ideal atau sebaliknya. Jika tidak, bermakna usus uollss ada masalah toksin dan memerlukan detoks. Sama-samalah kita bantu diri kita, kawan-kawan sekeliling untuk menjadi lebih sihart lagi dengan berdetoks dengan cara yang betul.

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud, 
    "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."
    (Hadis riwayat Ad-Dailami)

    Sumber : solihinzubir.com

    Nota kaki : Janganlah ditenung najis tu lama-lama, benda yang kotor jangan dipandang lama-lama kelak akan rosak pula mental.
    ____________________________________________________________________________________________________

    Semoga info yang dikongsikan memberi manfaat kepada yang sudi singgah membaca entri akak kali ni. Didoakan sentiasa dalam lindungan Allah SWT di mana sahaja uollss berada.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila telegram ke nombor akak 018 9772964. 

    Tawaran dibuat kepada yang perlukan personal coaching selama 66 hari untuk detox dengan cara yang betul seperti akak.

    Diharap info yang akak kongsikan dapat dimanfaatkan dan gunakanlah Elmu yang ada ini sebagai rujukan untuk melakukan detox diri demi kesihatan jangka masa panjang.

    Terima kasih sudi singgah ke entri akak kali ni. Semoga Allah SWT lindungi uollss di mana sahaja uollss berada ye. 

    Luv uoollsss!

    8 comments:

    1. Terbaik...jom join best! Coaching dgn ratu detox

      ReplyDelete
    2. Wahhh...!! Entry yang sangat lengkap tentang detox..! Padat dengan informasi. Sape yang belum join lagi group detox kak zara yang happening tu memang rugiii sangat2..! :D

      ReplyDelete
      Replies
      1. Semoga bermanfaat untuk orang lain ...Thanks Sobiha sudi singgah

        Delete
    3. kak zara~ is dah singgah sini (^___^)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Thanks Is sudi singgah ke perkongsian akak ni...semoga beroleh manfaat daripadanya..:)

        Delete
    4. Nice job sis zara....love it...keep it up...your high spirit surely inspired other...jom detox pasti akan lebih bertambah muda n sihat

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih kak Zura sudi baca dan memberi sokongan program Super Detox bersama Zara...So Highly appreaciated..

        Luv u kak!

        Delete