Monday, 12 October 2015

Zara Share Tips : Olesan Ajaib Dia Menjadi

Assalamualaikum kepada pembaca blog rubyzara. 
Diharap anda dalam keadaan yang sentiasa ceria dan bahagia hendaknya. Alhamdulillah sekali lagi pada hari ni akak dapat berkongsi kisah akak. 
Kira kejayaan jugak akak dapat buat 1 entri baru pada hari ni. 2 bulan lagi birthday akak, iaitu pada 12.12.2015. 
Ya Allah...Kau berikan la aku rezeki yang melimpah ruah berterusan untuk aku menjadi penderma yang hebat kepada jalan agamaku dan kepada saudara Islamku. 
Sama- sama aminkan ye.

Harap yang indah-indah pada hari ulangtahun kelahiranku nanti 
Setahun Transformasi.
Alhamdulillah ...lebih setahun akak sudah ubah hidup akak kepada gaya hidup yang lebih sihat dan akak sangat bersyukur Allah memudahkan urusan akak untuk menjadi lebih sihat dan semakin nampak lebih fit. Tu yang akak sayang sangat dengan program Now Everyone Can Kurus yang dah banyak membantu kawan-kawan dari seluruh Malaysia untuk tampil lebih sihat dan slim selamanya.
Ok. nak share ni.
Dalam transformasi diri daripada badan yang bermasalah berat badan berlebihan kepada berat badan yang semakin ideal, ia adalah keterujaan akak. Tambah-tambah apabila akak sekarang ni sentiasa melakukan aktiviti yang sihat. 
Syukur kepada Allah atas kurniaan kesihatan yang semakin baik dan hari ini akak rasa berbesar hati untuk berkongsi keseronokan bersukan tanpa rasa gusar lagi.
Gusar kerana apa?
Gusar kerana kadang-kadang kita ada rasa sakit badan, sakit sendi badan dan rasa lenguh-lenguh selepas bersukan, selepas workout dan selepas bermarathon @ berhiking @ aktiviti pendakian.
Jadi, akak sudah menemui jawapan yang best untuk akak kongsikan bagaimana akak kekal cergas tanpa rasa gusar dan risau otot akak sakit-sakit walaupun akak melakukan aktiviti sukan @ workout yang sememangnya akan memberi kesan pada otot akak.
Sekarang akak masih melakukan aktiviti marathon, aktiviti mendaki jika ada destinasi yang kami rancangkan kerana aktiviti sebegini adalah aktiviti kita menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaan alam semulajadi yang dicipta seluasnya di muka bumi ini. Sama juga dengan kesihatan yang kita wajib jaga hingga ke akhir hayat supaya kita dapat beribadah kepada Pencipta kita
Gel Amani yang semakin menjadi sebutan ramai.
Selain mengambil nutrisi lengkap dalam mengekalkan kesihatan akak, akak kini ada menggunakan Gel Amani yang sememangnya banyak membantu akak kekal steady walau akak lakukan burpees, squat dan walking lunjes sebagai aktivitii workout akak.
Syukur Alhamdulillah. Jika sebelum ini akak rasa juga macam-macam lenguh tau, tapi dengan olesan yang konsisten pada sendi-sendi maka sendi pun tak sempat nak rasa lenguh selepas akak workout. 
Sekarang ni makin lincah aje akak dalam melakukan aktiviti sihat tanpa rasa gusar lagi dalam rasa sakit ke lenguh ke kebas ke...
Mungkin ada antara anda yang mempunyai rasa dan pengalaman yang sama macam akak. Jadi , akak sarankan anda untuk mencuba Gel Amani ni.
Best ke best?
Perkongsian kali ni memang pengalaman akak gunakan Gel Amani yang membantu akak steady workout tanpa rasa lenguh-lenguh.
Cuba sekarang dan Call akak terus ke 0 1 8 9 7 7 2 9 64 untuk set Gel Amani anda.
Alhamdulillah dan semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Akak sayang kamu. 
Pesan akak, jagalah kesihatan kita sebaiknya dan semestinya ia adalah Amanah Allah SWT yang wajib kita hargai hingga ke akhir hayat. 

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox.
018 977 2964.

0 comments:

Post a Comment