Thursday 2 February 2017

Info Best : Tahlil Yang Berdosa.

Assalamualaikum wbt .. 

Semoga pembaca blog akak hari ni dalam keadaan yang sentiasa ceria dan bahagia. 
Bersyukur akak dapat berkongsi lagi hari ni dan yang bestnya sharing kali ni adalah hasil tulisan Founder GSL ( Group Support Like ) , Khairul Zahrin Bin Karim. 

Perkongsian beliau menyentuh tentang fahaman kita selama ini berkenaan kenduri tahlil yang biasa kita dengar dan memang rata-rata masyarakat kita lakukan. 

Ok. sambung baca tau. Best sangat-sangat info yang dikongsikan. 

Tahlil hari pertama, kedua, ketiga, hari 40, hari 100. Bida'ah dholalah atau hasanah itu saya tak mau sembang. Selagi ianya perkara yang baik, yang mendekatkan kita dengan Tuhan, saya kata ianya hasanah. Sayalah kata, bukan ulama.

Berapa kos untuk adakan MAJLIS (bukan KENDURI ya) tahlil, untuk adakan makan-makan pada tetamu yang hadir ke rumah kita(buat makan bukan kerana ada orang mati tapi kerana tetamu datang ke rumah)?

Kalau 100 orang yang datang rumah, berapa agaknya kos? Katakanlah Rm3x100 orang = Rm300. Tapi selalunya kos untuk adakan tahlil lebih tinggi sebab nak buat air bagai. Ok kita ambil kos average Rm500.

+++

Apa kata kita tukar sedikit adat yang dah biasa 'orang lama' buat. Daripada kita buat tahlil, kita buat terus khatam senaskhah Quran untuk arwah yang kita sayang. Tak kiralah mak kita ke, ayah kita ke, suami ke, isteri ke.

Apa kata, dengan kos Rm500 tu, kita sedekahkan pada mana-mana sekolah tahfiz dan niatkan pahala sedekah itu pada arwah kesayangan kita. Gunalah duit pencen dia ke, atau kutip adik beradik sedikit seorang(asalkan tak membebankan). 

Kita beri pada sekolah tahfiz dengan niat mereka boleh terus beroperasi tanpa gangguan masalah kos.

Besar tu pahalanya. Selagi mereka boleh belajar di situ, selagi tu arwah dapat pahala. Dan selagi ilmu itu mereka amalkan, selagi itu arwah dapat pahala. Dan jika ilmu yang mereka belajar di situ, mereka sebarkan pada orang lain, arwah terus dapat pahala. Masyaallah.

Hajat kita pula, kita minta bantuan mereka untuk khatamkan senaskhah Al Quran dan niat untuk sampaikan pahala pada arwah kesayangan kita. SENASKHAH AL QURAN TUUU.

+++

Buatlah SEBULAN SEKALI.
Tak perlu tunggu hari 40 atau 100.

Kita bukan sayang arwah masa hari ke 40 dan 100 je, lepas tu terus dah tak ingat. Buat je tiap-tiap bulan. Tak boleh bagi Rm500, bagi Rm50. Cuba bincang dengan penjaga sekolah tahfiz tu. Mereka pun bukannya BISNES BACA QURAN.

Tapi alang-alang nak bagi, 'bagi' biar mereka gembira.

+++

Bukan tak bagi buat tahlil. Nak buat tu buatlah. Tapi kita kena tahu bezakan yang mana adat dan yang beribadat. Dan yang penting lagi, kita tahu yang mana lebih besar pahalanya jika kita buat.

Saya cuma tak seronok berkaitan tahlil ni apabila yang dijemput tu hanya fikirkan makanan lebih dari arwah. Ada yang siap kutuk tuan rumah lagi bila makanan yang dihidangkan tu tak sedap atau sekadar BIHUN GORENG JEEE.

Cuba tuan rumah tu buat sekali, jemput tahlil tak buat makanan. Tengoklah hari yang kedua tu ramai mana yang datang. Saya tak kata orang Malaysia. Kes ini banyak berlaku di Turkmenistan sana. Bersebelahan dengan Negeri Setan.

Tukar adat. Kita buat Majlis Tahlil, bukan KENDURI TAHLIL.

Jangan pula lepas ni, bila kita tak buat tahlil, orang panggil kita WAHABI pula. Kalau ada yang yang cakap kita wahabi, cakap kat dia "Kaulah WAHABI".

+++

Ada ketikanya sakit hati dengar tok siak di masjid negara Turkmenistan buat pengumuman. "Jemput untuk ke KENDURI TAHLIL arwah xxxx beralamat di xxxxx...".

Orang mati pun buat kenduri?

Kenduri ni sebagaimana majoriti rakyat Malaysia faham adalah suatu majlis menandakan kegembiraan. Ke ada orang buat KENDURI solat hajat tolak bala banjir? Majlis solat hajat ada la pernah dengar.

Yang paling hanat kalau ada yang kata JAMUAN TAHLIL.

Orang mati membawa kesedihan.
Jangan pula disambut dengan kegembiraan.

Tapi saya cukup hormat dengan qariah Masjid Andalusia, Laguna Merbok, Sungai Petani. Ketika mahu solat jenazah arwah ayah saya tempohari, imam kedua masjid itu sempat berbisik pada saya, "Nanti sudah siap solat jenazah, jangan bagi duit. Kami tak mahu ianya jadi adat di masjid ini".

Malah jika mahu tahlil diadakan di masjid sekalipun, mereka pesan supaya tidak perlu bersusah payah sediakan makanan. Nak tahlil, tahlil jelah.

RESPEK!

Bak kata sahabat saya, inilah nikmat apabila masyarakat suka belajar ilmu agama. Subhanallah.

+++

Buat makan selepas tahlil tak salah, cuma kena berhati-hati semasa niat. Susun baik-baik. Dan kena tahu kenapa kita buat setiap satu tu.

Ok, first kita nak buat tahlil.

Kenapa kita buat tahlil?

Supaya kita boleh sampaikan(tawassul) pahala kebaikan yang kita buat(menjemput orang ramai untuk majlis berzikir) kepada arwah. Dan pahala zikir itu juga kita sampaikan pada mereka.

Dan supaya rumah kita(tempat diadakan majlis tahlil), bergema dengan zikrullah.

Kenapa kita buat makan-makan?

Kerana mengikut sunnah Nabi SAW(bacalah selawat) yang akan menjamu makanan kepada tetamu bila tetamu berada di rumah kita.

Itu susunan. Bukan kita buat makan kerana ada orang mati. Haram jika kita buat makan-makan apabila ada orang mati.

Dah lah duit habis, dapat dosa pulak tu. Pehhh!

+++

Tahlil itu SUNAT, bukan WAJIB. Jangan jadikan beban pada ahli keluarga si mati dengan menganggap buat makan pada majlis tahlil itu wajib. Kos untuk buat makan pada majlis tahlil tidak rendah. Sehinggakan seolah-olah jika tiada duit, tidak boleh mati.

Percayalah, si mati yang sudah berada di dalam kubur itu pun tentu tidak suka jika ahli keluarganya terbeban hanya kerana kenduri tahlil.

TAK BUAT PUN TAK APA.

Malah, mengikut hadis NABI SAW(bacalah selawat) sepatutnya jiran-jiran yang menghulurkan makanan kepada keluarga si mati untuk meringankan beban dan bukannya keluarga si mati yang kena hidang makanan kepada jiran-jiran.

+++

Lebih baik si anak tu mengaji Quran, khatamkan senaskhah Al Quran untuk arwah. Duit tak keluar, pahala pun dapat.

+++

Nak buat tahlil, buatlah!

Jangan kata "Alah bab khilafiyyah nak sibuk-sibuk, tu yang jiran sebelah rumah tak tutup aurat taknak bising". 

Penting ni! Sebab adat inilah yang dah menyebabkan berapa ramai orang buat benda HARAM.

Betulkan niat yang penting. Jangan kerana nak buat benda sunat, jadi haram. Hanya kerana nak sampaikan pahala pada si mati, kita buat KENDURI.

Kalau betul berkemampuan untuk buat kenduri bagi orang makan dan nak hadiahkan pahala pada arwah, alang-alang buatlah 5 khemah terus. Announce di masjid, "Sempena kematian ayah saya, saya ingin menjemput jemaah sekalian untuk hadir ke rumah saya, ada buat makan-makan". Kahkah! Kena maki dengan jemaah masjid rasanya.

+++

Maafkan saya jika saya salah berkata-kata. Maklumlah saya ini hanya seorang insan yang bodoh lagi hina. Cuma saya berfikir untuk beri sesuatu yang lebih baik untuk orang yang saya kasihi walaupun mereka telah pergi, terutamanya kepada arwah abah saya, Abdul Karim B Idris.

Moga Allah rahmati dia, cintai dia, kasihi dia sebagaimana dia mencintai dan mengasihi kami sepanjang kami dibesarkan olehnya.

+++

Silakan SHARE supaya lebih ramai maklum tentang perkara ini.

Jika salah, betulkan saya, jangan herdik.

+++

Gambar ini antara gambar yang paling lejen saya simpan. Gambar ini adalah gambar terakhir arwah abah bersama anak-anaknya. Raya 2016. Raya 2016 adalah raya yang paling meriah kerana semua anak-anak abah dapat balik beraya.


Rindu abah.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa' fu 'anhu.
_______________________________________________________________________

Alhamdulillah... 
Uols belajar sesuatu ke daripada perkongsian ni?

ilmu ni sangat mahal dan sama-sama kita perbetulkan keadaan yang dah sekian lama masyarakat kita amalkan perkara-perkara yang tak "syariah compliance" apabila ada kematian dalam keluarga kita. 

Dulu masa arwah ayah akak meninggal , perkara yang kami buat sama la apa yang Abam Zahrin sebut tu. 

Semoga pada masa akan datang akak ingat perkara ni dan tujuan akak blogkan perkongsian ni , sekurangnya dapat dijadikan rujukan dalam pencarian google nanti. 

Ilmu yang baik elok dikongsi dan Terima kasih Abam Zahrin kerana sudi memberi kebenaran kepada akak masukkan dalam blog akak. 

Akhir kata, semoga perkongsian kali ni dapat menyedarkan kita hal-hal sebegini dan dapat memberi manfaat kepada kita sebaiknya. 

Salam Kasih Sayang Dari 
Zara Ratu Detox. 
Coach Detox Anda.
+6018-9772964

0 comments:

Post a Comment