Friday, 25 September 2015

Zara Detox Kata Badan ni kan Milik DIA

Assalamualaikum dears, 
Bersyukur ke hadrat Ilahi hari ni akak dapat berkongsi lagi. Allah Maha Kaya dan akak bersyukur sebab ada je perkara nak share dengan anda. 
Apa kak nak share hari ni? 
Akak nak share tentang berdoa. Berdoa untuk bagaimana untuk dipermudahkan untuk capai berat badan ideal dan jadi lebih sihat.
Ok..teruskan membaca k.
Berdoa Pada Tuhan Agar Di Tunjukkan Jalan
Pernah tak alami situasi begini?
Kita dah diet elok-elok,
Jaga makan, dah bersenam sepatutnya, 
Gaya hidup dah ubah jadi aktif
Tapi pelik apasal berat & saiz tak turun or susah sangat nak turun?
Naik fed up & give up dah ?
Mungkin juga kita tersyok & terleka dengan usaha & ilmu kita dalam berusaha,
Sebenarnya kita jarang minta pada ALLAH agar di mudahkan & ditunjukkan jalan
" Tidak Bergerak Sesuatu Zarah Melainkan Dengan Izin Allah "
Nak interview ,nak kaya, nak exam semua minta dengan Allah
Nak kurus Pun Kena Minta Dengan Allah. Badan ni kan Milik DIA
Sebenarnya dalam NECK kita ada belajar tentang declaration. Di situ kita bermohon dan 
berdoa supaya Allah SWT bantu kita untuk mudah capai matlamat sihat dan lebih kurus.
NECK bukan sahaja membantu secara zahir tetapi kami akan bantu anda dari 
segi kerohaniaan. Sebenarnya ini juga antara keistimewaan NECK dalam membantu rakyat 
Malaysia untuk menjadi lebih sihat dan kurus semestinya.

Sepanjang akak dalam program NECK ini, akak ada pengalaman sebagai peserta dan krew program. Kekuatan NECK adalah dalam konsep berjemaah dan kami terapkan saling menyokong kawan-kawan yang sama-sama mempunyai matlamat serupa dalam menyertai program sebegini. Bila masing-masing bersemangat, matlamat semakin mudah dicapai.

Ini sebahagian daripada keluarga NECK dalam run event Sept 2015. Sesekali dapat bertemu dalam acara memang happening
Syukur kesihatan semakin baik
Kesihatan adalah nikmat 
Kebahagiaan adalah anugerah 
Kita ada adalah pemegang amanah yang sememangnya wajib menjaga dan menghargai kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita. 
Mensyukuri kesihatan yang kita nikmati dapat memberi kesedaran yang lebih tinggi untuk peserta jadi lebih sihat lagi selamanya. 
Sama-sama kita mohon dipermudahkan untuk menjadi hamba yang bersyukur.

Penyertaan NECK 
Semakin hari semakin bertambah penyertaan daripada seluruh rakyat Malaysia sebab kesedaran untuk jadi lebih sihat. Jika anda masih belum menyertai , teruskan berdoa dan niatkan untuk jadi lebih sihat dan kurus. Semoga Allah permudahkan hasrat anda itu.
Jika ingin info lanjut berkenaan program Hebat ini, yang hanya NECK sahaja mampu bantu anda kurus dari rumah. 
Kami bantu anda Kurus hanya dari Rumah
Ye, kurus hanya bermula dari rumah. Kami memang pakar bab menguruskan orang hanya dari rumah. 
Best ke best?
Akhir kata, semoga anda akan terus jaga kesihatan anda sebaiknya dan jadikan diri anda sebagai model untuk bantu keluarga, sanak saudara dan sahabat handai untuk jadi lebih sihat dan kurus. 

Salam Kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
Krew Program NECK 
Jom Kurus Dari Rumah 
018 977 29 64 

Wednesday, 23 September 2015

Hari Arafah : Rabu, 9 Dzulhijjah 1436H / 23 September 2015M.


Ikuti jadual berikut, lalu praktikkannya..

1. Tidurlah lebih awal di malam Arafah untuk saving energy, persiapan ibadah penuh pada Allah SWT.

2. Bangun sebelum subuh. Makan sahur secukupnya sambil berniat puasa Arafah.

3. Lakukan solat tahajjud minima 4 rakaat. Berdoa di kala sujud untuk kebaikanmu dunia akhirat. Jangan lupa titiskan air mata. Kalau tidak boleh paksa utk menangis. Moga rahmat dan ampunan Allah SWT turun untukmu di malam itu. Tutup tahajjudmu dengan solat witir.

4. Menjelang subuh manfaatkan waktu tersebut dengan beristigfar sehingga engkau termasuk golongan orang yang beristigfar di kala sahur (وبالأسحار هم يستغفرون)

5. Siap-siap solat subuh. Menjelang azan, gunakan sejenak untuk muhasabatunnafsi (introspeksi diri). Ambil wudhu dan rasakan ketika itu dosa-dosamu gugur satu per satu bersama titisan akhir air wudhu.

6. Jangan lupa baca doa setelah wudhu.

7. Solat subuh berjema’ah. Bayangkan jika itu adalah solat terakhirmu.

8. Lalu duduk bersila, teruskan dengan berzikir. Awali zikirmu dengan takbir.

9. Setelah itu lanjutkan dengan tasbih, tahmid, tahlil, istigfar dan seterusnya, juga baca zikir pagi hingga masuk waktu syuruq.

10. Setelah berlalu 15 minit syuruq solat 2 rakaat agar ibadahmu pagi itu tercatat sama pahalanya dengan haji dan umrah. Jangan sekali-kali engkau sia-siakan kesempatan itu.

11. Setelah itu, boleh pilih; istirehat atau gunakan seluruh kesempatan itu untuk berzikir, tilawah qur’an dan berdoa.

12. Atau tidur satu jam dengan niat saving energy untuk ibadah selanjutnya.

13. Bangun tidur, berwudhu dan solat dhuha minima 4 rakaat. Lakukan variasi ibadah untuk menghindari kejenuhan.

14. Solat zohor berjema’ah. Lalu bertakbir, bertasbih dan baca Al-Qur’an.

15. Jika memungkinkan, akses internet, buka program yang menyiarkan live khutbah Arafah. Semak pesan-pesan khutbahnya. Ikrarkan diri tahun ini adalah tahun penerapan pesan-pesan Ilahi seutuhnya dalam kehidupan seharian.

16. Solat asar berjema’ah, sambung dengan takbir dan zikir petang.

17. Baca Al-Qur’an hingga menjelang satu jam sebelum maghrib. Lalu mulailah berdoa dengan khusyuk. Cuba bayangkan engkau sedang berdiri di hadapan Allah Rabbul ‘izzati wal jalal. Jangan lupa mendoakan saudara-saudari muslim yang teraniaya, terzalimi di luar sana, di mana pun mereka berada.

18. Berdoa juga pada Allah agar sebelum matahari terbenam engkau telah terbebas dari siksa neraka.

19. Semoga engkau mendapat taufik dan inayah dari Allah dalam menjalankan tips-tips ibadah dan ketaatan ini. Mudah-mudahan juga Allah yang Pengasih dan Penyayang menerima segala usaha, amal soleh dan permohonanmu.

20. Ketika azan maghrib berkumandang, pastikan engkau terus ta’jil buka puasa. Ingat, doa orang berpuasa tidak pernah ditolak oleh Allah SWT.

21. Jangan lupa remind family dan sahabat serta orang-orang yang engkau kasihi dengan amalan mulia ini. Syurga terlalu luas kalau hanya kita masuki seorang diri.

22. In Sha Allah syurga Firdaus dengan segala kenikmatannya akan menantimu.


Tuesday, 22 September 2015

Teruja Zara Detox : Marathon Pertama Kali 10km dalam Hidup

Assalamualaikum dears, 
Apa khabar ? Semoga anda sihat , bahagia dan ceria di samping orang tersayang. Alhamdulillah akak sekarang semakin cergas dan akak rasakan kehidupan akak bermakna sebab akak dikurnikan kesihatan yang sangat baik sekarang ni berbanding sebelum ni. 
Syukur sangat kepada Pencipta kita yang sentiasa membantu kita untuk lebih menikmati kehidupan ini dengan baik sekali. 

Share kejayaan akak 
Tercetus nak join marathon ni last minute je sebab semangat kawan-kawan NECK pun turut serta juga sertai marathon ni. Julung kalinya kami keluarga NECK dapat berkumpul.

Alhamdulillah akak berjaya menghabiskan 10km dalam masa 1jam 22 minit. Pertama kali ada rekod larian sejauh ini. Gembira sangat dan akak yakin akak boleh perbaiki masa akak pada penyertaan marathon pada masa akan datang. 

Ok la..Akak share gambar-gambar aje la ye untuk lebih nampak keseronokan kami keluarga NECK bersama memeriahkan acara ini. 

Masa ni berkumpul untuk agihan baju dan nombor bip masing-masing
Dah berlepas untuk kategori A, B , C , D & E.
Akak diapit jejaka hensem antarabangsa. Snapped dari Media MPSJ
Masa ni dah masuk jarak 7km perjalanan akak menuju ke finish line.
Dah tak jauh dah 
Gaya mau lebih
Ok cukuplah berposing ...see u at finish line!
Best!! Berjaya melepasi 10km. dapat medal dan B complex Free daripada Shaklee

Inilah sebahagian Keluarga NECK bahagian KL, Selangor
Bukan senang nak dapat moment macam ni 

Seronok la tayang medal masing-masing

Kami Krew NECK !!
Memang Terbaek!
Refreshment selepas berlari , kami dapat free roti yang ditaja oleh Gardenia
InshaAllah tahun depan boleh join lagi 
Simpan ni buat kenangan dan pengalaman pertama wajib dikenang
Shiem pertama kali join marathon 7km. Tahniah buat Shiem! Memang nak sangat gigit medal tu 
Kak Tun bersiap sedia nak bermarathon dengan beban 12kg. Semangat macam ni la best!! NECK memang power!
Bersama-sama wefie sebelum pelepasan kategori 10km 
Founder NECK pun ada join sekali larian ni. Sanggup datang dari Perak dari awal pagi dah gerak ke Subang Jaya.
Diorang ni sempat posing lagi kat water station tu ...terlentuk anak Kak Tun
Alhamdulillah syukur sangat atas kejayaan akak dan kawan-kawan pada 20.9.2015. Tetap dikenang sampai bila-bila. 

Di sini akak suka sangat nak menyeru kepada anda untuk memilih gaya hidup yang sihat dengan formula yang terbukti kepada kami, iaitu Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus sangat membantu kami untuk menjadi kurus dengan sangat mudah dan berkesan. 

Formula yang kami amalkan sangat membantu dan tiada kerisauan berat badan naik semula walaupun sudah melepasi tempoh 100 hari dalam program Now Everyone Can Kurus.

Akak masih amalkan apa yang dipelajari sepanjang program. Formula mudah yang kami lakukan dan semestinya dalam group telegram yang kami wujudkan adalah untuk semarakkan semangat di kalangan peserta dan sentiasa akan bersama memberi sokongan sesama sendiri. Itulah kekuatan yang kami terapkan selain dapat bersilaturrahim 


Tengok testimoni ni. 
Testimoni Batch 8 NECK 
Akak seronok nak share.
Akak suka nak membantu orang lain menjadi lebih sihat dan dalam NECK dah banyak testimoni kejayaan merubah mereka daripada yang ada masalah kesihatan berubah menjadi lebih sihat atas tindakan mereka untuk menjadi insan yang baru selepas menjalani program NECK ini. Peranan kami sebagai krew adalah sentiasa pantau dan bantu untuk merealisasikan matlamat mereka. 

InshaAllah akak akan berkongsi lagi selepas ini. Diharap apa yang akak kongsikan memberi manfaat buat anda semua yang membaca. Akak doakan anda semua adalah insan yang terpilih oleh Allah untuk masuk syurga tanpa dihisab. 

Best kan team NECK kami?
Nak jadi sebahagian daripada kami?

Jangan segan untuk hubungi akak 018 977 2964.
Zara Ratu Detox
Fitness Is My Passion
Krew Now Everyone Can Kurus

Friday, 18 September 2015

Kurus Is Awesome ok!

Bismillah....

Alhamdulillah ...bersua lagi kita dalam perkongsian akak kali ni. Semoga anda sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Syukur sangat dengan nikmat yang Allah beri dan sebagai hambaNya bersama-samalah kita syukuri selalu. 

Oklah..hari ini akak nak share keseronokan NECK. 
Ye la..program ni dah berlangsung sejak Feb 2015. Kali ni dah masuk NECK Batch ke8. Alhamdulillah. 

Pelbagai testimoni yang kami terima sepanjang program. Kami sememangnya komited untuk membantu anda untuk jadi lebih sihat dan lebih kurus selamanya secara semulajadi. 

Adakah anda berminat untuk menyertai NECK ? Kami dah membantu lebih 400 orang dalam masa 6bulan ini dan 100% memang ada penurunan berat badan dalam kalangan peserta kami. 


Syarat penyertaan NECK:( Sila klik sini) 

Jom keluarkan diri kita dari statistik sebegini. 

Mereka bersemngat dan seronok berkongsi dalam NECK Batch 8 
Inilah perlunya proses kurus berjemaah yang kami sarankan dan kebanyakan mereka hanya melakukan aktiviti untuk kurus dengan hanya bermula dari rumah. 

Best ke best?

Apa tunggu lagi?

Hubungi akak terus untuk info lanjut program yang superb ini...

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
018 977 2964.

Thursday, 17 September 2015

Musykil ??? Apa tanda-tanda hati sihat

Assalamualaikum kepada pengunjung blog rubyzara. Semoga anda semua dalam keadaan yang sihat dan ceria. Bersyukur akak kepada Allah SWT kerana sekali lagi dapat lagi berkongsi coretan dalam entri kali ini. 

Hari ni akak nak share pengalaman akak sendiri untuk berubah menjadi ahli Al-Quran adalah satu cabaran dan ia bukanlah mudah dan setelah melakukannya , rupanya ia tidaklah sesusah mana pun.

Allahu Akbar!
Dengar pun macam bagus sangat je akak ni kan? Tapi kita memang nak berubah kepada yang lebih bagus daripada sebelum ini. Maka kena cakap, rasa dan fikir yang baik-baik aje. Ini kerana ia satu DOA yang menuju ke arah kebaikan. Ini dah pasti!!


Puasa sunat Zulhijjah.
Hari ni 16/9/2015 2 Zulhijjah 1436 saat ni akak dah siap tahajud sebab akak dah tidur awal malam setelah tertidur selepas waktu Isyak. Mungkin keletihan, akak puasa sunat 1 Zulhijjah. Alhamdulillah. 

Jom kita sama-sama lakukan selagi ada kemampuan untuk berbuat amalan yang disarankan. Akak sentiasa cuba untuk berbuat kebaikan , then bila dah biasa maka ia jadi rutin dalam kehidupan seharian. Best kan?


Jom kita sama-sama amalkan ni setiap kali kedatangan Zulhijjah setiap tahun
Muhasabah diri hari ini
Sekiranya kita ingin menjadi manusia terbaik, ingin bercakap mengenai pembangunan insaniah, tidak boleh tidak kita sendiri mesti mempunyai komitmen yang tinggi terhadap Al-quran. Kita mesti menjadi 'ahli Al-Quran' kerana ahli al-Quran adalah Ahlullah.

Sabda Rasullullah SAW bermaksud , 

"Sesungguhnya Allah mempunyai ahli2Nya daripada kalangan manusia". 

Para Sahabat lalu bertanya, 
"Wahai Rasulullah , siapakah mereka?" 

"Mereka yang ahli Al-Quran itulah Ahli Allah dan golongan pilihanNya " 

(Riwayat Ibn Majah)

Alhamdulillah, akak terbuka hati untuk mendekati Al-Quran..nak khatam sebulan sekali. Tapi akak memang tak mampu baca 30 juzuk sorang-sorang dengan masa dan susunan rutin harian akak. 

Maka tercetuslah idea untuk membina satu kumpulan tadarus yang akak kongsikan bersama rakan-rakan dalam group telegram yang ada. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Kumpulan tadarus akak dah mula sejak Ramadhan 1436H. Setakat ini dah 6 pusingan khatam Al-Quran dan sasaran akak untuk khatam maximum 2 kali sebulan. Namun, akak dah rasa bersyukur dengan 1 kali kahatam berdasarkan kemampuan ahli kumpulan yang lain.

Jadi, apa yang kita nak lakukan , terus lakukan. Kita ajak kawan-kawan ke arah kebaikan supaya sama-sama beroleh kebaikan dan sama-sama istiqomah. Bukan mudah tapi ia tak sesusah mana pun jika kita ada impian dan matlamat yang disasarkan.

Dalam tak sedar rupanya ahli kumpulan tadarus adalah Ahli al-quran @ Ahlullah. Best kan?
Syukur sangat-sangat apabila diri kita dah ditempatkan dalam golongan yang khusus. Jadi , anda bila lagi nak jadi ahlullah seperti kami?

Alhamdulillah..rupa-rupanya akak sedar sesuatu. Manusia memang dikurniakan sangat bijak. Sangat bijak dalam apa jua perkara nak buat. Jom, akak share lagi tentang kebijaksanaan manusia. Sebab ini ada kaitan dengan tindakan akak dalam melaksanakan kumpulan tadarus dan ia adalah berkaitan dengan hati kita.

Sumber Kebijaksanaan Manusia 
"Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Apabila ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

apa yang akak baca, menunjukkan dalil ini sangat kuat mengatakan bahawa hati yang kita milikki adalah sumber kebijaksanaan manusia seluruhnya. Ini bermakna , ia sangat penting bagi kita menjaga dan memelihara hati sebaik-baiknya. 


Dalam kehidupan seharian kan, akak sendiri pun duk istiqomah mencari rezeki selama 9 jam lamanya di tempat kerja ( termasuk waktu rehat ). Dalam masa ni kita sentiasa jaga jasmani kita untuk sentiasa sihat dan tetapi adakah kita sedar bagaimana kita kesihatan rohani (hati) kita?

Persoalannya????
Bagaimana untuk kita ketahui tentang ini? Kita wajib ketahui apa tanda-tanda hati yang sakit atau sihat. Dari situlah kita tau bagaimana diri kita sebenar. 

Apa tanda-tanda rohani tidak sihat atau sakit?
sila bukak link ini. ( perkongsian kuliah Ustaz Amin ) 

Antaranya:
  • Untuk baca Quran alasannya tiada masa 
  • tidak bersemangat untuk beramal soleh, rasa dengki, ego, tamak , sombong, rasa diri hebat, selalu stress dan sentiasa berfikiran negatif. 
  • Suka cakap KALAU - akan melemahkan pemikiran dan semangat dalaman diri
  • bertahan kerja berjam-jam nak dapatkan wang semata
  • Untuk belajar Al-quran seminggu sekali rasa berat
  • Menonton bola sepak berjam-jam tanpa ngantuk, suruh ngaji cepat mengantuk.
  • menonton di stadium dengan berdiri pun boleh bertahan, tapi bila terawih ada je alasan sakit kaki dan terasa lenguh.
Kita di mana?
Adakah hati kita sihat?
Akak sentiasa nak perbaiki diri, akak akan usahakan dalam istiqomah dalam melakukan perkara-peraka untuk menyihatkan hati. Bagaimana akak buat? 

Ada orang tanya akak , bagaimana nak istiqomah berbuat kebajikan?

Jawapannya...untuk istiqomah dalam berbuat sesuatu senang je iaitu dengan suka apa yang kita buat dan buat apa yang kita suka. Jika akak suka share tentang detox, ia dapat bantu orang lain jadi sihat setelah berdetox. Ini contoh apa yang akak lakukan. BIla kita sentiasa suka nak share apa yang kita suka dan ia mendatangkan manfaat kepada orang lain, maka dalam tak sedar ia akan sentiasa berlaku pada diri kita. Inilah yang akan terjadinya sentiasa nak share dan maksudnya juga berlakulah istiqomah tu tadi. 

Paham ke paham?

lagi satu contoh...

Katalah akak suka samosa, akak suka buat samosa dan akak share kepada kawan-kawan. Mereka pun suka dan buat tempahan nak samosa sedap akak tu. Macam tu la kita kekalkan istiqomah. Sebab kita suka buat apa yang kita suka. Maka, automatik kita akan sentiasa lakukan ia dengan hati yang ikhlas dan seronok untuk terus berkongsi sebab kita tau ada orang lain yang akan dapat manfaatnya. 

Best ke best?

Buat apa yang kita suka, Suka dengan apa yang kita buat
Sekarang akak suka share tentang Now Everyone Can Kurus, program kurus yang hanya dari rumah dan dah ramai yang akak bantu untuk mereka menikmati kehidupan dengan saiz badan yang diidamkan dan kesihatan lebih baik daripada sebelumnya.

Alhamdulillah...

syukur dapat membantu mereka tau.

Kak ina dari terengganu 
Ramadan dari Puchong
Program Detox Jiwa
Akak amalkan bergantung kepada Allah atas apa yang akak nak lakukan. Allah hanya tempat kita mengadu dan Allah jua tempat kita meminta. Mintalah apa sahaja dan kita mesti komited lakukan tindakan atas apa yang kita impian yang ingin dilaksanakan.

Akak namakan ia sesi :program Detox jiwa. Sebab ia akan meresapi ke dalam jiwa kita jika hayati apa yang rohani @ hati kita nak. Kita buat sesuatu mesti dengan kata hati dan disertai dengan rasa ingin capai dengan tahap keinginan tertinggi. InshaAllah, Dia akan bantu kita. 

Akhir kata, sama-samalah kita jadi insan yang mempunyai hati yang sihat sentiasa. 

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
018 977 2964

Wednesday, 16 September 2015

SNEK NECK : Limau Gedang (Grapefruit) Agen Anti Kanser

Buah limau gedang (grapefruit)
Pernah dengar tak tentang buah limau gedang?? Tak tahu?? Ada yang tahu bagus la kan..untuk entry kali ini saya nak cerita tentang buah limau gedang atau dalam bahasa Inggeris namanya ialah grapefruit. Bukan buah anggur ye. Nama saintifiknya ialah citrus paradisi. 

Buah limau gedang pertama kali ditemui di di hutan pulau Caribbean, Barbados. Pada hari ini buah lime gedang ditanam secara meluas di Amerika Starikat terutama di California, Florida dan di negeri-negeri Selatan yang beriklim semi tropical. Ia juga dikenali sebagai buah dari syurga kerana keunikannya untuk kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit.

Limau gedang tergolong dalam keluarga Rutaceace. 
Pokok Limau gedang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter. Buahnya berbentuk bulat, kulitnya lebih tebah berbandiing buah oren. Buah limau gedang terdiri daripada pelbagi jenis yang mana ditentukan oleh warna isinya. Ada yang berwarna merah, putih dan merah jambu. Rasanya juga tidak sama. Ada yang rasa masam dan juga sedikit pahit.

Ada caranya untuk kita makan buah limau gedang dengan cara yang plaing berkesan. 
Apabila mahu memakannya, buang kulitnya dan tinggal sedikit serabut putih kerana ia mengandungi bioflavonoid yang bertindak sebagai antioksidan. 




Baiklah mari kita tengok apa pula khasiat buah limau gedang ni.

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)

#1 Kaya dengan Vitamin C yang mana sumber anti kanser yang baik. Vitamin C merupakan anti kanser semulajadi yang paling berkuasa yang membantu tubuh membina rintangan melawan agen jangkitan penyakit dan melawan serangan radikal bebas. Ia membantu melindungi tubuh dari demam dan selesema. Vitamin C juga membantu menguatkan arteri dan mengekalkan keanjalan arteri. Vitamin C sangat diperlukan penyenggaraan tisu-tisu yang berhubung dengan kesihatan dan untuk penyembuhan luka pada peringkat awal serta 

#2 Mengandungi asid sitrik, gula asli, minyak pati seperti limonene, pinene dan citral

#3 Mengandungi Vitamin A, B-complex, Vitamin E dan Vitamin K

#4 Terdapat kandungan mineral seperti asid folik, kalsium, kalium dan fosforus.

#5 Buah limau gedang merah kaya dengan fitonutrien antioksidan yang paling berkuasa seperti flavanoid dan lycopene yang berfungsi sebagai untuk melawan serangan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh sekaligus menentang kanser dan pelbagai penyakit lain lagi. Kajian menunjukkan lycopene membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV dan sebagai pelindung kanser prostat.

#6 100g buah segar mengandungi 135mg elektrolite potassium. Potassium ialah nutrien yang sangat penting yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan bendalir dan elektrolit di dalam tubuh. Ia membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah melalui tindak balas kesan-kesan natrium. Kekurangannya boleh meyebabkan keletihan, mudah marah dan hypertension (meningkatkan tekanan darah).

#7 Ia kaya dengan fiber yakni serat pemakanan yang tidak larut iaitu pektin. ia berfungsi membantu melindungi selaput lendir usus besar (colon) dengan mengurangkan pendedahan kepada toksik di dalam kolon sekaligus bertindak sebagai pengikat bahan kimai yang menyebbakna kanser usus. Pektin di dalam buah limau gedang mampu menurunkan paras kolesterol di dalam darah dengan mengurangkan penyerapan koleterol di dalam kolon (usus besar).

#8 sesuai untuk pesakit diabetes - pemakanan buah ini dikatakan mampu mengurangkan kandungan kanji dan gula di dalam sistem nadan

#9 Membantu mengatasi masalah pencernaan - meminum jus buah limau gedang mampu merangsang peningkatan aliran cecair gastrik. Serat buah liamu ini membantu mengatasi masalah pergerakan usus.

#10 Membantu menghilangkan rasa letih -Segelas jus limau gedang membantu menghilangkan rasa letih dan lesu.

#11 Jus limau gedang membantu merangsang tidur dan menringankan masalah insomnia. Ia juga mampu melegakan sakit tekak dan melegakan batuk.

Alhamdulillah....

Dapat ilmu baru dalam pemakanan sihat lagi kan?
Best ke best?
Inilah penangan NECK. Setiap ilmu baru akan akak kongsikan supaya kita sama-sama beroleh manfaat bersama. 

Untuk menjadi sihat kita wajib makan makanan yang sihat, inilah syarat untuk kita lebih sihat dan slim selamanya. 

Macam sekarang ni kan, akak rasa syukur apabila tubuh badan akak semakin sihat dan bebas beraktiviti aktif ke sana ke mari. Aura pun semakin hebat dan sentiasa bersemangat dalam apa jua perkara yang akak suka. 

Semakin sihat dan ceria apabila amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat ( Eat Clean) 
NECK banyak merubah hidup akak dari segi mental dan fizikal, serta rohani dan jasmani. Ianya seiring dan akak rasa syukur Allah permudahkan urusan akak untuk capai matlamat akak untuk lebih sihat dan bertenaga sekaligus akak terus menambahnilai kepada orang lain. Usaha ini akan diteruskan supaya ramai lagi rakyat Malaysia dapat dibantu menjadi lebih sihat dan kurus secara semulajadi. 

Akhir kata, peliharalah kesihatan kita sebagaiman Allah telah anugerahkan nikmat kesihatan yang amat baik kepada kita. Hargainya dengan mensyukuri sentiasa kesihatan kita dalam keadaan semakin baik. 

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
018 977 2964.

Tuesday, 15 September 2015

Stop!!!!Bagaimana Tahap Usus Anda?

Assalamualaikum Dears, 
Hari ni akak saje nak share tentang perbezaan usus sihat dan usus yang bertoksin tinggi. Ada yang tanya akak macamane nak tau usus kita sihat ke dak?

Ok..soalan tu blh je tanya pada doktor tapi kalau nak tanya pada akak pun OK. Boleh rujuk pada poster ni. Ini keadaan usus yang sihat dan bersih berbanding usus yang bertoksin dan kotor tu. 
Usus sihat hanya akan sihat dengan pemakanan yang sihat
Bila usus penuh kotoran toksin sebenarnya perut kita tak selesa. Jadi buncit dan rasa macam wanita mengandung je padahal masa tu tak mengandung pun. Tapi bila orang kata kita mengandung, apa perasaan anda? Sentap bukan?

Jadi, takkan nak biar aje usus kita terus bergelumang dengan toksin kan? Dalam masa sekarang ni memang berdetox adalah cara paling pantas dan selamat untuk membersihkan usus berbanding melakukan pembersihan usus di hospital. Kos sangat tinggi dan ada risiko tinggi pula.


Resepi Jus Detox yang akak sarankan kepada peserta NECK dan kesannya mampu mengurangkan 4kg (paling kurang dalam 2 minggu)
Kesan Usus Tidak Sihat


Kesan toksin akan menjadi Sembelit sebegini.
Najis susah nak keluar dan perut jadi tak selesa begini
Suplemen yang membantu proses menyihatkan Usus anda

Semua ni akak dah makan untuk bantu proses detox yang optimum dan akak semakin sihat sekarang
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!


Dalam Program NECK akak terus menabur bakti untuk akak bantu peserta NECK untuk jadi lebih sihat. Kami sebagai krew sangat bangga apabila peserta dapat keputusan yang baik apabila sampai hari timbangan. Itulah yang kami nak. Kami nak peserta lebih komited untuk capai sasaran dan kami sentiasa menyuntik semangat mereka untuk lebih sihat dan selim. 


Ada juga peserta yang sangat teruja menyertai NECK setelah gagal mencuba pelbagai produk nak kurus , kos dah keluar beribu-ribu tapi kesannya sangat menghampakan. 

Dalam NECK ada mentor , ada coach yang memantau peserta , peserta akan diberikan Elmu untuk kurus dan krew yang sentiasa memberi semangat serta bersama-sama memeriahkan mereka dengan melakukan task yang diberi tanpa gagal. 

Hah??? TASK?? Apakah Task itu? Hanya dalam NECK dan anda yang menjadi peserta saja yang tahu apa yang coach bagi. 

Jeng...jeng...jeng....best tau!

OK... Pesanan akak...Program Now Everyone can Kurus (NECK) sangat membantu rakyat Malaysia yang hendak menjadi lebih sihat dan kurus secara semulajadi. 

Akak harap anda yang ingin lebih sihat , cubalah hubungi akak 018 977 2964 untuk info lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana untuk menyertai NECK.

Akhir kata, perkongsian kali ni memang akak sarankan kepada sesiapa yang ada situasi usus yang belum berapa nak sihat. Pakat-pakatlah untuk sihatkan badan anda sebelum penyakit hinggap ke tubuh badan kita. 

Salam Kasih Sayang, 
Zara Ratu Detox, 
018 977 2964 

Monday, 14 September 2015

Ratu Detox Bagi Tips Cara Menghilangkan Selulit

Assalamualaikum 
Bersyukur sangat-sangat akak dapat berkongsi lagi hari ni dengan tajuk cara untuk menghilangkan selulit. 

Apa itu selulit?
Selulit ni adalah lemak yang tersimpan jauh di bawah kulit dan kedudukannya sangat hampir dengan tulang kita. Ia biasa dipanggil sebagai lemak tepu. Ini yang tubuh kita gunakan untuk membakar makanan sebagai tenaga. 

Macam akak sendiri memang sangat tak selesa dengan peha yang besar dan jalan pun terasa peha berselisih. Syukur sangat bila sekarang ni selesa  je dan seluar jeans akak sekarang dah boleh pakai saiz 28 berbanding 34 sebelum ni. Seksa tau. sangat tak selesa berjalan masa ada lemak tebal di peha dan di bahagian pinggul.
Selulit ada je pada setiap orang terutamanya ke atas ibu-ibu yang pernah hamil, akak pun mengalami masalah sama. 
Cara Hilangkan selulit secara amnya
1.Bersenam
Bersenamlah dengan teratur kerana ia dapat membantu menghilangkan selulit dengan memberi fokus kepada bahagian yang terkena selulit.

2. Elak makanan segera
Makanan segera sangat tinggi kandungan lemak, kabohidrat dan minyak. Sumber-sumber itu akan meransang terjadinya selulit di sel-sel lemak.

3.Kurang garam dan Gula
Gula membentuk lemak dan jika tidak disingkirkan dengan senaman. Gula juga agen perangsang menggalakkan selulit melekat dalam tubuh badan.

4. Banyakkan minum air.
Air berfungsi untuk mencegah dehidrasi. Air juga bertindak menyingkirkan minyak yang terbentuk di bahagian lemak tubuh badan.

5. Ambil vitamin
Vitamin yang membantu mengusirkan selulit pada tubuh ialah Vitamin B6, Vitamin C , Vitamin E , Selenium, Vodium , Lycopen dan Kalsium.

6. Guna Minyak zaitun
Sapu dan urut bahagian selulit yang ada pada badan. Namun ia sememangnya mengambil masa yang panjang untuk menghilangkannya.

Tips Tambahan Mengatasi Masalah Selulit 
1. Pembedahan Liposuction 
 - rawatan membuang kemak pada lapisan kulit dengan cara menyedut keluar lemak dan lapisan inilah yang akan menyebabkan selulit. Kosnya tinggi dan kesannya berisiko tinggi juga.

2. Urutan 
- Urutan boleh dilakukan di spa dan pusat kecantikan. Tetapi keberkesannya sangat rendah kerana urutan kurang menyingkirkan selulit pada tubuh badan.

3-Senaman 
- Senaman sangat berkesan untuk mengurangkan selulit dan senaman-senaman yang bagus untuk diamalkan adalah Lunjes - pergerakan sebegini memberi tekanan pada bahagian peha dan bahagian belakang badan yang biasanya lemak banyak terkumpul di situ.  
Pergerakan seperti ini sangat membantu menyingkir lemak dari tubuh badan.
Cadangan yang membantu untuk mengurangkan ketebalan lemak dalam tubuh badan


Set yang akak cadangakan untuk bantu anda kurangkan selulit
Sejak akak dalam program Now Everyone Can Kurus sejak Feb 2015 sebagai krew yang membantu menjayakan program , kami dapati ramai sangat peserta menjadi lebih sihat , lebih slim dan lebih bergaya selepas masing-masing dapat berat badan idaman. Namun bukan itu sahaja mereka lebih berkeyakinan tinggi dengan keadaan fizikal mereka yang berubah dari saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil. 

Syukur Alhamdulillah. Inilah misi kami untuk membantu menyelesaikan masalah mereka yang mengalami berat badan berlebihan dan bentuk badan yang kurang menyenangkan. 

Ok la dears. Setakat ini saja perkongsian akak untuk hari ni  dan akak akan terus berkongsi info untuk anda lebih memahami mengapa pentingnya untuk jadi lebih sihat secara semulajadi semestinya. 

Akhir kata, semoga anda dalam keadaan gembira dan mendapat manfaat setelah membaca perkongsian akak ini. 

Salam kasih sayang, 

Zara Ratu Detox, 
0 1 8 9 7 7 2 9 6 4