Friday 31 July 2015

WOW!!!! POWER of NECK!! Limited Opportunity!!

POWER OF NECK!!
Batch berganti Batch,
Bulan berganti Bulan,
Seorang demi Seorang.

Dari Besar ke Kecik,
Dari Gemuk ke Kurus,
Dari XXXL ke XXL,
Dari XXL ke XL,
Dari XL ke L.

Bahkan,
Ada yang Terpaksa Skip,
Dari XXL ke M,
Dari XL ke Xs..

KISAH Wow!!
Ini belum cerita tahap kesihatan mereka lagi.
Ada jugak, yang dulunya ambil drug.. Dah stop.
Ada jugak, yang dulunya bacaan gula dan kolestrol tinggi.
Kini normal.
Ada jugak, yang dulunya hampir strok..
Kini, aktif bahagia.
Ada jugak yang dulunya bertahun-tahun menanti gelak tawa anak,
Kini termengandung

Ada jugak yang dulunya mengandung bertahun-tahun,
Kini dah bersalin normal.
Hehehe..
Bersalin tanpa anak.
Macam-macam ragam ada dalam NECK.
Syukur kepadaNya, atas nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kami semua untuk terus membantu mereka.
Alhamdulillah.


MAMPU BERIBADAH 
Kini, mereka mampu mempertingkatkan amal ibadat kepadaNya selain berbahagia bersama insan-insan tersayang.
Jangan kata anda bahagia, jika bulan-bulan menghabiskan masa berdating di hospital.
Tiada siapa sanggup walaupun si kaya sekalipun.
Inikan mereka yang bersederhana.
Tiada lagi masa untuk membahagiakan insan-insan tersayang,
Tiada lagi peruntukkan waktu untuk bergembira di hujung minggu,
Tiada lagi sinar ceria melainkan duka menanti ajal.
Jangan! Jangan! Dan Jangan!
Biarkan diri kita mati kerana silap sendiri.
Ia MATI itu Pasti.
TAPI...
Kita perlu berusaha untuk hidup Sihat.
Sedangkan dalam Islam kita dididik untuk amalkan gaya hidup sihat berasaskan sunnah sama ada secara langsung mahupun tak langsung.
Dan non-muslim,
Ia bukan halangan kepada anda semua.

BERTINDAK SEGERA!!!
Kita semua sama.
Mampu Kurus dan Sihat.
Bertindaklah sekarang, sebelum OBESITI semakin mudarat.
Tak perlu tunggu anda OBES, baru nak bertindak.

Kerana MASA tidak menanti anda.
POWER of NECK!!
Limited Opportunity!!

Berminat?Jom Kita Kurus dan Sihat sama-sama.
Salam sayang dari akak , 
Zara Detox
018-977 2964
‪#‎NECK‬
‪#‎TeamNECK‬

Thursday 30 July 2015

.::Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan::.

.::Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan::.
Oleh Sheikh Tawfique Chowdhury 


1. Mulailah dengan niat yang bersih dan tulus. Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksimal, bersiaplah untuk memaksimalkannya. Jika kau benar2 ingin memperbaikinya, masih ada waktu! 

2. Hari ini, bacalah tafsir surat AlQadr, dan pahami apa yg sesungguhnya terjadi pada malam laylatul qadr. Kau akan merasakan keagungan dan kekuatannya in syaa Allaah.

3. Jangan menunggu hingga malam ke 27 untuk mengerahkan segalanya. Seluruh malam dari 10 malam terakhir seharusnya jadi targetmu. Bangunlah setiap malamnya. Jangan sampai laylatul qadr terlewati begitu saja.

4. Jangan ikut-ikutan dengan perayaan2 atau kegiatan2 yang diada2kan (bid'ah) oleh kelompok2 tertentu. Ikutilah sunnah nabi shalallaahu 'alayhi wasallam. Tuntunan beliau adalah : "barangsiapa yang berjaga (tdk tidur) dan berdoa pada malam laylatul qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa2nya yang telah lalu akan diampuni." 

5. Hafalkan doa malam laylatul qadr yang diajarkan Rasulullaah shalallaahu 'alayhi wasallam ini : Allaahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu'anni (ya Allah, engkau maha pengampun dan menyukai pengampunan, maka ampunilah aku).

6. Siapkan daftar pendek doa doa untuk dipanjatkan. Ingat, ini adalah waktu yang sangat istimewa bagi seorang hamba. Malam Qadar! Malam ditetapkannya takdir! Pilihlah doa doa terbaik untuk agamamu, dunia akhiratmu dan keluargamu. Jangan lupakan saudara2mu muslimin yang tengah kesusahan di berbagai belahan dunia. 

7. Sempatkan tidur siang sejenak jika memungkinkan. Jagalah perutmu agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera setelah isha dan tarawih sekedar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlah untuk beribadah.

8. Jangan lupakan keluargamu! Rasulullah membangunkan para istrinya pada malam2 ini. Anak2 pun bisa diajak beribadah untuk beberapa saat, walau mungkin tidak selama orang dewasa. Siapkan, semangati dan motivasi mereka!

9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri berpengaruh secara psikologis. Pakailah pakaian yang bagus dan wewangian (khusus di rumah untuk wanita) ketika beribadah.

10. Pilihlah spot khusus yang selesa untuk beribadah, sama ada di mesjid atau di rumah. Letakkan sajadah, mushaf dan air minum sehingga kita tidak perlu beranjak dari sana jika perlu minum.

11. Ini BUKAN malam untuk pasang status (misalnya : "alhamdulillah, nikmatnya bermunajat kepadaNYA malam ini" dsb) di FB atau media sosial apapun. Biarlah itu jadi rahsia indah antara hamba dengan Rabbnya. Maka, matikan dulu HP, tablet dan komputer. Putuskan dulu hubungan dengan dunia, dan nikmati jalinan hubungan dengan al-'Afuww!

12. Jika mengantuk, maka pelbagaikan bentuk ibadah antara solat, bermunajat dan membaca Qur'an. Lakukan berselang-seli. Jangan habiskan malam untuk mendengarkan ceramah atau tilawah, atau kalau sangat ngantuk, dengarkan sebentar saja untuk menghilangkan mengantuk.

13. Sabar adalah kuncinya. 10 malam terakhir mungkin akan sangat memenatkan. Anda mungkin masih harus bekerja, sekolah atau aktiviti lainnya. Ini adalah saat untuk bersabar dengan keleltihan itu. Ingatlah Allah telah menganugrahimu dengan kesempatan berharga (akan luasnya ampunan)yang mungkin saja tidak datang lagi. Bukankah kita akan berlari walau apapun yang terjadi jika kita tahu pasti bahwa ini adalah ramadhan terakhir kita dan surga hanya selangkah lagi?

14. Ini yang paling penting : husnudzhon lah kepada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah kau sedang meminta pada Raja Yang Maha Pemurah. Jika kau berharap yang terbaik, Dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapanNYA. Jangan biarkan keragu2an dan prasangka buruk menjauhkanmu dari Arrahman Arrahiim.

Allahumma ballighna layl atal qadr
Wassalam













Semoga apa yang akak kongsikan tentang 10 Malam Terakhir ini memberi sinar untuk kita dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan. 

Diharapkan amalan kita akan terus istiqomah walaupun Ramadhan berakhir dan terus kita mengamalkan apa yang terbaik untuk rutin kehidupan kita.

Hanya Allah Maha Mengetahui.

Salam sayang daripada Akak, 
Zara Ratu Detox.

Assalamualaikum wbt.

Wednesday 29 July 2015

Wow !! Baru Tahu Suplemen Bukan Ubat Kurus

Assalamualaikum semua, 
Terima kasih sudi singgah ke Blog akak lagi. Semoga Allah rahmati kalian.
Hari ni akak suka nak share tentang Ubat Kurus. 
Akak kurus makan ubat kurus ke?
Oh Tidak!!!
Akak fobia dengan ubat-ubat yang kononnya cepat kurus. Tapi kesannya , issshhh...tak nak sebut kat sini.
Ok..camni akak citer, ada yang beranggapan supplement adalah Ubat Kurus. Sebenarnya bukan dan langsung tak sama.
Ubat Kurus banyak guna 'racun' yang menggalakkan pembuangan air.


Jadi bila seseorang yang berat . Berkilo kilo kilogram ambik ubat kurus memang dia akan hilang banyak air. Orang Obes banyak air.
Syok la seketika berat badan turun. Lepas tu tak turun dah kalau asyik harap ubat kurus tu.
Supplement adalah makanan tambahan, bukan secara langsung untuk kurus tapi ada supplement membantu untuk kurus.
Contohnya banyak Vitamin penting dalam proses sintesis protein dan karbohidrat serta insulin, ada peranan dalam proses fisiologi dalam badan.
My point jangan salah anggap Supplement adalah ubat kurus ok Emotikon smile
Set Cadangan Set Slimming Cara Zara

Jangan biarkan tubuh badan anda dipenuhi lemak sebegini
Amalkan la gaya hidup sihat sebegini
Sentiasa pastikan berat badan dalam terkawal
Untuk Elmu sihat dan kurus selamanya , hanya dalam program menurunkan berat badan terhebat masa kini
Yang paling best untuk capai berat badan ideal, NECK mewajibkan kita makan dan JANGAN SKIP makan. 
Jadi kesimpulannya kan, bila kita nak turunkan berat badan hendaklah ada Elmu. Dengan adanya Elmu,  berat badan ideal dapat dicapai dengan mudah dan adanya Mentor memudahkan lagi kita mencapai matlamat yang dicitakan.

Akak menyeru kepada sahabat akak yang sedang membaca perkongsian akak kali ni, periksa semula keadaan BMI kita. Jika dalam lingkungan warna kuning sebenarnya korang dalam bahaya dan ia akan menghantui korang seumur hidup.
Akhir kata , semoga perkongsian akak kali ini memberi manfaat dan sama-samalah kita sayangi kesihatan tubuh badan kita. Jangan zalimi diri kita dan akak doakan korang sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Sekian, 
Salam Sayang dari akak,
Your Trustes Shaklee Agent
Zara Detox
018-977 2964

Tuesday 28 July 2015

AWAS : Jaga-jaga Pakai Terompah Kayu

"JAGA-JAGA, TERGELINCIR"
= = = = = = = ==  ==  = = = =  =
Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah, atau terkenal disebut Imam Hanafi, pernah berjalan bertentang arah dengan seorang budak kecil yg berjalan mengenakan terompah kayu.

Sang imam berkata : "Jaga-jaga, Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kau tergelincir".Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.
"Nu'man namaku", jawab sang imam.
"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam agung) itu..??", tanya si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu, Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelar itu kepadaku", jawab sang Imam.

"Wahai sang Imam, berhati - hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka karena gelar itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."


Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' dr seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yg begitu dalam maknanya, justru datang dari lidah seorang budak...

Saudaraku tercinta...
Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu karena POSISI YG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTADZ, AL MUKARROM, SYAIKH) dan sebagainya...

Mari berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN..
Agar jangan sampai kita tergelincir...
Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran,pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia...

Ingatlah...

"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai daripada seribu tangan yg menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."
Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...
Kerana sahabat yg baik adalah pelita/lentera di kegelapan..
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap...

Ketahuilah...
"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi"
(Hadits Riwayat Muslim).

JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT,WALAUPUN DATANGNYA DR SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'.

"Undhur maa qaala wa laa tandhur man qaala" - "Perhatikan APA yg disampaikan dan jangan melihat SIAPA yg menyampaikan"


Thursday 23 July 2015

Wowww ! Guna Telegram Pun Boleh Khatam Al Quran????

Assalamualaikum Semua , 
Apa khabar ? Semoga kalian dalam lindungan Allah SWT dan sentiasa dalam keadaan sihat serta bahagia bersama mereka yang disayangi. 
Bersyukur akak kepada Pencipta kita kerana kali ni akak dapat berkongsi lagi dalam blog akak yang akak sayang ni. 
Apa yang tamak pahala tu? Macam pelik je bunyinya kan? Jom baca apa yang akak nak kongsikan ye..

Impian nak adakan Kumpulan Tadarus Al Quran
Sebenarnya akak cadang sebelum puasa lagi nak tubuhkan kumpulan Tadarus. Tapi bagaimana? Akak bersungguh nak jugak adakan kumpulan tadarus Ramadhan kali ni. 

Jadi , akak melobi ke group telegram yang akak ada. Akak ajak sesapa yang nak join tadarus dan akak perlukan dalam 30 orang sahabat tapi rezeki kami dapat disatukan 35 orang. Alhamdulillah. Ini pun dah ramai bagi akak sebab kami nak capai matlamat untuk berkhatam dalam Ramadhan dan masing-masing memang tak mampu nak habiskan 30juzuk secara berseorangan. Alhamdulillah. Allah memberi kami jalan untuk capai misi yang sama.

Aktiviti Ramadhan yang dicemerlangkan 
Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita melakukan perkara kebaikan.  Alhamdulillah .... Syukur Akak diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan kali ni juga akak berjaya menubuhkan kumpulan Tadarus Al Quran KN Online dalam Telegram.
Kami meletakkan misi 3 kali khatam bersama sahabat tadarus akak. 3 kali khatam itu akak ilhamkan dengan pembahagian berikut : 
  • 10 hari awal Ramadhan 
  • 10 hari Pertengahan Ramadhan 
  • 10 hari Akhir Ramadhan
Gunakan teknologi yang ada ke arah kebaikan 
Alhamdulillah ....kami berjaya!!!
Berjaya membahagikan bahagian juzuk yang akan dibaca oleh ahli kumpulan dan sesiapa tak dapat habiskan baca kami sebolehnya bantu supaya lengkap semua pusingan untuk capai misi yang dimatlamatkan awal-awal lagi. 

Ada beberapa percubaan dalam pembahagiaan juzuk. fuuuhhh...bab ni memang mencabar akak sebagai admin kumpulan. Relax and cool je...dalam hati boleh ke? ada lagi budak kecik ni kan? Akak kuatkan semangat dan sentiasa berdoa pada Allah untuk ilhamkan kepada akak bagaimana cara untuk kami selesaikan 3x khatam dalam 29hari Ramadhan. Masa yang ada memang singkat. 

Allahu Akbar! 
Berikan aku jalan yang terbaik ...Sesungguhnya Engkau la yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. Akak dapat juga draf jadual pembahagian juzuk dan susun ikut giliran. Pembahagian berjalan dengan lancar.
Fuuuuhhhh!! Lega!

Cabaraan Tadarus Al Quran Secara ONline
Semua perkara yang dilakukan pasti ada cabaran, kami juga tak terkecuali diduga.
Antara dugaannya : 
  • Ada ahli yang tak update - mungkin luar kawasan tak dapat liputan internet 
  • Ada ahli yang tak sihat dan tak bukak data langsung, maka terputus hubungan. 
  • Ada ahli yang baca last minute nak habis tempoh pusingan 
  • Ada ahli yang uzur dan lambat update untuk kawan lain sambungkan bacaan. Ini la yang paling menghuru-harakan admin a.k.a akak la sebab nak kena arrange sapa yang nak kena ganti diorang yang uzur ni.. Nak-nak pulak diorang ni boleh plak uzur berjemaah. lagi la akak pening....nak nangis rasanye masa tu. Namun dalam group tu akak steady je la konon2 boleh handle. tapi disebalik tabir akak gigihkan PM sorang-sorang untuk mohon bantuan. bila kenang balik kelakar pun ada tau. Macam best je main kejar-kejar untuk closing tadarus ni. 
Ini kali pertama kami bersama dalam acara sebegini. Alhamdulillah berjaya bersepakat dan dapat menyelesaikan semua pembacaan yang telah ditetapkan. Syukur sangat Allah memudahkan urusan kami sekumpulan. 

Yang bestnye lagi kan, kami tak pernah bersua dan berjaya satukan hati untuk bersama-sama istiqomah mendampingi Al Quran dan sentiasa bertadabbur untuk meneruskan kehidupan dengan berlandaskan ajaran yang terkandung dalam Al Quran. 

best ke bEst?

Kami Khatam Quran 3 kali dalam sebulan Ramadhan
Kami khatam 3 kali pada ....
  • 10 Ramadhan sebelum berbuka puasa ( 27 jun 2015  )
  • 20 Ramadhan sebelum berbuka puasa ( 07 julai 2015 )
  • 29 Ramadhan sebelum berbuka puasa ( 16 julai 2015 )
Tahniah buat semua sahabat Tadarus Al Quran KN !!!

Sambung Bertadarus
Part ni yang paling best. Oleh kerana dah nak habis pusingan tadarus dalam Ramadhan ni, akak buat survey kepada sahabat, sama ada nak stop atau sambung bertadarus dan bertadabbur selepas Ramdhan ni? 

Rata-rata nak sambung lagi bertadarus dan akak mensasarkan semua sahabat berjaya baca 30juzuk dan kami merancang khatam sekurangnya 1kali sebulan dan pembahagiaan juzuk akan diberikan lebih banyak daripada pembahagiaan dalam bulan Ramadhan.

Syukur Alhamdulillah sangat-sangat sebab masing-masing dah mula suka berdamping dengan Al Quran, ada yang kongsikan pengajaran ayat, ada yang kongsikan doa yang boleh diamalkan daripada potongan ayat Al Quran. 

Kan best macam tu kan? Kita pun dapat jugak elmu yang dikongsikan dalam masa sama kita sentiasa mengimarahkan Al Quran sebagai panduan kehidupan seharian kita. 

Kepada sahabat tadarus akak, ini adalah pencen kubur kita pada masa depan kita. Diharapkan dapat la kita memanfaatkan masa dan ruang yang ada. 

Akak mengalu-alukan sekiranya ada yang nak ajak kawan-kawan yang lain untuk menyertai kumpulan tadarus Al Quran KN. Semakin besar kumpulan kita semakin besar la kita TAMAK NAK KUMPUL PAHALA.

Betul ke Betul?

1 Syawal 1436H ( 17 Julai 2015 )
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!


Syawal dah datang, Ramadhan dah tinggalkan kita. Masa yang berlalu dah jadi sejarah dan kami berjaya isikan Ramadhan kami dengan pengisian yang lebih baik daripada Ramadhan lepas. Harapan kami semoga kita semua dipertemukan Ramadhan 1437H dan merancang untuk meningkatkan lagi prestasi kami pada Ramadhan akan datang. InshaaAllah.

Apa yang kami syukuri adalah kami dapat bersama-sama kumpul semangat untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan. Kami berebut bangun malam untuk qiam bukan semata nak kejar malam-malam terakhir Ramadhan malah kami rindu untuk menambah amalan sepanjang Ramadhan sebab kami tahu umur kami belum tentu sampai ke Ramadhan akan datang, dan mengharapkan Allah terima semua amalan yang kami lakukan. 

Kami juga berharap apa yang kami lakukan dalam Ramadhan bukan sekadar dalam Ramadhan sahaja malah biarlah kami diberikan kekuatan untuk sentiasa istiqomah menghidupkan malam kami dengan tahajud supaya kubur kami diterangi Spot light yang seterangnya semasa dalam alam kubur. SubhanaAllah...begitulah impian kami. 

Hanya Allah yang Maha Mengetahui perjalanan kehidupan kita namun kita sebagai Hamba yang jahil ini hendaklah sentiasa mohon agar kita sentiasa menyintai Allah lebih daripada segala-galanya dan sentiasa dilorongkan kepada melakukan kebaikan. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah, Akak rasa setakat ini sahaja perkongsian akak kali ni. macam dah banyak akak berceloteh dan akak harap kalian beroleh manfaat daripada apa yang akak kongsikan kali ini. 
Sebenarnya rasa sebak semasa akak menaip ni tapi air mataku hanya dalam hati. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan kita semua sentiasa berdampingan dengan Al Quran setiap masa.
Semoga kita istiqomah dalam bertadabbur Al Quran
Ini juga merupakan memori kami bersama dalam satu keluarga dan sehingga kini akak berharap silaturrahim kami terjalin dan kekal selamanya. 

Al fatihah buat Nabi Muhammad SAW, buat ibu bapa kita, buat sahabat / saudara mara kita yang masih hidup dan yang telah dijemput Allah SWT. 

Al fatihah buat diri kita dan mohonlah sentiasa pada Allah agar kita sentiasa dikuatkan kecintaan kepada Al Quran dan Sunnah. 

Sekian dan terima kasih sudi meluangkan masa membaca perkongsian akak. 
Maafkan akak jika ada perkataan yang mungkin tersilap. 

Akhir kata dari akak, mohon SHARE entri ini jika anda rasa ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan kepada orang lain. Terima kasih sekali lagi. 

Salam Sayang Kecintaan kita 

kepada Al Quran dan Sunnah, 
Zara admin Kumpulan TAKN 
(Tadarus Al Quran Khalifah Niaga)
p/s : hubungi akak untuk sertai kumpulan kami 018 977 2964. 

 Ini beberapa gambar yang akak dapat kongsikan sepanjang kami bersama dalam Kumpulan Tadarus Al Quran KN Ramadhan 1436H. 



















Bahaya Makan Terburu-buru !

Assalamualaikum semua , 
Apa kabar? Lama dah akak tak bersiaran. 
Hari ni akak nak kongsikan tips nak elakkan makan terburu-buru. 

" Tahukah anda makan dengan mengunyah serta menikmati setiap makanan akan membantu anda untuk cepat berasa kenyang dan puas dgn apa yang di makan walaupun kuantiti makanan yg diambil tersebut tidak banyak?"

Penyelidikan daripada Universiti Rhode Island Kingston AS, menyatakan bahawa seseorang boleh melambatkan proses makannya hanya mengambil sebanyak 70 kalori sahaja lebih rendah berbanding mereka yg makan dengan cepat.

Apa akibat makan terburu-buru?

  • Tercekik dah semestinya 
  • Makanan tak hadam dengan sempurna 
  • Menjadikan kita gelojoh, Nabi tak suka umatnya gelojoh.
  • Menampakkan kita tiada adab ketika makan dan ini akan membuatkan orang sekeliling kita tak selesa dengan gaya makan kita. Kawan pun segan nak ngaku kawan tau bila kita gelojoh tak tentu hala.

Tips nak mengelakkan makan dengan terburu-buru :

  • Releks.
  • Sebelum makan, tarik nafas melalui hidung & hembus nafas secara perlahan-lahan melalui mulut beberapa kali.
  • Suap makanan ke dalam mulut dgn kuantiti yg sedikit dan kunyah makanan tersebut perlahan-lahan.
  • Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  • Makan ikut gaya Rasululllah SAW.
sambung baca lagi ye....



Cara Makan Nabi Muhammad SAW
  • Jangan makan buah setelah makan nasi tapi makanlah buah sebelum makan nasi. 
  • Tidur sejam selepas makan tengah hari
  • Jangan sesekali meninggalkan makan malam kerana ia akan memakan usia kita dan kandungan kolestrol dalam badan akan lebih berganda kandungannya. 
  • Ada dalam kitab-kitab mengatakan jangan campur makan makanan darat dengan makanan laut. Ini akan memberi kesan pada jangka masa panjang.
  • Nabi mencegah makan ikan dengan minum susu kerana mudah dapat penyakit. 
  • Nabi juga mengajar kita supaya makan dengan tangan dan bila habis makan hendaklah menjilat jari. Ada penemuan mengatakan enzim yang terkandung pada celah jari adalah agen pencerna makanan. Ia sangat bagus membantu sistem pencernaan dalam tubuh kita.
Jom sama-sama kita amalkan sebagaimana Rasulullah SAW ajarkan kepada kita. Ini semua akan memberi manfaat dan kesihatan kita pasti terjaga.


Ada lagi .... teruskan baca lagi k ...

Akak nak bagi Ebook percuma ...

sila la download ye ...akak belanja...klik sini untuk ebook Percuma 

Amalan Pemakanan Sihat NECK 

Dalam Program NECK kami diajar makan dengan cara berhemah. Makan ikut keperluan dan bukan makan ikut nafsu semata. 

Alhamdulillah dalam program 100hari yang akak sertai sebelum ni banyak mendidik akak untuk kawal nafsu makan dan semestinya akak dah berjaya lalui fasa untuk jaga dan amal pemakanan sihat sahaja. 

Pastinya badan sihat dan poket pun makin tebal sebab akak tak perlu bermewah lagi dalam menyediakan makanan macam sebelum sertai NECK yang nak kena sediakan bahan masak bagai. 

Best tau.. 

Penyediaan makanan yang ringkas tapi masih sedap dan semestinya menyihatkan. Bahan masak yang murah , mudah dan tak risau jaminan kebersihannya. Ini membantu anda lebih sihat bersama orang yang anda sayangi. Ye la kan...bagi yang berkeluarga akan menyediakan makanan. Yang penting kesihatan pun terjamin!

Akak nak offer ni? Ada yang nak belajar penyediaan makanan sihat ? 

Nampak sedap kan? Sennag je ni nak sediakan , Kami Krew NECK memang dah terer masak macam ni.
Sila hubungi akak dan akak akan ajar satu persatu supaya anda semua akan lebih sihat dengan menu yang akak kongsikan. 

Salam Sayang, 
Zara Ratu Detox 
Sentiasa Menemani anda, 
018 9 7 7 29 64