Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.
Hari ni akak nak berkongsi yang mata akak semakin terang penglihatan setelah makin lama akak rasakan akak makin mulai rabun. Akak mengalami rabun jauh dan rabun silau yang agak parah.
Sebelum ni mata akak ok je dari kecik. Tak de masalah rabun apapun.Kat mana silapnya akak pun tak sedar makin lama mata akak mulai kabur. Rupa-rupanya mata akak perlukan perhatian.
Ok..akak nak cerita sikit tentang situasi rabun yang akak alami sebelum ni dan apa langkah akak ambil untuk pulihkan keadaan penglihatan mata akak.
Jom baca perkongsian akak ye.
Apakah itu rabun silau?
Rabun silau atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak.
Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza.Rabun silau selalunya datang bersama – sama rabun jauh dan rabun dekat.
Punca
Punca sebenar rabun silau masih tidak diketahui.Mata normal adalah berbentuk sferikal di mana kelengkungan kornea adalah sama pada semua kedudukan (Gambar 2).
Gambar 2 |
Apabila cahaya memasuki mata, ia akan terfokus sebagai satu titik diatas retina dan objek akan kelihatan jelas. Manakala bentuk mata bagi penghidap rabun silau adalah bujur seperti bola ragbi atau belakang sudu (Gambar3).
Gambar 3 |
Keadaan ini menyebabkan cahaya yang memasuki mata akan terfokus pada banyak tempat atau dengan kata lain mata tidak berupaya untuk memfokus sebagai titik diatas retina. Ini akan mengakibatkan hanya sebahagian objek sahaja akan kelihatan jelas. Oleh itu objek kelihatan kabur dan terherot pada sebarang jarak.
Kadang – kadang rabun silau boleh disebabkan oleh masalah kornea seperti parut pada kornea, luka pada kornea dan keratokonus (keadaan dimana kornea semakin menipis dan semakin berbentuk kon).
Keadaan mata yang normal |
Ini keadaan penglihatan bagi yang mengalami rabun silau macam akak. Bila melihat objek jarak jauh , mata kurang menumpu |
Kita kena tau juga apa kesan rabun silau ni jika kita biarkan je.
Ada bahayanya tau.
Ada bahayanya tau.
Jom akak sambung citer lagi.
Gejala/Tanda
Gejala/tanda penghidap rabun silau adalah berbeza antara individu. Penghidap rabun silau yang sedikit tidak mengalami sebarang gejala/tanda.
Gejala/tanda yang biasa dialami adalah seperti berikut:
- Mata kabur pada sebarang jarak
- Pandangan terherot
Akak memang mengalami begini, objek nampak herot. |
- Mata letih
- Juling – keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
- Sakit kepala
- Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
- Mata sering berkelip atau sering menutup mata
Komplikasi
Rabun silau yang tidak dibetulkan akan menyebabkan penghidap mengalami gejala – gejala seperti di atas dan seterusnya akan menjurus pada masalah-masalah lain seperti kurang tumpuan dan penurunan prestasi kerja/sekolah. Pada kanak - kanak, rabun silau yang tidak dirawat awal boleh mengakibatkan ambliopia atau mata malas.
Bila pandangan mata akak dah jadi macam tu akak kena kecikkan mata untuk mata menumpu objek yang jarak jauh walaupun kurang 50 meter. Kesian akak tau. Tambah-tambah akak memang tak nak pakai cermin mata.
Tapi demi keselamatan akak, akak pakai juga la cermin mata sebab akak ni kan wanita bekerjaya yang boleh memandu dan merempit jadi penglihatan sangat penting semasa dalam perjalanan.
Amacam? Comel tak ? |
Masa ni akak pakai spek guna power 125 untuk kiri, 50 untuk kanan. Akak kena pakai jugak . Sebab akak sangat bermasalah bila memandu waktu malam dan waktu menunggang motosikal dalam hujan. Allahu Akbar..terasa la mata akak betul-betul macam gelap seketika. Nak ada kereta yang guna lampu tinggi, rasa nak menyumpah je tau.
Akak cuba juga nak pulihkan tahap rabun akak ni. Tapi masih belum la jumpa apa makanan terbaik untuk akak cuba. Maka akak terukan aje la pakai spek yang menampakkan muka comel akak ni. Hehehe.
Akak mula insaf dan kesian kat mata akak
Nak tau bila kak mula sedar tentang mata akak yang semakin kronik ni yang selama ni akak biarkan je mata akak makin rabun jauh dan rabun silau. Ya ampun... susahnya akak nak tengok slide masa meeting atau seminar. Akak kena duduk depan-depan dan sukar untuk dapatkan nota bila akak duduk belakang.
Akak mula terfikir , sampai bila dan takkan akak nak biarkan mata aku jadi makin rabun. Aku muda lagi. isssh..bahaya kalau rabun makin teruk. Rugi nikmat nak tengok alam yang indah lagi luas ni. Hinggalah akak dah jumpa suplemen Shaklee pada 2013.
Setelah setahun akak amalkan pelbagai suplemen, maka akak pun google la suplemen apa yang terbaik untuk mata. Rupa-rupanya Shaklee ada suplemen yang mampu membantu memberi vitamin A terbaik yang sememangnya baik untuk memulihkan mata akak.
Akak kena cuba. Akak wajib bantu mata akak. Akak nak mata akak macam masa muda-muda dulu. Tak perlu nak kecik-kecikkan mata pun bila nak tengok objek jauh.
Maka , Oktober 2014 akak terpanggilah nak cuba Carotomax yang mana banyak khasiatnya sangat bagus dalam pemulihan mata secara semulajadi.
Nak harap akak dapatkan sumber-sumber makanan yang mengandungi Vitamin A, memang tak la. Sebab akak mana ada masa nak cari satu persatu.
Akak tak larat la nak makan buah-buahan macam ni setiap hari. Maka akak cari penyelesaian yang mudah & semulajadi |
Carotomax jawapannya.
Akak cuba makan untuk pulihkan rabun mata akak |
Bermulalah fasa memulihkan mata secara semulajadi
Akak mula makan carotomax 1biji sehari mulai 1hb Oktober 2014.
Akak makan ikut jadual yang ditetapkan semasa makan suplemen yang lain dan akak memilih makan carotomax selepas sarapan pagi dan makan sekali dengan Vitamin C.
Minggu pertama makan carotomax, akak ok je. Takde apa-apa perubahan pun. So akak teruskan makan secara konsisten setiap hari sebab niat nak sangat pulih daripada rabun yang makin meruncing ni.
Pada satu pagi akak bangun tidur, akak ingat lagi masa tu 18.10.2014 akak bangun macam biasa tapi akak rasakan kelopak jedua-dua belah mata akak melekat dan macam nak sakit mata. Bila akak tengok cermin, mata akak merah. Allahu Akbar. Apa dah jadi ni?
Akak pun panik sebab akak rasa mata akak gatal, berair, dan merah.
Akak pun segera ke klinik berdekatan dan dapatkan nasihat doktor jika ada terkena jangkitan mata. Maka doktor macam biasa lah kalau kata sakit mata, dia akan bagi akak MC. Akak pun berehat la tapi yang akak agak pelik, mata akak tak pedih. Hanya gatal & mata berair. Kan kalau sakit mata, kita akan rasa berat, mata bengkak dan ada keluar macam putih-putih tahi mata kata nya kn.
Akak bincangkan hal mata akak jadi macam ni dalam group telegram #MFMS. Akak merasakan seperti healing crisis makan carotomax tapi dalam perbincangan kami mengatakan ada yang OK je tak de apa-apa pun makan carotomax.
Akak dapat MC 2 hari untuk akak berehat. Tapi akak ambik peluang ni untuk study apa sebenarnya kandungan Carotomax yang akak makan ni.
Jom kita check sama-sama.
Khasiat Carotomax
Jom kita check sama-sama.
Khasiat Carotomax
Pelan-pelan baca info mengenai Carotomax yang superb ni |
Ok...sewaktu entri ni ditulis akak sudah dapat cermin mata baru....haha...syoknya.
Tapi cermin mata yang dah turun powernya.
Daripada asal 125 sebelah kiri, waktu ni kiri dah jadi 75. Akak cukup gembira tau.
Nak drive pun rasa yakin sebab dah boleh nampak papan tanda walaupun tanpa cermin mata.
Rupa-rupanya apa yang berlaku masa akak dikatakan sakit mata tu adalah healing crisis yang mana masa tu carotomax bertindak balas dengan retina mata bagi memperbetulkan kedudukan kornea.
Masa yang gatal-gatal tu , lapisan selaput mata macam ala-ala menipis dan memudahkan mata melihat lebih jelas. Ini dikira detox mata la dengan mengamalkan carotomax.
Selain mata, tubuh akak juga dilindungi sebab carotomax adalah agen anti oksida yang mana membantu anti penuaan.
Ala-ala macam membantu melambatkan proses penuaan. Makin kita amalkan makin muda remaja la kulit akak ni.
Wahh!! Best kan?
Dah la mata sihat, kulit cantik! Confirm la akak suka !!
Apa lagi tunggu ?? Akak pun cukupkan stok carotomax akak. Akak makan setiap kali lepas lunch. Sebiji sehari pun cukup berbaloi tau.
Tapi cermin mata yang dah turun powernya.
Daripada asal 125 sebelah kiri, waktu ni kiri dah jadi 75. Akak cukup gembira tau.
Nak drive pun rasa yakin sebab dah boleh nampak papan tanda walaupun tanpa cermin mata.
Rupa-rupanya apa yang berlaku masa akak dikatakan sakit mata tu adalah healing crisis yang mana masa tu carotomax bertindak balas dengan retina mata bagi memperbetulkan kedudukan kornea.
Masa yang gatal-gatal tu , lapisan selaput mata macam ala-ala menipis dan memudahkan mata melihat lebih jelas. Ini dikira detox mata la dengan mengamalkan carotomax.
Selain mata, tubuh akak juga dilindungi sebab carotomax adalah agen anti oksida yang mana membantu anti penuaan.
Ala-ala macam membantu melambatkan proses penuaan. Makin kita amalkan makin muda remaja la kulit akak ni.
Wahh!! Best kan?
Dah la mata sihat, kulit cantik! Confirm la akak suka !!
Apa lagi tunggu ?? Akak pun cukupkan stok carotomax akak. Akak makan setiap kali lepas lunch. Sebiji sehari pun cukup berbaloi tau.
Sekarang ni akak dah yakin dengan mata akak yang semakin lama semakin jelas untuk melihat kebesaran Allah SWT.
Syukur sangat-sangat Pencipta kita masih sayangkan akak untuk terus bertindak menjaga anugerah terindah.
Sekian perkongsian akak kali ni. Semoga info yang dikongsikan memberi manfaat kepada yang sudi singgah membaca entri akak. Didoakan uollsss sentiasa dalam lindungan Allah SWT di mana sahaja uollss berada.
Syukur sangat-sangat Pencipta kita masih sayangkan akak untuk terus bertindak menjaga anugerah terindah.
Sekian perkongsian akak kali ni. Semoga info yang dikongsikan memberi manfaat kepada yang sudi singgah membaca entri akak. Didoakan uollsss sentiasa dalam lindungan Allah SWT di mana sahaja uollss berada.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan carotomax, sila hubungi akak 018 9772964.
Terima kasih sudi singgah ke entri akak kali ni.
Assalamualaikum wbt.
Nota Kaki :
2 mata yang dijaga Allah di akhirat.
1-mata yang menangis kerana Allah
2-mata yang berjaga mengadap Allah
2 mata yang dijaga Allah di akhirat.
1-mata yang menangis kerana Allah
2-mata yang berjaga mengadap Allah
0 comments:
Post a Comment