Tuesday 9 December 2014

Akak Jadi Artis

Assalamualaikum

semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya...

Dah lama akak tak update blog ...
hari ni akak nak share pengalaman akak jadi ARTIS sekejap pada November lepas...
Nak tau apa jadi?

kisahnya begini...

pada 29/10/2014 akak berjumpa dengan seorang rakan niaga akak, akak gelarkan dia Hamka. Kami jumpa di area Puncak Alam, Selangor..sebab nak COD samosa & ada cross selling masa tu.Kawasan tempat tinggal kami tak de la dekat tapi satu jalan akak nak sampai ke rumah..

masa tu akak beli buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki daripadanya. Memang akak suka beli & dijadikan hadiah untuk kawan-kawan atau customer akak..Best bagi buku percuma kat kawan-kawan ni..Alhamdulillah...ini yang akak mampu bagi kat insan terpilih..



Nak dijadikan cerita masuk majalah ni....
Selepas perjumpaan tu, Hamka ada bagi mesej kat whatsapp akak..

tetibe dia tanya..."Kak zara ibu tunggal atau macam mane ye?"
Eh...akak pun terkejut juga dengan soalan tu...

tak pe la...akak pun jawab....

"yes...i am single mom with 4 kids."

Then Hamka kata , " Mingguan wanita perlukan seorang ibu tunggal untuk keluar cerita dalam majalah.Saya nak suggest akak."

"Serius ke Hamka?" tanya akak kepada Hamka.

"Ye kak...if ada rezeki akak boleh keluar cerita macam saya. Saya ada cable kak. Saya cuba rekmen akak ye." jawab Hamka.

"Terharunya akak. nak masuk story dalam artikel majalah kena bayar RM12000 tau."akak teruja selepas Hamka nak cadangkan akak untuk berkongsi kisah kehidupan akak ke dalam majalah kegemaran ramai seMalaysia tu.

101 Impian Tercapai
================

Allahu Akbar!!! Sapa la sangka...Impian akak hampir tercapai setelah akak idamkan dalam 101 senarai impian akak masa IMKK 2010. Thanks Allah...cepat lambat tetap akan kita capai asalkan kita tahu apa impian kita. Maka , rajin-rajin la tulis impian kita ye..

Hamka memang betul-betul rekmen akak kepada wartawan majalah mingguan tersebut.Buktinya, pada 30/10/2014 jam 10:06 pagi...akak terima satu panggilan daripada insan yang akak memang tak kenal dan ingin menetapkan temujanji untuk sesi interview & shooting untuk perkongsian kisah akak..

Maka , termetrai la tarikh 7/11/2014 hari yang dijanjikan untuk akak berkongsi kisah akak bersama wartawan berkenaan..hampir 2 jam sesi interview & shooting.. Berdebar menanti kisah akak terpampang dalam majalah tu nanti..

Masya Allah!! Kuasa Allah melebihi segala-galanya.

Sangat teruja bila ada impian mula tercapai 
Gembiranya akak bukan kepalang! Pengalaman pertama ni....kisah akak akan dibaca oleh ribuan orang..Bersediakah akak untuk mendedahkan siapa akak sebenarnya...?

Ya Allah...akak hanya mampu solat syukur 2 rakaat sebagai tanda nikmat Allah yang beri itu akak sangat-sangat hargai ...amat-amat akak syukuri.

Di sini , akak amati ..kesabaran, ketabahan akak selama ini akak mulai rasa kemanisannya. Akak hanya insan biasa tapi akak sentiasa nak jadi insan yang lebih luarbiasa. Akak dah penat jadi biasa-biasa. Akak wajib jadi lebih positif...akak kena kuat demi masa depan anak-anak akak.

22/11/2014
========

Majalah kesayangan akak dah keluar untuk edisi Jumaat 28/11/2014. Itu pun setelah kawan kenalan masa sekolah tagged akak dalam FB...Allahu Akbar!! Mula akak rasa macam-macam perasaan. gembira, gemuruh, terharu, rasa nak melompat bintang pun ada tau..haha!

Serius akak memang teruja masa ni..Akak hanya mampu senyum je. Kawan-kawan FB akak menyokong. ada yang beli majalah masa tu untuk jadikan kenangan sebab mereka mengenali akak dari dulu namun tak tahu pun kisah akak..Ini adalah secebis perkongsian kisah akak yang akak anggap ia dapatlah dimanfaatkan.

akak abadikan secebis kisah akak dalam majalah kesayangan akak 

Akak share dalam FB akak...ramai yang like...terima kasih sahabat.
ucapan Tahniah menderu sebaik sahaja kawan-kawan nampak post akak dalam FB ...tak mampu akak nak reply semua mesej dalam FB mahupun whatsapp...

alhamdulillah...itu la ucapan yang akak mampu ucapkan atas nikmat ini.

Akak pun bagitau mak akak..Mak bangga dengan akak..mak sentiasa doakan untuk akak lebih berjaya..Mak adalah pendorong akak untuk akak lebih maju demi untuk masa depan anak-anak akak sebagaimana mak sanggup berkorban untuk akak selama ni.

Advance hadiah birthday
===================

Akak rasakan ini la advance birthday present untuk diri akak.Birthday akak tak lama pun lagi iaitu 12/12/2014 yang mana kak dah cecah 33tahun..Dalam seumur hidup akak , akak tak harap hadiah daripada sesiapa pun. Akak create reward untuk diri akak.Maka apa yang akak usahakan pasti akan ada kemanisan , kejayaan ..tak kesah la cepat atau lambat..Janji akak sentiasa berusaha dapatkan apa yang akak nak ..apa yang akak impikan.



Allah Maha Penyayang. Dia pasti bantu kita cuma kita tak tau bila masanya impian tu akan tercapai. Tugas kita teruskan istiqamah berusaha, doa & tawakal dalam apa jua perkara.

Boleh ke boleh?

Moral of the story
==============
  1. Percaya pada diri sendiri
  2. Yakin Allah sentiasa dengar apa yang kita minta
  3. Ingat! Setiap apa yang kita rasa, kita ucap, kita fikir...itu semua adalah DOA.
  4. Sentiasa percaya bahawa sedekah itu adalah cara kita dimudahkan menjemput rezeki.
  5. Yang penting sentiasa bersangka baik kepada Pencipta kita bahawa rezeki kita, impian kita pasti tercapai dengan usaha yang tanpa kenal erti putus asa.
  6. Hargai insan tersayang yang kita ada, akak ada emak akak je sekarang setelah Arwah ayah kembali ke rahmatullah dan belum sempat melihat anaknya berjaya.Al fatihah buat arwah ayah akak.
  7. Utamakan orang tersayang supaya apa yang diusahakan beroleh keberkatanNya.
Terima kasih uoollsss kerana sudi membaca entri akak kali ni..Akak sayang uoolllsss.

Sekian untuk entri kali ni..Nanti akak sambung lagi cerita yang best-best!
==============================================================
Ada lagi yang belum cuba samosa akak?

Meh pakat-pakat whatsapp akak ye

018 - 9772964 untuk menempah samosa sedap resepi warisan.


3 comments:

  1. Thniah, kak zara :-) rubyzara hebat! Kaya dan berjaya..

    ReplyDelete
  2. tahniah kak zara, n happy belated besday!

    jemput ke blog sy www.sitinaimah.com

    ReplyDelete