Monday, 29 December 2014

Tak nak PANAS,Saya Nak S.U.A.M

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.


Hari ni akak nak kongsikan bagaimana nak hangatkan perbualan dengan kenalan baru dengan menjadikan komunikasi pertama kali itu menjadi lebih akrab pada masa akan datang.

Rupa-rupanya ada 4 teknik yang perlu diamalkan dalam memulakan komunikasi berkenalan dengan insan yang kita baru nak kenal tidak kira la di majlis Elmu ke, di perhentian bas ke, perhentian LRT atau sedang berada dalam tempat menunggu dalam pejabat pos. 

Kata kuncinya ialah S.U.A.M.
Apakah maksudnya?

S = SOAL
Cuba perbanyakkan bertanya soalan. Apabila kita bertanya soalan, ia menunjukkan kita sungguh berminat untuk meneruskan perbualan tersebut dan ia akan memberi impak yang baik kepada interaksi tersebut.

U = ULANG SEMULA
Ulang semula kata kunci yang disebut oleh kenalan kita itu. Apabila kita mengulangnya kembali, ia menunjukkan apa yang dikongsikan oleh kenalan kita itu sampai maksudnya kepada kita.

A = ANGGUK
Pergerakan mengangguk-anggukkan kepala menunjukkan kita faham dengan apa yang disampaikan dan seterusnya menghidupkan perbualan tersebut.

M = MUKA
Pandang muka kenalan kita ketika dia sedang bercakap dan selaraskan memek muka dan perasaan dengan kenalan kita itu.
Menarik bukan?
Akak berharap agar teknik-teknik yang dikongsikan dapat menghangatkan komunikasi uollss dengan sesiapa sahaja yang uollsss temui selepas ini.

Anak-anak akak dengan Mentor Motivasi terkenal dalam tahun 2011 di PWTC
Semoga sukses ya!
Harap tips tadi dapat menjayakan komunikasi uollss dengan kenalan baru pada masa akan datang. 
*******************************************************************************
Ada yang nak cuba samosa udang paling sedap hasil air tangan akak?
Sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964 


Related Posts:

  • Impian 101 Tercapai - Naik Tangga Menara KL Assalamualaikum kepada pembaca blog RZ,  Semoga kalian dalam keadaan sihat sentiasa.  Didoakan uollss semua kaya dan berjaya dunia akhirat. Bersyukur kepada Allah RZ masih diberi kesihatan yang baik dan RZ doak… Read More
  • Perhatian : Bahaya Garam Tersembunyi dalam Makanan Seharian AndaAssalamualaikum wbt, Apa khabar kepada semua pembaca blog RubyZara? RZ doakan semuanya dalam keadaan sihat, bahagia dan ceria sekarang dan selamanya. Aamiin Ya Rabb.. Baru ada kesempatan nak update blog ...Alhamdulillah RZ… Read More
  • Gempar !!! : Batch 3 Program NECK Serius Ganas!Assalamualaikum pembaca blog RZ,  Apa khabar semua? Hari ni berbesar hati sangat-sangat sebab RZ nak share testimoni program Now Everyone Can Kurus Batch ke 3 yang sangat memberi inspirasi kepada peserta yang lain.… Read More
  • Hah????!!! Nak Kurus Wajib Makan?? Assalamualaikum semua.... Apa khabar? Semoga semua dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia hendaknya.  Syukur Alhamdulillah akak dapat peluang untuk berkongsi lagi kali ni. Diharapkan ada sesuatu yang memberi manfaat d… Read More
  • Makan Kerap Untuk KurusAlhamdulillah.. Dah kenyang yer.. Ke ada yang belum lunch nie? Ingat tau.. Nak kurus, kena makan 5x sehari. Haa.. Mesti ramai yang belum tau Kekerapan makan akan membantu peningkatan metabolisma badan yang lebih tinggi.… Read More

4 comments: