Tuesday, 18 November 2014

Zara Bertindak untuk menjadi insan LUARBIASA - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah…kita bersua kembali..semoga yang membaca entry akak , sentiasa dalam 

lindungan Allah SWT. Akak nak share...hari ni akak terbaca dalam satu status dalam FB,
ia berbunyi begini, 
"Sedarkah kita bahawa hampir 74% kaum bumiputera yang bekerja hari ini adalah dengan permulaan gaji bawah RM2500".

Kalau gaji RM2500 tinggal di Kuala Lumpur, camne nak ada simpanan masa depan jika 
kos sara hidup semakin lama semakin mencekik.





Jelas dengan berpendapatan RM2500 masih tidak cukup untuk sara diri & keluarga. Jika gaji bawah daripada tu camne ye?

Kenyataan baru telah mengatakan RM3600 adalah miskin. Sedih akak tau sebab akak pun
bukan gaji lebih RM3600 pun.Maka dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni, akak 
nekad untuk melakukan sesuatu supaya akak dapat merealisasikan impian akak!!


Akak Gelisah 

Terdetik di hati aka
k, sampai bila kita nak berlagak kaya sedangkan dunia 
ekonomi sekarang sangat-sangat meruncing. Keadaan sebeginilah membuatkan akak 
gelisah sejak 2012 selepas kelahiran anak ke 4 .Yang mana tanggungjawab akak semakin 
besar & akak hanya ada DIRI AKAK untuk akak menyara keluarga.



Dengan permata hatiku

Mereka wajib dijaga sebaik mungkin. Mereka adalah amanah Allah SWT. Akak takkan sia-
siakan kehadiran mereka dalam hidup akak. Merekalah nyawa akak. Akak sanggup buat 
apa saje untuk anak-anak akak selagi akak mampu..Doakan akak terus tabah & terus bersemangat demi membesarkan anak-anak ni. Akak masih beruntung sebab akak masih ada kerja hakiki yang boleh menyara kehidupan kami anak beranak. Tapi kami kena berhemah dalam berbelanja. Akak merasakan sesuatu...

Berjimat????!!!
Sampai bila nak berjimat?!! tapi hujung bulan akak ambik semula duit yang akak simpan tu? Jimat cermat la sangat kan???!!!




Sampai bila nak tangguh setelkan hutang piutang??! 

Akak tak happy tau..Banyak kena settelkan ni...adeh..



Sampai bila anak-anak nak tunggu akak mampu bawak mereka melancong?! 
Sedih tau!!!



Soalan-soalan ini akak Tanya diri akak…Akak menangis…akak sentap!!
Menangis sahaja tak bawak akak ke mane-mane..akak perlu BERTINDAK!
Bertindak untuk menjadi insan LUARBIASA semestinya!!

101 Impian Tertulis

Jangan nak mengada untuk terhegeh-hegeh mengubah kehidupan sendiri..Akak berkata dalam diri akak ni..sebab apa? sebab akak tau akak ada potensi untuk lebih maju tapi akak tidak bertindak sebaik & semaksimum mungkin. Mensia-siakan bakat yang ada.


Maka akak semarakkan semangat dalam diri akak untuk terus berusaha tanpa rasa jemu..
sentiasa nak menzahirkan kesyukuran dalam apa jua situasi. Alhamdulillah dengan 
nasihat-nasihat daripada sahabat yang hebat-hebat berniaga. 

Perkongsian bersama mereka,  membuatkan akak berkobar-kobar nak berubah dengan melihat kawan-kawan akak ramai yang dah jadi jutawan. Akak ni sampai bila nak tengok je orang berjaya kan? 

issssshhh.....!!! tak boleh jadi ni..Akak mesti jadi JUTAWAN SAMOSA dalam masa 3 tahun ni...( masa tu niat tahun 2013 ) ..Maka akak ada masa 2 tahun dari sekarang untuk merealisasikan apa yang ada terfikir, tercakap & terdoa setiap masa..


( Mintak aminkan ye...akak akan jadi jutawan samosa pada 12.12.2016)

Sekarang ni akak kena kumpul caj positif supaya apa yang akak kuat dan sentiasa bersemangat nak kejar kejayaan ..sentiasa ghairah nak cipta kejayaan. 

So apa lagi, akak tulislah 101 senarai impian akak betul-betul dan tenung dan fikirkan apa strategi untuk akak capai. tak de yang mustahil ..akak akan jadi jutawan samosa Muslimah pertama di Asia..

Akak impikan samosa akak akan berada di London, Paris, Jepun dan Dubai..Idaman betul kat empat-empat negara ni. Harap sangat la dapat supply samosa akak ke negara-negara berkenaan.. Aamiin.


Sekarang hari-hari akak berdoa pada Allah tanpa putus asa supaya akan diberi petunjuk dalam bisnes yang akak lakukan ni
. Sebelum ni akak mengambil masa lama untuk fikir dalam-dalam apa yang akak nak buat supaya akak dapat membayangkan apa yang akak nak capai. Tapi sekarang akak terus je lakukan sebaik mungkin. Tak de nak toleh belakang lagi dah. Jalan Terus dengan MESTI yang akak pelajari sebelum ni dengan Mentor kesayangan akak Dr Hj Azizan Osman. 

Now, akak nak bayangkan yang indah-indah je..nak yang manis-manis je. Akak dah nekad yang akan memperluaskan bisnes samosa akak dengan gembira & senang hati. Kerana akak memang pakar samosa sedap.  1 Malaysia tak de samosa macam rupa samosa akak buat ...bentuknya chubby, isinya penuh & harga yang sangat berpatutan dan sangan berbaloi dengan rupa bentuk samosa dengan harga yang dikenakan ...Anda akan menyesal jika belum rasa samosa akak ni.

Akak belanja tengok k

Ada lagi yang belum cuba samosa akak?
Meh pakat-pakat whatsapp akak ye
018 - 9772964 untuk menempah samosa sedap resepi warisan
  • .



0 comments:

Post a Comment