Thursday, 16 June 2016

Ramadhan 1437H Tahun Ke2 Tanpa Hero...

Assalamualaikum semua pembaca blog akak yang dikasihi Allah. 

Lamanya akak tak menulis. Diharap kalian semua dalam keadaan yang sentiasa ceria dan bahagia. Rindu rasanya nak meluahkan perasaan dan berkongsi sepanjang penyepian akak dari dunia blog.


Alhamdulillah.. Banyak yang akak lalui dan banyak juga pembaharuan yang akak lakukan menjelang 2016 hingga la kini. 


Actually akak nak share.. tentang my Hero in my life. 

Malam Ni Kan....
Akak Terkenang Arwah Ayah Akak..Masa Akak Kecik Akak Suka Ikut Arwah Ke Kedai. Naik Kat Seat Belakang basikal Tua..bawak Jajan Yang Akak "Pow" Arwah Masa Umur Dalam 5~ 7 Tahun..

😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Dah Masuk Tahun Ke2 Puasa Kali Ni Tanpa Arwah Ayah.
Beliau Seorang Yang Sangat Humble. kuat Bekerja Masa Mudanya. Lelaki Yang Tak Banyak Cakap. Tak Pernah ‪#‎Merokok‬.

Arwah Sangat Rajin Dan Sepanjang Hidup Akak....Tak Pernah Tengok Arwah Tinggalkan Tahajud Pada Sepertiga Malam.

Arwah Suka Berselawat. Sampai Sekarang Akak Terngiang-ngiang Suaranya Berselawat Dengan Gayanya Tersendiri.

Arwah Sangat Sihat. Jarang Sakit Dan Sepanjang Hidupnya...Basikal Tua..Cangkul Dan 
Parang Adalah Teman Karibnya.

Allahu. 6Ekar Kebun Dibersihkan Sendiri Selamba Je.

Bangganya Dengan Arwah. Akak Sempat Jaga Arwah Pada 2012-2013 ...Arwah Menghembuskan Nafas 27/8/2014 Sehari Selepas Birthday Adik Akak Yang Bongsu. Saat Akhir Arwah , Beliau Nak Cium Mak...Nak Adik Cium Arwah.. Sebaknya Jangan Katalah.
27/8/2014 Selepas Isyak..
Akak Terima Call Dari Adik...
Lantas Dia Bagitau.."Bapak Dah Takde Kak"....
Malam Tu Jugak Akak Balik Dengan Adik Beradik Yang Lain Dari Sungai Buloh.
Sesampainya Di Rumah. Arwah Dah Kaku. Wajahnya Tenang Sangat..Ramai2 Bacakan Yassin Malam Tu.
Mak Sedih Tapi Mak "Cool". Tak Tunjuk Pun Sedihnya. Yelah...Selama 50tahun Mak Hidup Bersama Arwah. Sure La Terasa Punya Kehilangan.

28/8/2014 Hari Terakhir Penghormatan Buat Arwah. orang Kampung Datang, Cikgu2 , Sedara Mara Dan Paling Membanggakan..Anak Cucu Sendiri Yang Mandikan Arwah..Kapankan..Solatkan (Termasuk akak Juga) ..Kebumikan Pun Adik Beradik Yang Kemaskan Tanah Untuk Arwah.Kami Buat Untuk Arwah.

Ya Allah...
Tempatkanlah Arwah Ayahku...Kemon Bin Hj Redzuan Di Kalangan Orang Yang Beriman.
Tiada Gantinya Dan Kekuatan Semangat Arwah Masa Zaman Jepun Membuatkan Kami Rasa Semangat Juangnya Hingga Hari Ni.
Al Fatihah Buat Arwah.
Buat anda yang masih ada ibu ayah sekarang ni.. hargailah mereka semaksimumnya. Kerana setelah ketiadaan mereka barulah anda akan terasa. Jangan sia-siakan usia mereka yang meniti usia emas.
Doa akak anda semua sentiasa mengambil tahu tentang kebajikan mereka kerana tanpa mereka tiadalah kita di atas muka bumi ini. 
Salam kasih sayang dari akak , 
Salam Ramadhan Al Mubarak. 
ZaraRatuDetox
Coach Detox Anda, 
+60189772964
#AlUjabClanByZara.


Related Posts:

  • Mawi & Filsuf - Sahabat Dalam Tubuh ada Gel Amani Budak budak pergi mengaji Pergi mengaji di waktu hujan Sudahkah engkau mengenal diri Kau kata dah kenal Tuhan Sahabat siapa yang bergelar sahabat Yang di depan kita hanyalah sebagai syarat Sahabat siapa yang seben… Read More
  • Gempak! Seluar Bersalin Terbaek!!! Amalan menyambut kelahiran atau prosedur pemeriksaan vagina dan menyambut kelahiran di Pusat-pusat Kesihatan dan Hospital Kerajaan biasanya mendedahkan aurat, iaitu bukan sahaja bahagian kemaluan yang perlu diperiksa, bahkan… Read More
  • NECK BATCH 10 Bermula 7 Nov 2015 Lebih dari 100 orang menyertai NECK Batch 10. Kalau baby umur 10 bulan ni dah boleh merangkak dah kot.  Namun program #NowEveryoneCanKurus yang masih muda belia merangkak ni, mampu dibanggakan kerana telah me… Read More
  • Gel Amani Sport Dah Jumpa Kekasih GAS Setiap kali marathon saya pasti akan sertai sebab untuk meneruskan gaya hidup yang lebih sihat dan cara ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dengan mengenal rakan-rakan baru dalam event yang saya sertai. Nak-nak lepas da… Read More
  • Gel Amani Sport Wajib ada Selagi BerlututGel Amani Sport Memang Cool========================Di atas permintaan ramai, Gel Amani dilancarkan lebih awal dan sekarang ini semakin ramai yang gemar beraktiviti lasak tetapi masih TERCARI-CARI PENAWAR sakit lutut @ sendi y… Read More

0 comments:

Post a Comment