Semoga uollss dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Doa RZ uollss kaya dan berjaya dunia akhirat.
Hari ni RZ nak kongsikan pengalaman RZ yang tak pernah RZ lalui sebelum ni.
Jom teruskan membaca untuk mengetahui apa perkongsian RZ kali ni.
Berlatih untuk Naik ke KL tower pada Mei 2015
Alhamdulillah ...sudah masuk hari ke 56 RZ dalam program Now Everyone Can Kurus (NECK). RZ nak kongsikan kejadian pada hari ke55 ( Jumaat 27.3.2015)
Malam jumaat tu ( Khamis 26.3.2015 ) , RZ rasa penat sangat sebab buat latihan insentif nak naik Menara Kuala Lumpur pada bulan 5 ni. Alhamdulillah RZ mampu lakukan walaupun dalam RZ berpuasa.
Mau tak penat , kami kena buat frog burpees 20m x 2 (1set ni tau) kena buat 6set amacam? RZ mampu buat 4 set je ...selain tu walk lunges 20m x2 (1set ) kena buat 6 set jugak tapi RZ buat 4 set je sebab memang tahap tu la kemampuan RZ masa tu. Selain tu kena buat high jump 10x, pedih peha tau.
Ini contoh bagaimana Burpees yang RZ buat |
Ini Pulak walk Lunges sangat bagus untuk kecikkan bahagia harmstring kita yang lebar macam RZ ni |
Ini gaya High Jump yang paling Best sangat untuk mendera peha RZ |
Tak solat Isyak Terus Tidur
Syukur Alhamdulillah ada rezeki untuk RZ, selepas berbuka puasa tu RZ rasa lega sangat sebab dah memang rasa sangat lapar dan sangat penat masatu. Tapi RZ gagahkan juga dan sambung baca surah al kahfi sebagaimana rutin setiap malam Jumaat..tapi sampai ayat ke 40 je lps tu RZ dah tak tahan dah ...mata berat dan RZ pun hanyut tanpa solat Isyak ....(bersalah tapi mata masa tu memang dah berat sgt2 )
Jam 4.30am RZ terjaga dan rasa bdn segar je ..
Alhamdulillah Allah kejutkan RZ untuk solat isyak .
syukur Allah selamatkan RZ daripada terus berdosa ( sebab tak solat isyak sblm tido)
Lepas solat isyak RZ duduk bertahmid seketika..then macam biasa belek buku kesayangan RZ iaitu buku MMR.bukak bab MENJEMPUT REZEKI dengan solat tahajud.
terpana seketika bila RZ baca ...solat tahajud terbaik adalah 8 rakaat dan 3 rakaat solat witir.
Tanpa berlengah RZ terus bangun niat solat tahajud hingga la salam ke 4 ....
RZ berjaya buat 8 rakaat tahajud ??? Macam tak percaya.
Alhamdulillah ..RZ doa pada Allah apa yang RZ hajati.
RZ rasakan ada satu kejayaan iaitu untuk menjadi lebih sihat dan RZ sudah mulakan sikit-sikit untuk RZ jadi lebih baik daripada sebelum ni.
Cuma RZ tak berapa nak istiqamah kononnya penat dan ngantuk. fine ..tu smua alasan kan?
isssshhhhh....isssshhhh....sampai bila RZ nak macam ni kan?
RZ pun sudahkan dengan penutup 3 rakaat solat witir.
Alhamdulillah ....RZ masih ada kekuatan ..sambung membaca smpi la masuk waktu subuh.
Lepas azan , RZ solat subuh as normal dan kali ni lepas solat RZ terus buat workout macam biasa lepas tu update kat trainer NECK.
Bantuan Allah sebagaimana dikehendaki hambaNya
Nak jadikan pendek citer...
Hari Jumaat yang berkat, RZ percaya Allah akan bantu RZ.
Direzekikan kepada RZ ada 3 org join jadi ahli shaklee baru dan 1 free mmbrship dan my GUV cecah >800GUV sedangkan masa tu mommy tegur RZ semalamnya yang mengatakan my PUV masih 0. Belum pecah walaupun nak closing dah ni. Mommy mcm tau je tau
Alhamdulillah ...terasa la sngt Allah bantu waktu kita mohon and submit betul2. tak putus-putus RZ ucapkan kesyukuran ke atas apa yang Allah anugerahkan. Masih ada 2 org KIV utk join NECK akan diselesaikan selepas 1April dan itu la yang terbaik buat kami.
RZ akan gandakan usaha lagi untuk membantu kawan-kawan untuk lebih sihat dan kurus selamanya.
RZ syukur atas tunjuk ajar dalam MFMS , sokongan tak putus2 dari semua team NECK
Namun RZ masih sentiasa beringat ada perkara dalam BIG WHY yang RZ kena selesaikan.
Alhamdulillah !!
Allahu Akbar!!
Terima kasih mak yang sentiasa doakan anakmu walaupun jauh di perantauan , terima kasih anak-anakku kerana sanggup buat pengorbanan kasih antara kita. Ibu sayang uollss wahai anak-anakku
Terima Kasih semua dalam keluarga Mommy Shahab, Keluarga MFMS..terima Mommy , Daddy....2hari lepas Daddy PM me direct cepuk ( rase mcm tgn daddy tepuk dahi RZ tau) kalau tak kena cepuk mgkn RZ dah tido masa ni kot tapi masih gagah berjaga walaupun smlm ai bgn 4.30am menyiapkan Entri ni nak dipublish dalam group Blogger MFMS. Perkara baik elok dikongsi.
Last not least , jutaan Terima kasih my NECK Trainer yang sangat awesome. Selalu mintak pendapat apa senaman terbaik nak jadikan diri ini Zara Andrea
( hihi ..berangan kan PERCUMA )
Kesimpulannya,
Tahajud adalah kunci untuk mencapai apa jua yang kita hajati.
Percaya sebelum Berjaya.
Inilah yang dimanakan Power of Serah sebagaimana dalam buku 21 Formula Hidup Luarbiasa yang ditulis oleh Ustaz Asyraff dan Dr Azizan Osman.
( Sesiapa yang belum ada buku ni , boleh Whatsapp RZ untuk tempahan ) .
Buku ni bagus sangat-sangat tau.>>>sempat lagi promote
Buku ini sangat power dan sangat-sangat memberi inspirasi kepada RZ |
Sekian perkongsian RZ kali ni.
Diharap dapat dimanfaat atas apa yang RZ kongsi dan sentiasa sokong RZ untuk RZ lebih memberi manfaat kepada orang lain.
Salam Sayang,
RZ a.k.a Zara
Ratu Detox MFMS
Krew NECK
018 977 2964
0 comments:
Post a Comment