Thursday 23 July 2015

Wowww ! Guna Telegram Pun Boleh Khatam Al Quran????

Assalamualaikum Semua , 
Apa khabar ? Semoga kalian dalam lindungan Allah SWT dan sentiasa dalam keadaan sihat serta bahagia bersama mereka yang disayangi. 
Bersyukur akak kepada Pencipta kita kerana kali ni akak dapat berkongsi lagi dalam blog akak yang akak sayang ni. 
Apa yang tamak pahala tu? Macam pelik je bunyinya kan? Jom baca apa yang akak nak kongsikan ye..

Impian nak adakan Kumpulan Tadarus Al Quran
Sebenarnya akak cadang sebelum puasa lagi nak tubuhkan kumpulan Tadarus. Tapi bagaimana? Akak bersungguh nak jugak adakan kumpulan tadarus Ramadhan kali ni. 

Jadi , akak melobi ke group telegram yang akak ada. Akak ajak sesapa yang nak join tadarus dan akak perlukan dalam 30 orang sahabat tapi rezeki kami dapat disatukan 35 orang. Alhamdulillah. Ini pun dah ramai bagi akak sebab kami nak capai matlamat untuk berkhatam dalam Ramadhan dan masing-masing memang tak mampu nak habiskan 30juzuk secara berseorangan. Alhamdulillah. Allah memberi kami jalan untuk capai misi yang sama.

Aktiviti Ramadhan yang dicemerlangkan 
Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita melakukan perkara kebaikan.  Alhamdulillah .... Syukur Akak diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan kali ni juga akak berjaya menubuhkan kumpulan Tadarus Al Quran KN Online dalam Telegram.
Kami meletakkan misi 3 kali khatam bersama sahabat tadarus akak. 3 kali khatam itu akak ilhamkan dengan pembahagian berikut : 
  • 10 hari awal Ramadhan 
  • 10 hari Pertengahan Ramadhan 
  • 10 hari Akhir Ramadhan
Gunakan teknologi yang ada ke arah kebaikan 
Alhamdulillah ....kami berjaya!!!
Berjaya membahagikan bahagian juzuk yang akan dibaca oleh ahli kumpulan dan sesiapa tak dapat habiskan baca kami sebolehnya bantu supaya lengkap semua pusingan untuk capai misi yang dimatlamatkan awal-awal lagi. 

Ada beberapa percubaan dalam pembahagiaan juzuk. fuuuhhh...bab ni memang mencabar akak sebagai admin kumpulan. Relax and cool je...dalam hati boleh ke? ada lagi budak kecik ni kan? Akak kuatkan semangat dan sentiasa berdoa pada Allah untuk ilhamkan kepada akak bagaimana cara untuk kami selesaikan 3x khatam dalam 29hari Ramadhan. Masa yang ada memang singkat. 

Allahu Akbar! 
Berikan aku jalan yang terbaik ...Sesungguhnya Engkau la yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. Akak dapat juga draf jadual pembahagian juzuk dan susun ikut giliran. Pembahagian berjalan dengan lancar.
Fuuuuhhhh!! Lega!

Cabaraan Tadarus Al Quran Secara ONline
Semua perkara yang dilakukan pasti ada cabaran, kami juga tak terkecuali diduga.
Antara dugaannya : 
  • Ada ahli yang tak update - mungkin luar kawasan tak dapat liputan internet 
  • Ada ahli yang tak sihat dan tak bukak data langsung, maka terputus hubungan. 
  • Ada ahli yang baca last minute nak habis tempoh pusingan 
  • Ada ahli yang uzur dan lambat update untuk kawan lain sambungkan bacaan. Ini la yang paling menghuru-harakan admin a.k.a akak la sebab nak kena arrange sapa yang nak kena ganti diorang yang uzur ni.. Nak-nak pulak diorang ni boleh plak uzur berjemaah. lagi la akak pening....nak nangis rasanye masa tu. Namun dalam group tu akak steady je la konon2 boleh handle. tapi disebalik tabir akak gigihkan PM sorang-sorang untuk mohon bantuan. bila kenang balik kelakar pun ada tau. Macam best je main kejar-kejar untuk closing tadarus ni. 
Ini kali pertama kami bersama dalam acara sebegini. Alhamdulillah berjaya bersepakat dan dapat menyelesaikan semua pembacaan yang telah ditetapkan. Syukur sangat Allah memudahkan urusan kami sekumpulan. 

Yang bestnye lagi kan, kami tak pernah bersua dan berjaya satukan hati untuk bersama-sama istiqomah mendampingi Al Quran dan sentiasa bertadabbur untuk meneruskan kehidupan dengan berlandaskan ajaran yang terkandung dalam Al Quran. 

best ke bEst?

Kami Khatam Quran 3 kali dalam sebulan Ramadhan
Kami khatam 3 kali pada ....
  • 10 Ramadhan sebelum berbuka puasa ( 27 jun 2015  )
  • 20 Ramadhan sebelum berbuka puasa ( 07 julai 2015 )
  • 29 Ramadhan sebelum berbuka puasa ( 16 julai 2015 )
Tahniah buat semua sahabat Tadarus Al Quran KN !!!

Sambung Bertadarus
Part ni yang paling best. Oleh kerana dah nak habis pusingan tadarus dalam Ramadhan ni, akak buat survey kepada sahabat, sama ada nak stop atau sambung bertadarus dan bertadabbur selepas Ramdhan ni? 

Rata-rata nak sambung lagi bertadarus dan akak mensasarkan semua sahabat berjaya baca 30juzuk dan kami merancang khatam sekurangnya 1kali sebulan dan pembahagiaan juzuk akan diberikan lebih banyak daripada pembahagiaan dalam bulan Ramadhan.

Syukur Alhamdulillah sangat-sangat sebab masing-masing dah mula suka berdamping dengan Al Quran, ada yang kongsikan pengajaran ayat, ada yang kongsikan doa yang boleh diamalkan daripada potongan ayat Al Quran. 

Kan best macam tu kan? Kita pun dapat jugak elmu yang dikongsikan dalam masa sama kita sentiasa mengimarahkan Al Quran sebagai panduan kehidupan seharian kita. 

Kepada sahabat tadarus akak, ini adalah pencen kubur kita pada masa depan kita. Diharapkan dapat la kita memanfaatkan masa dan ruang yang ada. 

Akak mengalu-alukan sekiranya ada yang nak ajak kawan-kawan yang lain untuk menyertai kumpulan tadarus Al Quran KN. Semakin besar kumpulan kita semakin besar la kita TAMAK NAK KUMPUL PAHALA.

Betul ke Betul?

1 Syawal 1436H ( 17 Julai 2015 )
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!


Syawal dah datang, Ramadhan dah tinggalkan kita. Masa yang berlalu dah jadi sejarah dan kami berjaya isikan Ramadhan kami dengan pengisian yang lebih baik daripada Ramadhan lepas. Harapan kami semoga kita semua dipertemukan Ramadhan 1437H dan merancang untuk meningkatkan lagi prestasi kami pada Ramadhan akan datang. InshaaAllah.

Apa yang kami syukuri adalah kami dapat bersama-sama kumpul semangat untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan. Kami berebut bangun malam untuk qiam bukan semata nak kejar malam-malam terakhir Ramadhan malah kami rindu untuk menambah amalan sepanjang Ramadhan sebab kami tahu umur kami belum tentu sampai ke Ramadhan akan datang, dan mengharapkan Allah terima semua amalan yang kami lakukan. 

Kami juga berharap apa yang kami lakukan dalam Ramadhan bukan sekadar dalam Ramadhan sahaja malah biarlah kami diberikan kekuatan untuk sentiasa istiqomah menghidupkan malam kami dengan tahajud supaya kubur kami diterangi Spot light yang seterangnya semasa dalam alam kubur. SubhanaAllah...begitulah impian kami. 

Hanya Allah yang Maha Mengetahui perjalanan kehidupan kita namun kita sebagai Hamba yang jahil ini hendaklah sentiasa mohon agar kita sentiasa menyintai Allah lebih daripada segala-galanya dan sentiasa dilorongkan kepada melakukan kebaikan. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah, Akak rasa setakat ini sahaja perkongsian akak kali ni. macam dah banyak akak berceloteh dan akak harap kalian beroleh manfaat daripada apa yang akak kongsikan kali ini. 
Sebenarnya rasa sebak semasa akak menaip ni tapi air mataku hanya dalam hati. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan kita semua sentiasa berdampingan dengan Al Quran setiap masa.
Semoga kita istiqomah dalam bertadabbur Al Quran
Ini juga merupakan memori kami bersama dalam satu keluarga dan sehingga kini akak berharap silaturrahim kami terjalin dan kekal selamanya. 

Al fatihah buat Nabi Muhammad SAW, buat ibu bapa kita, buat sahabat / saudara mara kita yang masih hidup dan yang telah dijemput Allah SWT. 

Al fatihah buat diri kita dan mohonlah sentiasa pada Allah agar kita sentiasa dikuatkan kecintaan kepada Al Quran dan Sunnah. 

Sekian dan terima kasih sudi meluangkan masa membaca perkongsian akak. 
Maafkan akak jika ada perkataan yang mungkin tersilap. 

Akhir kata dari akak, mohon SHARE entri ini jika anda rasa ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan kepada orang lain. Terima kasih sekali lagi. 

Salam Sayang Kecintaan kita 

kepada Al Quran dan Sunnah, 
Zara admin Kumpulan TAKN 
(Tadarus Al Quran Khalifah Niaga)
p/s : hubungi akak untuk sertai kumpulan kami 018 977 2964. 

 Ini beberapa gambar yang akak dapat kongsikan sepanjang kami bersama dalam Kumpulan Tadarus Al Quran KN Ramadhan 1436H. 



















12 comments:

  1. Alhamdulillah, syukur sgt dpt 3x khatam :-) Time kasih, RubyZara.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,terus istiqamah dlm.pembacaan al quran wlpun Ramadhan berlalu.jd kan Al quran itu sbg teman yg sejati kita buka teman bermusim. Tahniah Puan zara ratu detox.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zara punya pasal mama dpt istiqomah buat tahajud, dhuha, n baca quran....tqvm sgt2 bg mama dpt saham kubur n akhirat

      Delete
    2. Zara punya pasal mama dpt istiqomah buat tahajud, dhuha, n baca quran....tqvm sgt2 bg mama dpt saham kubur n akhirat

      Delete
    3. Zara punya pasal mama dpt istiqomah buat tahajud, dhuha, n baca quran....tqvm sgt2 bg mama dpt saham kubur n akhirat

      Delete
  3. Tq kak zara. Pengisian sangat baik ! ☺

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana menjemput saya menyertaikan aktiviti yang sangat HEBAT ini.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah

      sama2 kita istiqomah ye

      smg Kak As sentiasa dalam lindungan Allah SWT

      Delete
  5. Assalammualaikum.... Alhamdulillah kerana berpeluang sama2 menjayakan XTVT dibulan Mulia Bulan Ramadhan Bersama-sama. Walaupun hanya Melalui Telegram dapat juga dimanfaatkan..

    Terima Kasih pd admin Kerana Invite sy sama2 menjayakan Tadarus Al-Quran pd 1436H. Moga ia kekal berpanjangan Inn Sya Allah...

    Sy mohon utk share bolg ini agar dapat memberi inspirasi buat rakan2 yg lain.. aamiinn...

    mengermang bulu roma sy bila baca dan bila sy sedang type ni... Terima Kasih sekali lagi pd semua...

    TAQABALALLAHU MINAL WA MINKUM...

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.... Alhamdulillah kerana berpeluang sama2 menjayakan XTVT dibulan Mulia Bulan Ramadhan Bersama-sama. Walaupun hanya Melalui Telegram dapat juga dimanfaatkan..

    Terima Kasih pd admin Kerana Invite sy sama2 menjayakan Tadarus Al-Quran pd 1436H. Moga ia kekal berpanjangan Inn Sya Allah...

    Sy mohon utk share bolg ini agar dapat memberi inspirasi buat rakan2 yg lain.. aamiinn...

    mengermang bulu roma sy bila baca dan bila sy sedang type ni... Terima Kasih sekali lagi pd semua...

    TAQABALALLAHU MINAL WA MINKUM...

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum...t.kasih zara kerana kita dpt sama2 istiqamah didalam group tadarus ini.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum...t.kasih zara kerana kita dpt sama2 istiqamah didalam group tadarus ini.

    ReplyDelete