Monday, 29 December 2014

Tak nak PANAS,Saya Nak S.U.A.M

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.


Hari ni akak nak kongsikan bagaimana nak hangatkan perbualan dengan kenalan baru dengan menjadikan komunikasi pertama kali itu menjadi lebih akrab pada masa akan datang.

Rupa-rupanya ada 4 teknik yang perlu diamalkan dalam memulakan komunikasi berkenalan dengan insan yang kita baru nak kenal tidak kira la di majlis Elmu ke, di perhentian bas ke, perhentian LRT atau sedang berada dalam tempat menunggu dalam pejabat pos. 

Kata kuncinya ialah S.U.A.M.
Apakah maksudnya?

S = SOAL
Cuba perbanyakkan bertanya soalan. Apabila kita bertanya soalan, ia menunjukkan kita sungguh berminat untuk meneruskan perbualan tersebut dan ia akan memberi impak yang baik kepada interaksi tersebut.

U = ULANG SEMULA
Ulang semula kata kunci yang disebut oleh kenalan kita itu. Apabila kita mengulangnya kembali, ia menunjukkan apa yang dikongsikan oleh kenalan kita itu sampai maksudnya kepada kita.

A = ANGGUK
Pergerakan mengangguk-anggukkan kepala menunjukkan kita faham dengan apa yang disampaikan dan seterusnya menghidupkan perbualan tersebut.

M = MUKA
Pandang muka kenalan kita ketika dia sedang bercakap dan selaraskan memek muka dan perasaan dengan kenalan kita itu.
Menarik bukan?
Akak berharap agar teknik-teknik yang dikongsikan dapat menghangatkan komunikasi uollss dengan sesiapa sahaja yang uollsss temui selepas ini.

Anak-anak akak dengan Mentor Motivasi terkenal dalam tahun 2011 di PWTC
Semoga sukses ya!
Harap tips tadi dapat menjayakan komunikasi uollss dengan kenalan baru pada masa akan datang. 
*******************************************************************************
Ada yang nak cuba samosa udang paling sedap hasil air tangan akak?
Sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964 


Related Posts:

  • Tak perlu Pembedahan , Buasir Kak Lila dah Sembuh Sepenuhnya Assalamualaikum wbt .. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdekakah Kesihatan Kita ? Ok semua.. Hari ni Kak Noor nak sharing sikit tentang erti ‘Kemerdekaan Kesihatan’. Apa erti kemerdekaan kesihatan dalam diri kit… Read More
  • Pengedar Vitamin C Terbaik Assalamualaikum wbt.  Sedia maklum ramai perempuan suka sangat makan vitamin C..tapi gula-gula yang kita makan tu... betul-betul  ada Vitamin C ke? .Hari ni kak Noor rasa nak share macam mana … Read More
  • Buat Bisnes Forever Living Bismillahirohmanirrohim..Assalamualaikum wbt buat pembaca blog Kak Noor yang dihormati dan dikasihi Allah SWT.Hari ni berbesar hati nak ajak kawan-kawan yang tercari-cari bisnes online yang sangat berbaloi dengan modal yang s… Read More
  • Ikhtiar Penawar Vertigo 011-5176006Ikhtiar penawar Vertigo - Forever Aloe Berry NectarAssalamualaikum wbt semua , Terima kasih kerana sudi singgah ke blog KakNoor hari ni. Hari ni Kak Noor nak share pasal penawar vertigo. Tak ramai yang tahu pas… Read More
  • Set Imunisasi Forever Living 011-51760016Assalamualaikum wbt Semua tahu sekarang ni dah masuk Julai 2021 dan dah hampir 2 tahun kita dalam pandemik Covid 19 yang masih belum ada penawarnya.Kerajaan Malaysia giat memperluskan aktiviti memberi suntikan vaksin kep… Read More

4 comments: