Dears,
Suka akak nak share perkongsian ini. Tulisan sahabat dalam group FB yang disebut namanya ASAM GARAM. Lalu akak ambil sebagai perkongsian yang indah buat pengajaran indah bagi pasangan suami isteri yang sedang lalui bahtera yang camerlang , gemilang dan membahagiakan.
Saudara wanitaku sekalian,
Seorang isteri yang baik tentunya membantu meringankan beban suami..... menenteramkan... menenangkan dan bergerak mengikuti langkah suaminya.
Ketika sang suami mengalami kelelahan... tentunya suami akan akan datang kepada isterinya untuk mendapatkan ketenangan..... seorang isteri memberikan impak yang begitu besar terhadap kelangsungan hidup dalam kehidupan berumah tangga.
Menjadi isteri bukanlah ‘tugas’ yang mudah khususnya untuk menjadi seorang isteri yang hebat.
Namun apabila anda melakukan beberapa perkara ini.... maka suami anda tahu bahawa sesungguhnya dia mempunyai isteri terbaik di dunia..... ayuh semak senarai berikut.
Anda Gembira Dengan Kejayaan Si Dia
Ketika si dia gembira kerana prestasinya....anda juga turut bahagia..... anda tahu anda isteri yang istimewa apabila anda sama gembira melihat kejayaan suami anda.
Anda Menonton Filem Kegemarannya Berulangkali
Anda sudah menonton berjuta kali filem kegemarannya.... namun anda tetap tidak pernah jemu..... bonusnya ialah bila anda tertawa pada saat yang tepat.
Anda Mendahulukan Si Dia
Si dia nombor satu dalam hidup anda.... anda memastikan karier dan hobi anda tidak lebih penting daripada dia..... tidak ada orang yang lebih anda utamakan.
Anda Suka Melakukan Beberapa Hal Sendiri
Hanya kerana si dia yang anda utamakan ini..... bukan bermakna anda hanya berkepit dengan si dia semata-mata..... walaupun anda lebih suka berada dekat dengannya....anda tidak keberatan menyendiri dan membiarkan si dia menyendiri kerana masing-masing memerlukan waktu untuk berseorangan.
Anda Memasak Makanan Kegemarannya
Walau anda tidak suka dengan makanan kegemarannya...... namun anda tetap memasak makanan kegemarannya..... untuk menunjukkan bahawa anda tahu apa yang si dia sukai..... dan anda ingin melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hatinya.
Anda Membuat Si Dia Tertawa
Anda isteri terbaik di dunia...... jika tahu khalimat apa yang akan membuatkan si dia tertawa...... atau bagaimana membuat si dia tersenyum...... hanya dengan satu kilas pandangan.
Anda Menyimpan Rahsianya
Jika suami anda merasa kurang selesa apabila anda mahu berkongsi rahsia dengan orang lain.....maka anda tidak akan melakukannya.....suami anda berkongsi rahsia dengan anda kerana dia amat mempercayai anda.
Anda Selesa Dengan Rakan-rakannya
Anda sedar bahawa suami anda sudah mengenal teman-temannya sebelum mengenal anda.....jadi anda tidak keberatan jika suami anda ingin keluar menghabiskan masa bersama.
Anda Membuatkan Si Dia Terasa Diperlukan
Walaupun anda mampu melakukannya sendiri .....namun anda tetap mahu meminta si dia melakukannya untuk anda.....dengan cara ini si dia akan rasa amat diperlukan oleh isterinya.
Anda Meninggalkan Catatan Buat Si Dia
Isteri yang baik memastikan suaminya tahu bahawa dia dicintai...... nota kecil di dalam begnya sudah cukup membayangkan betapa hangatnya cinta anda kepada si dia.
Anda Berdoa Untuk Si Dia
Ketika berdoa selepas solat....anda tidak lupa untuk mendoakan yang terbaik buat suami anda..... anda memohon hanya yang terbaik buat suami anda......ia sebenarnya lebih menghangatkan lagi hubungan anda dengan pasangan secara spiritual.
Anda Berusaha Keras Membuatkan Perkahwinan Anda Harmoni
Tidak peduli apapun yang terjadi.....anda berusaha untuk mempertahankan perkahwinan yang telah dibina......jika saatnya hubungan terasa hambar....anda segera mengambil tindakan bagi mengharmonikan semula kemesraan suami isteri.
Akhir kata, berusahalah untuk jadi isteri terbaik buat suami meskipun suami milikki 2,3,4 isteri dan kita berkhidmatlah sebaik-baiknya sebagai wanita yang taat padanya. Allah ada sediakan ganjaran dan buatlah semua itu kerana Allah semata ...
InshaAllah ..cinta kalian pasti dikukuhkan ke Syurga. Cinta buatnya bukan sekadar di bibir saja dan jadikan hari ni lebih baik daripada semalam.
Semoga berbahagia ye sayang ...
Ingin Cuci Usus ? Klik Sini
Ingin Cuci Karpet ? Klik Sini
Bahagia membacanya... :)
ReplyDeletealhamdulillah
Delete