Friday, 10 February 2017

Rolf Kipp - No 1 Di Dunia dan Dah 20 tahun Dalam Forever Living

Assalamualaikum & Good Morning !!

Tak kira siang ke malam ke.. 
Dalam Forever Living, kita ambik semangat waktu setiap masa. 

OK. Alhamdulillah. Hari ni akak diizinkan lagi untuk berkongsi dan hari ni akak nak share tentang Rolf Kipp. Siapakah dia?

OK.. akak nak kongsikan la hari ni. Awak baca sampai habis tau. 


Bermula dengan Botol Kuning Aloe Vera Gel


Gaya sangat rendah diri tetapi beliau sudah sangat berjaya dalam Forever Living.
Rolf Kipp bermula di Forever Living Products lebih 20 tahun yang lalu. Hanya sukakan produk Forever - Aloe Vera Gel.


akak sangat teruja dengan keberkesanan memgamalkan minum aloe vera gel ini.
Sangat-sangat best!
Pelbagai rintangan yang di laluinya kerana pada masa itu tidak ramai orang kenal 'Si Botol Kuning' tu.. 

Pernah menjemput 150 orang untuk hadir 'Business Preview' beliau yang pertama.. sangat teruja, hinggakan menempah Katering untuk 150 pax.. Usaha beliau hanya 'sia-sia' hanya 2 orang sahaja yang muncul..

Tapi itu tidak pernah melunturkan semangat beliau untuk terus memperkenalkan Forever Living Products kepada orang ramai.. Itulah dia ISTIQAMAH dalam berniaga..

Hari ini pendapatan bulanan beliau mencecah lebih dari RM 2 JUTA.. & sudah menerima cek sebagai CHAIRMAN'S BONUS MANAGER lebih dari USD 10 JUTA..

Perniagaan yang macam mana lagi kita nak buat...jika yang bermula dengan rm90 pun kita tak boleh buat? Sementara produk2 di Forever boleh di katakan kesemuanya bernilai rm100 ke bawah..

Mungkin ada yang fikir... boleh kaya ke buat bisnes yang 'jual' produk harga murah macm tu?  Nasihat akak sebagai Forever Business Owner fahamkan SISTEM yang ada di Forever Living Products.

Bagaimana syarikat gergasi ini boleh melahirkan beribu-ribu orang Jutawan di Dunia dari kalangan orang yang biasa-biasa? 

SISTEM yang sama digunakan sejak tahun 1978 hingga ke hari ini..

Beri PELUANG pada diri sendiri untuk mengenali Forever Living Products..

Semua orang boleh berjaya di sini.. 
jika Kejayaan yang Sebenar yang anda tercari-cari selama ni..

CARI KEBENARAN TENTANG FOREVER! 
Jangan terus label ia sebagai satu benda yang negatif!.. 


Nak Tau Info Lanjut Whatsapp Akak Terus +6018-9772964 

FB PAGE : Klik Sini
https://m.facebook.com/AlUjabClanByZara7699/
..
WEBSITE : Klik Sini
www.alujab.com/zararatudetox

InshaAllah ada banyak lagi akak nak kongsikan istimewanya akak menjalankan bisnes Forever Living ni. Alhamdulillah. 

Nanti akak sambung lagi ya. 
Terima kasih sudi singgah ke blog akak yang comel ni.


Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
Coach Detox Anda.
018-9772964

Saturday, 4 February 2017

Cuci Karpet Yang Kotor - Call ABSCK Cuci Je

Assalamualaikum sayang.. 
Rasa gembiranya akak dapat berkongsi lagi hari ni. 
Diharapkan sahabat pembaca dalam keadaan ceria dan sihat hendaknya. 

Hari ni akak nak share satu kisah best.. 
Ala..kisah masyarakat semasa .. Biasa la.. mesti ada berlaku gossip.. mesyuarat tingkap kan.. 
Kali ni akak dengar meeting kat ampaian baju. 
Lawak pun ada rasa tapi memang best la. 



Ini yang dinamakan pemasaran PERCUMA.
Uols sambung baca sampai habis k ...

Seronok tau akak pun ulang baca sharing ni banyak kali.. hihihi 


comel kan poster kami?
Gini kisahnya, Suatu pagi di sebuah taman perumahan di pinggir
kota Kuala Lumpur..

" Uiiii.. Senahh.. sidai baju kerr.. " tanya Milah sambil jalan 
melenggok mendekati Senah yang sememangnya sedang 
menyidai baju dan bukan sedang pam tayar basikal.

" Hah ! Nak apa ?! " sergah Senah bila Milah menjengolkan
mukanya di celah ampaian dan terpacul tepinya.

" Amboiii... garang bebenor ler ko nih Senah pepagi nihh.. Apa ke hey nyer Senah oiii .. cer citer.. cer citer kat aku nih .." 

Milah dengan pantas mengaplikasikan skil NLP nya secara halus mengorek cerita.

Sambil mengebas-ngebas kain baju basah yang diambil dari bakul untuk disidai, mulut Senah mengomel.

" Aku hangin satu badan betul dengan si Jenab tuh. Kau tahu.. dia tipu aku hidup-hidup. Aku punyalah percaya selama nih dia beli karpet baru kat Jalan TAR. 
Rupanya dia bohong aku ! Dia CUCI je sebenarnya. Cis ! "

Senah melepaskan rasa geram sambil menjuihkan mulutnya
pada Milah.

Si Milah rasa pelik lalu menambah.

" Eh ! Takkanlahhh si Jenab tu larat nak basuh karpet besor dia tuu.. bukan satu jer.. 2 keping besar tu Senah oii.. beratt.. " 
Milah menambah kelukaan hati Senah yang tertipu.

" Iyaaa.. si Tipah sebelah rumah dia yang bagitau aku haritu. Tipah kata haritu ada orang datang naik van ambik 2 keping karpet si Jenab tu.. lepas 10 hari van tu hantar balik 2 keping karpet tu.. bersinor-sinor kata si Tipah.. bersih.. wangi lagi.. "

Si Senah menguatkan statementnya dengan testimonial si Tipah hasil sessi meeting tingkap semalam.

" Laaa.. ye ker..." Milah seakan tak percaya.

" Err.. siapa yang datang ambik karpet si Jenab tu Senah? " 
tanya si Milah mengorek lagi cerita.

" Tipah kata.. orang ABS Cuci Karpet. Jenab tu call je, lepas tu diaorang datang ambik. Lepas cuci, diaorang hantar semula. " balas si Senah.

" Ooo.. senang la kalau macam tuuu.. Aku pun nak try jugak lah cuci karpet aku tu.. bertahun dah aku beli tak pernah cuci langsung.. " sambung Milah.

" Eh ! Kau nih Milah. Bukannya nak sokong aku. Kau pulak sibuk nak cuci karpet kat ABS Cuci Karpet tu. Cis ! " sambil menyambung sidai kain Senah membebel sebalik ampaian.

" Senah.. Aku balik dulu eh. Nak cepat nih. " kata Milah secara tiba-tiba.

" Oit ! Cepat bebenor nak baliknya. Apa ke hey? " Senah bertanya.

" Aku nak jumpa si Tipah pulak. " kata Milah.

" Nak buat apa? " Senah makin tertanya-tanya.

" Aku nak mintak no.telefon ABS Cuci Karpet tu kat Tipah ! " kata si Milah sambil berjalan laju menyinsing kain batiknya yang hampir terlondeh.

" Cis ! Kurang asam punya Milah. Dia pun sama jugak dengan si Jenab. ABS Cuci Karpeetttt je.. huh ! " Senah membebel sambil terus menghabiskan kain sidaiannya.

Seminggu kemudian kecoh satu taman perumahan dengan kehadiran tim ABS Cuci Karpet hampir setiap hari. Lepas satu rumah ke satu rumah karpet di ambil oleh tim ABS Cuci Karpet.


Gini la gaya kehidupan masyarakat masa kini. Tak semua mampu nak cuci karpet sendiri tau. Mana nak larat angkat lepas cuci berat karpet dengan air yang terserap dalam karpet tu. Akak penah cuci yang kecik pun rasa nak putus pinggang tau. Ni lagi la yang besar saiz ruang tamu tu. 

Untuk memudahkan urusan uols boleh je hubungi mereka yang pakar , Ni founder nya Tuan Jurin Jalil ( klik sini untuk info beliau ) . Apapun persoalan boleh je hubungi beliau tau, InshaAllah beliau sudi membantu dengan penuh komited.

Ingat Poster ni tau, inilah team kami.
Ada sikit lampiran akak sertakan ni untuk berkongsi bagaimana karpet yang kami uruskan dan memudahkan pelanggan kami untuk berurusan.


Alhamdulillah.. ada wartawan buat cover tentang usaha kami ni.
Info tentang ABS- Cuci Karpet Malaysia 

Alhamdulillah . ramai yang puas hati. 
Yang ni aktiviti pembersihan dijalankan untuk mencuci karpet pelanggan, mana la tau lepas ni nak cuci karpet uols plak kan?

Bagitau je ada di mana ..Kami cuba bantu dan berikan servis yang terbaik untuk uols.


Karpet yang sedia dibawa ke pusat cucian kami dan kami terbukti pakar  kan?
Kalau rasa nak jimat duit pun tak pe..
Abang tunggu la 4 hari 4 malam karpet tu kering dan pasti suci ke lepas kena air kencing anak pulak kat atas karpet tu
Antara karpet yang kami dah cuci .. bersih habaq hang...
Antara karpet yang kami dah cuci ..Amacam? konpiden kan?
Rasa-rasa sama macam air longkang ke dia lebih teruk daripada air longkang?
Seram tau kita simpan kotoran selama ni rupanya.
Best kan ada yang pakar cuci kan karpet kita.
Kos ? Memang la ada kos sebab kita gunakan kepakaran mereka bang. 

Nak harap abang cuci karpet manjang la nak bagi alasan macam-macam kat bini tu.
Nak main futsal la... 
Nak rehat la..
Jadi lepas ni , abang-abang sediakan je pulusnya dan kakak yang manis, hubungi kami tau untuk kami bantu cucikan karpet akak yang gebu-gebu masa beli tu. Dah lama tersimpan dalam stor kan?

Akhir kata , klik sini untuk video bagaimana kami jalankan kerja mencuci sebagai penutup perkongsian akak hari ni. Moga-moga membantu kakak /  abang-abang. Nak cuci karpet dengan kami tak kira musim nak raya je. 

Kami beroperasi mengikut kawasan dan akak wakil kawasan Johor. 
JDT kannnnn.... Sama macam founder yang hensem tu ... ngeh...ngeh.. 

Akak harap perkongsian kali ni membantu mereka yang memerlukan servis cuci karpet. 
tak kira untuk rumah , masjid , surau , opis .. boleh je hubungi kami dan kami pasti bantu uols. 

Hah.. Puas hati dapat berkongsi lagi hari ni. 
uols suka?
Sila tinggalkan komen dan share di mana lokasi uols. 
Nanti akak arrangekan tim kami untuk ke lokasi uols. 

Kalau segan nak komen , boleh whatsapp akak terus ke 018-9772964. 
Akak bantu hantarkan wakil kami nanti ke lokasi uols. 

Semoga uols gembira selepas baca sharing kali ni. Pesan akak ,detox diri bukan sekadar tubuh badan tau. Allah suka kita jaga kebersihan. 

Jadi, cuci karpet ni serupa macam kita detox rumah kita juga. 
Dan umum ketahui kebersihan itu kan sebahagian daripada iman dan ini ada video terakhir akak nak kongsi. Please Klik sini. 

Diharap uols puas hati dan cepat-cepat hubungi kami ye.


Salam sayang daripada,

Zara Ratu Detox
Coach Detox Anda. 
018 -9772964 

Friday, 3 February 2017

Deodorant : Ubat Ketiak Punca Kanser Payudara?

Assalamualaikum dears, 

Semoga uols semua dalam keadaan yang sihat dan ceria hendaknya.
Syukur kepada Allah sebab kita sentiasa dalam lindunganNya. 
Alhamdulillah Kak Zara dapat berkongsi lagi hari ni untuk info-info kesihatan dan kecantikan lagi. 

Hari ni akak nak citer tentang deodorant...
Sapa pakai deodorant , kita GENG!

Deodorant kita selama ni best sangat ke?

Sekarang ni kan, banyak sangat permasalahan dalaman wanita yang semakin menjadi perhatian. Penjagaan kecantikan dalam dan luaran ni bukan semata pada makanan aje tau tapi pada barang harian yang kita guna. 

Hari ni akak nak citer pasal deodorant atau erti katanya ubat ketiak.  Kenapa nak pakai ubat ketiak? hah.. akak sendiri pakai sebab bawah lengan akak mudah berpeluh, dan kalau dah berpeluh badan jadi masam sebab kan bawah ketiak tu berkuwap. 

Pengumpulan peluh yang merembes pada baju tu berbau la kan? Lagi-lagi akak ni buat keje luar dan yang tak bestnya baju kita pun masam dan paling ketara bahagian bawah lengan tu ada pulak kesan kuning. 

Sebab peluh tu meresap dan kita ada oles ubat ketiak yang cap ReXXXX tu. 

Mula-mula je wangi tau.. lepas tu bila dah berpeluh .. ermmmm aseeemmm jugak. 
ni akak la tapi kalau bawah lengan uols masih wangi walau selepas 6 jam, kira terer la uols
tahan peluh daripada keluar. Hahaha 


Ni adalah contoh deodorant yang ada di pasaran

Ni adalah contoh deodorant yang ada di Malaysia
Sentap bila partner sekatil sound bab bawah lengan

Akak rasa mesti ada kawan-kawan kita menghadapi masalah sebegini kan? Macam-macam jenama deodorant yang dah dicuba. Tetapi tak dapat menyelesaikan masalah bawah lengan ni. 

Semakin tebal muka apabila ada orang tutup hidung sebaik saja mereka melintas depan kita. Sanggup ke berterusan macam ni? Sedih kan kalau jadi macam ni kat kita?

Paling sentap pula, jika ada suami yang bertanya pada isteri, 

tengah feeling best-best dengan abang sayang, dia pulak tanya macam ni , 
"awak mandi tak gosok bawah lengan ke?"

Tergamam akak nak jawab dek... malunya.. partner tido kita tanya macam tu?

bila kena macam tu,. apa perasaan masa tu?  
Mestilah sentap kan?

Sampai bila orang akan tutup hidung apabila melintasi kita? 
Sampai bula nak dengar sindiran suami kita sendiri?

Kenapa bawah lengan jadi makin gelap?

Sebenarnya kenapa bawah lengan jadi gelap adalah berpunca daripada penggunaan deodorant yang ada kandungan GARAM ALUMINIUM.


Tahu tak kebanyakkan deodorant kat Malaysia ni ada GARAM ALUMINIUM
Garam ni akan tutup liang peluh bawah lengan & toksin tak boleh keluar.


Ketiak ni contoh kesan pemakaian deodorant yang ada garam aluminium
SO... mana toksin tu pegi?
Toksin tu akan meresap ke dada dan boleh menyebabkan kita kena KA
NSER PAYUDARA.

dahhhh risiko dapat kanser pulak kan? Ini bukan pada perempuan aje tau bahaya..
abam-abam pun risiko juga cuma mungkin la peratusan risiko tu bukan la penyumbang besar dalam gejala kanser ni.


Tapi boleh menyebabkan pasangan kita atau kawan-kawan kita rasa rendah diri kan bila ada bahagian tubuh yang macam tak best je... 

betul ke betul?

hah ....ngaku je la.. akak pun macam uols juga sebelum ni. 
Mencegah itu lebih baik daripada merawat

Ilustrasi saiz deodorant yang akak pakai

Tukar la deodorant 

Soalannya sekarang, dah berapa lama kita pakai deodorant yang ada kandungan GARAM ALUMINIUM ni kat bawah lengan kita tu?

Jadi...hari ini akak nak ajak uols semua tukar deodorant yang uols sedang pakai tu. 
sebab akak ada jual Deodorant TANPA GARAM ALUMINIUM ALOE EVER-SHIELD
🌵✅ with CRUELTY FREE certificate.

✅ Berat: 92.1gram


✅ Saiz 3/4 dari remote astro


✅ Tahan 6 bulan atau lebih 
kalau guna sorang2.

Fungsi utama


✅ Mencerahkan bawah lengan


✅ Menghilangkan bau badan


✅ Pakaian tidak kuning

Fungsi tambahan,


✅ Rawat tumit pecah


✅ menghalau serangga dalam almari pakaian


✅ menyerap bau busuk dalam almari kasut.



Puas hati pakai. nyaman je bawah lengan akak sapu ni hari-hari

160 buah negara dah guna deodorant ni termasuk Malaysia . Power betul !
Hah? Sapa nak jadi agen? Boleh PM akak terus ye. Link nak order ada kat bawah 

Antara testimoni yang akak boleh share selepas dah cuba deodorant aloe vera ni.


Ketiak tak hitam lepas guna, badan takde bau

Deodorant tak melekit

Deodorant tahan lama, baju tak keras dan tak de kesan kuning pada baju

Deodorant tahan lebih 6 bulan , Jimat sangat-sangat

Deodorant share pakai suami isteri dekat 6 bulan pakai
OK...? Rasa nak cuba?
Contact akak terus tau ... Whatsapp Kak Zara 018-9772964 

Nak PM akak pun Boleh .. Klik sini untuk order deodorant

Semoga perkongsian akak hari ni memberi manfaat kepada uols dan akak harapkan apa yang akak sampaikan hari ni memberi peluang untuk akak bantu uols memutihkan bawah lengan uols. 

ok.. akhir kata.. akak sedia dihubungi untuk membantu uols dalam bab kesihatan dalaman dan luaran uols. 

Salam sayang daripada akak , 


Zara Ratu Detox 

Coach Detox anda

018-9772964


Thursday, 2 February 2017

Info Best : Tahlil Yang Berdosa.

Assalamualaikum wbt .. 

Semoga pembaca blog akak hari ni dalam keadaan yang sentiasa ceria dan bahagia. 
Bersyukur akak dapat berkongsi lagi hari ni dan yang bestnya sharing kali ni adalah hasil tulisan Founder GSL ( Group Support Like ) , Khairul Zahrin Bin Karim. 

Perkongsian beliau menyentuh tentang fahaman kita selama ini berkenaan kenduri tahlil yang biasa kita dengar dan memang rata-rata masyarakat kita lakukan. 

Ok. sambung baca tau. Best sangat-sangat info yang dikongsikan. 

Tahlil hari pertama, kedua, ketiga, hari 40, hari 100. Bida'ah dholalah atau hasanah itu saya tak mau sembang. Selagi ianya perkara yang baik, yang mendekatkan kita dengan Tuhan, saya kata ianya hasanah. Sayalah kata, bukan ulama.

Berapa kos untuk adakan MAJLIS (bukan KENDURI ya) tahlil, untuk adakan makan-makan pada tetamu yang hadir ke rumah kita(buat makan bukan kerana ada orang mati tapi kerana tetamu datang ke rumah)?

Kalau 100 orang yang datang rumah, berapa agaknya kos? Katakanlah Rm3x100 orang = Rm300. Tapi selalunya kos untuk adakan tahlil lebih tinggi sebab nak buat air bagai. Ok kita ambil kos average Rm500.

+++

Apa kata kita tukar sedikit adat yang dah biasa 'orang lama' buat. Daripada kita buat tahlil, kita buat terus khatam senaskhah Quran untuk arwah yang kita sayang. Tak kiralah mak kita ke, ayah kita ke, suami ke, isteri ke.

Apa kata, dengan kos Rm500 tu, kita sedekahkan pada mana-mana sekolah tahfiz dan niatkan pahala sedekah itu pada arwah kesayangan kita. Gunalah duit pencen dia ke, atau kutip adik beradik sedikit seorang(asalkan tak membebankan). 

Kita beri pada sekolah tahfiz dengan niat mereka boleh terus beroperasi tanpa gangguan masalah kos.

Besar tu pahalanya. Selagi mereka boleh belajar di situ, selagi tu arwah dapat pahala. Dan selagi ilmu itu mereka amalkan, selagi itu arwah dapat pahala. Dan jika ilmu yang mereka belajar di situ, mereka sebarkan pada orang lain, arwah terus dapat pahala. Masyaallah.

Hajat kita pula, kita minta bantuan mereka untuk khatamkan senaskhah Al Quran dan niat untuk sampaikan pahala pada arwah kesayangan kita. SENASKHAH AL QURAN TUUU.

+++

Buatlah SEBULAN SEKALI.
Tak perlu tunggu hari 40 atau 100.

Kita bukan sayang arwah masa hari ke 40 dan 100 je, lepas tu terus dah tak ingat. Buat je tiap-tiap bulan. Tak boleh bagi Rm500, bagi Rm50. Cuba bincang dengan penjaga sekolah tahfiz tu. Mereka pun bukannya BISNES BACA QURAN.

Tapi alang-alang nak bagi, 'bagi' biar mereka gembira.

+++

Bukan tak bagi buat tahlil. Nak buat tu buatlah. Tapi kita kena tahu bezakan yang mana adat dan yang beribadat. Dan yang penting lagi, kita tahu yang mana lebih besar pahalanya jika kita buat.

Saya cuma tak seronok berkaitan tahlil ni apabila yang dijemput tu hanya fikirkan makanan lebih dari arwah. Ada yang siap kutuk tuan rumah lagi bila makanan yang dihidangkan tu tak sedap atau sekadar BIHUN GORENG JEEE.

Cuba tuan rumah tu buat sekali, jemput tahlil tak buat makanan. Tengoklah hari yang kedua tu ramai mana yang datang. Saya tak kata orang Malaysia. Kes ini banyak berlaku di Turkmenistan sana. Bersebelahan dengan Negeri Setan.

Tukar adat. Kita buat Majlis Tahlil, bukan KENDURI TAHLIL.

Jangan pula lepas ni, bila kita tak buat tahlil, orang panggil kita WAHABI pula. Kalau ada yang yang cakap kita wahabi, cakap kat dia "Kaulah WAHABI".

+++

Ada ketikanya sakit hati dengar tok siak di masjid negara Turkmenistan buat pengumuman. "Jemput untuk ke KENDURI TAHLIL arwah xxxx beralamat di xxxxx...".

Orang mati pun buat kenduri?

Kenduri ni sebagaimana majoriti rakyat Malaysia faham adalah suatu majlis menandakan kegembiraan. Ke ada orang buat KENDURI solat hajat tolak bala banjir? Majlis solat hajat ada la pernah dengar.

Yang paling hanat kalau ada yang kata JAMUAN TAHLIL.

Orang mati membawa kesedihan.
Jangan pula disambut dengan kegembiraan.

Tapi saya cukup hormat dengan qariah Masjid Andalusia, Laguna Merbok, Sungai Petani. Ketika mahu solat jenazah arwah ayah saya tempohari, imam kedua masjid itu sempat berbisik pada saya, "Nanti sudah siap solat jenazah, jangan bagi duit. Kami tak mahu ianya jadi adat di masjid ini".

Malah jika mahu tahlil diadakan di masjid sekalipun, mereka pesan supaya tidak perlu bersusah payah sediakan makanan. Nak tahlil, tahlil jelah.

RESPEK!

Bak kata sahabat saya, inilah nikmat apabila masyarakat suka belajar ilmu agama. Subhanallah.

+++

Buat makan selepas tahlil tak salah, cuma kena berhati-hati semasa niat. Susun baik-baik. Dan kena tahu kenapa kita buat setiap satu tu.

Ok, first kita nak buat tahlil.

Kenapa kita buat tahlil?

Supaya kita boleh sampaikan(tawassul) pahala kebaikan yang kita buat(menjemput orang ramai untuk majlis berzikir) kepada arwah. Dan pahala zikir itu juga kita sampaikan pada mereka.

Dan supaya rumah kita(tempat diadakan majlis tahlil), bergema dengan zikrullah.

Kenapa kita buat makan-makan?

Kerana mengikut sunnah Nabi SAW(bacalah selawat) yang akan menjamu makanan kepada tetamu bila tetamu berada di rumah kita.

Itu susunan. Bukan kita buat makan kerana ada orang mati. Haram jika kita buat makan-makan apabila ada orang mati.

Dah lah duit habis, dapat dosa pulak tu. Pehhh!

+++

Tahlil itu SUNAT, bukan WAJIB. Jangan jadikan beban pada ahli keluarga si mati dengan menganggap buat makan pada majlis tahlil itu wajib. Kos untuk buat makan pada majlis tahlil tidak rendah. Sehinggakan seolah-olah jika tiada duit, tidak boleh mati.

Percayalah, si mati yang sudah berada di dalam kubur itu pun tentu tidak suka jika ahli keluarganya terbeban hanya kerana kenduri tahlil.

TAK BUAT PUN TAK APA.

Malah, mengikut hadis NABI SAW(bacalah selawat) sepatutnya jiran-jiran yang menghulurkan makanan kepada keluarga si mati untuk meringankan beban dan bukannya keluarga si mati yang kena hidang makanan kepada jiran-jiran.

+++

Lebih baik si anak tu mengaji Quran, khatamkan senaskhah Al Quran untuk arwah. Duit tak keluar, pahala pun dapat.

+++

Nak buat tahlil, buatlah!

Jangan kata "Alah bab khilafiyyah nak sibuk-sibuk, tu yang jiran sebelah rumah tak tutup aurat taknak bising". 

Penting ni! Sebab adat inilah yang dah menyebabkan berapa ramai orang buat benda HARAM.

Betulkan niat yang penting. Jangan kerana nak buat benda sunat, jadi haram. Hanya kerana nak sampaikan pahala pada si mati, kita buat KENDURI.

Kalau betul berkemampuan untuk buat kenduri bagi orang makan dan nak hadiahkan pahala pada arwah, alang-alang buatlah 5 khemah terus. Announce di masjid, "Sempena kematian ayah saya, saya ingin menjemput jemaah sekalian untuk hadir ke rumah saya, ada buat makan-makan". Kahkah! Kena maki dengan jemaah masjid rasanya.

+++

Maafkan saya jika saya salah berkata-kata. Maklumlah saya ini hanya seorang insan yang bodoh lagi hina. Cuma saya berfikir untuk beri sesuatu yang lebih baik untuk orang yang saya kasihi walaupun mereka telah pergi, terutamanya kepada arwah abah saya, Abdul Karim B Idris.

Moga Allah rahmati dia, cintai dia, kasihi dia sebagaimana dia mencintai dan mengasihi kami sepanjang kami dibesarkan olehnya.

+++

Silakan SHARE supaya lebih ramai maklum tentang perkara ini.

Jika salah, betulkan saya, jangan herdik.

+++

Gambar ini antara gambar yang paling lejen saya simpan. Gambar ini adalah gambar terakhir arwah abah bersama anak-anaknya. Raya 2016. Raya 2016 adalah raya yang paling meriah kerana semua anak-anak abah dapat balik beraya.


Rindu abah.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa' fu 'anhu.
_______________________________________________________________________

Alhamdulillah... 
Uols belajar sesuatu ke daripada perkongsian ni?

ilmu ni sangat mahal dan sama-sama kita perbetulkan keadaan yang dah sekian lama masyarakat kita amalkan perkara-perkara yang tak "syariah compliance" apabila ada kematian dalam keluarga kita. 

Dulu masa arwah ayah akak meninggal , perkara yang kami buat sama la apa yang Abam Zahrin sebut tu. 

Semoga pada masa akan datang akak ingat perkara ni dan tujuan akak blogkan perkongsian ni , sekurangnya dapat dijadikan rujukan dalam pencarian google nanti. 

Ilmu yang baik elok dikongsi dan Terima kasih Abam Zahrin kerana sudi memberi kebenaran kepada akak masukkan dalam blog akak. 

Akhir kata, semoga perkongsian kali ni dapat menyedarkan kita hal-hal sebegini dan dapat memberi manfaat kepada kita sebaiknya. 

Salam Kasih Sayang Dari 
Zara Ratu Detox. 
Coach Detox Anda.
+6018-9772964

Wednesday, 1 February 2017

Pengedar Aloe Vera Simpang Renggam

Asssalamualaikum wbt. 
Dah lama sangat-sangat akak tak menulis dalam blog kesayangan akak. Alhamdulillah bersua kembali kita. Syukur ke hadrat Allah akak masih sihat dan dapat berkongsi lagi. 

Hari ni akak nak share sikit ke mana akak menghilang dan hari ni akak buat pengumuman sikit. 
Actually Kak Zara buat bisnes dengan company Forever Living Products. 
Forever Living ada produk yang berasaskan madu dan aloe vera yang tulen. 
Lokasi akak di Simpang Renggam Johor dan dah mempunyai lebih 50 rangkaian agen seluruh Malaysia sejak Jun 2016. Akak dalam team #ForeverFighter di bawah  bimbingan al ujab clan yang merupakan Independent Distributor Forever Living Products tau bukan Young Living.

Forever Living Products-Supplement berasaskan aloe vera, minyak ikan, minyak zaitun, delima, madu, garlic dan seribu 1 ramuan organic.Ada sijil halal & KKM approval siap-siap . Ada lebih 200 product inside outside, head to toe. 

Forever Living Products bukan sekadar essential oil saja tau.

Rujukan Kak Zara adalah gunakan "Al Ujab Clan-Academy" untuk buat bisnes online & offline. Eksklusif untuk team al ujab clan saja , kami memilikki ruangan lautan ilmu dalam www.alujabacademy.com ( nak password bolejh daftar under kak Zara ye ).

Dalam lautan elmu ni kami dapat elmu Free website marketing , FB Ads, Video Marketing, Google adwords dan macam² lagi. Jadi #Funnel tu memang dah dihidangkan.

Sekali lagi akak nak bagitau Forever Living Products & Young Living adalah 2 company yang berbeza tau.
Ini Produk Young Living yang Hanya Essential Oils
Akhir kata, akak harapkan akak dapat membantu menambah nilai hidup orang lain dengan menambah pendapatan dengan berkongsi kebaikan produk kami. Akak sangat berbesar hati menjemput pembaca blog akak menyertai team akak. 

Kepada sesiapa yang suka nak tau info tentang bestnya bisnes forever living ni, bolehlah hubungi akak ye. 

Salam Kasih Sayang Daripada 
Zara Ratu Detox, 
Coach Detox anda, 
+6018-9772964