Wednesday 10 December 2014

Rahsia Besar Ramai Orang Berjaya Tahu Dan Orang Biasa-biasa Tak Ambik Tahu

Assalamualaikum
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.


Alhamdulillah bersua lagi kita ye.  Tajuk macam pelik je kan? Apa yang akak nak kongsikan adalah ilmu yang akak dapat masa akak dalam satu Kursus Industri Emas & SOP Kedai Emas ( KIESKEM ) baru-baru ini pada 6/12/2014 di Hotel De Palma, Shah Alam anjuaran GSR, Gold Silver Resources ( Kedai Emas online no 1 Malaysia). Bertambah lagi ilmu akak dalam dunia industri emas.

Ini adalah persidangan satu Malaysia tau. Sangat luarbiasa perkongsian sebegini. Akak sangat teruja sebab tu akak share dalam entri akak kali ni dan semoga dan sesuatu yang memberi manfaat kepada yang mengikuti blog akak.

Ok la sebenarnya kursus ini melibatkan 500 peserta dari seluruh Malaysia. Akak sungguh bertuah berada dalam kursus sebegini hebat. Tahniah buat diri akak!


Suasana dalam dewan. Full House namun Akak tetap dapat duduk depan sekali



Posing sebelum masuk ke dewan
Apabila kami mula masuk ke dewan. Kami memulakan majlis dengan bacaan doa supaya majlis ilmu kami diberkati Allah SWT. Alhamdulillah. akak teruja sangat nak mulakan perkongsian hebat hari ni.

Kemudian diikuti dengan aktiviti memanaskan badan oleh Cikgu Daus, yang sememangnya hebat sangat-sangat.Kehangatan mula terasa apabila ada lagu "bara bara bara, bere bere bere". semua pakat longgarkan urat-urat yang tegang supaya senang elmu nak masuk berdesup dalam Otak emas masing-masing. Best tau!


Ini Pakar Senaman Minda & Energi Luarbiasa : Cikgu Daus. Sangat Luarbiasa 
Setelah 20minit bersama Cikgu Daus, agenda diteruskan bersama Puan Yusrini Yusof  yang mendedahkan POTENSI diri seseorang. Pertama kali akak melihatnya walau dalam gambar, akak macam dah ada "kimia" dengan beliau...MasyaAllah..perkongsian beliau tentang POTENSI diri sangat la hebat & semestinya Luarbiasa hebat sangat-sangat!

Terasa sayang sangat nak mengelip mata sebab setiap kata-katanya penuh semangat , penuh pengisian ibarat dah hafal skrip tapi itulah kelebihan Puan Yusrini, santai bercakap tanpa ada skrip namun mampu buat kami tersentap & segar sangat-sangat tanpa ada rasa mengantuk pun. 

Hebat!
Hebat!
Anda Sememangnya Luarbiasa Hebat!!


Akak dalam demo analogi gelas berisi air kopi
ok la..akak kongsikan apa yang pengisian daripada Puan Yusrini ye

Berapa ramai yang tahu , apa modal sebenar dalam hidup kita?

ia sangat mudah...sebenarnya SENYUM sahaja...ia adalah modal paling murah & sememangnya PERCUMA bagi yang faham..
Masya Allah...

hanya dengan senyuman , deal will close.
hanya dengan senyuman, kita nak marah pun tak jadi.
hanya dengan senyuman, kita berjaya upsell, 
hanya dengan senyuman, kita rasa dihargai.
hanya dengan senyuman, kita dapat pahala.
hanya dengan senyuman, hubungan terjalin..jatuh cinta la tu kan?
hanya dengan senyuman, kita menjadi hebat!!

Best kan ? hanya dengan sebuah kuntuman senyuman yang manis, mampui menawan dunia.

Feewiiittt!!

Ok la..kita teruskan..

Bagaimana SENYUM buat tu semua?
============================

Begini...

S - S ada banyak maksud. S kita Selawat ke atas kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW, S - kita sujud kepada Allah SWT mengaku kita hambaNya, S Sedekah untuk menjemput rezeki, S Solat sebagai tiang agama kita hingga akhir hayat kita. MasyaAllah..S Shahadah mengakui hanya Allah SWT yang kita sembah..begitu indahnya hidup kita dengan S ini.

E - Energi. Bagaimana? Apabila kita senyum dan ketawa, kita tidak pernah berasa sedih. Senyum dan ketawa akan menghasilkan penawar di air liur yang mengubatkan duka, menenangkan minda dan membawa manusia kembali ke saat ini, bahawa saat ini sahajalah apa yang kita ada. Penawar ini begitu kuat dan ajaib, sehinggakan org yang melihat kita senyum dan ketawa turut menghasilkan penawar yang sama. Inilah sebabnya mengapa senyuman itu adalah satu sedekah yang mulia. Ini la energi positif yang diberi apabila kita senyum. Maka senyumla selalu dalam apa jua situasi.

N - Nyaman. Apa yang nyaman? Apabila kita senyum akan melepaskan endorphin yang membuatkan kita rasa tenang je. Maka rajin-rajin lah senyum...tak elok tau muka ketat-ketat. Rezeki susah nak masuk.

Y - Yakin - Yes!! kita akan rasa yakin apabila seseorang akan senyum pada kita. Bermaksud kita mungkin akan menerima tender nilai RM5juta dengan satu senyuman yang manis. Maka senyuman yang ikhlas akan mampu memberi keyakinan pada diri & kepada rakan niaga mahupun pelanggan kita @ bakal pelanggan kita. Senang je kan nak senyum?

U - Untung - Bagaimana senyuman membawa keuntungan? senyuman adalah sedekah sepertimana ia adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Dengan senyum ia adalah gaya mudah menjemput rezeki. Kita sedia maklum bahawa senyum sahaja Malaikat ada catatkan pahala buat kita. Hebat kan? Itu la untungnya kita senyum setiap masa dan senyum kepada sesiapa sahaja. Maka sentiasalah senyum dalam apa jua situasi pasti pahala pun kita akan terima. 

M - Muda. Yang ni akak suka. Mana taknya..dengan senyuman akak, ada yang kata umur akak lebih muda daripada umur sebenarnya. Maka, senyumlah selalu ye. Anda akan dilihat sentiasa muda. 

Maka cukup istilah SENYUM tu sendiri adalah satu modal dalam kehidupan kita. Maka jangan risau ye kalau nak berbisnes tanpa modal, dengan senyum sahaja ia pasti membantu kita.

Rajin-rajin senyum ye...

Berikut akak kongsikan antara apa yang akak dapat sepanjang perkongsian Puan Yusrini ini.
 
Puan Yusrini : Mentor Senyum akak

Mentor Emas akak : Dato' Anuar A Rahman. Masa ni akak pegang betul-betul punya 1kilo Emas Pamp Suisse
Bersama Mentor Senyum Akak : Puan Yusrini . Ada yang kata kami ni adik - beradik
*******************************************************************************
Ok. Sambung lagi lepas akak posing-posing ini ada lagi beberapa info tambahan akak share lagi.

Ada yang tanya akak bagaimana nak bina rangkaian. Ia bukan kerja susah namun ia bukanlah semudah ABC. Kita kena bekerja keras untuk membina rangkaian dan kerja ini bukan boleh ada dalam sehari dua ye. Akak sendiri mula membina rangkaian akak sejak 2008. Maka hampir 6 tahun akak berusaha membina dan menstabilkan rangkaian akak. Di sini akak kongsikan sedikit tips untuk membina rangkaian sebagaimana ia juga ada dikongsikan dalam perkongsian Puan Yusrini. 

Tips Bernetworking atau Bina Rangkaian 
============================
  • Beritahu @ war-warkan apa aktiviti perniagaan kita
  • Wajib ada Mentor
  • Sentiasa bina hubungan baru
  • Rajin berkomunikasi dalam masyarakat sama ada online atau offline
  • saling memahami dalam persekitaran kita.
  • Sentiasa Senyum
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Sentiasa letakkan Allah sebagai keutamaan dalam apa jua aktiviti kita. 

Manfaat mempunyai Rangkaian
=========================
Ini antara manfaatnya, Mungkin uollss boleh tambah lain-lain lagi ye...
Kita akan dapat 3O
  • Opportunity - Peluang besarkan perniagaan, besarkan jaringan rangkaian , peluang besarkan jualan produk kita.
  • Option - kita mempunyai pilihan di mana rakan-rakan dalam rangkaian bantu untuk dapatkan strategi perniagaan terbaik atau dapatkan bekalan bahan mentah yang lebih menjimatkan. Kan untung bernetworking ni...
  • Opinion - Kita akan sentiasa bertukar pendapat dalam menghadapi saingan sihat dalam perniagaan. Indahnya seni berniaga apabila kita bersama-sama bina ukhwah dalam perniagaan.

Gembiranya akak apabila aura Emas akak masih bergelombang besar 

Terima kasih uoollsss kerana sudi membaca entri akak kali ni. Akak sayang uoolllsss.
Sekian untuk entri kali ni. Nanti akak sambung lagi cerita yang best-best!

Semoga perkongsian akak memberi sedikit manfaat kepada uollsss.
==============================================================
Ada lagi yang belum ada 1g emas? 
Meh pakat-pakat whatsapp akak untuk tempahan Emas anda. 
018 - 9772964 untuk menempah Emas sebagai simpanan anak-anak dan boleh menjadi

 simpanan warisan kita.

6 comments:

  1. Sy senyum membayangkan akk yg suka senyum :-)

    ReplyDelete
  2. Masya Allah, alhamdulillah. Syukur pada Allah yg menurniakan nikmat paling berharga dlm badan kita, SENYUMAN...ayuh kita viralkan sunnah yg paling simple & mudah dlm membina kehidupan yg lebih indah & hikmah !!!

    P.O.T.EN.S.I. N.A.I.K.. Level 10, GIVE YOUR MAXIMUM !!!

    Love you Kak Zahrah.. Muahhsss... Sy amat terharu.

    ReplyDelete
  3. Hebat! Hebat!
    Senyum!
    Sebarkan cas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat! Hebat! Luarbiasa Hebat!!

      Yes!
      Yes!
      Yes!

      SENYUM!!

      Delete