Friday 2 June 2017

KENALI DIRI BERDASARKAN NOMBOR AKAR (ASAS)

KENALI DIRI BERDASARKAN NOMBOR AKAR (ASAS)

Assalamualakum wbt dan salam sejahtera akak ucapkan.. 

Terima kasih banyak-banyak sudi singgah sekejap membaca artikel akak hari ni.  Akak doakan apa yang akak kongsikan ini memberi manfaat buat anda yang membacanya.

Hari ni akak berbesar hati nak share tentang bagaimana kita nak mengenal diri berdasarkan nombor akar dari tarikh lahir kita. 

Teruskan membaca dan semoga apa yang akak share beroleh manfaat sebaiknya.





Nombor Asas Adalah 1 - Elemennya Adalah Logam

Anda Adalah Seorang LEADER. Mempunyai Kekuatan Diri Dan Sentiasa Berfikiran Positif. Teliti Dalam Melakukan Sesuatu Perkara. Mempunyai Kebolehan Dan Kebijaksanaan Untuk Melakukan Sesuatu Perkara.

Sentiasa Berada Di Hadapan Dan Selalu Menjadi Pemimpin Dalam Sesuatu Kumpulan, Persatuan Dan Sebagainya. Boleh Berdikari, Tegas Dan Mempunyai Cita Cita Yang Tinggi. Keyakinan Diri Yang Tinggi Dan Suka Bebas.

Ceburilah Bidang Yang Anda Minati Dan Akan Membuahkan Hasil Yang Baik Kerana Kejayaan Adalah Milik Anda. Anda Bersungguh Sungguh Melakukan Sesuatu Yang Anda Minati.

Yang Tak Bestnya Adalah Anda Tidak Mudah Jadi Pengikut, Sebab Anda Mempunyai Sifat Ketua Dan Kepimpinan. Anda Dilihat Sebagai Diktator Dan Kurang Berdiplomasi.

Anda Mahukan Pengikut/Orang Sekeliling Anda Setia Dengan Anda. Mementingkan Diri Sendiri Dan Tidak Mudah Menerima Kritikan.

NOMBOR ASAS ADALAH 2 - Elemen Adalah Air


Dua Adalah Simbol Untuk 2 Perkara, 2 Situasi, 2 Benda Dan 2 Pilihan Di Mana Anda Perlu Membuat Keputusan Salah Satu Daripadanya.

Anda Mempunyai Kebijaksanaan Dengan Idea Yang Bernas Tetapi Tidak Mempercayai Kebolehan Diri Sendiri. Anda Adalah FOLLOWER, Pembantu Yang Bagus, Kawan Yang Ideal, Pengikut Yang Baik Dan Pekerja Yang Bagus. Seorang Yang Penyayang, Pemaaf Dan Lembut Hati Membuatkan Anda Adalah Teman Yang Sempurna.

Dua Perkara Yang Membuatkan Anda Mudah Mencapai Apa Yang Anda Inginkan Adalah Dengan Cara Diplomasi Dan Kebijaksanaan. Kunci Kejayaan Anda Adalah Bekerjasama Dengan Orang Lain Yang Memberikan Anda Halatuju Dan Arahan.

Yang Tak Bestnya Adalah Anda Tidak Mempercayai Kebolehan Sendiri. Sukar Untuk Membuat Keputusan Yang Muktamad Dan Mudah Confuse Untuk Membuat Keputusan. Disebabkan Anda Lembut Hati, Anda Tidak Tahu Mengatakan TIDAK Kepada Orang Lain. Anda Juga Mudah Dipengaruhi Oleh Orang Lain.

NOMBOR ASAS ADALAH 3 - Elemen Adalah Api 

Anda Dikaitkan Dengan Karektor SERBA BOLEH (All Rounder). Nombor Tiga Adalah Nombor Segitiga Iaitu Simbol Kepada Manusia Yang Mempunyai Anggota Badan, Jiwa Dan Roh. Jadi, Anda Lebih Kepada Kerohanian, Kekuatan Pegangan Adat Kekeluargaan, Peraturan Turun Temurun Atau Agamanya.

Anda Dilihat Sebagai Agresif, Kreatif, Mudah Bersosial, Mudah Mesra, Pandai Berjenaka, Ceria Selalu Dan Mudah Bergaul. Juga Kebolehan Berfikir Dengan Baik.

Mempunyai Kelebihan Lisan/Bercakap Yang Boleh Digunakan Dalam Bidang Penulisan, Percakapan Dan Lakonan. Mudah Mengekspresi Pandangan Dan Perasaan Anda Terhadap Sesuatu.

Yang Tak Bestnya Anda Jarang Dapat Menghabiskan Atau Menyudahkan Sesuatu Perkara/Projek. Juga Anda Suka Cakap Lepas Tanpa Berfikir Dan Boleh Menyebabkan Orang Lain Terganggu.

NOMBOR ASAS ADALAH 4 - Elemen Adalah Kayu 

Analisa Umum

Individu Bernombor 4 Adalah Seorang Yang Mahu Membina Sesuatu Berdasarkan Logik Dan Asas Yang Kukuh. Nombor Ini Juga Menggambarkan Perancangan. Tidak Suka Membuat Sesuatu Dengan Sambil Lewa. Mengambil Berat Kepada Butiran Terperinci.

Anda Juga Tekun Bekerja, Mampu Bersabar, Bekerja Keras Dalam Sesuatu Tugasan, Sangat Peka Dan Tradisional. Suka Kepada Perkara Yang Mempunyai Sistem, Logik Dan Praktikal. Anda Juga Boleh Fokus Dalam Sesuatu Walaupun Orang Lain Sudah Hilang Tumpuan.

Anda Adalah Seorang Yang Loyal (Setia) Dan Konservatif.

Yang Tak Bestnya Anda Suka Simpan Sendiri, Berfikiran Sempit, Cemburu, Amat Degil Dan Suka Menggunakan Cara Sendiri Tanpa Menghiraukan Pandangan Orang Lain. Terlalu Menitikberatkan Perkara Perkara Remeh Sehingga Tidak Melihat Secara Keseluruhan Sesuatu Perkara.

Individu Bernombor 4 Ini Perlu Mengambil Kira Pandangan Orang Lain Dan Berterus Terang Dalam Sesuatu Perkara Itu. Potensi Dan Kapasiti Berdasarkan Nombor Kombinasi Individu Bernombor 4 Ini Perlu Mengambil Kira Pandangan Orang Lain Dan Berterus Terang Dalam Sesuatu Perkara Itu.

NOMBOR ASAS ADALAH 5 - Elemen Adalah Tanah

Individu Ini Mempunyai Tenaga Dan Semangat Yang Amat Kuat. Sentiasa Mahukan Perubahan Yang Berterusan. Suka Mencuba Perkara Baru Dan Melakukan Perubahan Mengikut Cara Yang Luar Dari Kebiasaan.

Amat Bangga Dengan Kebebasan Dan Sentiasa Teruja Dalam Melakukan Sesuatu Perkara. Sangat Rajin Dan Akan Mencapai Kejayaan Di Kemudian Hari.

Sentiasa Sibuk Mencari Sesuatu Kerana Merasakan Dunia Ini Adalah Sekolah. Individu Ini Juga Memerhatikan Setiap Peluang Untuk Mempelajari Sesuatu Daripada Setiap Pengalaman Yang Diterima.

Berkarisma, Boleh Memimpin Dan Selalu Menjadi Centre Of Attraction. Tak Suka Berangan Angan.

Tetapi Anda Juga Adalah Yang Suka Boasting Atau Jual Minyak. Anda Juga Seorang Yang Degil, Keras Kepala, Emosional Dan Pemarah. Anda Juga Mempunyai Perasaan Tidak Tenteram, Tidak Puas Hati Serta Perasaan Terlampau Inginkan Perubahan Yang Berterusan Dan Tidak Tetap Dalam Melakukan Sesuatu.

Individu Nombor 5 Ini Sepatutnya Lebih Relaks, Tidak Cerewet Dalam Isu Isu Kecil, Melihat Sesuatu Dengan Teliti Serta Menimbangtara Semua Fakta Yang Diperlukan Sebelum Membuat Sebarang Keputusan. Dengan Cara Ini, Individu Ini Akan Dihormati Oleh Semua Orang.

NOMBOR ASAS ADALAH 6 - Elemen Adalah Logam/Besi


Penyesuaian Diri Adalah Cara Anda Untuk Mendapatkan Apa Yang Diinginkan. Anda Terror Untuk Adjust Dalam Setiap Perkara.

Anda Selalu Memainkan Peranan Pendamai Kerana Anda Mempunyai Kefahaman Dan Kesabaran Untuk Melihat Dua Pihak Yang Bertelagah Untuk Mencapai Persefahaman Atau Perdamaian.

Cinta Merupakan Kekuatan Anda, Apatah Lagi Anda Adalah Seorang Yang Mementingkan Keadilan Dan Saksama. Rumah Dan Kekeluargaan Merupakan Titik Tolak Untuk Kebahagiaan Anda. Paling Produktif, Berorientasikan Keluarga Dan Keluarga Yang Hadir Selepas Perkahwinan Seperti Anak Anak, Adik Beradik Dan Saudara Mara.

Nombor 6 Mewakili Kesenangan Atau Kekayaan. Tidak Suka Pada Kemalasan Dan Membuat Sesuatu Secara Lewa.

Yang Tak Bestnya Anda Adalah Seorang Yang Degil, Suka Mengarah, Terlalu Mahukan Ketepatan Dan Membuat Sesuatu Yang Sukar Diterima Akal. Dan Dalam Melakukan Sesuatu, Anda Akan Buat Sekiranya Ada Benefit Ataupun Kepentingan.

NOMBOR ASAS ADALAH 7 - Elemen Anda Adalah Air

Individu Yang Bernombor 7 Ini Adalah Pencari. Seorang Yang Terlampau Suka Berfikir Dan Cenderung Untuk Mengkaji Diri Sendiri. Anda Akan Menyelidik Sesuatu Perkara Dengan Mendalam Untuk Mengetahui Sebab Musabab Ianya Berlaku.

Ada Kekuatan 6th Sense. Sukakan Originality. Merupakan Pemikir, Sukakan Kedamaian, Sukakan Ketenangan, Suka Kesempurnaan Dan Penganalisa Yang Hanya Akan Menerima Sesuatu Berdasarkan Fakta. Sukar Untuk Menerima Sesuatu Dengan Mudah.

Penuh Dengan Belas Kasihan, Penuh Dengan Sifat Membantu, Punya Minda Yang Baik Dan Mampu Untuk Mengumpulkan Pengetahuan Dari Semua Bidang.

Yang Tak Bestnya, Anda Adalah Seorang Yang Sensitif, Berangin Dan Suka Berahsia Yang Tidak Membantu Imej Anda Secara Luaran. Orang Menganggap Anda Adalah Seorang Yang Tidak Mempunyai Perasaan (Cold) Dan Ini Menyebabkan Anda Tidak Mudah Untuk Menjalinkan Perhubungan Ataupun Persahabatan. Anda Boleh Bertindak Kejam Jika Anda Berada Dalam Mood Yang Salah.

NOMBOR ASAS ADALAH 8 - Elemen Adalah Api 

Anda Sentiasa Mencari Sesuatu. Mempunyai Kebolehan Dalam Menguruskan Sesuatu Jabatan, Perniagaan, Projek, Tugasan Ataupun Institusi Kekeluargaan. Sekiranya Anda Sudah Berkahwin, Sudah Semestinya Anda Pandai Menguruskan Keluarga.

Anda Mempunyai Perancangan Yang Hebat Dan Amat Gemar Akan Suasana Kehidupan Yang Baik. Seorang Yang Bertanggungjawab, Tabah, Waras, Adil, Berterus Terang, Penilai Yang Baik, Tegas Dan Kuat Bekerja.

Terkenal, Kuasa Dan Bernasib Baik Adalah Tiga Perkara Yang Sentiasa Mengelilingi Anda. Anda Juga Seorang Yang Materialistik.

Tetapi Yang Tak Bestnya Adalah Disebabkan Anda Sentiasa Tercari Cari Dan Sibuk Melihat Lihat Sesuatu, Anda Kadang Kadang Tidak Tahu Apa Yang Anda Cari Sebenarnya. Jadi Berhati Hatilah Untuk Tidak Membuang Masa Melayan Perkara Perkara Yang Tidak Bermanafaat Atau Berfaedah.

NOMBOR ASAS ADALAH 9 - Elemen Adalah Kayu 

Anda Mempunyai Kebolehan Sebagai Penghibur. Anda Adalah Seorang Yang Sensitif, Mudah Memahami Dan Cepat Respon Kepada Orang Lain, Suasana, Sikap, Bunyi Dan Personaliti. Mempunyai Minat Yang Mendalam Dengan Sesuatu Yang Berkaitan Dengan Perkara Ghaib, Magik Ataupun Mistik.

Anda Seorang Yang Gagah, Boleh Dipercayai Dan Boleh Diharap Serta Menanggung Beban Tanpa Sungutan. Seorang Yang Cintakan Sesama Manusia Dan Sentiasa Berhasrat Untuk Menolong Orang Lain. Juga Tekun Dalam Membuat Sesuatu Dan Sentiasa Berusaha Walaupun Menghadapi Pelbagai Rintangan Dan Kekecewaan.

Anda Juga Mempunyai Personaliti Yang Pelbagai Sehingga Sukar Orang Lain Memahaminya Dan Terpedaya Dengannya. Anda Boleh Berubah Menjadi Seorang Yang Sangat Bersemangat, Teruja Atau Menjadi Seorang Yang Depresi Ataupun Muram.

Yang Tak Bestnya, Anda Mudah Berputus Asa Apabila Bertemu Halangan Dalam Melaksanakan Sesuatu. Oleh Itu, Anda Perlu Belajar Mengawal Emosi Secara Bijak Melalui Pemahaman Prinsip Kejayaan, Falsafah, Metafizik Dan Kaedah Kekuatan Kerohanian Yang Lain.

Nota daripada Xifu ihsan ( Pakar Metafizik Aura 769 )

0 comments:

Post a Comment