Tuesday, 31 March 2015

Impian 101 Tercapai - Naik Tangga Menara KL

Assalamualaikum kepada pembaca blog RZ, 
Semoga kalian dalam keadaan sihat sentiasa. 
Didoakan uollss semua kaya dan berjaya dunia akhirat.
Bersyukur kepada Allah RZ masih diberi kesihatan yang baik dan RZ doakan uollsss pun sentiasa mensyukuri nikmat sihat yang Allah kurniakan kepada kita. Jagailah dan hargailah kesihatan kita sebaik-baiknya. 

Impian 101 Terlaksana
Hari ni kan RZ nak share yang sebenarnya RZ nak sangat naik tangga ke Menara KL sebagaimana RZ pernah tulis dalam senarai impian 101 dalam program IMKK Feb 2015 do PGRM, KL. Last RZ naik masa tahun 1999 rasanye...lama dah tu...masa RZ lepas SPM. 

Kali ni RZ nak naik dengan acara marathon bukan jalan-jalan makan angin kat atas tu. Lagi satu, sebab kuatnya RZ nak naik ke Menara KL ni sebab nak lawan rasa gayat RZ yang tak tau la sejak bila ada gayat tapi bila berada kat tempat tinggi memang akan gayat. 

Kira ni untuk lawan FEAR FACTOR diri sendiri la ni.

Yes!

RZ memang luarbiasa Hebat!!

Inilah masanya dan tiada berlengah RZ isi nama untuk daftar ke program marathon anjuran daripada syarikat tempat RZ bertugas. RZ bertuah dapat isi nama dalam 10 orang terawal dan pennyertaan sangat terhad. 

Alhamdulillah RZ berjaya berjaya daftar!

Maka sebahagian impian RZ bakal terlaksana. Maka RZ persiapkan diri dengan aktiviti kardio dan freelatics training. 

1st time Freelatics 
26 Mac adalah hari pertama RZ buat aktiviti freelatic yang sememangnya aktiviti sebegini sangat la memerlukan stamina dan tenaga yang tinggi. Ia bukan mudah untuk dilakukan tetapi bukan susah jugak jika ada keinginan yang tinggi. 

Apa itu Freelatics?
Freeletics merupakan olahraga yang mengandalkan berat badan untuk membentuk tubuh badan tanpa melibatkan alat-alat beban seperti di gym. 

Ianya merupakan senaman yang menggunakan seluruh tubuh badan dan juga menggunakan berat badan sebagai beban dalam satu sesi senaman yang dilakukan. Ia berasal dari Jerman pada tahun 2012. Ramai rakyat Jerman sudah membuktikan perubahan bentuk badan yang ketara dengan menjalankan latihan freelatics ini. Ia sesuai dilakukan untuk semua golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. 

Amacam? 

Cakap kat orang sebelah, 

Best ke Best?

Aktiviti ini juga boleh dilakukan hanya dalam rumah namun memberi kesan yang sangat menakjubkan kepada yang mengamalkan latihan sebegini.

Di Malaysia baru muncul senaman sebegini sejak 2013 dan semakin menular hingga kini kerana keberkesanan terhadap perubahan bentuk badan dan stamina yang diperolehi selepasa mengamalkan senaman sebegini. 

Ini sebahagian senaman asas untuk yang ingin memulakan freelatics training.

Asas ini dilakukan selama 8 minggu sebagai warm up untuk latihan insentif yang lebih mencabar
KL Towerthon International 2015
 Alhamdulillah Allah izinkan RZ join KL Towerthon International pada 17 May 2015. Jadi sekarang ni adalah tempoh yang bagus untuk RZ berlatih supaya RZ berjaya menamatkan misi menaiki tangga ke Menara KL. Ia ada 2058 anak tangga untuk didaki dan ia setinggi 421meter dari paras laut.

Dengan penganjuran program Now Everyone Can Kurus ( NECK ) RZ rasakan inilah masanya untuk RZ workout sungguh-sungguh dan dapatkan stamina yang secukupnya. 
Tanpa jemu RZ workout hari-hari. 
Sejak 1 Mac , RZ tak miss workout sepertimana trainer NECK tekankan apa yang perlu RZ buat. 
Penat??? Apa la maksud penat?Serius ia memenatkan tapi ia menyeronokkan kerana RZ dapat sihat dan fit badan tau. Sebab sekali dah mula , RZ memang addict sangat nak buat freelatic ni. Tengok quote ni, begitu la semangat RZ sekarang ni. 
Alhamdulillah semangat RZ semakin membara sebab 11 Mei ada trial run untuk KL Towerthon dan 17 Mei 2015 adalah hari larian sebenar. Counting day je sekarang dan keep konsisten je RZ buat execise ni untuk body fit.
Jenis-jenis disiplin dalam Freelatics Training
Uoollss mesti nak tau kan apa yang ada dalam sesi Freelatic training ni?

RZ pun baru tau dan sedang mempraktikkan untuk membantu RZ capai berat badan ideal pada 11 Mei 2015 iaitu hari ke 100 Program Now Every One Can Kurus .

OK...antara disiplin dalam Freelatics training seperti berikut :-
  1. Dione
  2. Iris
  3. Aphrodite 
  4. Apollon 
  5. Kentourus 
  6. Venus 
  7. Metis 
  8. Uranos 
  9. Hados 
Alhamdulillah ....RZ belum expert semua step ni tapi RZ yakin akan mampu lakukan dengan training sebegini dan stamina RZ akan sangat baik untuk mempersiapkan diri ke KL towerthon Mei nanti. Doakan RZ berjaya habiskan perlumbaan ni tau.

Pengalaman best ni ...sebab tak pernah join mana-mana marathon bertaraf International macam ni tau. Rasa bangga jugak dapat wakili syarikat RZ bertugas untuk acara ni. 

Awal-awal RZ daftarkan diri nak Join Acara ni
Kentalkan fizikal dan mental
Dari segi fizikal, Alhamdulillah tiada sebarang masalah serius. Pada awal-awal latihan memanglah rasa sakit kaki, sakit badan tapi RZ ada coach yang membantu untuk meningkat daya ketahanan badan supaya lebih aktif bergerak dalam latihan RZ setiap hari.

Untuk tip topkan stamina dan konsistency RZ workout , RZ ada ambik beberapa suplemen Shaklee yang banyak membantu dalam kecergasan RZ setiap hari , iaitu :


  • ESP - penyumbang tenaga
  • Vitamin C - ketahanan diri daripada keletihan 
  • Performance Orange Drink - paling best sebab sentiasa bertenaga dan bantu kurangkan Hydration.
  • Ostematrix - membantu kurangkan sakit sendi
  • Zinc Complex - membantu cepatkan kurangkan sakit sendi jika berlaku kekejangan
  • Lecithin - sangat bagus membakar lemak. RZ makan 30 minit sebelum workout.
  • Omegaguard  - superb membakar lemak jahat dalam badan selepas RZ makan dalam meal utama.
  • Alfalfa - membantu kurangkan sakit sendi dan agen Detox RZ ni. wajib makan 10biji sehari.
  • Herb Lax - sangat bagus dalam mencuci usus dan sangat membantu dalam proses Detox yang menyeluruh dan badan akan sentiasa segar apabila toksin dalam badan dapat dibersihkan. 
Mesti uoollsss rasa macam banyak nya suplemen?

ok ke ?

jawapannya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini lah Motivasi buat RZ untuk terus jadi lebih sihat dan kurus selamanya 
Dari segi mental kena la kental untuk buat latihan sebegini. RZ sentiada berdoa kepada Allah SWT untuk dibantu mempermudahkan urusan dalam aktiviti dan sentiasa mohon RZ dapat istiqamah jalani latihan bersepadu ini. 

Sebenarnya kita mampu buat semaksimumnya jika kita ada kemahuan dan Impian yang BESAR. RZ memang berimpian besar untuk dapatkan berat badan ideal (51kg tapi dapat 55kg pun dah syukur sangat-sangat ) dengan apa cara yang menyihatkan kerana kesihatan RZ adalah untuk selamanya. Tiada short cut untuk jadi kurus dan biasanya yang short cut dapat berat badan ideal sebenarnya mereka dalam keadaan bahaya. 

Apa bahayanya? 

Mungkin RZ akan share di entri lain pulak ye. 

RZ rasa setakat ini dahulu perkongsian RZ kali ni. 

Semoga perkongsian RZ memberi inspirasi dan manfaat kepada uoollsss untuk menjadi sihat dan kurus selamanya. 

Akhir kata, terima kasih kerana sudi singgah baca blog RZ dan sila tinggalkan komen untuk memberi motivasi kepada RZ untuk terus berkongsi apa jua perkara yang baik-baik untuk kebaikan bersama. 

Salam sayang, 
RZ a.k.a Puan Zara 
Ratu Detox MFMS 
Hubungi 018 977 2964 untuk Info program 
Now Everyone Can Kurus dan Detox Coaching.

Saturday, 28 March 2015

Penangan Tahjud 83, 3 Dijemput Ke Empayar RZ dalam Sehari

Assalamualaikum kepada yang sudi mengunjungi blog RZ ni, terima kasih diucapkan. 

Semoga uollss dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Doa RZ uollss kaya dan berjaya dunia akhirat. 

Hari ni RZ nak kongsikan pengalaman RZ yang tak pernah RZ lalui sebelum ni. 
Jom teruskan membaca untuk mengetahui apa perkongsian RZ kali ni.

Berlatih untuk Naik ke KL tower pada Mei 2015

Alhamdulillah ...sudah masuk hari ke 56 RZ dalam program Now Everyone Can Kurus (NECK). RZ nak kongsikan kejadian pada hari ke55 ( Jumaat 27.3.2015) 

Malam jumaat tu ( Khamis 26.3.2015 ) , RZ rasa penat sangat sebab buat latihan insentif nak naik Menara Kuala Lumpur pada bulan 5 ni. Alhamdulillah RZ mampu lakukan walaupun dalam RZ berpuasa. 

Mau tak penat , kami kena buat frog burpees 20m x 2 (1set ni tau) kena buat 6set amacam? RZ mampu buat 4 set je ...selain tu walk lunges 20m x2 (1set ) kena buat 6 set jugak tapi RZ buat 4 set je sebab memang tahap tu la kemampuan RZ masa tu. Selain tu kena buat high jump 10x, pedih peha tau.  


Ini contoh bagaimana Burpees yang RZ buat
Ini Pulak walk Lunges sangat bagus untuk kecikkan bahagia harmstring kita yang lebar macam RZ ni 
Ini gaya High Jump yang paling Best sangat untuk mendera peha RZ 
Sebelum waktu berbuka puasa kami bersurai dan RZ pun baliklah ke rumah dengan berpuas hati selesai 4 set yang sepatutnya RZ kena selesaikan juga sebelum balik.

Tak solat Isyak Terus Tidur

Syukur Alhamdulillah ada rezeki untuk RZ, selepas berbuka puasa tu RZ rasa lega sangat sebab dah memang rasa sangat lapar dan sangat penat masatu. Tapi RZ gagahkan juga dan sambung baca surah al kahfi sebagaimana rutin setiap malam Jumaat..tapi sampai ayat ke 40 je lps tu RZ dah tak tahan dah ...mata berat dan RZ pun hanyut tanpa solat Isyak ....(bersalah tapi mata masa tu memang dah berat sgt2 ) 

Jam 4.30am RZ terjaga dan rasa bdn segar je ..
Alhamdulillah Allah kejutkan RZ untuk solat isyak . 
syukur Allah selamatkan RZ daripada terus berdosa ( sebab tak solat isyak sblm tido) 

Lepas solat isyak RZ duduk bertahmid seketika..then macam biasa belek buku kesayangan RZ iaitu buku MMR.bukak bab MENJEMPUT REZEKI dengan solat tahajud.

terpana seketika bila RZ baca ...solat tahajud terbaik adalah 8 rakaat dan 3 rakaat solat witir. 

Tanpa berlengah RZ terus bangun niat solat tahajud hingga la salam ke 4 ....

RZ berjaya buat 8 rakaat tahajud ??? Macam tak percaya. 
Alhamdulillah ..RZ doa pada Allah apa yang RZ hajati.
RZ rasakan ada satu kejayaan iaitu untuk menjadi lebih sihat dan RZ sudah mulakan sikit-sikit untuk RZ jadi lebih baik daripada sebelum ni. 
Cuma RZ tak berapa nak istiqamah kononnya penat dan ngantuk. fine ..tu smua alasan kan?

isssshhhhh....isssshhhh....sampai bila RZ nak macam ni kan?



RZ pun sudahkan dengan penutup 3 rakaat solat witir.
Alhamdulillah ....RZ masih ada kekuatan ..sambung membaca smpi la masuk waktu subuh.

Lepas azan , RZ solat subuh as normal dan kali ni lepas solat RZ terus buat workout macam biasa lepas tu update kat trainer NECK.

Bantuan Allah sebagaimana dikehendaki hambaNya

Nak jadikan pendek citer...

Hari Jumaat yang berkat, RZ percaya Allah akan bantu RZ.

Direzekikan kepada RZ ada 3 org join jadi ahli shaklee baru dan 1 free mmbrship dan my GUV cecah >800GUV sedangkan masa tu mommy tegur RZ semalamnya yang mengatakan my PUV masih 0. Belum pecah walaupun nak closing dah ni. Mommy mcm tau je tau 

Alhamdulillah ...terasa la sngt Allah bantu waktu kita mohon and submit betul2. tak putus-putus RZ ucapkan kesyukuran ke atas apa yang Allah anugerahkan. Masih ada 2 org KIV utk join NECK akan diselesaikan selepas 1April dan itu la yang terbaik buat kami.

RZ akan gandakan usaha lagi untuk membantu kawan-kawan untuk lebih sihat dan kurus selamanya.

RZ syukur atas tunjuk ajar dalam MFMS , sokongan tak putus2 dari semua team NECK 
Namun RZ masih sentiasa beringat ada perkara dalam BIG WHY yang RZ kena selesaikan.

Alhamdulillah !!
Allahu Akbar!!

Terima kasih mak yang sentiasa doakan anakmu walaupun jauh di perantauan , terima kasih anak-anakku kerana sanggup buat pengorbanan kasih antara kita. Ibu sayang uollss wahai anak-anakku

Terima Kasih semua dalam keluarga Mommy Shahab, Keluarga MFMS..terima Mommy , Daddy....2hari lepas Daddy PM me direct cepuk ( rase mcm tgn daddy tepuk dahi RZ tau) kalau tak kena cepuk mgkn RZ dah tido masa ni kot tapi masih gagah berjaga walaupun smlm ai bgn 4.30am menyiapkan Entri ni nak dipublish dalam group Blogger MFMS. Perkara baik elok dikongsi.

Last not least , jutaan Terima kasih my NECK Trainer yang sangat awesome. Selalu mintak pendapat apa senaman terbaik nak jadikan diri ini Zara Andrea 
( hihi ..berangan kan PERCUMA ) 

Kesimpulannya, 

Tahajud adalah kunci untuk mencapai apa jua yang kita hajati.
Percaya sebelum Berjaya. 

Inilah yang dimanakan Power of Serah sebagaimana dalam buku 21 Formula Hidup Luarbiasa yang ditulis oleh Ustaz Asyraff dan Dr Azizan Osman. 
( Sesiapa yang belum ada buku ni , boleh Whatsapp RZ untuk tempahan ) .
Buku ni bagus sangat-sangat tau.>>>sempat lagi promote

Buku ini sangat power dan sangat-sangat memberi inspirasi kepada RZ
Allah pasti membantu dan sepatutnya kita wajib yakin bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Penyayang.

Sekian perkongsian RZ kali ni. 

Diharap dapat dimanfaat atas apa yang RZ kongsi dan sentiasa sokong RZ untuk RZ lebih memberi manfaat kepada orang lain.

Salam Sayang, 
RZ a.k.a Zara
Ratu Detox MFMS

Krew NECK
018 977 2964

Thursday, 26 March 2015

Srikandi MFMS Masuk Wanita Hari Ini TV3

Assalamualaikum Malaysia, 

RZ nak share sahabat RZ masuk WHI semalam....

Terinspirasi dengan semangatnya maka RZ share terus dalam entri kali dengan tajuk yang superb!!

Faeza Seri adalah sahabat RZ dalam Group MFMS yang sama-sama berjuang untuk menjadi wanita yang Sihat , Ceria dan anggun lagi bergaya serta memberi inspirasi kepada ramai lagi wanita Malaysia ..

Teruskan Usahamu Baikmu Sahabat!!

RZ doakan Faeza akan capai impiannya untuk menjadi wanita yang sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.


2 bulan meninggalkan anak-anak, suami dan ibu yang banyak berkorban.

Tahniah Arham!! Jadi superdaddy yang Hebat!!


Faeza bersama sebelum masuk WHI , TV3
Ini dinamakan Power of servicing to Others.

Sila tonton video di link tersebut : 

https://www.youtube.com/watch?v=OMKT42EQgaY&feature=youtu.be&hd=1

Semoga Allah berkati usahanya dan sama-sama kita doakan kita jua akan sentiasa dilorongkan kepada rezeki yang diberkati Allah SWT.

Sekian perkongsian ringkas RZ.

Salam kasih sayang dan semoga bermanfaat, 


RZ< Zara,
Ratu Detox #1 Malaysia 
018 977 2964.

Roti Canai Punca Gemuk ke?

Assalamualaikum kepada pembaca blog RZ, 
Semoga kalian dalam keadaan sihat sentiasa. RZ nak share something tentang roti canai dan roti telur yang kebanyakan ramai rakyat Malaysia suka makan. Nak lagi best buat kuah banjir..

Perghh... Kesedapannya sehingga menjilat jari.

Anyway... Dalam tak sedar, rupa rupanya roti canai adalah antara makanan yang menyumbang kegemukan kepada rakyat Malaysia.

So, jom kita baca di sini.

Tahukah anda, Roti Canai dan Roti Telur bukan satu pilihan makanan yang SIHAT.
Sekeping roti canai mempunyai kalori sekitar 300kCal.
Roti telur pula mempunyai kalori sekitar 360kCal. Ia hampir bersamaan dengan anda makan nasi, lauk dan sayur.

Bila anda makan roti canai atau roti telur, ini bermaksud anda memasukkan banyak 'minyak' dan 'fat' ke dalam badan anda.
Bila ia masuk ke dalam tubuh badan, ia akan terus ditukar kepada lemak.
Jika tidak bersenam, anda akan terus menyimpan LEMAK ini dalam tubuh badan.
Lama kelamaan, lemak lemak inilah yang menjadikan anda 'GEMUK'.
Nak sihat?
Pilih makanan yang betul.
Bukan tak boleh makan semua benda.
Tapi...
Ini tak bermaksud anda boleh makan apa sahaja.
Betul ke betul?
So... Jom...
Belajar tips kurus dan sihat dengan betul.
Cakap kat orang sebelah, "Saya Kurus Dan Sihat".
Akhir kata, diharap perkongsian RZ kali ada manfaat untuk uollss. 
RZ doakan uollsss dalam keadaan sihat dan kurus selamanya. Jadilah insan yang sentiasa memberi manfaat kepada insan lain. 

Salam sayang dari, 
RZ a.k.a 
Zara Ratu Detox,
"Jom Kurus Dari Rumah"
"Jom Selim Melim Di Pagi Raya"
Whatsapp / Telegram  RZ : 018 977 2964

Saturday, 21 March 2015

Part 3 Mudarat Skipping Kuruskan Badan ke?

Assalamualaikum wbt. 
Apa khabar semua?

Ok kali ni kan RZ nak share sikit apa aktiviti yang menjadi kegemaran RZ sepanjang bersenam, 
Apa yang RZ suka?

Nak tau apa?
Cer tengok ni...
Dah jadi fevret aktiviti akak dalam NECK 
sekarang sapa nak training skipping boleh call RZ ye 
Meh RZ citer sikit tentang seanaman Skipping ni. SKIPPING ialah satu jenis senaman yang mudah untuk membakar kalori. Ia tak memerlukan ruangan yang besar disamping menyeronokkan untuk dilakukan. 

Best tau ...dalam 15minit skipping, ia mampu membakar 300kcal yang bersamaan dengan sekeping roti canai. Jadi, jika kita termakan roti canai & cecah kari kena la berskipping 15minit untuk membakar semula kalori yang telah masuk ke dalam tubuh badan kita. 

Namun perlulah tahu bagaimana skill atau cara skipping yang betul tanpa mencederakan kaki kita. senaman skipping yang betul, cuba bayangkan gaya peninju yang nampak seolah-oleh floating semasa skipping dengan pergerakan yang ringan, cepat dan lincah.

Tips skipping yang power dan membantu menyihatkan badan kita
  1. Pemilihan tali yang digunakan pun mesti yang betol.
  2. Beli tali yang bagus sikit. kalau ada bajet, beli yang ada pemberat kat dalam, biasanya pemberat tu boleh keluarkan. Panjang tali kene betul, teknik nak tau panjang betol ialah pijak tali tu kat tengah2 pastu tarik menghala ke ketiak, jarak antara tali yang terkeluar dari tempat pemegang mestilah dalam lebar satu tapak tgn dari ketiak.
  3. Masa lompat dan landing pastikan lutut tak lock
  4. Tumit takkan jejak lantai time skipping.
  5. Masa pusing tali yang gerak cuma wrist, pandang depan bukan lantai. 
  6. Pakai stokin panjang dan kasut sebab newbie biasa akan libas betis dan kuku kaki sebab timing belum tepat.
  7. Buat skipping ikut masa bukan kiraan.
  8. Kesannya akan tangkap kat betis ngan pergelangan kaki, tangan sikit. Kebaikan Skipping ni antaranya memguatkan kaki kita yang mana selalu menyertai marathon atau memang seorang yang aktif bersukan, senaman skipping adalah senaman yang sangat digalakkan dalam sesi latihan. 
Tenaga untuk senaman skipping
RZ suka nak share tentang ketahanan tenaga atau bagaimana RZ sentiasa bertenaga dalam melakukan aktiviti lasak ni. Chewahhhh...lasak ke? 

Sebenarnya kan?

RZ amalkan ESP - ala....soya yang Shaklee tu..memang berbaloi sangat.. 
Ringkas tapi membekalkan tenaga yang superb!
Resepinya ESP + cereal + oat + air 250ml je..lepas tu makan roti gandum 2 keping.

Menu ni untuk pembekal tenaga sepanjang RZ berskipping.


Best sangat tau!! 

Banyak kebaikan ESP ni..antaranya seperti berikut: 
  • Cerahkan kulit 
  • Hilangkan jeragat 
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
  • Bantu mempercepatkan penyembuhan luka 
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
  • Anjalkan payudara .
  • Anjalkan punggung .
  • Atasi gastrik dan pedih ulu hati.
  • Mengatasi lesu .
  • Merendahkan bacaan diabetis dengan menstabilkan paras glukosa.
  • Menyihatkan rambut dan mengatasi keguguran.
  • Mencantikkan kuku .
  • Menghaluskan tumit pecah .
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam contohnya ketika berpuasa.
  • Meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu.
  • Meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu.
  • Pengganti sarapan dan supper. Cukup sekadar 1sudu setiap kali pengambilan dan RZ campur OAT @ nestum. Sangat menyelerakan.
  • Dilengkapi dengan mineral kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya biasa-biasa bersifat keasidan.
  • Meransang membina semula sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan.
  • Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Rendah lemak, tanpa kolestrol
  • Membantu mengurangkan risiko kanser, 
  • Bertindak sebagai antioksidan, 
  • Menguatkan sistem imun tubuh, 
  • Mempertingkatkan tahap kolestrol baik.
  • Memelihara kesihatan jantung .
  • Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  • Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
  • Membantu merendahkan paras kolestrol, 
  • Mencegah osteoporosis 
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
Sangat bagus untuk kesihatan luaran dan dalam RZ dengan ESP
Jika uollss nak berminat nak jadi sihat dan sentiasa bertenaga macam RZ, silalah whatsapp RZ ke 018 977 2964 untuk tips kesihatan harian dan bagaimana ESP dapat membantu. Promosi bulan Mac ni boleh la beli ESP untuk stok sekeluarga.

Bulan April nanti akan mula GST, baik tempah sekarang supaya dapat la berjimat sebelum harga dikenakan kadar GST. 

Jangan segan-segan hubungi RZ ye. 

Akhir kata, diharap perkongsian RZ kali ada manfaat untuk uollss. RZ doakan uollsss dalam keadaan sihat dan kurus selamanya. Jadilah insan yang sentiasa memberi manfaat kepada insan lain. 

Salam sayang dari, 
RZ 

Zara Ratu Detox,
a.k.a RubyZara Empire Founder
018 977 2964

Friday, 20 March 2015

Part 2 Keseronokan Berjemaah dalam Now Everyone Can Kurus

Assalamualaikum wbt..
Apa kabar semua? 

Fuh...!! RZ nak share apa yang berlaku ye.

Hari ni kan hari ke 48 Batch 1dalam Program Now Everyone Can Kurus (NECK) Anjuran MFMS Empire.

1 Mac 2015 adalah kemasukan untuk batch ke 2 NECK. Hari ni adalah hari ke 20 untuk yang Batch mereka menjalani kehidupan yang sihat dengan pemantauan daripada trainer hebat kami.

Ini trainer kami sepanjang tempoh 100hari program NECK 

Ini trainer kami yang sangat membantu proses kami nak capai best ideal weight sepanjang tempoh 100hari dengan jayanya
Perkongsian keputusan selapas mereka nak menyertai NECK Batch 1

Antara keputusan yang diterima pada minggu ke6 NECK 
Antara keputusan yang diterima pada minggu ke6 NECK
Antara keputusan yang diterima pada minggu ke6 NECK
Macam-macam perasaan ada tau ni...
Suka 
Gembira 
semangat 
gundah gulana sebab nak capai berat badan ideal. 

perasaan sebeginilah yang RZ nak kongsikan kat uoollsss.

Testimoni hebat peserta NECK semua ni..

Amacam ???

Rasa Best ke best?

Ini baru sebahagian je tau.. RZ pun antara mereka...

Tengok akak ni...realiti memang susut dalam 2 minggu dengan NECK 
pengakuan hari-hari makan nasi tapi BOLEH KURUS
Brader ni nampak lagi macho kan?
Alhamdulillah ....semua bearazam nak sihat selama-lamanya supaya dapat beribadah kepada Allah SWT dan sentiasa dalam keadaaan jauh daripada penyakit yang merbahaya dengan hanya menjalani kehidupan yang sihat. 

Gembira bukan kepalang apabila antara kami mencapai 50% daripada target penurunan berat badan dengan usaha yang konsisten. Sampaikan seluar anak pun si ibunya boleh pakai. 

Cer tengok yang ni pulak ...

Excited ibunya dah susut, seluar anak pun dirembatnya
Seronok kan program NECK ni?

Sempena batch ke 3 ni, RZ menyeru untuk semua yang singgah ke entri supaya tak ketinggalan sebab batch ke3 ni akan berakhir ngam-ngam sebelum menjelang aidilfitri. 
Boleh la melaram baju-baju yang dah lama teringin nak pakai bila menjelang Aidil fitri nanti. 

Tengok macam RZ , kebaya lama masa umur 18 dah boleh pakai semula. 
Uoolsss kena la jeles tau supaya dapatkan juga berat badan dan bentuk badan asal. 

Hasil selepas 36 hari NECK dah boleh pakai kebaya lama 
Jangan ketinggalan untuk menyertai NECK Batch ke 3 ni yang akan bermula pada 1April 2015 sebab 10 hari selepas NECK batch 3 adalah hari raya aidilfitri yang semestinya yang sekaum dengan akak nak kelihatan anggun bergaya kan? 

Apa lagi kan? Jangan senyap je...Whatsapp RZ 018 977 2964 sekarang untuk dapatkan tips kesihatan dan kurus secara PERCUMA.

Cukup perkongsian RZ hari ni, diharap perkongsian RZ kali ni memberi manfaat kepada uollss yang sering belum berjaya menurunkan berat badan dan kepada yang memang tercari-cari program yang membantu uollss nak jadi sihat dan kurus, inilah programnya.

RZ doakan semoga uoollss dalam keadaan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dalam apa jua situasi uollss.



Jangan lupa buka link ni tau. Pasti ada inspirasi buat uollsss.
http://www.noweveryonecankurus.com/zara

Salam sayang dari, 
Zara Ratu Detox,
a.k.a RZ _RubyZara Empire Founder
018 977 2964