Thursday 26 February 2015

Program Now Everyone Can Kurus














Jom sertai Program Hebat 2015 ini. Sila hubungi RZ (Zara) 018 977 2964 untuk info selanjutnya.

Monday 16 February 2015

Part 1 : Seronoknya Everyone Can Kurus dengan Mudah

Assalamualaikum semua ...
Apa kabar semua?
Nak bagi tau ni...akak (RZ) ubah sikit gelaran nama k..
Nampak komersil sikit. Ok ke OK?

RZ kali ni nak share kemeriahan Program Now everyone can Kurus (NECK) yang telah dilancarkan pada 1hb Feb 2015 lepas. Setelah 14hari kami, peserta dikehendaki menimbang berat badan terkini dan ini adalah cara kami dipantau bersama Mentor kami, Firdaus dan Trainer kami,Abang Ketak.

Sudah 15 hari program ini berlangsung dan energy kami semakin hangat. Kami meneruskan perjuangan untuk jadi lebih sihat dalam program sebegini. Ramai lagi yang kurang yakin dengan apa yang kami lakukan sekarang namun kami percaya untuk menurunkan berat badan adalah mudah jika kami mengikut arahan Mentor dan Formula MESTI yang diikut dengan betul. 

Mudah je..semua dah ada dalam link ini. Nanti download dan baca ye..ada banyak perkongsian yang ada dalam ebook ni. Sama-sama manfaatkan ye.

http://www.noweveryonecankurus.com/zara


14 hari selepas NECK ada Pencapaian yang Mengujakan

Alhamdulilah...
Masing-masing menunjukkan prestasi yang baik dengan penurunan berat badan yang tak disangka-sangka. 

Ada yang turun hingga 6kg,4kg, dan semestinya ada penurunan walau hanya 1kg penurunan. Sudah tentu ada perbezaan kerana tahap metabolisme setiap individu adalah berbeza. RZ sendiri hanya 1.2kg sahaja tapi RZ dapati ukuran pinggang RZ berbeza daripada ukuran pada 1hb Feb. Bila ukur pada 15/2/15, ukuran pinggang RZ ialah 31.5inci berbanding 33 inci sebelumnya. Kehilangan 1.5 inci dalam masa 2minggu adalah sangat mengujakan. 

Dengan mengikut saranan daripada Abang Ketak, akak ni terpaksa berubah lebih runcing dalam 14hari.
Ini lagi power. Teruja nak tau berat badan, dia timbang awal sehari namun memang menampakkan kejayaan menurunkan berat badan.
Kami hanya dilatih melalui telegram group dan caj dikenakan RM50 sepanjang 100hari dalam program. Sangat berbaloi bila kami diajar beramai-ramai dalam proses menurunkan berat badan secara sihat. Kami wajib makan 5kali sehari mengikut masa yang telah ditetapkan dan wajib update dalam telegram group setiap kali makan. Ini bertujuan untuk memantau kami makan dengan kadar kalori yang cukup dan betul.
Pengambilan makanan dititik beratkan sepanjang NECK
Makan ikut keperluan bukan kehendak
Bersenam dengan Telegram je
Part ni yang RZ suka.

Walaupun RZ pernah menurunkan berat badan sehinggan 9kg sebelum ni tapi RZ belum boleh berasa SELESA dengan pencapaian sebelum ni, sebab dalam badan ni masih ada lemak-lemak degil yang RZ kena buang. Abang Ketak nak RZ lebihkan workout double up supaya badan lebih fit dan capai berat badan ideal, 51kg. 

Namun untuk 100hari ni RZ target capai 55kg pun dah syukur.
Tiada yang mustahil jika kita ada BIG WHY yang besar
Jadual RZ kena bersenam 4x seminggu. Pakaian juga dikhaskan dan tak  boleh ngelat serta WAJIB JUJUR update apa yang kita buat setiap hari sepanjang workout atau bersenam.

Setiap kali workout, RZ target dapat membakar hingga 300kCal dari sesi kardio, batgirl style, squat, lunjes dan star jumping. 
Jadual untuk RZ buat squat
Sangat best bila badan berpeluh. Kami dalam Group sangat teruja berkongsi setiap step yang kami lakukan. Abang Ketak bagi arahan hanya dalam Telegram group dan kami tau kami kena JUJUR dan wajib bantu diri sendiri dengan bimbingan Abang Ketak.
Beginilah laporan yang kena update kat Abang Ketak
Dulu tak terpikir pun nak joging dengan baju hujan tapi dalam NECK dah uniform wajib kami untuk lebih pembakaran lemak
Pertama kali buat Seminar NECK dengan jayanya
Gambar-gambar kemeriahan NECK yang RZ dapat kongsikan. Kami hanya berhubung melalui Telegram saja selama ni dan pertama kalinya Seminar NECK diadakan pada 15/2/15 dan RZ sebagai urusetia bagi membantu menjayakan seminar ini. Dijangkakan kami akan buat lagi. Kalau nak join nanti contact RZ tau 018 977 2964.
Selesai seharian berseminar bersama Mentor dan Trainer kami
Masing-masing berposing sakan 
Seronok dapat face to face dengan Abang Ketak.
Sahabat RZ dengan Founder Program Maria Firdaus
Best kan?

Hah!! Apa tunggu lagi??!!

Daftarlah kat RZ untuk batch kedua ni yang akan bermula pada 1hb Mac 2015 ni.


Serius ...sangat berbaloi bila uollsss join NECK ni. Kami ada hadiah untuk mereka yang turunkan berat badan terbanyak tau. Lagi la best..

Kalau di luar sana uoollsss pasti dikenakan bayaran yang sangat mahal untuk ilmu menurunkan berat badan tapi di sini kami sangat berbaloi dengan ELMU yang dikongsikan menjadikan kami lebih berdisiplin dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dalam usaha menurunkan berat badan. RZ memang teruja nak uoolsss join dan tiada program seumpama ini dari penganjur yang lain-lain.

Akhir kata, diharap perkongsian RZ kali ni memberi manfaat kepada uollss yang sering gagal menurunkan berat badan dan kepada yang memang tercari-cari program yang membantu uollss nak jadi sihat dan kurus, inilah programnya.

RZ doakan semoga uoollss dalam keadaan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dalam apa jua situasi uollss.


Jangan lupa buka link ni tau. Pasti ada inspirasi buat uollsss.
http://www.noweveryonecankurus.com/zara

Salam sayang dari, 
Zara Ratu Detox,
a.k.a RZ _RubyZara Empire Founder
018 977 2964 

Thursday 12 February 2015

BAHAYA!!! Mata Berbintik ia tanda Kolesterol Tinggi

Assalamualaikum kepada yang sudi membaca entri akak hari ni..
Serius sikit perkongsian akak kali ni sebab sana sini cerita tentang bahaya kolestrol tinggi. 

Apa itu kolestrol?
Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.
Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Bukan mudah nak ubah pemakanan yang sedia dalam rutin kehidupan normal suka yang makanan yang bergoreng, berminyak, bersantan, manis dan masin. Kita check apa tanda-tanda kolestrol tinggi pada seseorang.
Tanda-tanda Kolestrol tinggi
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah. 
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.
Jom kita sama-sama bantu saudara kita jika ada nampak ada keadaan begini pada matanya.
Tengok mata kita, kawan-kawan kita. Jika ada yang begini WAJIB kita bantu mereka
Contoh ilustrasi ini adalah kesan kolestrol yang sangat tinggi hinggakan timbulnya biji-biji lemak dan menjadikan seseorang itu akan mula merasa rendah diri dengan keadaan diri dan lebih menakutkan keadaan tubuh badannya yang mungkin obesiti. Ini memerlukan tindakan yang cepat supaya sistem kardiovaskularnya belum terganggu, Jika dibiarkan akan menyebabkan saluran darah dalam jantung tersumbat dan memungkinkan keadaan lebih parah akan menjadi sesak nafas kerana kurangnya oksigen dalam darah, 

Jaga-jaga ye uollsss...

Jika ada tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu kita boleh lakukan?
Bila dalam keadaan macam ni kita kena la buat pemeriksaan segera dengan doktor. Kita akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol. 


Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?
Cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. 

Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul.

Selain itu boleh juga amalkan infused water @ air detoks yang mana ia dibuat dengan buah-buahan atau sayur-sayuran yang mengandungi khasiat tersendiri. Ini adalah kegemaran akak, yang mana akak ada kongsikan dalam entri sebelum ini.

Kesan kolestrol tinggi dalam badan
Jumlah kolestrol yang tinggi dalam badan akan menyebabkan banyak masalah kesihatan yang serius kepada sistem kardiovasular badan. Darah dalam badan akan membawa kolestrol ke organ-organ dalam badan dan kalenjar , yang mana ini dipanggil kolestrol baik. Jika kolestrol berlebihan akan menyebabkan sistem kardiovaskular (jantung) akan terganggu.

Pastinya kita risau kan?

Maka, jadilah seorang yang bijak dalam pemilihan makanan seharian supaya kita terhindar daripada situasi sebegini.


Bayangkan jika sistem kardiovaskular kita terganggu dan menyebabkan saluran darah dalam jantung akan tersumbat akibat kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.
Suplemen yang akak boleh cadangkan untuk kawal kolestrol dalam badan
Alfalfa - 700 biji tablets ( cadangan makan 10biji sehari, 5biji selepas sarapan, 5biji selepas dinner. 
Herb Lax 120 biji tablets ( cadangan makan 4 biji sehari , tapi disarankan makan 3x seminggu) 
DTX complex 90 biji tablets ( cadangan makan 1 biji sehari) 
Phytocol 120biji tablets ( cadangan makan 2biji sehari selepas lunch 1x, selepas dinner 1x ) 

Peringatan !!

Diingatkan supaya minum air mencukupi apabila mula mengambil suplemen ini kerana ia akan membantu memudahkan untuk membersihkan organ dalam bahagian dalam kita terutama usus dan perut serta mengoptimumkan fungsi hati dalam sistem tubuh badan kita. Jika kekurangan air suplemen sukar untuk bertindak dalam membantu memperbetulkan sistem dalaman badan kita dan ini juga menyebabkan ramai menyalahkan suplemen tidak membantu sedangkan silapnya adalah kerana kadar minum sangat berkurangan. 

Sekurangnya 2liter patut kita bekalkan kepada tubuh badan supaya sistem dalam badan dapat berfungsi sebaiknya. 
Set ini sangat POPULAR untuk membantu mengawal kandungan kolestrol dalam badan seseorang


Phytocol khusus untuk menghalang kolestrol melekat dalam tubuh badan dan menjadikan tubuh badan menjadi lebih sihat
Kandungan dalam Phytocol dijamin selamat kepada semua
Best ke best? 

Jika ada yang nak menDETOXkan diri, jom la contact akak terus ye. Boleh akak guide untuk lebih sihat secara natural bersama Shaklee yang akak sayangi ni.

Sebelum akak akhiri perkongsian, akak nak share tentang paras kolestrol yang baik untuk keperluan badan kita. Cuba kita ambik tau sekejap , adakah kita ni  berada pada paras kolestrol yang tinggi tanpa kita sedari?

Meh akak share panduan untuk mengukur kadar bacaan kolestrol:

Kadar Kolesterol (
kadar trigliserida ):

Kadar kolesterol NORMAL: jika kolesterol kurang dari atau sama dengan 200 mg/dL.
Kadar kolesterol SEDERHANA TINGGI: jika kolesterol berada pada 200-239 mg/dL.
Kadar kolesterol yang BERBAHAYA, jika kolesterol lebih dari 240 - 499 mg/dL.


Kadar kolesterol yang SANGAT BERBAHAYA, jika kolesterol lebih dari 500 mg/dL.

Bacaan ini hanya akan diketahui apabila kita menjalani ujian kolestrol di pusat kesihatan atau di hospital.

Setakat ini saja perkongsian akak kali ni, harapan akak sama-samalah kita jaga kesihatan kita dan kena bijak dalam mengatur pemakanan supaya kita menjadi lebih sihat dan tiada gangguan daripada kolestrol tinggi. Diharap ada manfaat daripada perkongsian akak kali ni. 

Silalah tinggalkan komen untuk akak terus berkongsi dan tegurlah akak jika ada pembaikan yang diperlukan supaya perkongsian akak menjadi lebih menarik.

Untuk menyertai Super Detox Group Bersama akak boleh add akak dalam telegram 018 977 2964Akak akan beri Elmu Detox yang akak ada dan memberi inspirasi untuk terus sihat, ceria dan anggun bergaya bersama Shaklee. 

Jom download ebook percuma khusus untuk pembaca entri akak kali ni sebagai tanda penghargaan daripada akak.


COD Area untuk suplemen Shaklee : 
Sungai Buloh, Telok Panglima Garang, Jenjarom , Bandar Baru Sungai Buloh, Damansara Damai, Saujana Utama. 

Tuesday 3 February 2015

10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum kepada yang sudi membaca entri akak hari ni..
Hari ni akak nak kongsikan amanat dari MENTOR kejayaan akak dalam membentuk sahsiah diri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang membaca dan ayuhlah kita sama-sama mengambil TINDAKAN BERANI untuk berubah. 
Jom kita sama baca sampai ke penghujung perkongsian ini dan semoga apa yang disampai menjadi inspirasi kepada kita semua.
________________________________________________________________________________________
Salam semua

Jika kita ingin lihat samada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam jangkamasa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi yang bagus, sihat dan produktif.

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya adalah jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold The Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Akak akan cari buku ni juga suatu hari nanti pada 1.5.2015
Di dalam forum tersebut yang saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billlionare dan philantrophist serta business leader. 

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenalpasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangkamasa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-

1/ Bangun awal pagi seawal 4pagi dan paling lambat 5pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)

2/ Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3/ Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi)/ Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi)/ Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4/ Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5/ Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6/ Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7/ Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik

8/ Minum pagi/ sarapan

9/ Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10/ Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi cuma di perkemaskan over the years dan di sesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

Jom sama-sama kita manfaatkan pagi kita
*Ingat :-
1/ jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2/ jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3/ kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.

Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

Kongsikan dengan 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat.
__________________________________________________________________________________________

Kesimpulanya kan, 

Program yang akak sertai sekarang ni iaitu program NOW EVERYONE CAN KURUS adalah program yang membuatkan kita menjiwai dan merasai bagaimana jutawan akhirat sebab memang program kami menekankan aktiviti #workout atau exercise dalam masa 30 minit hingga 60 minit.
Selain itu kami diajar untuk tidur awal supaya mendapat tidur yang cukup dan menjadikan kami dalam keadaan segar apabila bangun pagi. Biar nampak macam simple je amalan tapi impaknya sangat besar dalam diri kita.

Kepada yang terasa nak menyertai kami dalam program ini , sila hubungi akak ya. Akak sentiasa terbuka hati untuk membantu uollsss jadi jutawan akhirat sekaligus dapat jadi jutawan dunia akhirat. 

Wallahu'alam.
Ini platform Jutawan Akhirat yang akak cari selama ini.
Akhir kata, akak harap perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk download ebook percuma akak ye. 

Semoga uollsss dalam lindungan Allah SWT dalam apa jua yang uollss sedang lakukan dan uoollsss beroleh manfaat daripada perkongsian akak kali ni.

Luv uollsss..

Salam Kasih sayang, 
Zara, 
Pakar Detox dan Krew Program 
Now Everyone Can Kurus 
018 977 2964 

Monday 2 February 2015

Program Now Everyone Can Kurus Bermula 1 Malaysia

Assalamualaikum wbt semua..semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya. 

Teruja akak nak share tentang program Now Everyone Can Kurus (NECK) yang sudah bermula pada 1hb Februari 2015 ,sama tarikh dengan hari ulangtahun kelahiran mak akak.
Actually kan,akak sendiri sebagai urusetia program ini yang mana mendapat sambutan serata Malaysia. Serius best sangat2!

 Nak tau apa dia Program ni buat?


OK..

Sebenarnya program ini adalah program menguruskan berat badan dalam masa 100 hari secara sihat dan uollsss boleh baca info program dari link tersebut.. 

http://www.noweveryonecankurus.com/zara

Banyak info yang boleh dimanfaatkan dan masih belum terlambat untuk menyertai program ini. 


Sambutan menggalakan untuk menurunkan berat badan secara berjemaah 
Menurunkan berat badan adalah satu perkara mudah jika kita tahu dan ada FORMULA M.E.S.T.I kurus. Sekaligus tiada kerisauan lagi berat badan naik semula. Ini semua ada diajar dan dipantau dalam masa 100hari program. 

Namun usaha program ini bukanlah kita dikehendaki jaga makan dalam masa 100 hari sahaja tapi dengan program ini mendidik kita sebagai manusia yang menghargai kesihatan dan nikmat bila kita dalam lingkungan berat badan dan BMI yang ideal mengikut ketinggian individu. 

Best kan?

Issshhh...tak nak la citer banyak2 ...akak memang excited nak ajak korang join program ni. Sangat berbaloi program ni. Tak payah bayor trainer #beriban sebab kami ada Mentor untuk #Kurus_dan _sihat.

Janganlah berlengah lagi..sampai bila uollsss nak simpan #Berat_badan yang dah lebih-lebih? Jom la join program best ni yang mana banyak info dan praktikal yang diajar sepanjang program. 

Kesian kat badan kita tau nak bawak beban yang tak sepatutnya. Alhamdulillah akak masih di landasan yang betul dan sedar nak 'kuruskan' badan dengan cara dan FORMULA M.E.S.T.I KURUS.



Semangat macam ni bukan sekadar 100 hari saja
Kepada yang memang teringin nak turunkan berat badan tapi masih buntu mana satu kaedah nak guna , jangan segan hubungi akak ke telegram 018 9772 964. 

Akak akan bantu sedaya upaya dan kita sama-sama menjadi SIHAT dan terpaksa KURUS. 

Antara kata-kata motivasi buat kami
Ok la uollsss...akak nak kena pegi workout ni sebab akak antara peserta dalam NECK dan akak kena la capai apa yang akak nak capai ...

OK akak share sikit apa yang akak impikan selepas 100 hari nanti.

Percaya sebelum Berjaya Pasti Berjaya punya
Akhir kata, akak ucapkan salam hujung minggu daripada akak dan jangan lupa download ebook percuma akak ye. 

Semoga uollsss dalam lindungan Allah SWT dalam apa jua yang uollss sedang lakukan dan uoollsss beroleh manfaat daripada perkongsian akak kali ni.

Luv uollsss..

Salam Kasih sayang, 
Zara, 
Pakar Detox dan Krew Program 
Now Everyone Can Kurus 
018 977 2964