Monday 16 February 2015

Part 1 : Seronoknya Everyone Can Kurus dengan Mudah

Assalamualaikum semua ...
Apa kabar semua?
Nak bagi tau ni...akak (RZ) ubah sikit gelaran nama k..
Nampak komersil sikit. Ok ke OK?

RZ kali ni nak share kemeriahan Program Now everyone can Kurus (NECK) yang telah dilancarkan pada 1hb Feb 2015 lepas. Setelah 14hari kami, peserta dikehendaki menimbang berat badan terkini dan ini adalah cara kami dipantau bersama Mentor kami, Firdaus dan Trainer kami,Abang Ketak.

Sudah 15 hari program ini berlangsung dan energy kami semakin hangat. Kami meneruskan perjuangan untuk jadi lebih sihat dalam program sebegini. Ramai lagi yang kurang yakin dengan apa yang kami lakukan sekarang namun kami percaya untuk menurunkan berat badan adalah mudah jika kami mengikut arahan Mentor dan Formula MESTI yang diikut dengan betul. 

Mudah je..semua dah ada dalam link ini. Nanti download dan baca ye..ada banyak perkongsian yang ada dalam ebook ni. Sama-sama manfaatkan ye.

http://www.noweveryonecankurus.com/zara


14 hari selepas NECK ada Pencapaian yang Mengujakan

Alhamdulilah...
Masing-masing menunjukkan prestasi yang baik dengan penurunan berat badan yang tak disangka-sangka. 

Ada yang turun hingga 6kg,4kg, dan semestinya ada penurunan walau hanya 1kg penurunan. Sudah tentu ada perbezaan kerana tahap metabolisme setiap individu adalah berbeza. RZ sendiri hanya 1.2kg sahaja tapi RZ dapati ukuran pinggang RZ berbeza daripada ukuran pada 1hb Feb. Bila ukur pada 15/2/15, ukuran pinggang RZ ialah 31.5inci berbanding 33 inci sebelumnya. Kehilangan 1.5 inci dalam masa 2minggu adalah sangat mengujakan. 

Dengan mengikut saranan daripada Abang Ketak, akak ni terpaksa berubah lebih runcing dalam 14hari.
Ini lagi power. Teruja nak tau berat badan, dia timbang awal sehari namun memang menampakkan kejayaan menurunkan berat badan.
Kami hanya dilatih melalui telegram group dan caj dikenakan RM50 sepanjang 100hari dalam program. Sangat berbaloi bila kami diajar beramai-ramai dalam proses menurunkan berat badan secara sihat. Kami wajib makan 5kali sehari mengikut masa yang telah ditetapkan dan wajib update dalam telegram group setiap kali makan. Ini bertujuan untuk memantau kami makan dengan kadar kalori yang cukup dan betul.
Pengambilan makanan dititik beratkan sepanjang NECK
Makan ikut keperluan bukan kehendak
Bersenam dengan Telegram je
Part ni yang RZ suka.

Walaupun RZ pernah menurunkan berat badan sehinggan 9kg sebelum ni tapi RZ belum boleh berasa SELESA dengan pencapaian sebelum ni, sebab dalam badan ni masih ada lemak-lemak degil yang RZ kena buang. Abang Ketak nak RZ lebihkan workout double up supaya badan lebih fit dan capai berat badan ideal, 51kg. 

Namun untuk 100hari ni RZ target capai 55kg pun dah syukur.
Tiada yang mustahil jika kita ada BIG WHY yang besar
Jadual RZ kena bersenam 4x seminggu. Pakaian juga dikhaskan dan tak  boleh ngelat serta WAJIB JUJUR update apa yang kita buat setiap hari sepanjang workout atau bersenam.

Setiap kali workout, RZ target dapat membakar hingga 300kCal dari sesi kardio, batgirl style, squat, lunjes dan star jumping. 
Jadual untuk RZ buat squat
Sangat best bila badan berpeluh. Kami dalam Group sangat teruja berkongsi setiap step yang kami lakukan. Abang Ketak bagi arahan hanya dalam Telegram group dan kami tau kami kena JUJUR dan wajib bantu diri sendiri dengan bimbingan Abang Ketak.
Beginilah laporan yang kena update kat Abang Ketak
Dulu tak terpikir pun nak joging dengan baju hujan tapi dalam NECK dah uniform wajib kami untuk lebih pembakaran lemak
Pertama kali buat Seminar NECK dengan jayanya
Gambar-gambar kemeriahan NECK yang RZ dapat kongsikan. Kami hanya berhubung melalui Telegram saja selama ni dan pertama kalinya Seminar NECK diadakan pada 15/2/15 dan RZ sebagai urusetia bagi membantu menjayakan seminar ini. Dijangkakan kami akan buat lagi. Kalau nak join nanti contact RZ tau 018 977 2964.
Selesai seharian berseminar bersama Mentor dan Trainer kami
Masing-masing berposing sakan 
Seronok dapat face to face dengan Abang Ketak.
Sahabat RZ dengan Founder Program Maria Firdaus
Best kan?

Hah!! Apa tunggu lagi??!!

Daftarlah kat RZ untuk batch kedua ni yang akan bermula pada 1hb Mac 2015 ni.


Serius ...sangat berbaloi bila uollsss join NECK ni. Kami ada hadiah untuk mereka yang turunkan berat badan terbanyak tau. Lagi la best..

Kalau di luar sana uoollsss pasti dikenakan bayaran yang sangat mahal untuk ilmu menurunkan berat badan tapi di sini kami sangat berbaloi dengan ELMU yang dikongsikan menjadikan kami lebih berdisiplin dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dalam usaha menurunkan berat badan. RZ memang teruja nak uoolsss join dan tiada program seumpama ini dari penganjur yang lain-lain.

Akhir kata, diharap perkongsian RZ kali ni memberi manfaat kepada uollss yang sering gagal menurunkan berat badan dan kepada yang memang tercari-cari program yang membantu uollss nak jadi sihat dan kurus, inilah programnya.

RZ doakan semoga uoollss dalam keadaan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dalam apa jua situasi uollss.


Jangan lupa buka link ni tau. Pasti ada inspirasi buat uollsss.
http://www.noweveryonecankurus.com/zara

Salam sayang dari, 
Zara Ratu Detox,
a.k.a RZ _RubyZara Empire Founder
018 977 2964 

2 comments:

  1. recommended by Afham... mestilah kena follow....huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. recommended by Afham... mestilah kena follow....huhuhuhu

    ReplyDelete