Tuesday, 25 November 2014

Jom ke GYM bersama Tokey Samosa


Assalamualaikum semua...

Didoakan agar kalian dalam keadaan sweet- sweet je...

Alhamdulillah...tempahan samosa semakin hari semakin tinggi. Kebanyakkan adalah dari kalangan yang repeat order...sekali order mesti beli minimum 1 set ( bersamaan 3 pek yang berlainan perisa ) ..

jangan ditanya la berapa maksimum...sampai akak sendiri memang tak menang tangan melayan tempahan...Namun akak panjatkan kesyukuran di mana samosa akak makin hari semakin digemari ramai. best la kan dapat share hasil air tangan...syukur Alhamdulillah..

ok..jadual akak...dari isnin ke jumaat ...pukul 8.30am  sampai la 6.00pm adalah waktu kerja hakiki akak..lepas keje biasa akak akan prepare samosa yang ditempah..
Alhamdulillah..semakin tak menang tangan tapi akak kena la sentiasa nampak bertenaga, tampil ceria...baru la nampak akak ni cun la..apa rahsia..? chewaaaahhh kelassss gitu kan? 

ada caranya.. jom akak share sikit...

ok..walaupun jadual harian akak agak la penuh tapi akak luangkan masa juga untuk beriadah...ini penting supaya kita dapat badan yang cergas, otak yang cerdas...dan baik untuk kesihatan jantung kita...

betul ke betul? maka akak set seminggu sekurangnya 2x untuk akak ke gym...so akak ke gym la untuk mempertingkatkan kecergasan akak.




Best la dapat ke gym..tak la susah sangat nak mula ..akak mulakan berTreadmill & cycling..selain tu akak suka la buat angkat besi tu..tapi sekadar angkat je la bukan la nk bagi otot naik..hihi...tak sesuaaaaiii la dek  non kalau akak macam tu..kan?

so? apa kebaikan selepas kita berGYM ni?


meh akak share sikit..

Kebaikan wanita ke GYM menurut teori akak la

Akak suka sangat ajak kawan-kawan akak ke GYM ...lagi-lagi bila company akak kerja bagi free facility ni untuk kami beriadah di sini..Alhamdulillah..rezeki juga tu kan?
bersyukur akak ada majikan prihatin akan kepentingan jaga kesihatan setelah penat bekerja.

bila kita ke GYM...kita akan :-

-dapati yang baju-baju kita makin longgar
-dapati muka yang chubby akan nampak runcing je
-dapati seluar lama dah boleh pakai semula
-kalori terbakor & akan mencecah BMI yang normal
-yang paling best , kita akan feeling ceria je sebab badan dah cergas...caj positif akan makin banyak pada kita..

macam akak ni..ada yang tak percaya anak dah 4 tapi nampak sweeet...
wahhhh!! kelassss ....puji la diri sendiri ..kalau  nak harap orang..belum tentu nak puji kita...sebab akak kumpul caj positif banyak-banyak supaya dalam apa situasi pun kita hadapi dengan cara yang positif.

then , orang yang berniaga macam akak ni..kena la berpenampilan hebat..hebat la sangat ye...hebat di sini bermaksud kita tampil kemas, ceria, anggun je ..then baru la kawan-kawan selesa dengan kita.

maka bila dah bersenam ni banyak manfaat kan?.tak percaya...? cuba la..dapatkan bersenam, beriadah 1,2 jam dalam GYM...dalam masa 2,3 minggu uoollsss mesti akan rasa gumbira je..macam akak la....
Baju makin longgar ni..best ke best...?
nampaknya kena la beli baju baru nanti...

Layan selfie lepas treadmill 2km & cycling 30minit...wahhh berpeluh...tapi besstt!!

nak tau apa rahsia & tips akak kekalkan berstamina?


kat sini akak share lagi tips...

Sepanjang akak berGYM ni kan apa yang akak dapati juga adalah akak tak la rasa penat sangat...serius badan memang superb sangat...lagi-lagi akak dah ajak kawan baik akak sekali ni ke gym bersama.



inila dia kawan baik akak....taaarrrraaaaa.....!!! tips akak kekal berstamina, kekal cun, sentiasa bertenaga je.


ok..bila nak ke gym akak akan buh Performance Drink ni 1 scoop & air 750ml plain water..sedaaaapppp...masa kita bersenam...kita tak la letih sangat..ESP tu akak minum sebelum ke gym..2 scoop alas perut sbb akak tak makan malam berat. cukup sekadar ESP ni..memang terbaik dua-dua ni..akak sayang dua-dua ni tau.

Performance Drink berfungsi untuk membantu diri daripada keletihan.

ESP pula berperanan membantu memberi tenaga semasa kita bersenam.

korang cuba la...memang power la dengan dua-dua ni...!



Kesimpulannya di sini, akak sarankan korang ramai-ramai ke GYM supaya badan kita cergas, orak cerdas, tampil hebat , ceria dan semestinya cuuuunnnn gitu!!


layan selfie sebelum balik
puas bersenam selama 2jam...badan sangat berpeluh masa ni

sampai di sini entry kali ni..nanti akak akak citer-citer lagi ye...

sayang uoolllssss....!! 


Ada lagi yang belum cuba samosa akak?

Meh pakat-pakat whatsapp akak ye

018 - 9772964 untuk menempah samosa sedap resepi warisan.

Wednesday, 19 November 2014

Rasai & Nikmati Dari Hati

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni akak nak share testimoni kawan-kawan yang makan samosa je..

Saje la nak share nikmat dapat makan samosa akak..

Ada banyak kisah benar ...ini antaranya ye...

Ini Fizie dari Shah Alam...1st time makan terus senyap masa gigitan pertama

Ini Fadhli dari Petaling Jaya, tokey Chewy Choc...Femes coklat chewy dia..akak pun suka ceklat dia ..Dia makan sampai bawak bekal untuk wife dia yang sedang berpantang. Tak terkata masa makan samosa ...sedaaaapp sangat22 katanya

Adik sebelah fizie pun dah tak terkata apa lepas gigitan pertama samosa udang special daripada akak

Akak bawak sample bagi diorang rasa...sebab masa citer diorang ni tak percaya samosa akak memang sedap kebabooommm

Ada lagi yang belum cuba samosa akak?
Meh pakat-pakat whatsapp akak ye
018 - 9772964 untuk menempah samosa sedap resepi warisan.

Tuesday, 18 November 2014

Zara Bertindak untuk menjadi insan LUARBIASA - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah…kita bersua kembali..semoga yang membaca entry akak , sentiasa dalam 

lindungan Allah SWT. Akak nak share...hari ni akak terbaca dalam satu status dalam FB,
ia berbunyi begini, 
"Sedarkah kita bahawa hampir 74% kaum bumiputera yang bekerja hari ini adalah dengan permulaan gaji bawah RM2500".

Kalau gaji RM2500 tinggal di Kuala Lumpur, camne nak ada simpanan masa depan jika 
kos sara hidup semakin lama semakin mencekik.





Jelas dengan berpendapatan RM2500 masih tidak cukup untuk sara diri & keluarga. Jika gaji bawah daripada tu camne ye?

Kenyataan baru telah mengatakan RM3600 adalah miskin. Sedih akak tau sebab akak pun
bukan gaji lebih RM3600 pun.Maka dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni, akak 
nekad untuk melakukan sesuatu supaya akak dapat merealisasikan impian akak!!


Akak Gelisah 

Terdetik di hati aka
k, sampai bila kita nak berlagak kaya sedangkan dunia 
ekonomi sekarang sangat-sangat meruncing. Keadaan sebeginilah membuatkan akak 
gelisah sejak 2012 selepas kelahiran anak ke 4 .Yang mana tanggungjawab akak semakin 
besar & akak hanya ada DIRI AKAK untuk akak menyara keluarga.



Dengan permata hatiku

Mereka wajib dijaga sebaik mungkin. Mereka adalah amanah Allah SWT. Akak takkan sia-
siakan kehadiran mereka dalam hidup akak. Merekalah nyawa akak. Akak sanggup buat 
apa saje untuk anak-anak akak selagi akak mampu..Doakan akak terus tabah & terus bersemangat demi membesarkan anak-anak ni. Akak masih beruntung sebab akak masih ada kerja hakiki yang boleh menyara kehidupan kami anak beranak. Tapi kami kena berhemah dalam berbelanja. Akak merasakan sesuatu...

Berjimat????!!!
Sampai bila nak berjimat?!! tapi hujung bulan akak ambik semula duit yang akak simpan tu? Jimat cermat la sangat kan???!!!




Sampai bila nak tangguh setelkan hutang piutang??! 

Akak tak happy tau..Banyak kena settelkan ni...adeh..



Sampai bila anak-anak nak tunggu akak mampu bawak mereka melancong?! 
Sedih tau!!!



Soalan-soalan ini akak Tanya diri akak…Akak menangis…akak sentap!!
Menangis sahaja tak bawak akak ke mane-mane..akak perlu BERTINDAK!
Bertindak untuk menjadi insan LUARBIASA semestinya!!

101 Impian Tertulis

Jangan nak mengada untuk terhegeh-hegeh mengubah kehidupan sendiri..Akak berkata dalam diri akak ni..sebab apa? sebab akak tau akak ada potensi untuk lebih maju tapi akak tidak bertindak sebaik & semaksimum mungkin. Mensia-siakan bakat yang ada.


Maka akak semarakkan semangat dalam diri akak untuk terus berusaha tanpa rasa jemu..
sentiasa nak menzahirkan kesyukuran dalam apa jua situasi. Alhamdulillah dengan 
nasihat-nasihat daripada sahabat yang hebat-hebat berniaga. 

Perkongsian bersama mereka,  membuatkan akak berkobar-kobar nak berubah dengan melihat kawan-kawan akak ramai yang dah jadi jutawan. Akak ni sampai bila nak tengok je orang berjaya kan? 

issssshhh.....!!! tak boleh jadi ni..Akak mesti jadi JUTAWAN SAMOSA dalam masa 3 tahun ni...( masa tu niat tahun 2013 ) ..Maka akak ada masa 2 tahun dari sekarang untuk merealisasikan apa yang ada terfikir, tercakap & terdoa setiap masa..


( Mintak aminkan ye...akak akan jadi jutawan samosa pada 12.12.2016)

Sekarang ni akak kena kumpul caj positif supaya apa yang akak kuat dan sentiasa bersemangat nak kejar kejayaan ..sentiasa ghairah nak cipta kejayaan. 

So apa lagi, akak tulislah 101 senarai impian akak betul-betul dan tenung dan fikirkan apa strategi untuk akak capai. tak de yang mustahil ..akak akan jadi jutawan samosa Muslimah pertama di Asia..

Akak impikan samosa akak akan berada di London, Paris, Jepun dan Dubai..Idaman betul kat empat-empat negara ni. Harap sangat la dapat supply samosa akak ke negara-negara berkenaan.. Aamiin.


Sekarang hari-hari akak berdoa pada Allah tanpa putus asa supaya akan diberi petunjuk dalam bisnes yang akak lakukan ni
. Sebelum ni akak mengambil masa lama untuk fikir dalam-dalam apa yang akak nak buat supaya akak dapat membayangkan apa yang akak nak capai. Tapi sekarang akak terus je lakukan sebaik mungkin. Tak de nak toleh belakang lagi dah. Jalan Terus dengan MESTI yang akak pelajari sebelum ni dengan Mentor kesayangan akak Dr Hj Azizan Osman. 

Now, akak nak bayangkan yang indah-indah je..nak yang manis-manis je. Akak dah nekad yang akan memperluaskan bisnes samosa akak dengan gembira & senang hati. Kerana akak memang pakar samosa sedap.  1 Malaysia tak de samosa macam rupa samosa akak buat ...bentuknya chubby, isinya penuh & harga yang sangat berpatutan dan sangan berbaloi dengan rupa bentuk samosa dengan harga yang dikenakan ...Anda akan menyesal jika belum rasa samosa akak ni.

Akak belanja tengok k

Ada lagi yang belum cuba samosa akak?
Meh pakat-pakat whatsapp akak ye
018 - 9772964 untuk menempah samosa sedap resepi warisan

Saturday, 15 November 2014

Amalan Mudahnya Menjemput Rezeki



Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih sudi membaca entry akak hari ni..


akak nak share sikit one story...

Dulu akak meniaga tak pernah berDhuha..sentiasa ada je "kebocoran"...gaji banyak ke..sales banyak ke...memanjang tak cukup...maka kita kena la tutup "kebocoran' kita dengan amalan yang mudah, ringkas namun ia dipanggil Magnet Rezeki yang mampu membantu kita memudahkan rezeki yang kita nak tadi..

mak akak suka tegur akak...ye la kan...mak..mesti la kita kena dengar nasihatnya..( sayang mak ketat-ketat )

Pada satu hari akak selepas Dhuha di kampung, masa tu cuti hujung minggu..selesai akak berdhuha..akak pun duduk-duduk la santai sambil sembang-sembang dengan mak..

Mak kata spontan je..

Kalau nak rezeki kita power , buat la Dhuha 4 rakaat...2 rakaat tu biasa-biasa je..cuba buat 4..apa jadi?

Amboi mak akak ni..macam nak masuk gear keta plak..ada plak Dhuha power tak power ni..

ok la kan...akak angguk dan kata...Ok..nanti akak cube la..nak tengok jugak power ke idak 4 rakaat Dhuha...chewah...macam acuh tak acuh je kan?
aduhai...la akak ni pun..
Esoknya...masa tu 20.9.2014..akak ingat lagi..1st day akak buat dhuha 4 rakaat...wah..kejap je dah siap 4 rakaat..best jugak kan? then esoknya akak teruskan la ...
sampai la hari ni..( 15.11.14 ) akak masih kekalkan 4 rakaat...

Bait-bait doa Dhuha saje sangat mendalam maksudnya..dulu akak memang tak hafal...setelah konsisten melakukannya..Alhamdulillah..akak dah hafal doa Dhuha..bila kita hafal..kita faham..kita akan baca dari hati..hati kita tawaduk memohon kepada Pencipta kita untuk terus berusaha dapatkan masa membuktikan kesyukuran kita dengan melakukan Solat Dhuha..

Kesannya...masya Allah...!!
akak dalam santai-santai saje buat bisnes samosa ni..masih ada juga yang menempah untuk dapatkan samosa sedap akak..
selain tu akak dapat order produk shaklee berduyun..masa tu ada promosi Mealshake ...Beli 3 free 1...Ya Allah..gembiranya akak..tak sedar pun bila masa semua berlaku..sebab macam menderu je masuk order..! Syukur Alhamdulillah 3 set Mealshake berjaya akak share kat kawan-kawan..ada juga produk kesihatan yang lain yang mana akak bersyukur sangat sebab akak dapat menambahnilai dalam kehidupan mereka untuk lebih sihat di samping mendapatkan samosa yang sedap, halal & yakin akan jadi samosa kegemaran ....

( hihi...Iklan sikit..)

seronoknya masa tu ..ye la kan..akak kan ada kerjaya ..kerjaya la sangat kan? maka bila dapat side income sebegini, mesti la happy..mak pun happy sebab mak ada share dalam pendapatan akak..nama blog pn dah ada share dengan mak..sampai bila-bila pun akak akan sentiasa utamakan mak..

eh tak abes lagi ...sambung lagi...

ok..selain tu ada juga la akak dapat peluang berkongsi dengan kawan-kawan untuk sama-sama baca buku mini MMR kesukaan akak..akak jumpa kawan-kawan, akak bagi sorang satu.bawak 3..confirm abes akak agihkan secara PERCUMA..

kenapa akak bagi buku ???!!!

ye la kan? akak suka sedekah buku daripada sedekah duit..llagi pun ia adalah kerana akak memang ulat buku..maka akak nak mereka rasa sikit gembira dengan aktiviti kegemaran akak..

Best kan??? dapat berkongsi keseronokan dengan kawan-kawan...ini la kejayaan kecil akak yang akak dapat kongsikan dengan berDhuha...

eh..nak ke mane tu? ada lagi nak citer ni...

lepas habis 10 buku yang batch pertama akak beli tu..akak order lagi 30 buah buku mini MMR..seronok sangat-sangat amalan yang dibukukan dalam buku mini MMR..( ada versi penuh, lagi power..) pakat-pakat la dapatkan buku mini MMR tu ye...Nak akak tempahkan pun OK..

kesimpulannya disini...dengan amalan BerDhuha & bersedekah secara istiqamah...menjadikan akak sentiasa nak menambahnilai kepada kehidupan orang lain..Syukur sangat akak dapat peluang sebegini.

berdoalah...berusahalah..selebihnya kita tawakal..serahkan pada Allah supaya Dia tunjukkan jalan untuk kita..janji Dia pasti..kita manusia jangan putus asa & selalu la bersangka baik kepada Pencipta kita..Percaya la..Yakin la..Dia akan buka pintu rezeki buat kita ..ikut la pintu mana yang Dia tolong bukakan...pasti beroleh kebaikan dan beroleh keberkatan..janji kita tau apa kita buat & sentiasa dalam jalan yang betul dalam menjemput rezeki.

Sekali lagi akak menyeru kawan-kawan akak di sini ...jom sama-sama kita perkasakan Dhuha ...sama-sama kita menghulurkan sedekah supaya kehidupan kita sentiasa dalam lindunganNya & sentiasa dalam keberkatan dan diredhai. selain itu jangan tak tau pulak, bahawa sedekah kita tu adalah pencen untuk akhirat kita kelak..

Akhir kata untuk hari ni...mulakan la...konsistenkan la..amalkan Dhuha..ia pasti memberikan 1001 nikmat yang sukar digambarkan..Jangan percaya kata-kata akak namun lakukan la kerana Allah Taala...supaya kita beroleh keberkatanNya

Ada lagi yang belum cuba samosa akak?
Meh pakat-pakat whatsapp akak ye
018 - 9772964 untuk menempah samosa sedap resepi warisan.

Kenangan manis 2014

[Antara kenangan manis 2014 ]

Akak menghadiri SME exhibition yang berlangsung di Sunway Pyramid Convention Center pada 24/4/2014.

Akak dapat hadiah lucky draw 2nd prize ...Samsung Galaxy Tab 3...

Alhamdulillah..

Ini rezeki yang tak disangka-sangka...Masa ni ada la akak jumpa Coach celebriti Rozi & berkenalan dengan Puan Lily Sabrina.

Akak sangat bersyukur dapat berkenalan dengan orang-orang yang hebat yang membuka minda akak untuk meneruskan perjuangan dalam membesarkan perniagaan samosa & shaklee akak. akak juga bertambah produktiviti dengan adanya tab samsung FREE ni....makin akak rancak beronline...

syukur sangat2!!!




masa ni akak bergambar dengan Emcee pada hari tersebut Hunny Madu...pemes jap dengan celebrity ni.


Ruby Zara Berblog























Assalamualaikum wbt

Bersyukur ke hadrat Ilahi akak berjaya buat satu blog " Ruby - adalah Ibu akak ....bernama Rubiah Ismail, Zara adalah nama akak "

simboliknya ...kasih sayang kami berkekalan sampai ke syurga....

Alhamdulillah....syukur sangat2 akak diberi kesihatan, kekuatan dalam melalui kehidupan yang penuh pancaroba ni...

Nanti akak sambung lagi ya...

tunggu next entry ya...