Saturday 4 February 2017

Cuci Karpet Yang Kotor - Call ABSCK Cuci Je

Assalamualaikum sayang.. 
Rasa gembiranya akak dapat berkongsi lagi hari ni. 
Diharapkan sahabat pembaca dalam keadaan ceria dan sihat hendaknya. 

Hari ni akak nak share satu kisah best.. 
Ala..kisah masyarakat semasa .. Biasa la.. mesti ada berlaku gossip.. mesyuarat tingkap kan.. 
Kali ni akak dengar meeting kat ampaian baju. 
Lawak pun ada rasa tapi memang best la. 



Ini yang dinamakan pemasaran PERCUMA.
Uols sambung baca sampai habis k ...

Seronok tau akak pun ulang baca sharing ni banyak kali.. hihihi 


comel kan poster kami?
Gini kisahnya, Suatu pagi di sebuah taman perumahan di pinggir
kota Kuala Lumpur..

" Uiiii.. Senahh.. sidai baju kerr.. " tanya Milah sambil jalan 
melenggok mendekati Senah yang sememangnya sedang 
menyidai baju dan bukan sedang pam tayar basikal.

" Hah ! Nak apa ?! " sergah Senah bila Milah menjengolkan
mukanya di celah ampaian dan terpacul tepinya.

" Amboiii... garang bebenor ler ko nih Senah pepagi nihh.. Apa ke hey nyer Senah oiii .. cer citer.. cer citer kat aku nih .." 

Milah dengan pantas mengaplikasikan skil NLP nya secara halus mengorek cerita.

Sambil mengebas-ngebas kain baju basah yang diambil dari bakul untuk disidai, mulut Senah mengomel.

" Aku hangin satu badan betul dengan si Jenab tuh. Kau tahu.. dia tipu aku hidup-hidup. Aku punyalah percaya selama nih dia beli karpet baru kat Jalan TAR. 
Rupanya dia bohong aku ! Dia CUCI je sebenarnya. Cis ! "

Senah melepaskan rasa geram sambil menjuihkan mulutnya
pada Milah.

Si Milah rasa pelik lalu menambah.

" Eh ! Takkanlahhh si Jenab tu larat nak basuh karpet besor dia tuu.. bukan satu jer.. 2 keping besar tu Senah oii.. beratt.. " 
Milah menambah kelukaan hati Senah yang tertipu.

" Iyaaa.. si Tipah sebelah rumah dia yang bagitau aku haritu. Tipah kata haritu ada orang datang naik van ambik 2 keping karpet si Jenab tu.. lepas 10 hari van tu hantar balik 2 keping karpet tu.. bersinor-sinor kata si Tipah.. bersih.. wangi lagi.. "

Si Senah menguatkan statementnya dengan testimonial si Tipah hasil sessi meeting tingkap semalam.

" Laaa.. ye ker..." Milah seakan tak percaya.

" Err.. siapa yang datang ambik karpet si Jenab tu Senah? " 
tanya si Milah mengorek lagi cerita.

" Tipah kata.. orang ABS Cuci Karpet. Jenab tu call je, lepas tu diaorang datang ambik. Lepas cuci, diaorang hantar semula. " balas si Senah.

" Ooo.. senang la kalau macam tuuu.. Aku pun nak try jugak lah cuci karpet aku tu.. bertahun dah aku beli tak pernah cuci langsung.. " sambung Milah.

" Eh ! Kau nih Milah. Bukannya nak sokong aku. Kau pulak sibuk nak cuci karpet kat ABS Cuci Karpet tu. Cis ! " sambil menyambung sidai kain Senah membebel sebalik ampaian.

" Senah.. Aku balik dulu eh. Nak cepat nih. " kata Milah secara tiba-tiba.

" Oit ! Cepat bebenor nak baliknya. Apa ke hey? " Senah bertanya.

" Aku nak jumpa si Tipah pulak. " kata Milah.

" Nak buat apa? " Senah makin tertanya-tanya.

" Aku nak mintak no.telefon ABS Cuci Karpet tu kat Tipah ! " kata si Milah sambil berjalan laju menyinsing kain batiknya yang hampir terlondeh.

" Cis ! Kurang asam punya Milah. Dia pun sama jugak dengan si Jenab. ABS Cuci Karpeetttt je.. huh ! " Senah membebel sambil terus menghabiskan kain sidaiannya.

Seminggu kemudian kecoh satu taman perumahan dengan kehadiran tim ABS Cuci Karpet hampir setiap hari. Lepas satu rumah ke satu rumah karpet di ambil oleh tim ABS Cuci Karpet.


Gini la gaya kehidupan masyarakat masa kini. Tak semua mampu nak cuci karpet sendiri tau. Mana nak larat angkat lepas cuci berat karpet dengan air yang terserap dalam karpet tu. Akak penah cuci yang kecik pun rasa nak putus pinggang tau. Ni lagi la yang besar saiz ruang tamu tu. 

Untuk memudahkan urusan uols boleh je hubungi mereka yang pakar , Ni founder nya Tuan Jurin Jalil ( klik sini untuk info beliau ) . Apapun persoalan boleh je hubungi beliau tau, InshaAllah beliau sudi membantu dengan penuh komited.

Ingat Poster ni tau, inilah team kami.
Ada sikit lampiran akak sertakan ni untuk berkongsi bagaimana karpet yang kami uruskan dan memudahkan pelanggan kami untuk berurusan.


Alhamdulillah.. ada wartawan buat cover tentang usaha kami ni.
Info tentang ABS- Cuci Karpet Malaysia 

Alhamdulillah . ramai yang puas hati. 
Yang ni aktiviti pembersihan dijalankan untuk mencuci karpet pelanggan, mana la tau lepas ni nak cuci karpet uols plak kan?

Bagitau je ada di mana ..Kami cuba bantu dan berikan servis yang terbaik untuk uols.


Karpet yang sedia dibawa ke pusat cucian kami dan kami terbukti pakar  kan?
Kalau rasa nak jimat duit pun tak pe..
Abang tunggu la 4 hari 4 malam karpet tu kering dan pasti suci ke lepas kena air kencing anak pulak kat atas karpet tu
Antara karpet yang kami dah cuci .. bersih habaq hang...
Antara karpet yang kami dah cuci ..Amacam? konpiden kan?
Rasa-rasa sama macam air longkang ke dia lebih teruk daripada air longkang?
Seram tau kita simpan kotoran selama ni rupanya.
Best kan ada yang pakar cuci kan karpet kita.
Kos ? Memang la ada kos sebab kita gunakan kepakaran mereka bang. 

Nak harap abang cuci karpet manjang la nak bagi alasan macam-macam kat bini tu.
Nak main futsal la... 
Nak rehat la..
Jadi lepas ni , abang-abang sediakan je pulusnya dan kakak yang manis, hubungi kami tau untuk kami bantu cucikan karpet akak yang gebu-gebu masa beli tu. Dah lama tersimpan dalam stor kan?

Akhir kata , klik sini untuk video bagaimana kami jalankan kerja mencuci sebagai penutup perkongsian akak hari ni. Moga-moga membantu kakak /  abang-abang. Nak cuci karpet dengan kami tak kira musim nak raya je. 

Kami beroperasi mengikut kawasan dan akak wakil kawasan Johor. 
JDT kannnnn.... Sama macam founder yang hensem tu ... ngeh...ngeh.. 

Akak harap perkongsian kali ni membantu mereka yang memerlukan servis cuci karpet. 
tak kira untuk rumah , masjid , surau , opis .. boleh je hubungi kami dan kami pasti bantu uols. 

Hah.. Puas hati dapat berkongsi lagi hari ni. 
uols suka?
Sila tinggalkan komen dan share di mana lokasi uols. 
Nanti akak arrangekan tim kami untuk ke lokasi uols. 

Kalau segan nak komen , boleh whatsapp akak terus ke 018-9772964. 
Akak bantu hantarkan wakil kami nanti ke lokasi uols. 

Semoga uols gembira selepas baca sharing kali ni. Pesan akak ,detox diri bukan sekadar tubuh badan tau. Allah suka kita jaga kebersihan. 

Jadi, cuci karpet ni serupa macam kita detox rumah kita juga. 
Dan umum ketahui kebersihan itu kan sebahagian daripada iman dan ini ada video terakhir akak nak kongsi. Please Klik sini. 

Diharap uols puas hati dan cepat-cepat hubungi kami ye.


Salam sayang daripada,

Zara Ratu Detox
Coach Detox Anda. 
018 -9772964 

3 comments:

  1. Salam sukses dari kami
    untuk anda yang membutuhkan mesin pengering, setrika uap, konversi, dan perlengkapan laundry lainnya silahkan menghubungi kami di web www.bospengering.com atau langsung telpon kami ke 081221673020; pin bb 59F141F2, Line : Bos_pengering, Facebook : Bos Pengering

    ReplyDelete