Assalamualaikum dears, Semoga uols semua dalam keadaan yang sihat dan ceria hendaknya. Syukur kepada Allah sebab kita sentiasa dalam lindunganNya. Hari ni akak nak share peluang cari duit raya untuk jual popia pintal khas dari Johor. Refer gambar-gambar ni dan terus contact Kak Zara kalau berminat tau Whatsapp 018 -977 2964
Peluang menjadi agen serendah RM100. Sama-sama kita jana income dan dapatkan duit raya sebanyak mungkin supaya dapat bagi duit raya banyak-banyak kat saudara mara kita. Terus call @ whatsapp Kak Zara tau 018 - 977 2964
best tau dapat duit jajan walaupun hari raya pun popia pintal ada permintaan. Call tau ... Ok.. akak tunggu uols contact akak.
Saya terperanjat apabila ada beberapa orang 'pesakit' yang datang ke klinik. Mereka sebenarnya bukanlah mengalami apa-apa penyakit, cuma meminta saya menyuntikkan vitamin C secara intravenous (masuk terus ke dalam darah).
Saya melihat dose ampule suntikan itu , dan menggeleng kepala. Dos vitamin C dalam ampule yang agak tinggi, sedangkan dos yang dicadangkan adalah lebih kurang dari 100mg saja.
"apa keperluan puan menyuntik sebegini banyak Vitamin C ke dalam tubuh?"
"Untuk kecantikkan kulit, doktor."
"Tapi adakah doktor yang menjualkan produk ini memberitahu tentang kesan sampingan dan bahayanya?"
"Bahaya ke doktor kalau menyuntik vitamin C?"
Kesian kerana dia tidak pernah terfikir akan kesan jangka panjang. Saya menggeleng-geleng kepala.
"Minta doktor yang menjual produk ini menyuntik sendiri pada awak. Saya bimbang jika produk ini diambil tanpa kawalan dan penyeliaan, puan mungkin mengalami bahaya."
"orang yang jual itu bukannya doktor pun."
Saya hanya mengurut dada.
Kepercayaan bahawa vitamin C yang memberikan keajaiban mengekalkan tahap kesihatan sesorang bermula apabila seorang saintis bernama, Linus Pauling memberikan pendapat yang kontroversi dalam bukunya :How to Live Longer and Feel Better" pada tahun 1986, yang mencadangkan rawatan menggunakan Vitamin C yang berdos tinggi.
Semenjak itu vitamin C dianggap sebagai suatu produk ajaib dan dijual secara berleluasa tanpa mengira status kesihatan individu yang membeli produk itu. Malah mereka mengada-adakan dakwaan yang melampau dan keterlaluan terhadap pengambilan dos vitamin C yang berlebihan.
Linus Pauling, bersama Irwin Stone, mempromosikan vitamin C sebagai suplemen dan ubat yang mampu meningkatkan tahap kesihatan individu dan mengelakkan diri dari pelbagai penyakit dengan mencadangkan pengambilan vitamin C melebihi 10 gram sehari. (Pauling, Linus ;1970)
Pada hal kajian mereka semata-mata kepada pemakanan sepsis primates (monyet dan beruk) yang memerlukan vitamin C 20 hingga 80 kali lebih tinggi dari dos yang dicadangkan. (Milton,K;2003)
Pendapat mereka ditolak dan kebanyakkan ahli saintis yang dipercayai. (Richards E, 1988).
Ini kerana kebanyakkan bukti yang diberikan mengenai manfaat Vitamin C adalah secara berlebih-lebihan dan mereka mencadangkan dos yang terlalu tinggi.
Saya berpendapat bahawa Vitamin C harus diambil dengan berhati-hati mengikut dos yang dicadangkan.
Mereka mendakwa bahawa Vitamin C boleh merawat selsema, kanser, polio penyakit jantung dan stroke.
Pada hal kebanyakan manfaat ini hanyalah spekulasi yang diperolehi mengikut teori dalam buku dan makmal. Dakwaan mereka tidak berjaya dibuktikan pada pesakit.
Sebagai contoh , pada semakan Cochrane 2000 membuat kesimpulan bahawa suplemen Vitamin C tidak mengurangkan kebarangkalian untuk mengelakkan selsema (cold). Namun ia hanya membantu mempercepatkan penyembuhan dan mengurang simptom agar pesakit tidak menderita teruk akibat selsema. (Hemila, H; Chalker E, Douglas B;2000. "Vitamin C for preventing and treating the common cold")
Begitu juga dengan dakwaan bahawa Vitamin C mampu mengelakkan penyakit saluran darah yang tersumbat pada jantung (coronary disease) atau strokes (angin ahmar). (Houston, M. C;2010)
Dalam satu ujikaji , Linus Pauling dan Ewan Cameron merawat 100 pesakit kanser dengan memberikan rawatan VItamin C melalui intravenous dan mendakwa dapat memanjangkan umur pesakit kanser. (Cameron Em , Pauling L;1976)
Namun apabila ujikaji ini diulang semula oleh saintis lain, ia tidak memberikan keputusan yang sama. Ini bermakna Vitamin C tidak memberi kesan kepada hayat pesakit kanser dan ujikaji yang dilakukan amat diragui.
Creagon ET, Moertel CG, O'Fallon JR, et al "Failure of high-dose Vitamin C (ascorbic acid) theraphy to benefit patients with advanced cancer. A controlled trial". NEJM 301 (13): 687-690.
Malah dalam kajian terbaru mendapati Vitamin C bukan saja tidak memberikan kesan memanjangkan umur pesakit kanser tetapi menggangu keberkesanan rawatan kemoterapi pada mereka.
Heaney ML< Gardner JR, Karasavvas N,et al. (October 2008). "Vitamin C antagonizes the cytotoxic effects of antineoplastic drugs". Cancer Res. 68 (19): 8031-8038.
Sebelum ini terdapat kajian yang mengatakan bahawa lepuhan akibat kecederaan terbakar. Apabila kajian ini diulang ia tidak memberikan kesan seperti yang diharapkan.
Berger MM (October 2006). "Antioxidant micronutrients in major trauma and burns : evidence and practice". Nutr Vlin Pract 21 (5): 438-49
Vitamin C juga menyebabkan penyerapan zat besi yang terlalu banyak (iron-overload) dan menyebabkan kemudaratan bagi pesakit beta thalassemias dan hemochromatosis.
Kesan sampingan akan berlaku secara pasti pada hampir keseluruhan individu yang mengambil dos melebihi 3 gram sehari, dan baisanya menyebabkan cirit birit.
Kadar penyerapan ceruloplasmin juga akan menjadi rendah, dan individu akan mengalami tanda-tanda kekuranagan zat copper dalam tubuh.
Jacob RA, Skala JH, Omaye ST, Turnlunc JR. "Effect of varying ascorbic acid intakes on copper absorption and ceruloplasmin levels of young men." J Nutr. 117 (12): 2109-2115.
Pengambilan Vitamin C yang berlebihan pada jangka masa yang lama meningkatkan kebarangkalian mendapat katarak (age-related cataract)pada wanita yang berumur. (Rautiainen S, Lindblad BE, Morgenstern R, Wolk A. The American Journal of Clinical Nutrition 91 (2): 487-493)
Bagi individu yang mempunyai kekurangan enzyme glucose-6phosphate dehydrogenase (G6PD) harus berhati-hati mengambil vitamin C kerana mereka boleh mengalami kekurangan darah akibat sel darah merah mereka menjadi pecah akibat hemolytic anemia setelah menggunakan mengambil Vitamin C secara intravenous atau mengambil dos yang berlebihan.
Pengambilan Vitamin C yang berlebihan juga sangat bahaya pada pesakit ginjal dan boleh menyebabkan kematian.
Nankivell, BJ; Murali KM (2008). "Renal failure from vitamin C after transplantation". NEJM 358(4).
Walau bagaimana pun tiada bukti kukuh yang menyokong bahawa mengambil suplemen Vitamin C secara berlebihan akan menghasilkan batu karang pada ginjal. (Goodwin JS, Tangum MR ;". Arch. Intern Med. 158, 1998)
Namun pengambilan Vitamin C secara berlebihan boleh menyebabkan kematian, terutama apabila diambil melebihi 833gram bagi dewasa yang mempunyai berat 70kilogram.
(Safety (MSDS) data for ascorbic acid". Oxford University. October 9, 2005)
Saya tidak menghalang penggunaannya, tetapi meminta pengguna lebih berhati-hati dan mendapat penjelasan yang lengkap dan jelas sebeum menggunakannya.