Terima kasih sudi singgah ke blog rubyzara dan akak harapkan anda dalam keadaan sihat dan dalam lindungan Allah SWT.
Hari ni akak bersyukur sangat sebab dapat berkongsi lagi kepada pembaca semua.
Ok lah...sebenarnya kak nak share pencapaian impian akak yang dah tersenarai dalam 101 impian akak. akak tulis masa IMKK Februari 2015.
Antaranya nak sampai ke puncak Menara KL Tower dalam tahun 2015.
Alhamdulillah berjaya capai.
Pertama kali jejak ke sini pada 17 Mei sempena KL Towerthon 2015 tapi sampai TH03 je belum sampai ke puncak sebenar pun. Namun akak masih mengharapkan peluang yang membolehkan akak sampai jugak ke puncak KL Tower ni.
Bersama rakan-rakan sekerja sama berjaya dapat medal finisher naik ke KL Tower. Best! |
Kenangan beb...pertama kali join berjaya rekod masa 30 min 49 saat ...Bangga dengan pencapaian sendiri. |
Tiket nak naik ke KL Tower Open Deck ( Ledge area ) |
Masa ni akak dapat offer daripada kawan akak untuk bawak kawan akak sorang lagi join sekali. Mujur la ada peneman..sorang-sorang memang rugi la sebab terbazir 1 tiket yang memberi pengalaman yang best sangat2.
|
Alhamdulillah sangat-sangat sebab Allah permudahkan akak untuk capai apa yang akak impikan. Tercapai lagi cita-cita akak sebagaimana yang akak belajar kita kena percaya kepada :-
Power of Serah
Power of Sabar.
Dalam melakukan apapun kita wajib usaha dan wajib berdoa. Lambat atau cepat hanya Allah lebih Mengetahui kerana Dia sebaik perancang buat kita manusia yang sangat lemah.
Yes!!
Alhamdulillah.
Semoga perkongsian ini memberi inspirasi untuk anda dan jangan takut untuk berimpian.
Tulis impian anda.
Tulis matlamat anda.
Cepat atau lambat hanya Allah yang tentukan. Percaya kepada Qada Dan Qadar.
InshaaAllah ia akan dapat dicapai dengan izin Allah SWT.
Ini semua semangat akak nak lebih fit dan lebih sihat dalam aktiviti yang sihat dan sentiasa positif.
Akak sangat berbangga jika anda juga ingin menyertai dan telah melakukan aktiviti yang sihat untuk kebaikan anda.
Sejujurnya, akak lakukan ini kerana akak nak terus pertingkatkan kesihatan akak dan sebagai tanda syukur kepada Allah yang mempermudahkan akak untuk jadi lebih sihat selamanya.
Akhir kata daripada akak, selamat berjuang dan berjuang la untuk menjadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Diharapkan dengan apa yang akak kongsikan hari ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Mau tak teruja.. Menara tertinggi Malaysia dan ke7 tertinggi di dunia. Mestilah rasa teruja tau. |
speechless...lets picture tell u my feelings. |
Tendang-tendang je bangunan kat bawah tu ...Hahaha! |
Suasana petang di atas open deck KL Tower yang sedang jerebu waktu ni |
Kasut nampak lebih besar daripada bangunan bawah tu...Bestnya |
Steady la abg bomba tu...dah biasa sangat dengan ketinggian ..Relax ja |
Asalnya akak duduk jauh dari platform terjunan tu...bila dah ramai yang dah keluar , maka akak beranjak la makin ke depan sana tu...Best!! |
Masa ni akak macam tak berani lagi nak tengok ke bawah ...ada jumper baru lepas terjun tu. |
Akak letih melayan jerebu ni tau ...pedih mata masa ni. |
Ada pelancong dari India tu kan...? Dia cuak je nak tengok jumpers terjun tapi terer la jugak dah sampai ke puncak KL Tower. |
Orang Malaysia pun masih ada belum sampai ke sini. Akak la antaranya. Haha..! |
Jumper tu dah berapa kali terjun agaknya.. |
Ntah apa rasa agaknya.. Siap ulang-ulang kali terjun. Bayangkan akak akan terjun jugak pada satu hari nanti. |
Ini yang akak sempat snap masa jumper tu terjun ...Best kan? |
u jump i stay calm coffee here...Hahaha! |
Selfie tak abes2...! |
Dah lebih 2jam melepak kat ledge tu...dah time balik ...KLCC tu rasa sebelah je.. |
Dengan salah seorang jumper dari USA. |
Bezanya akak diikat dengan tali tapi dia selamba je jalan-jalan kat ledge ni tanpa tali. Arrrggghhh....! |
Atur strategi ke abang ? |
Ini sesi nak cari poin mana depa nak landing |
OK ...ready to jump! |
Krew yang menyusun giliran jumpers yang nak terjun ..baju merah hitam dan yang baju merah tu .. |
Ramai jumper antarabangsa yang sememangnya otai |
Macam best je kan? Memang best pun |
Lepas pakai hardness...Ready nak ke ledge area. |
Tercapai impian akak pada 4.10.2015 |
Gambar ni ambik dari LRT Bandaraya kalau tak silap. sebelum akak ke sana. |
Alhamdulillah.
Semoga perkongsian ini memberi inspirasi untuk anda dan jangan takut untuk berimpian.
Tulis impian anda.
Tulis matlamat anda.
Cepat atau lambat hanya Allah yang tentukan. Percaya kepada Qada Dan Qadar.
InshaaAllah ia akan dapat dicapai dengan izin Allah SWT.
Ini semua semangat akak nak lebih fit dan lebih sihat dalam aktiviti yang sihat dan sentiasa positif.
Akak sangat berbangga jika anda juga ingin menyertai dan telah melakukan aktiviti yang sihat untuk kebaikan anda.
Sejujurnya, akak lakukan ini kerana akak nak terus pertingkatkan kesihatan akak dan sebagai tanda syukur kepada Allah yang mempermudahkan akak untuk jadi lebih sihat selamanya.
Akhir kata daripada akak, selamat berjuang dan berjuang la untuk menjadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Diharapkan dengan apa yang akak kongsikan hari ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Salam kasih sayang,
Zara Ratu Detox anda.
018 977 2964.
0 comments:
Post a Comment