Friday 12 December 2014

Zara Bertindak untuk Menjadi Insan Luarbiasa Part II_12122014

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya. 
Khas untuk yang nak berubah menjadi luarbiasa macam akak hari ni akak nak share bagaimana akak bangkit memulakan bisnes akak.
Pertamanya akak suka sangat nak kongsikan istimewanya samosa akak. 
Sedap ke? Best sangat ke?
Ok. Baca ni.
Keistimewaan samosa udang akak
=========================
1) Menggunakan resepi sendiri tanpa ciplak mana-mana resepi.
2) akak menggunakan kulit popia untuk membuat samosa yang sangat berkualiti & menjadikan samosa akak sangat istimewa. Sebenarnya kegilaan akak makan samosa mencetuskan akak untuk akak belajar bagaimana menghasilkan samosa yang sangat sedap & menjadi kegemaran ramai.

3) samosa akak tidak menggunakan sebarang Bahan perasa @ MSG melainkan perasa kari yang menyedapkan samosa akak, iaitu akak menggunakan rempah kari BABA's.
berkongsi pengalaman dapat makan samosa yang sedap.

4) Samosa akak ada pelbagai perisa supaya sesiapa pun boleh tempah mengikut kesukaan uoollss...best kan? 

5) Akak sanggup belajar buat samosa dan menjadikan diri akak pakar samosa berperisa dan bercita-cita besar nak bukak kilang samosa pada 12/12/2015. Doakan ye. 

6) Kepada yang pernah makan samosa akak, pasti akan repeat order. Ini dah dijangka sebab samosa akak lain daripada lain. Serius, sapa yang belum cuba. Sangat rugi kalau tak tempah samosa u sekarang.

Ok akak share lagi..

Bagaimana bisnes samosa bermula?
==========================

Akak bermula bisnes samosa pada 12.12.2012..Masa tu birthday akak ke 31 akak ada bawak samosa akak ke satu majlis ukhwah di Bangi. Akak berdoa agar samosa akak diterima ramai ...

Alhamdulillah..samosa akak disukai. Akak rasa berdosa jika akak tidak meneruskan bisnes samosa ini. Maka akak wajib fikirkan sesuatu untuk masa depan bisnes samosa akak.

Akak ada ramai kawan..akak ada kelebihan bernetworking. Akak gunakan kepakaran akak dalam bab tu sebaik mungkin & akak ambil keputusan untuk belajar bab makanan sejuk beku secara serius. Akak mengikuti kursus makanan sejuk beku pada  April 2013 di Kg Sg Pelek, Sepang.

Di sana akak diajar macam-macam jenis kuih untuk perniagaan frozen . Tapi memang akak nak mendalami samosa je. Maka akak belajar betul-betul teknik memasak inti, teknik membentuk samosa, teknik membungkus & teknik penyimpanan beku yang betul.
Alhamdulillah..akak memang insan terpilih..balik dari kelas tu maka bermula la akak meneruskan perjuangan bisnes samosa dengan lebih serius walaupun masih part time.  Masa tu akak makan gaji dan akak kerja masih dalam syif 12 jam. 

Allahu Akbar!!

Memang la tak larat akak dek. Buat 200 biji samosa pun akak dah letih macam dah nak pengsan. Letihnya. Macam nak putus asa dah masa tu tapi tempahan makin banyak ni.
Akak masih teruskan juga ambik tempahan samosa untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Akak tak boleh duduk saja sebab akak ada tanggungan. 

Tempahan samosa akak memang pasti menjadi kegemaran ramai.

Akak mula menjadi lebih Luarbiasa
==========================

Akak memikirkan kesihatan akak sebab dengan rutin dan jadual kerja syif membuatkan badan akak lesu, lemah dan kusam sangat-sangat. Akak perlu buat sesuatu.

Akak google, akak tercari-cari apa suplemen yang sesuai untuk badan akak yang sememangnya tak sihat & makin tak bermaya ni.

Allah memberi jawapan kepada persoalan akak untuk menjadi lebih sihat, lebih cantik dan lebih bertenaga untuk menghasilkan samosa akak yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Akak ingat lagi masa tu bulan Oktober 2013 akak kenal-kenal la produk Shaklee ni.akak duk google.baca-baca kat info..amboi siap tunjuk pulak gaya camne nak kurus..masa tu berat akak 69kilos ..adeh..mengah betul la
Dipendekkan cerita, akak pun ambik set FULL PACKAGE DETOX ..Ini set pertama saya makan untuk buang toksin jahat dalam badan ni. Dah lama bersarang kan? Maka mesti buat perubahan untuk diri sendiri.
Suplemennye seperti berikut:
**************************
  • ESP
  • VIT C
  • HERB LAX
  • ALFALFA
  • LECITHIN
  • DTX
akak consume set detox nak sehat menyeluruh ni..masa ni bukan tau pun function setiap suplemen ni..tapi itu dulu la. Sekarang…macam dah lepas minum air rebusan buku nutrisi tu..hihi..best kan? Akak memang suka berkongsi apa yang akak baca.
Selepas akak consume suplemen tu walaeyyyy….badan pun ringan je.

Waktu ni akak ada resdung yang agak kritikal dan akak sentiasa bersin setiap kali selepas mandi. Ini membuatkan akak kurang selesa sangat-sangat. Tambah-tambah bila hidung mula tersumbat semasa solat subuh. Sangat la akak tak selesa dengan keadaan begini. 

Akak konsisten mengamalkan set detox ni selama 3 bulan dan sebaik mungkin akak target untuk hilangkan terus resdung yang akak tanggung sejak berumur 9 tahun. Dah lama sangat kan?

Maka akak kena usaha juga dan jangan la diharap untuk pulih dalam masa singkat dengan simptom resdung yang dah lama kita alami.
Kejayaan Kesihatan semakin Baik
=========================
Ok..bab kesihatan level 1 dah Berjaya. Akak nak jadi lebih nampak muda daripada usia. Sebab sebelum akak consume Set Detox tu ada yang kata umur akak mencecah 40. 

hehe..sabor aje la kan? 

Tapi akak dah selesaikan masalah akak dengan set detox dengan jayanya!!

Resdung semakin pulih, tiada lagi bersin-bersin.
Sembelit almost 90% tiada lagi. Akak sangat lawas. sebab semasa proses detox akak dinasihatkan untuk minum air masak sejumlah 2 liter sehari tanpa gagal. 

Baju saiz S dah boleh pakai
Ini rupa usus kita. Jadi kita kena la jaga usus kita supaya perut kita tidak buncit dan paling best tak de lagi lemak tersimpan dalam badan kita.

Usus adalah organ dalaman yang penting dan kita wajib menjaganya sebaik mungkin dengan suplemen yang semestinya terbaik juga

Alhamdulillah ..selepas 6 bulan..memang la nampak perubahan kat akak..wajah akak makin Nampak ceria, nampak berseri tak ada kusam-kusam lagi dah..best laaaa Shaklee…hari-hari akak minum ESP.akak kongsi kebaikan bersama kawan-kawan lain..kawan-kawan pun suka..

Ini kesan ESP yang akan amalkan. Best sangat!
Sambung balik kisah samosa…
======================
Setelah badan sihat dengan level 1 dengan jayanya, akak pun bersungguh-sungguh perkenalkan samosa kepada kawan-kawan..ada yang tempah dari Johor, Bangi, Ulu Tiram, sekitar Shah Alam, KL dan lain-lain tempat lagi..seronok la kan? 

Sebab bisnes samosa secara part time ni boleh la akak belikan baju baru anak-anak setiap bulan. Kalau nak harap gaji je memang tak dapat la nak berganti baju setiap bulan. 

Alhamdulillah. Allah sentiasa bantu insan yang sentiasa ingin berubah demi keluarga. 
Pikir punya pikir , akak kena buat sesuatu nak meningkatkan lagi bisnes samosa akak..
Akak kena brandingkan samosa akak ni..supaya orang akan teringat-ingat akan samosa akak selalu. Maka dengan ini juga tagline samosalicious “ Rasai & Nikmati Dari Hati”




Akak sangat-sangat teruja menerima tempahan samosa, akak tak kesah akak kena stay back, tido lambat untuk siapkan tempahan samosa pada masa yang ditetapkan oleh pelanggan akak. 

Sebab mereka biasa dah cuba sekali & akan menempah lagi untuk berkongsi kesedapan samosa akak kepada keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka & juga dalam majlis keraian. Tambah lagi badan akak dah makin cergas dalam apa aktiviti pun akak nampak agresif.
Suatu hari akak terpikir lebih jauh lagi..tertanya diri sendiri, 

"Bagaimana la aku nak lebih produktif?"

Jika akak balik kerja dah penat..nak masak inti lagi..nak buat samosa lagi..kan?

Kekalkan stamina, kekalkan semangat, kekalkan momentum Jutawan 
===================================================
Maka, untuk mengekalkan stamina, untuk kurangkan lesu kurang tido..akak amalkan set premium dalam mengoptimukan kesihatan akak luar dalam :
  • Ostematrix – kurangkan sakit badan
  • VIVIX – tambah tenaga & menjadikan akak agresif dalam aktiviti akak
  • ESP – akak tak makan nasi maka dengan ESP dapat mencergaskan akak sebab kalau lebih karbohidrat , akak akan mengantuk
  • Vita Lea – multi vitamin yang membantu akak untuk sentiasa dalam kesihatan yang baik
  • Vitamin  C – 2 biji sehari supaya akak dapat bekalan menjaga imunisasi & antibody akak sepanjang akak bekerja, buat samosa
  • Vitamin E - untuk betul-betul cantikkan kulit dari dalaman. Hilangkan jeragat halus & dapat elakkan muka kita dipenuhi jeragat degil. 
  • Set Detox – yang ni mana boleh tinggal supaya akak tak de simpan toksin dalam badan yang mana sedia maklum memang sekeliling kita ni ada pencemaran & racun serangga.
Berbeza kan akak sebelum dan selepas berShaklee?

Perkenalan dengan MFMS.. Most Happening Shaklee team in Malaysia
===================================================

Sebenarnya kan...akak ni adalah follower blog MFMS sejak Oct 2013 selepas akak ambik set detox dulu..akak taksub sebenarnya sebab founder MFMS ni naik rank setiap bulan ..

isssshhh…apa punya group ni? ada plak OMG la..issshh...baru join dah dapat 4 angka income? camne ni? 
rasa tak puas hati betul la! satu hari akak nekad akan jumpa jugak diorang ni..tunggu la masanya!
Diorang ni power sangat ke?
Maka akak try je contact maria melalui FB…perkenalkan diri.

Lamaran ku diterima..Alhamdulillah…akak join MFMS 3/7/2014 ..dengan free membership..Alhamdulillah..bulan julai akak achieve 11% terus..!

Alhamdulillah..suka akak tau!
Dapat 1st bonus dah 3 angka…waaaahhhh….macam best je kan? 

Jom la sama-sama merasai BEST Dalam group MFMS..yang semestinya kita dibimbing.

Ada la hadiah untuk mak …Mudah je..dengan mengamalkan suplemen yang akak share di atas tu…

Power of sharing..akak belasah je..akak non stop sharing..excited la..mana tak nya..buat samosa, kerja hakiki lagi..dengan perkongsian Shaklee lagi..hebat kak zara ni..!! 

Hebat la sangat!!!
Satu doa tu!! Maka aminkan je bila ada yang kata akak hebat! Ingat senang nak dapat orang doakan kita..maka submit terus.
Tempahan 1000 pcs samosa siap
=======================
Dalam bulan posa lepas ( Ramadhan 1435H ) akak berjaya menghasilkan 1000pcs dalam masa 3 minggu & tempahan dapat diagihkan seadilnya kepada yang menempah…fuuuuhhhh!! Akak sangat puas hati!
Biasa akak mampu buat 500pcs aje dalam sebulan. Sedih kan?

Tapi itu dulu-dulu la…sekarang In Shaa Allah. 1000 pcs akak senyum je siapkan dalam tempoh sebulan. Samosa sedap kena buat dari hati bukan setakat buat aje tau..akak sanggup buang inti akak kalau something wrong dalam rasa inti samosa akak.
Nak bagi orang makan air tangan kita, kena la ikhlas..buat dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, berzikir semasa lipat-lipat samosa tu..in shaa Allah diberkati Nya. Syukur Allah sentiasa bantu akak , selalu ingatkan akak.
Bisnes samosa ni akak masih buat separuh masa & waktu hujung minggu la biasa akak buat tempahan samosa ni. Jadi , selepas akak berjaya buat 1000pcs ni akak makin kagum dengan keberkesanan Shaklee ni. 

Badan akak makin sihat,makin ceria, makin agreasif, makin aktif , makin fast action dalam mencari penyelesaian jika menghadapi sesuatu permasalahan.Akak pun dah tak la nak stress dalam kerja hakiki akak ..senyummmmm je even dalam hati tu kita duk pendam-pendam je ..relax & chill je tau.
Sampai saat ni akak tetap teruskan buat samosa yang dah menjadi kegemaran ramai dan dalam masa sama akak juga berkongsi kebaikan Shaklee ni supaya kawan-kawan akak yang lain juga dapat meningkatkan kadar produktiviti dalam berniaga makanan seperti akak. 

Dalam masa sama akak ada kerja hakiki yang semestinya memang memenatkan dengan aktiviti di tempat kerja..Tapi akak ok je sebab dah pekena Shaklee ni.

Perjuangan dalam MFMS
==================
Now akak dah duk dalam MFMS ..Serius most happening Shaklee team in Malaysia..Havoc abes! Akak memang suka bab-bab happening ni.

Tengok tu ! Akak pun boleh duk depan-depan dalam penyerahan hadiah suprise kepada pasangan Master kami daripada group MFMS.


Akak dalam majlis Mascel Kam Maria & Mohd Firdaus 16/11/2014 di Hotel Pullman, Putrajaya.
Kesimpulannya, sepanjang akak amalkan pemakanan sihat Shaklee, kesihatan akak memang nampak beza lebih baik sangat-sangat daripada sebelum ni. 

12 Kesan Shaklee ke atas diri Akak
=========================

  1. Resdung hilang dengan amalan Vitamin C , Garlic complex.
  2. Berat Badan Hilang 8 kilo dengan Lecithin, Alfalfa.
  3. Sembelit dah selesai. Now sangat lawas setiap pagi dengan Herblax.
  4. Jeragat halus semakin hilang dengan ESP.
  5. Parut jerawat makin hilang dengan Vitamin E.
  6. Kulit muka semakin cerah, sunburn akak makin pudar. 
  7. Tiada lagi sakit-sakit badan sebab Ostematrix sangat membantu.
  8. Aura semakin positif dengan Vivix. 
  9. Kolestrol darah semakin stabil dengan Alfalfa.
  10. Rabun mata akak semakin kurang dengan Carotomax.
  11. Kulit tangan semakin halus dengan Herblax yang akak wajib sapu selepas mandi.
  12. Rambut tidak gugur lagi dengan pengamalan Zinc Complex & konsisten minum ESP setiap hari.
Sekian sahaja perkongsian akak kali ni.
Terima kasih uoollsss kerana sudi membaca entri akak kali ni..Akak sayang uoolllsss.
Nanti akak sambung lagi cerita yang best-best!
==============================================================
Ada  yang nak cuba set Detox macam akak?

Ada yang nak cuba set kesihatan premium macam akak?
Ada yang nak join group akak bersama MFMS?
Ada yang nak cuba samosa akak?
Ada yang nak sihat macam akak? 

Ada yang nak sentiasa bersemangat macam akak?

Ada yang nak jadi lebih luarbiasa macam akak?
sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964 

2 comments: