Saturday 31 January 2015

Detox is Not A Diet

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya. 
Hari ni akak teruja nak share tentang apa yang dikaitkan dengan DETOX dan DIET.

OK..Begini..

DIET - adalah 
sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit; contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.

Paham ke paham ?

Ramai yang menyalahguna istilah DIET ni...sebab bila sebut DIET je mesti kata TAK MAKAN untuk capai berat badan ideal..IDEAL la sangat....Hello...salah amat tu dek..

Tau tak yang sebenarnya kita perlu makan untuk menjaga kesihatan kita. Meninggalkan makan pada masa yang biasa sebenarnya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kecuali jika kita berpuasa. Bila kita berpuasa, badan kita bersedia untuk tidak menerima makanan. Keadaan yang sama tidak berlaku jika kita tidak berpuasa. Badan kita menunggu untuk menerima makanan bila sampai waktunya, dan ia akan mengeluarkan asid yang diperlukan untuk menghadam makanan. Sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid tersebut akan terkena kepada dinding usus dan merosakkannya.

Paham ke sampai level ni? Kita teruskan ye....Fokus nak tau ni kan? 

Kita sambung semula ye...
Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. (Akak ada share dalam entri lepas. Nanti klik pada Detox tu ye) 

Jadi apa kaitan kedua-duanya ni?

Suka akak nak tekankan di sini adalah >>>DETOX IS NOT A DIET 

Ia bermakna jika kita melakukan sesi DETOX hingga berjaya di mana badan akan menjadi lebih sihat, segar, dan lebih ceria daripada biasa. Namun kita wajib makan seperti biasa walaupun melakukan aktiviti berDETOX ni. Ini kerana DETOX adalah seperti batu loncatan untuk membantu memudahkan penyerapan suplemen atau nutrien daripada apa yang kita makan dan badan menjadikan lebih sihat dan bebas daripada TOKSIN dan RACUN yang ada di sekeliling kita.
DETOX adalah pemangkin untuk jadi lebih sihat ...Ingat tu!
Selain itu dengan berjayanya DETOX ni...ia membantu kita mengelakkan DIET YOYO. 

Laaa...apa pulak diet yoyo ni?

Ok..akak jelaskan sikit...sambung baca lagi k..

Apa pula diet yoyo?
Diet yoyo ni apabila ada seseorang menurunkan berat badannya hingga ke tahap yang ideal dalam masa yang singkat mungkin dan mereka akan kembali makan sesedap rasa tanpa mengawal pengambilan makanan apapun. Masa ni la badan mereka akan naik kembali dan mereka akan berusaha untuk menurunkan berat badan semula dalam masa singkat dan sanggup mengambil risiko hingga tahap makan UBAT KURUS. 
Jika diet sebegini diulang – ulang ia akan menyiksa tubuh badan mereka dan boleh membahayakan keadaan dalaman tubuh badan mereka. Yang peliknya, banyak sangat orang yang melakukan diet yoyo ini hanya kerana nak kelihatan cantik dan bukan kerana nak SIHAT sebagai matlamat utama. 
Nak Macam ni ke? Usah la ye...
Suka akak nak menyeru, usahlah lakukan amalan pemakanan dan amalan diet sebegini. Nak tau diet yang betul , cari la ELMU, cari la MENTOR dan carilah FORMULA MESTI yang mampu membantu kita capai berat badan ideal dengan guideline yang betul. 

Dengan FORMULA MESTI akak tak risau berlaku DIET YOYO 
Super Detox Group 2015 Bersama Zara
Dalam group #Super_Detox,  akak akan coaching uoollsss menjadi lebih SIHAT , CERIA, ANGGUN dan BERGAYA setelah segala TOKSIN dan RACUN selamat dikeluarkan daripada badan. 

Alhamdulillah mereka menerima ELMU yang akak kongsikan dalam Online Coaching Telegram Group. Jadi , inilah medium yang paling mudah untuk akak berkongsi. 

Kepada yang nak join sila Add akak ye 018 977 2964. Banyak info , menu sihat yang dikongsi dan memberikan kesan positif yang terasa dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Akhir kata, akak ucapkan salam hujung minggu daripada akak dan jangan lupa download ebook percuma akak ye. 

Semoga uollsss dalam lindungan Allah SWT dalam apa jua yang uollss sedang lakukan dan uoollsss beroleh manfaat daripada perkongsian akak kali ni.

Luv uollsss..

Salam Kasih sayang, 
Zara, 
Pakar Detox dan Krew Program 
Now Everyone Can Kurus 

0 comments:

Post a Comment