Terima kasih sudi singgah ke blog akak dan sudi nak baca perkongsian akak hari ni. Hari ni saja nak share tentang cendawan kukur yang akak percaya ramai pernah nampak tapi tak tahu apa namanya dan tak tahu yang cendawan jenis ni sedap dimakan bila tahu cara menyediakannya.
OK ...
akak share info dulu ya .
Cendawan kukur ini banyak tumbuh pada pokok yang mereput dan banyak tumbuh selepas hujan. Warnanya kelabu dan bergantung kepada keadaan kayu di selilingnya. Saiznya dalam anggaran 1-4cm. Bila ianya tumbuh bolehlah dipetik dan jika dibiarkan ia akan kering. Bila dah kering , ia akan mati begitu saja.
Khasiatnya adalah bersifat anti kanser dan ianya ada satu aroma yang asli apabila kita mencium keadaan fizikalnya. Ini real tau ...Kat kawasan rumah kak zara ada pokok buah kuini yang tumbang dan ia tumbuh dengan bahagia di situ.
Yang best nya ialah cendawan ini elok diamalkan sebab membantu kesihatan hati dan juga sangat bagus untuk imunisasi badan kita. Ia juga bagus untuk anti parasit , anti radang dan anti bakteria.
Waaahhhh.....kelassss kan? Mana nak sangka ..tumbuh melata rupanya sangat baik untuk tubuh badan kita.
Cendawan Kukur Tumbuh Pada Pokok yang tumbang.
Saja nak share lagi ni.
Akak ada kutip cendawan ni kat rumah kami. Cendawan ni tumbuh pada pokok kuini yang tumbang dan tak sangka banyak sangat. Apa lagi kami pun kutip dan jadikan juadah makan malam kami dan berulang masak lagi makan tengah hari pulak.
Sedap ditumis dengan perencah berlado , pedas-pedas sikit campur halia. Wow!! Terangkat makan dengan nasi panas-panas dan ada pulak sambal belacan.
OK. akak share gambar je la ...bagi gambaran jelas bagaimana rupa cendawan tu. Kalau nampak, tolong la kutip dan bersihkan sebaiknya.
Rendam bagi lembut sebelum masak tau. Nak resepi boleh PM kak Zara terus. Cari je FB : Nor Zahrah Kemon ya
Ini Pokok Kuini yang tumbang |
Nampak? Seluruh permukaan pokok yang mereput ni dipenuhi cendawan kukur |
Seluruh permukaan pokok yang mereput ni dipenuhi cendawan kukur |
Seluruh permukaan pokok yang mereput ni dipenuhi cendawan kukur |
Bahagia duduk kat kebun dengan hasil bumi semulajadi |
Kita kasi Jempol masa kutip ni memang meriah tengok dan best je pemandangan |
Banyak betul kami dapat kutip ... best woooo |
lepas ni kalau jumpa cendawan ni nanti boleh la cuba masak tau .
Ini Kak Zara campurkan dengan pucuk Ubi.
Sedapppp makan panas-panas.
Sedaaappp habaq hang |
Alhamdulillah..
Best kan sharing kak Zara ?
Hari ni 17/8/17 ... sengaja akak ambil tarikh ni nak post artikel ni .
Sesekali guna tarikh lawa ni .. Bagi ada kenangan pada tarikh.
Ada lagi citer best.. Korang bukak-bukak la artikel akak yang lain.
Ada banyak sharing pengalaman akak sejak 2015.
Set Combo yang diminati ramai |
Ni penutup sharing kali ni ..
Akak ni ada jual set detox usus yang makin femes de amos ni. sangat membantu dalam mendetoxkan usus dan detoxkan darah.
Aloe vera yang bertindak pencuci dan menyihatkan usus.
Artic Sea - minyak ikan yang satu-satunya mengandungi minyak zaitun dan terbaik di muka bumi ini. Tiada syarikat lain yang ada jual gabungan ini selain artic sea keluaran Forever Living.
Ok la .. nak info lanjut atau nak order boleh KLIK SINI. dan nanti akak bantu korang untuk consult PERCUMA.
Ok gais....
Terima kasih sudi singgah dan baca sharing akak pasal cendawan tekukur ni.
Semoga bertambah pengetahuan korang bab khazanah bumi yang makin dilupai.
Salam sayang daripada akak ,
Zara Ratu Detox,
Coach Detox Anda.
Cendawan kukur tu sedap. Selalu mak buat masak gulai kuning. Orang nogori kannn ��
ReplyDelete