Monday, 29 December 2014

Tak nak PANAS,Saya Nak S.U.A.M

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.


Hari ni akak nak kongsikan bagaimana nak hangatkan perbualan dengan kenalan baru dengan menjadikan komunikasi pertama kali itu menjadi lebih akrab pada masa akan datang.

Rupa-rupanya ada 4 teknik yang perlu diamalkan dalam memulakan komunikasi berkenalan dengan insan yang kita baru nak kenal tidak kira la di majlis Elmu ke, di perhentian bas ke, perhentian LRT atau sedang berada dalam tempat menunggu dalam pejabat pos. 

Kata kuncinya ialah S.U.A.M.
Apakah maksudnya?

S = SOAL
Cuba perbanyakkan bertanya soalan. Apabila kita bertanya soalan, ia menunjukkan kita sungguh berminat untuk meneruskan perbualan tersebut dan ia akan memberi impak yang baik kepada interaksi tersebut.

U = ULANG SEMULA
Ulang semula kata kunci yang disebut oleh kenalan kita itu. Apabila kita mengulangnya kembali, ia menunjukkan apa yang dikongsikan oleh kenalan kita itu sampai maksudnya kepada kita.

A = ANGGUK
Pergerakan mengangguk-anggukkan kepala menunjukkan kita faham dengan apa yang disampaikan dan seterusnya menghidupkan perbualan tersebut.

M = MUKA
Pandang muka kenalan kita ketika dia sedang bercakap dan selaraskan memek muka dan perasaan dengan kenalan kita itu.
Menarik bukan?
Akak berharap agar teknik-teknik yang dikongsikan dapat menghangatkan komunikasi uollss dengan sesiapa sahaja yang uollsss temui selepas ini.

Anak-anak akak dengan Mentor Motivasi terkenal dalam tahun 2011 di PWTC
Semoga sukses ya!
Harap tips tadi dapat menjayakan komunikasi uollss dengan kenalan baru pada masa akan datang. 
*******************************************************************************
Ada yang nak cuba samosa udang paling sedap hasil air tangan akak?
Sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964 


Tuesday, 23 December 2014

Fuh : Pengalaman Ngeri nak diparangkan

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.

Hari ni akak nak Akak nak share apa yang berlaku kat akak jumaat lepas 19.12.14. Akak nak ke Shah Alam untuk update pendaftaran perniagaan akak di Pejabat SSM. 
Semoga ada iktibar daripada perkongsian akak hari ni.
Akak dalam perjalanan ke Shah Alam
Akak ni sebenarnya lebih selesa menunggang motosikal untuk ke satu-satu destinasi. Maka, akak nak ke SSM sebab nak update alamat operasi dalam pendaftaran perniagaan akak. 
Sedang akak merempit di highway KESAS, ada sebuah lori kontena besar di belakang akak membunyikan hon. Maka akak pun sudah tentu la terkejut...Ermmm, mujur tak melatah ... Allahu Akbar!! 
"Sabor je la aku mamat ni! " detik hati akak. 
Amboi..mentang-mentang lori ko besor...suka je nak buli aku ye..
Kemudian, dia perlahankan lori dan akak agak ...dia mesti berhenti punya nak marah akak..
Dia pun dan turun dari lori tersebut sambil bawak parang kontot dan konon-konon nak ugut pukul akak.
Ini bukan sebenar. sekadar hiasan ye. 
"haha", seramnya..detik hati akak..Hati akak ni tak berhenti berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW banyak2.

Dan akak berfikir ,"dia ajak gaduh ni". Fine ...hadap je.
Tapi saat tu akak pulak tak de rase takut sebab Allah ada dengan akak. Dia duk pung pang bebel. Akak malas nak melawan sebab akak ada urusan nak buat dan akak kena gerak cepat ni. Akak tak de masa nak dengor dia membebel.
Sorry to say
Bagi meredakan kemarahannya, akak hanya say "sorry" ...supaya kemarahannya tak berpanjangan.
YES!!! its worked!!!
Dia terus senyap..tak kata apapun walau sepatah lepas akak kata gitu.
MAGIC WORD !!!
Rentetan daripada babak tu, ada sebuah kereta Kanc berhenti dan keluarlah dua orang jejaka nak tunjuk hero bertanyakan kepada akak apa yang dah terjadi. Akak pun ceritalah. 
Tapi mamat india ni lebih-lebih la pulak. Mamat India tu tak puas hati lagi kat akak rupanya. 
Akak pun kata, " Eh, Tambi, I dah say sorry kan? apa lagi mau cerita? ", senyap terus. 
Perjalanan Diteruskan
Selesai babak tu, akak pun meneruskan perjalanan menuju ke SSM, di Shah Alam. Mujur sempat sampai. Urusan pun lancar. 
Suka akak tengok keadaan dalam SSM tu sebab ramai dah berjaya jadi peniaga, terutama yang sebangsa dan seagama dengan akak . Tapi akak tak sempat la nak kenal-kenal..kalau tak, sudah tentu dapat la sorang dua untuk agen samosa akak..Hahaha! Sempat aje nak bermarketing. Akak tak sempat sebab melayan PM yang masuk dalam whatsapp / telegram akak bertanyakan Promosi Shaklee Disember 2014 ni. 
Triple Promotion la katakan. Memang wajib la bersesak bertanya soalan tentang set kecantikan tu. Alhamdulillah, dapatlah akak memberi info dan membantu kawan akak lebih sihat dengan memulakan pemakanan sihat Shaklee.

VITAMIN C BUY 6 percuma 1!
VITAMIN E BUY 6 percuma 1!
COLLAGEN BUY 3 percuma 1!


Kepada yang nak order Produk berkenaan untuk tawaran istimewa ni, sila pm akak tau.

Moral of the story daripada kejadian
**************************************
  1. Power of forgive boleh meleraikan kemarahan sesiapa pun dalam sekelip mata
  2. Percaya Allah ada di sisi kita dalam apa jua situasi.
  3. Percaya sebelum berjaya, akak bukan nak gaduh. Akak percaya akak mampu kawal keadaan. Power of NLP.
  4. Berani hadapi apa jua situasi tanpa bergantung kepada sesiapa melainkan Allah SWT. 
  5. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap masa supaya syafaat baginda sampai kepada kita. 
  6. Selalu-selalulah memaafkan orang dan kita mohon maaf supaya lidah kita lembut nak mengungkap atau mohon maaf juga.
  7. Perkara mudah sebegini tak ramai mampu buat. Maka, sama2 la kita mulakan memaaf / mohon maaf kepada yang berkenaan.
  8. Jangan gaduh-gaduh, nanti rezeki susah nak dekat tau. 
Mesti nak tau ‪#‎apa_punca‬ kejadian kan?
‪#‎kenapa‬ dia marah?
Sebab dia tercabar dengan tindakan berani akak tunjuk jari tengah kat dia selepas dia hon akak masa tu, tu yang dia sangka dia boleh buli macam tu je masa kami di atas hiway yang sama. Konon nak jadi hero cerita tamil. Chit!
‪#‎jika‬ akak sama2 marah, sudah tentu dia dah tetak akak dengan parang kontot dia tu.
‪#‎power‬ of detoxition of ‪#‎spiritual‬ akak berjaya kawal keadaan tersebut.
Alhamdulillah..bukan mudah nak kawal kemarahan tapi ia mudah jika kita tau caranya.
Sekadar berkongsi kisah yang baru berlaku pada jumaat 19.12.14 lepas.
*******************************************************************************
Ada yang nak cuba samosa akak?
Ada yang nak tenang dalam hadapi situasi sebegitu macam akak? 

Ada yang nak sentiasa bersemangat macam akak?

Ada yang nak jadi lebih luarbiasa macam akak?
sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964 

Akak sentiasa doakan sesiapa yang baca entri akak ni...adalah insan yang beriman dan bertaqwa, kaya berjaya dunia akhirat.

Wednesday, 17 December 2014

7 Amalan Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya.

Hari ni akak nak kongsi rutin pagi akak best tau...sapa nak follow , persilakan la.
Ok akak bagi listing la bagi senang faham.

  1. Bangun awal pagi 5am ...dah siap mandi juga..siap2kan diri tahajud
  2. Lepas Tahajud , sambung solat Taubat.
  3. Kemudian sambung dengan berzikir yang akak buat dengan menyebut nama-nama Allah..Ya Allah 5000x, Ya Rahman 100x, Ya Razzak 100x, Ya Aziz 100x, Ya Fattah 100x, Ya Wahab 100x, Istighfar 100x , Selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW 100x,
  4. Solat sunat sebelum Subuh dan seterusnya mengerjakan Solat Subuh di Awal waktu.
  5. Diikuti bacaan Surah Yasin 1x selepas solat subuh
  6. Kemudian menyambung bacaan Al Quran ( Target 100ayat sehari )
  7.  Sedekah Subuh Setiap hari sekurangnya RM1/sehari dan diikuti Solat Dhuha seawal jam 8apagi dah boleh dilakukan. Uolss boleh buat dengan 2, 4, 6 semaksimumnya hingga 12 rakaat. 
Ini adalah kaedah mudah menjemput rezeki yang akak amalkan. Sama-sama kita perbaiki amalan rohani kita. Kita kejar akhirat kita dapat dunia akhirat.

In Shaa Allah..sama-sama kita istiqamah ye. 

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada yang membaca entri ringkas ini.


Akak dapat buku ni dalam sejam dah habis baca dan berkobar
sangat memperbaiki amalan diri.
Selamat Beramal dan hendaklah kita sentiasa perbaiki amalan supaya kita menjadi hamba Allah yang dirahmati lagi dilindungi dunia akhirat.
Allah Maha Mengetahui.
=============================================================
Ada yang belum pernah baca buku Meudahnya Menjemput Rezeki ini?
sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964 untuk tempahan.

Akak sebagai perantara untuk uollsss sama-sama menjemput rezeki. 

In shaa Allah akak bantu uollss...

Sebab akak sayang uoollsss!

Tuesday, 16 December 2014

Now Akak Can Speak 2014

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya. 

Hadiah Birthday Zara..


Alhamdulillah..Akak bersyukur atas nikmat Allah Taala memanjangkan usia akak dalam bertemu kembali tarikh 12.12.2014 sekaligus bertambah lagi usia akak ke double three.

Semangat akak sampai habis seminar pun masih bertenaga lagi ke level 10


Apa hadiah untuk akak tahun ni?
Akak ada kata sebelum ni kan?

Akak memang tak harap sesapa pun bagi hadiah untuk akak ..akak sediakan hadiah untuk diri sendiri dan akak akan pasti akak akan dapat manfaat daripada hadiah yang akak dapatkan tu. 
Ini dia...akak dah book tiket untuk join Seminar ni sejak Oktober 2014. Excited sangat nak jumpa speaker hebat terutamanya Datuk Aznil Haji Nawawi. 


Seminar Paling Best sepanjang 2014
Ini Hadiah Istimewa untuk diri akak
Apa perkongsian yang akak dapat dalam seminar NECS? 
Nanti akak kongsikan dalam next entry ya.. 
Seminar "Now Everyone Can Speak"  NECS adalah seminar Public Speaking terbesar di Malaysia dan ini adalah julung-julung kalinya diadakan dengan penyertaan lebih 1000 orang di Bangunan Matrade , Kuala Lumpur pada 13.12.2014 sehari selepas ulangtahun kelahiran akak. 

Perkongsian kali ni akak menyeru, jangan la takut untuk membuat pelaburan menuntut Elmu dalam apa jua perkara. Tak rugi malah kita sangat untung apabila setiap majlis Elmu yang dihadiri adalah ibarat berjuang sebab Allah suka orang yang menuntut Elmu. 

Apa dah Jadi? Akak Gugup?
Sangat superb bila nampak Pak Nil live depan mata. Kami tunggu giliran Pak Nil pada sesi malam. Kami tak putus asa menunggu sebab sesi Pak Nil adalah kemuncak program hebat ini. 

Pengalaman akak masa tu , akak dapat naik pentas apabila Pak Nil memerlukan volunteer untuk naik ke pentas untuk belajar bercakap kat atas pentas. (Masa ni tak da rakaman gambar sebab kami tidak dibenarkan rakam gambar semasa seminar berlangsung ). 

Tak pe la..akak rasa puas. Walau sebenarnya akak sangat gugup masa tu bila berdepan 1200 orang dalam dewan dan mereka tertumpu pada kami yang di atas pentas. Uollsss mungkin lebih baik daripada akak namun ini adalah pengalaman akak yang sangat akak hargai dalam hidup akak. 

Masa tu skrip yang diberikan kepada akak langsung tak dapat dibaca dengan intonasi yang ditetapkan oleh Pak Nil. Kenapa la jadi terkunci dan tergamam. Serius akak memang menggigil masa tu. 

Haha...Hambek kau...! Nak sangat bercakap kan? Ingat senang kalau tak belajar bab macam ni, ingat boleh terus bercakap macam tu je? 

Itu la pengalaman pertama akak di atas pentas depan orang yang sebegitu ramai dalam dewan dan akak akan terus mempelajari teknik public speaking supaya akak dapat  menyampaikan informasi dengan gaya yang sesuai dan dapat menarik minat orang lain mendengar ucapan akak atau perkongsian akak pada masa akan datang. 

Semoga akak menjadi seorang speaker atau pengajar yang mampu memberi manfaat kepada orang lain dalam menyampai Elmu kepada yang memerlukan. In shaa Allah. Doakan akak ye. 

Terima Kasih kepada Semua speaker hebat  sepanjang hari berkongsi iaitu :-


  • Tuan Rizal Rashid
  • Puan Annshafeera Ibrahim 
  • Dato' Aliff Syukri Kamarzaman
  • Tuan Amin Idris
  • Cik Fara Fauzana dan yang paling kelassssss
  • Datuk Aznil Haji Nawawi.

=======================================================

Gambar-gambar yang akak share ni , sebab nak bagi korang terasa terbakor nak Join pada masa akan datang. 


Hebat Rizal Rashid ni. Suaranya sangat lunak dan sangat berkarisma orangnya.
Ini Amin Idris dalam perkongsian Komunikasi Gaya Rasulullah SAW
Ayu je Fara Fauzana dengan penampilan pinky nye
Nampak tak akak dapat wefie dengan Fara? Siap upload dalam IG Fara lagi tau.
Kami memang sporting kan? Sanggup jauh-jauh dari belakang pegi ke depan tau
Aksi Dato' Aliff Syukri dengan Fara Fauzana

Pak Nil dengan Ramlah dalam sesi usik mengusik menggunakan gaya
 intonasi suara yang mampu mencairkan hati perempuan.
Sangat sampai mesejnya. Terkesan sungguh!

Energi LuarBiasa Hebat
Sepanjang seminar ni dari pukul 9am sampai la ke pukul 11pm, akak masih mengekalkan stamina akak, energy Luarbiasa akak, Semangat nak Belajar akak ke paras yang maksimum lebih kepada level 10. 

Sangat superb apabila frekuensi positif dapat dikumpulkan dalam satu dewan begini. Setiap kali nak mulakan sesi perkongsian speaker, Emcee akan penuh bertenaga menari supaya kita dalam keadaan selesa menerima Elmu daripada Speaker hebat-hebat ni. 

Ini rahsia akak camne akak kekalkan stamina akak sepanjang hari dalam seminar tu tanpa ada rasa letih dan menguap pun.
Ini la peneman akak sepanjang seminar NECS 2014
Kebaikan Performance Drink Shaklee

Rasa Oren yang sangat asli dan sedap. Uollss pasti suka !
Habis Seminar NECS pada jam 11.30pm akak masih bertenaga dan
 tiada rasa mengantuk. Akak sangat suka Performance Drink ni.
Ke mana-mana adalah peneman setia akak.

Terima kasih uoollsss kerana sudi membaca entri akak kali ni. Akak sayang uoolllsss.
Sekian untuk entri kali ni. Nanti akak sambung lagi cerita yang best-best!
Semoga perkongsian akak memberi sedikit manfaat kepada uollsss.

==============================================================

Ada yang nak sentiasa bersemangat macam akak?
Ada yang nak jadi lebih luarbiasa macam akak?
sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964

Friday, 12 December 2014

Zara Bertindak untuk Menjadi Insan Luarbiasa Part II_12122014

Assalamualaikum wbt semua..
semoga uollsss dalam keadaan ceria, bahagia, sihat hendaknya. 
Khas untuk yang nak berubah menjadi luarbiasa macam akak hari ni akak nak share bagaimana akak bangkit memulakan bisnes akak.
Pertamanya akak suka sangat nak kongsikan istimewanya samosa akak. 
Sedap ke? Best sangat ke?
Ok. Baca ni.
Keistimewaan samosa udang akak
=========================
1) Menggunakan resepi sendiri tanpa ciplak mana-mana resepi.
2) akak menggunakan kulit popia untuk membuat samosa yang sangat berkualiti & menjadikan samosa akak sangat istimewa. Sebenarnya kegilaan akak makan samosa mencetuskan akak untuk akak belajar bagaimana menghasilkan samosa yang sangat sedap & menjadi kegemaran ramai.

3) samosa akak tidak menggunakan sebarang Bahan perasa @ MSG melainkan perasa kari yang menyedapkan samosa akak, iaitu akak menggunakan rempah kari BABA's.
berkongsi pengalaman dapat makan samosa yang sedap.

4) Samosa akak ada pelbagai perisa supaya sesiapa pun boleh tempah mengikut kesukaan uoollss...best kan? 

5) Akak sanggup belajar buat samosa dan menjadikan diri akak pakar samosa berperisa dan bercita-cita besar nak bukak kilang samosa pada 12/12/2015. Doakan ye. 

6) Kepada yang pernah makan samosa akak, pasti akan repeat order. Ini dah dijangka sebab samosa akak lain daripada lain. Serius, sapa yang belum cuba. Sangat rugi kalau tak tempah samosa u sekarang.

Ok akak share lagi..

Bagaimana bisnes samosa bermula?
==========================

Akak bermula bisnes samosa pada 12.12.2012..Masa tu birthday akak ke 31 akak ada bawak samosa akak ke satu majlis ukhwah di Bangi. Akak berdoa agar samosa akak diterima ramai ...

Alhamdulillah..samosa akak disukai. Akak rasa berdosa jika akak tidak meneruskan bisnes samosa ini. Maka akak wajib fikirkan sesuatu untuk masa depan bisnes samosa akak.

Akak ada ramai kawan..akak ada kelebihan bernetworking. Akak gunakan kepakaran akak dalam bab tu sebaik mungkin & akak ambil keputusan untuk belajar bab makanan sejuk beku secara serius. Akak mengikuti kursus makanan sejuk beku pada  April 2013 di Kg Sg Pelek, Sepang.

Di sana akak diajar macam-macam jenis kuih untuk perniagaan frozen . Tapi memang akak nak mendalami samosa je. Maka akak belajar betul-betul teknik memasak inti, teknik membentuk samosa, teknik membungkus & teknik penyimpanan beku yang betul.
Alhamdulillah..akak memang insan terpilih..balik dari kelas tu maka bermula la akak meneruskan perjuangan bisnes samosa dengan lebih serius walaupun masih part time.  Masa tu akak makan gaji dan akak kerja masih dalam syif 12 jam. 

Allahu Akbar!!

Memang la tak larat akak dek. Buat 200 biji samosa pun akak dah letih macam dah nak pengsan. Letihnya. Macam nak putus asa dah masa tu tapi tempahan makin banyak ni.
Akak masih teruskan juga ambik tempahan samosa untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Akak tak boleh duduk saja sebab akak ada tanggungan. 

Tempahan samosa akak memang pasti menjadi kegemaran ramai.

Akak mula menjadi lebih Luarbiasa
==========================

Akak memikirkan kesihatan akak sebab dengan rutin dan jadual kerja syif membuatkan badan akak lesu, lemah dan kusam sangat-sangat. Akak perlu buat sesuatu.

Akak google, akak tercari-cari apa suplemen yang sesuai untuk badan akak yang sememangnya tak sihat & makin tak bermaya ni.

Allah memberi jawapan kepada persoalan akak untuk menjadi lebih sihat, lebih cantik dan lebih bertenaga untuk menghasilkan samosa akak yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Akak ingat lagi masa tu bulan Oktober 2013 akak kenal-kenal la produk Shaklee ni.akak duk google.baca-baca kat info..amboi siap tunjuk pulak gaya camne nak kurus..masa tu berat akak 69kilos ..adeh..mengah betul la
Dipendekkan cerita, akak pun ambik set FULL PACKAGE DETOX ..Ini set pertama saya makan untuk buang toksin jahat dalam badan ni. Dah lama bersarang kan? Maka mesti buat perubahan untuk diri sendiri.
Suplemennye seperti berikut:
**************************
  • ESP
  • VIT C
  • HERB LAX
  • ALFALFA
  • LECITHIN
  • DTX
akak consume set detox nak sehat menyeluruh ni..masa ni bukan tau pun function setiap suplemen ni..tapi itu dulu la. Sekarang…macam dah lepas minum air rebusan buku nutrisi tu..hihi..best kan? Akak memang suka berkongsi apa yang akak baca.
Selepas akak consume suplemen tu walaeyyyy….badan pun ringan je.

Waktu ni akak ada resdung yang agak kritikal dan akak sentiasa bersin setiap kali selepas mandi. Ini membuatkan akak kurang selesa sangat-sangat. Tambah-tambah bila hidung mula tersumbat semasa solat subuh. Sangat la akak tak selesa dengan keadaan begini. 

Akak konsisten mengamalkan set detox ni selama 3 bulan dan sebaik mungkin akak target untuk hilangkan terus resdung yang akak tanggung sejak berumur 9 tahun. Dah lama sangat kan?

Maka akak kena usaha juga dan jangan la diharap untuk pulih dalam masa singkat dengan simptom resdung yang dah lama kita alami.
Kejayaan Kesihatan semakin Baik
=========================
Ok..bab kesihatan level 1 dah Berjaya. Akak nak jadi lebih nampak muda daripada usia. Sebab sebelum akak consume Set Detox tu ada yang kata umur akak mencecah 40. 

hehe..sabor aje la kan? 

Tapi akak dah selesaikan masalah akak dengan set detox dengan jayanya!!

Resdung semakin pulih, tiada lagi bersin-bersin.
Sembelit almost 90% tiada lagi. Akak sangat lawas. sebab semasa proses detox akak dinasihatkan untuk minum air masak sejumlah 2 liter sehari tanpa gagal. 

Baju saiz S dah boleh pakai
Ini rupa usus kita. Jadi kita kena la jaga usus kita supaya perut kita tidak buncit dan paling best tak de lagi lemak tersimpan dalam badan kita.

Usus adalah organ dalaman yang penting dan kita wajib menjaganya sebaik mungkin dengan suplemen yang semestinya terbaik juga

Alhamdulillah ..selepas 6 bulan..memang la nampak perubahan kat akak..wajah akak makin Nampak ceria, nampak berseri tak ada kusam-kusam lagi dah..best laaaa Shaklee…hari-hari akak minum ESP.akak kongsi kebaikan bersama kawan-kawan lain..kawan-kawan pun suka..

Ini kesan ESP yang akan amalkan. Best sangat!
Sambung balik kisah samosa…
======================
Setelah badan sihat dengan level 1 dengan jayanya, akak pun bersungguh-sungguh perkenalkan samosa kepada kawan-kawan..ada yang tempah dari Johor, Bangi, Ulu Tiram, sekitar Shah Alam, KL dan lain-lain tempat lagi..seronok la kan? 

Sebab bisnes samosa secara part time ni boleh la akak belikan baju baru anak-anak setiap bulan. Kalau nak harap gaji je memang tak dapat la nak berganti baju setiap bulan. 

Alhamdulillah. Allah sentiasa bantu insan yang sentiasa ingin berubah demi keluarga. 
Pikir punya pikir , akak kena buat sesuatu nak meningkatkan lagi bisnes samosa akak..
Akak kena brandingkan samosa akak ni..supaya orang akan teringat-ingat akan samosa akak selalu. Maka dengan ini juga tagline samosalicious “ Rasai & Nikmati Dari Hati”




Akak sangat-sangat teruja menerima tempahan samosa, akak tak kesah akak kena stay back, tido lambat untuk siapkan tempahan samosa pada masa yang ditetapkan oleh pelanggan akak. 

Sebab mereka biasa dah cuba sekali & akan menempah lagi untuk berkongsi kesedapan samosa akak kepada keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka & juga dalam majlis keraian. Tambah lagi badan akak dah makin cergas dalam apa aktiviti pun akak nampak agresif.
Suatu hari akak terpikir lebih jauh lagi..tertanya diri sendiri, 

"Bagaimana la aku nak lebih produktif?"

Jika akak balik kerja dah penat..nak masak inti lagi..nak buat samosa lagi..kan?

Kekalkan stamina, kekalkan semangat, kekalkan momentum Jutawan 
===================================================
Maka, untuk mengekalkan stamina, untuk kurangkan lesu kurang tido..akak amalkan set premium dalam mengoptimukan kesihatan akak luar dalam :
  • Ostematrix – kurangkan sakit badan
  • VIVIX – tambah tenaga & menjadikan akak agresif dalam aktiviti akak
  • ESP – akak tak makan nasi maka dengan ESP dapat mencergaskan akak sebab kalau lebih karbohidrat , akak akan mengantuk
  • Vita Lea – multi vitamin yang membantu akak untuk sentiasa dalam kesihatan yang baik
  • Vitamin  C – 2 biji sehari supaya akak dapat bekalan menjaga imunisasi & antibody akak sepanjang akak bekerja, buat samosa
  • Vitamin E - untuk betul-betul cantikkan kulit dari dalaman. Hilangkan jeragat halus & dapat elakkan muka kita dipenuhi jeragat degil. 
  • Set Detox – yang ni mana boleh tinggal supaya akak tak de simpan toksin dalam badan yang mana sedia maklum memang sekeliling kita ni ada pencemaran & racun serangga.
Berbeza kan akak sebelum dan selepas berShaklee?

Perkenalan dengan MFMS.. Most Happening Shaklee team in Malaysia
===================================================

Sebenarnya kan...akak ni adalah follower blog MFMS sejak Oct 2013 selepas akak ambik set detox dulu..akak taksub sebenarnya sebab founder MFMS ni naik rank setiap bulan ..

isssshhh…apa punya group ni? ada plak OMG la..issshh...baru join dah dapat 4 angka income? camne ni? 
rasa tak puas hati betul la! satu hari akak nekad akan jumpa jugak diorang ni..tunggu la masanya!
Diorang ni power sangat ke?
Maka akak try je contact maria melalui FB…perkenalkan diri.

Lamaran ku diterima..Alhamdulillah…akak join MFMS 3/7/2014 ..dengan free membership..Alhamdulillah..bulan julai akak achieve 11% terus..!

Alhamdulillah..suka akak tau!
Dapat 1st bonus dah 3 angka…waaaahhhh….macam best je kan? 

Jom la sama-sama merasai BEST Dalam group MFMS..yang semestinya kita dibimbing.

Ada la hadiah untuk mak …Mudah je..dengan mengamalkan suplemen yang akak share di atas tu…

Power of sharing..akak belasah je..akak non stop sharing..excited la..mana tak nya..buat samosa, kerja hakiki lagi..dengan perkongsian Shaklee lagi..hebat kak zara ni..!! 

Hebat la sangat!!!
Satu doa tu!! Maka aminkan je bila ada yang kata akak hebat! Ingat senang nak dapat orang doakan kita..maka submit terus.
Tempahan 1000 pcs samosa siap
=======================
Dalam bulan posa lepas ( Ramadhan 1435H ) akak berjaya menghasilkan 1000pcs dalam masa 3 minggu & tempahan dapat diagihkan seadilnya kepada yang menempah…fuuuuhhhh!! Akak sangat puas hati!
Biasa akak mampu buat 500pcs aje dalam sebulan. Sedih kan?

Tapi itu dulu-dulu la…sekarang In Shaa Allah. 1000 pcs akak senyum je siapkan dalam tempoh sebulan. Samosa sedap kena buat dari hati bukan setakat buat aje tau..akak sanggup buang inti akak kalau something wrong dalam rasa inti samosa akak.
Nak bagi orang makan air tangan kita, kena la ikhlas..buat dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, berzikir semasa lipat-lipat samosa tu..in shaa Allah diberkati Nya. Syukur Allah sentiasa bantu akak , selalu ingatkan akak.
Bisnes samosa ni akak masih buat separuh masa & waktu hujung minggu la biasa akak buat tempahan samosa ni. Jadi , selepas akak berjaya buat 1000pcs ni akak makin kagum dengan keberkesanan Shaklee ni. 

Badan akak makin sihat,makin ceria, makin agreasif, makin aktif , makin fast action dalam mencari penyelesaian jika menghadapi sesuatu permasalahan.Akak pun dah tak la nak stress dalam kerja hakiki akak ..senyummmmm je even dalam hati tu kita duk pendam-pendam je ..relax & chill je tau.
Sampai saat ni akak tetap teruskan buat samosa yang dah menjadi kegemaran ramai dan dalam masa sama akak juga berkongsi kebaikan Shaklee ni supaya kawan-kawan akak yang lain juga dapat meningkatkan kadar produktiviti dalam berniaga makanan seperti akak. 

Dalam masa sama akak ada kerja hakiki yang semestinya memang memenatkan dengan aktiviti di tempat kerja..Tapi akak ok je sebab dah pekena Shaklee ni.

Perjuangan dalam MFMS
==================
Now akak dah duk dalam MFMS ..Serius most happening Shaklee team in Malaysia..Havoc abes! Akak memang suka bab-bab happening ni.

Tengok tu ! Akak pun boleh duk depan-depan dalam penyerahan hadiah suprise kepada pasangan Master kami daripada group MFMS.


Akak dalam majlis Mascel Kam Maria & Mohd Firdaus 16/11/2014 di Hotel Pullman, Putrajaya.
Kesimpulannya, sepanjang akak amalkan pemakanan sihat Shaklee, kesihatan akak memang nampak beza lebih baik sangat-sangat daripada sebelum ni. 

12 Kesan Shaklee ke atas diri Akak
=========================

  1. Resdung hilang dengan amalan Vitamin C , Garlic complex.
  2. Berat Badan Hilang 8 kilo dengan Lecithin, Alfalfa.
  3. Sembelit dah selesai. Now sangat lawas setiap pagi dengan Herblax.
  4. Jeragat halus semakin hilang dengan ESP.
  5. Parut jerawat makin hilang dengan Vitamin E.
  6. Kulit muka semakin cerah, sunburn akak makin pudar. 
  7. Tiada lagi sakit-sakit badan sebab Ostematrix sangat membantu.
  8. Aura semakin positif dengan Vivix. 
  9. Kolestrol darah semakin stabil dengan Alfalfa.
  10. Rabun mata akak semakin kurang dengan Carotomax.
  11. Kulit tangan semakin halus dengan Herblax yang akak wajib sapu selepas mandi.
  12. Rambut tidak gugur lagi dengan pengamalan Zinc Complex & konsisten minum ESP setiap hari.
Sekian sahaja perkongsian akak kali ni.
Terima kasih uoollsss kerana sudi membaca entri akak kali ni..Akak sayang uoolllsss.
Nanti akak sambung lagi cerita yang best-best!
==============================================================
Ada  yang nak cuba set Detox macam akak?

Ada yang nak cuba set kesihatan premium macam akak?
Ada yang nak join group akak bersama MFMS?
Ada yang nak cuba samosa akak?
Ada yang nak sihat macam akak? 

Ada yang nak sentiasa bersemangat macam akak?

Ada yang nak jadi lebih luarbiasa macam akak?
sangat la dialu-alukan untuk  whatsapp@telegram akak ke 018 - 9772964