Apa kabar pembaca blog akak yang dirahmati dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Bersyukur hari ni akak dapat berkongsi info lagi dengan uols semua. Didoakan kalian dalam keadaan sentiasa sihat dan ceria hendaknya bersama orang yang tersayang di sisi.
Alhamdulillah.. akak dapat berkongsi lagi hari ni. Akak nak share satu nota yang akak ada baca dari Facebook dan ianya sangat bagus untuk kita kenali apa warna otak ni. Mula-mula akak tau tentang otak ni, akak tak sangka pulak otak manusia ni ada kategori warnanya.
Hinggakan akak pun dah tau apa jenis warna otak akak ni. Jadi, hari ni akak nak share nota yang akak rasakan sangat bermanfaat buat akak dan akak pasti ianya bermanfaat buat uols juga yang membaca perkongsian akak ni.
Credit untuk peserta yang kongsikan nota ni, pengasasnya @ArthurCarmenzi dari Bali,Indonesia.
Ada 4 jenis kategori warna otak:-
1/ Hijau
2/ Merah
3/ Ungu
4/ Biru
Anda nak tahu apakah perbezaan 4 jenis kategori psikologi warna otak ini?
Untuk nak mudahkan faham secara asas bagaimana setiap warna otak ini berfikir, saya berikan beberapa situasi contohnya:-
Katalah ada 4 orang kawan wanita sedang bercakap-cakap mengenai mahu menghadiri seminar saya dan mereka tidak pernah hadir. Kita beri kod nama mereka sebagai Wanita A, B, C dan D.
Katalah keempat-empat mereka memang mempunyai masalah tekanan kewangan, hutang, telah bekerja lama tetapi tidak ada duit, banyak hutang, tidak ada masa dan hidup semakin tertekan, tetapi mereka ada keinginan mahu perbaiki hidup mereka.
Dan disaat ini, keempat-empat mereka sedang berbincang tentang apa yang mereka perlu lakukan untuk memperbaiki hidup dan kewangan mereka.
Wanita A: Beb, aku tensionlah dengan hidup aku. Kerja dah lama tapi hutang berlambak, aku nak berniagalah!
Wanita B: Kau tahu ke berniaga? Kau pernah belajar ke berniaga? Apa matlamat kau nak berniaga?
Wanita C: Entah!! Kau ada duit ke nak berniaga? Nak berniaga ni susah tau!! Kena guna banyak modal! Kau kena rancang semua perkara betul-betul dan rancang semua perkara sebelum kau nak lompat berniaga beb!!
Wanita D: Buat apa nak berniaga? Sekarang pun kau tak ada masa nak sama-sama borak-borak dengan kita semua, kau tak ada masa dengan keluarga dan mak bapa kau, nanti kau berniaga, lagilah kau tak ada masa.
Wanita A jawab: Ala, aku berniagalah apa-apa! Janji aku mulakan! Kalau aku cuba tak
jadi nanti, aku cubalah berniaga benda lain! Cuba dulu, tak cuba tak tahu!
Wanita B jawab: Mana boleh macam tu!!!? Nak berniaga kena belajar dulu dan dapatkan informasi sebanyak mungkin!! Kena baca banyak buku, kena masuk kursus dan seminar! Pergilah belajar dulu sampai ilmu kau dah cukup semua!
Wanita C jawab: Aku setuju dengan Wanita B. Kau kena ambil kira semua faktor beb! Kos perbelanjaan, kos produk, kos iklan, kos kedai dan bisnes ni tak jadi, apa pelan B kau? Pelan C sampai Z?
Wanita D jawab: Betul tu!! Nanti kau sibuk gila beb!! Kau nak jawab call kitaorang pun tak sempat! Kau tak ada masa bersama dengan kita orang duduk duduk gosip gosip hal dalam kain orang lain.
Wanita A: Ok, jadi apa yang aku boleh buat SEKARANG?? Aku nak berniaga cepat ni! Aku nak belajar berniaga kat mana? Masuk kelas Dr Azizan lah! Aku daftarlah Klinik Usahawan dia yang terdekat ini SEKARANG JUGA!!
Wanita B: Beb, nanti dulu beb!! Kau nak masuk kelas Dr Azizan?! Kau gila?? Kau kena siasat dulu beb! Kau kena cari dulu semua maklumat lengkap tentang dia dan seminar dia beb! Kau kena siasat sampai Luh Mahfuz siapa dia, siapa keturunan dia, siapa moyang dia semua beb. Jangan terus buat keputusan. Cari maklumat lengkap dulu, sahkan dulu beb. Lepas lengkap semua “siasatan” dan maklumat baru kau buat keputusan beb!
Wanita C: Betul tu!! Kau kena ambil kira banyak perkara! Berapa kos seminar dia, di mana dia buat, bila waktunya, mana jadualnya, apa yang dia akan ajar, berapa patah perkataan dia ajar dan semua kiraan langit dan bumi yang kau perlu sediakan sebelum kau buat keputusan. Dan kau kena rancang betul-betul dengan teliti, bagaimana kau nak ke seminar dia? Proses-proses SOP semua kena ada beb!
Wanita D: Kau tak payahlah ke seminar dia beb. Kau tak yahlah berniaga beb. Apa yang penting hati kita bahagia dan janji kita bersama. Nanti kau tak ada masa bercerita berbahagia rasa dengan kami beb. Jiwa kita kosong dan berjauhan.
————————————–
Hah amacam? uols boleh tangkap tak 4 jenis cara fikir 4 orang wanita ini?
Wanita A adalah contoh Otak Hijau (Bukan Mak Kau Hijau!).
Mereka yang kategori Otak Hijau adalah mereka yang cepat buat tindakan walaupun tidak banyak maklumat atau informasi yang mereka ada. Bila disuruh buat sesuatu, mereka terus nak buat sekarang! Mereka tidak ambil masa yang lama untuk berfikir. Mereka hanya perlu tahu apa matlamat yang nak dicapai dan mereka buat dulu!
Mereka tidak takut buat silap sebab bagi mereka, jika silap, mereka akan betulkan janji mereka akan sampai ke matlamat yang mereka mahu. Masalah dengan mereka ini ialah mereka mungkin akan buat tindakan melulu dan menyebabkan prosesnya akan rugi beberapa kali sehingga mereka jumpa jalan yang betul. Tapi mereka tidak kisah kerana bagi mereka, tidak ada kegagalan, semuanya proses pembelajaran untuk capai kejayaan. Amacam? Anda ada yang otak Hijau?
Wanita B adalah kategori otak Merah.
Mereka tidak akan buat sesuatu melainkan mereka perlukan maklumat jelas matlamat dan objektif yang nak dicapai. Mereka akan mahukan lebih banyak maklumat, maklumat dan maklumat. Kemudian maklumat lagi….. Bila sudah cukup jelas matlamat mereka dengan informasi yang ada, baru mereka buat keputusan atau tindakan.
Wanita C adalah di dalam kategori Otak Ungu.
Otak ungu ini adalah mereka yang cara fikir mereka ini sistematik, tersusun, ada sistem. Sebelum lakukan sesuatu, mereka perlukan maklumat dan data, figures. Mereka akan merancang dahulu dengan bersistem dengan pelbagai data dan maklumat yang dikumpulkan dari pelbagai sumber yang ada, mereka perlukan bukti-bukti sebagai penguat maklumat-maklumat yang ada untuk mereka rancang dan selepas semua itulah baru mereka buat keputusan.
Wanita D adalah contoh Otak Biru.
Keutamaan mereka di dalam memproses maklumat atau tindakan adalah amat mementingkan hati dan perasaan. Mereka lebih pentingkan perhubungan dengan orang lain dan kasih sayang.
Cuba dan test Otak uols. Akak tersasul-sasul banyak kali .. Hahaha |
Amacam? Best kan?
Sekarang uols dah tau apa kategori otak uols?
Akak dah tau dah.. dan inshaAllah ada beberapa perkara yang akak kena perbetulkan supaya apa yang akak lakukan mengikut situasi dan membuat keputusan dengan baik tak kira dalam bisnes atau dalam rutin kehidupan harian akak sekeluarga.
Alhamdulillah dan syukur sangat akak jumpa nota ni dan ada juga akak belajar sebelum ni tapi sebelum ni macam tak dibukakan minda dan hati untuk menerima ilmu macam ni. Hehehe.. kira sekarang dah taubat, hati dah bersih sikit..hah! baru la ilmu best-best masuk dengan gembiranya ke minda akak ni.
Perkongsian Set Detox
Sebelum akak akhiri perkongsian akak, ada perkongsian set detox yang membantu mencegah kolestrol dan darah tinggi ,
bolej terus KLIK SINI dan masukkan password : alujabclan ( L kecik tau ).
Set yang sangat membantu ramai kawan-kawan akak untuk lebih sihat dan cergas. |
Terima kasih sudi singgah dan akak harapkan apa yang akak kongsikan dalam tulisan akak kali ni dapat memberi manfaat kepada uols.
Akhir kata, jaga kesihatan supaya kita mudah beribadah kepada Pencipta Kita dan mudah-mudahan dalam usia kita yang tak tahu bila pengakhirannya, sentiasalah hargai mereka yang selalu menyayangi kita.
Salam kasih sayang,
Zara Ratu Detox ,
Coach Detox Anda Di Rumah,
018 - 977 2964
0 comments:
Post a Comment