Monday, 29 December 2014

Tak nak PANAS,Saya Nak S.U.A.M

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.


Hari ni akak nak kongsikan bagaimana nak hangatkan perbualan dengan kenalan baru dengan menjadikan komunikasi pertama kali itu menjadi lebih akrab pada masa akan datang.

Rupa-rupanya ada 4 teknik yang perlu diamalkan dalam memulakan komunikasi berkenalan dengan insan yang kita baru nak kenal tidak kira la di majlis Elmu ke, di perhentian bas ke, perhentian LRT atau sedang berada dalam tempat menunggu dalam pejabat pos. 

Kata kuncinya ialah S.U.A.M.
Apakah maksudnya?

S = SOAL
Cuba perbanyakkan bertanya soalan. Apabila kita bertanya soalan, ia menunjukkan kita sungguh berminat untuk meneruskan perbualan tersebut dan ia akan memberi impak yang baik kepada interaksi tersebut.

U = ULANG SEMULA
Ulang semula kata kunci yang disebut oleh kenalan kita itu. Apabila kita mengulangnya kembali, ia menunjukkan apa yang dikongsikan oleh kenalan kita itu sampai maksudnya kepada kita.

A = ANGGUK
Pergerakan mengangguk-anggukkan kepala menunjukkan kita faham dengan apa yang disampaikan dan seterusnya menghidupkan perbualan tersebut.

M = MUKA
Pandang muka kenalan kita ketika dia sedang bercakap dan selaraskan memek muka dan perasaan dengan kenalan kita itu.
Menarik bukan?
Akak berharap agar teknik-teknik yang dikongsikan dapat menghangatkan komunikasi uollss dengan sesiapa sahaja yang uollsss temui selepas ini.

Anak-anak akak dengan Mentor Motivasi terkenal dalam tahun 2011 di PWTC
Semoga sukses ya!
Harap tips tadi dapat menjayakan komunikasi uollss dengan kenalan baru pada masa akan datang. 
*******************************************************************************
Ada yang nak cuba samosa udang paling sedap hasil air tangan akak?
Sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964 


Related Posts:

  • Misi Hujung 2015 : Nak bagi Badan Fit dan Cergas Assalamualaikum semua ,  Bersyukur pada Ilahi kerana akak masih dapat berkongsi hari ni dalam entri hari berkenaan misi akak untuk lebih sihat , selim dan gojes.  Apakah misi akak itu? Sebenarnya akak teringin nak … Read More
  • Gel Amani Sport Dah Jumpa Kekasih GAS Setiap kali marathon saya pasti akan sertai sebab untuk meneruskan gaya hidup yang lebih sihat dan cara ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dengan mengenal rakan-rakan baru dalam event yang saya sertai. Nak-nak lepas da… Read More
  • NECK BATCH 10 Bermula 7 Nov 2015 Lebih dari 100 orang menyertai NECK Batch 10. Kalau baby umur 10 bulan ni dah boleh merangkak dah kot.  Namun program #NowEveryoneCanKurus yang masih muda belia merangkak ni, mampu dibanggakan kerana telah me… Read More
  • Apala sangat Zara Sertai Larian MPKJ Mizuno 2015 Bismillah... Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT berpeluang lagi akak untuk berkongsi dalam blog kesayangan akak ni. Thanks kerana sudi singgah.untuk baca perkongsian akak.  Marathon ke 4 dalam 2015. Kali ni adalah marath… Read More
  • Gempak! Seluar Bersalin Terbaek!!! Amalan menyambut kelahiran atau prosedur pemeriksaan vagina dan menyambut kelahiran di Pusat-pusat Kesihatan dan Hospital Kerajaan biasanya mendedahkan aurat, iaitu bukan sahaja bahagian kemaluan yang perlu diperiksa, bahkan… Read More

4 comments: