Thursday, 29 October 2015

Gempar!! Kisah si kembar Tepi Jalan

Kisah si kembar ni ....sangat mengharukan.

Kerana 

Akak tumpangkan ibunya naik moto dengan akak kat hiway MRR2 malam2 masa tu. Lupa bila ntah. Masa tu , Tayar moto suaminya pancit dan akak kesian kat wifenya ni jalan kaki sebab memang tak de bengkel kat MRR2 tu.

Jadi, akak berenti kat sebelah suami dia , dan tanyakan ke mana arah tuju mereka.Suaminya kata nak ke Damansara Damai dan akak memang kata , bolehlah saya tumpangkan isteri awak sebab saya nak balik ke Sg Buloh.

Suaminya teragak-agak sebab akak pakai facemask dan ingatkan akak lelaki kot. So, bila akak bukak facemask..barulah dia konpiden yang akak ni wanita sejati dan setuju bagi kebenaran isterinya membonceng dengan akak. ( korang mesti bayangkan muka akak pakai face mask kan? )

Si isteri macam serba salah sebab mungkin pikir adakah akak boleh dipercayai untuk hantar dia ke Damansara Damai jadi akak terus jawab persoalan minda dia, " awak jangan risau, saya bukan nak culik awak pun." 

Dia berseloroh gelak, dia kata, tak sangka ada orang nak tumpangkan saya sebab ada banyak je moto lalu tadi, tak ada satu moto pun nak berenti tanya keadaan kami.

Maka, jawapan akak...ini bantuan Allah melalui akak. Kami pun sembang la sampai ke Damansara Damai lepas menenangkan hatinya.

Bila dah sampai ke destinasinya, akak tak ingat kat apartment mana ntah.

Tu kira-kira setahun lepas kot kisah tumpangkan dia.

Hari ini 27.10.2015 tak sangka akak dapat mesej dalam wasap akak. Dia kata, saya yang akak tumpangkan naik moto nak balik rumah masa tayar motor suami saya pancit dulu.

Terkejut akak tau. 
Sebab terharu sungguh dia masih ingat akak dan ia berpunca daripada sebuah buku yang akak bagi dia dan akak ada tuliskan nombor telefon akak. Buku #MMR ..

Alhamdulillah masa tu jugak akak sempat bagi sebungkus#Samosa_udang sebungkus untuk dia mengalas perut ,ye la dah penat jalan kaki mana la larat nak memasak. 

Syukur akak dapat bantu dia masa tu. Masa tu Allah yang aturkan pertemuan kami dalam membantu tumpangkan dia je.

Jadi mesej hari ni dia kongsikan si kembar ini yang mana masa dia mengandung dulu tu rupa2nya dapat baby si kembar yang comel ni. Aduhai, rasa nak gigit2 je pipi dua2 si comel ni.

#Pengajarannya....

1) Jangan lupa beri sesuatu tanda ingatan kepada orang yang kita pertama kali jumpa supaya dia akan kenang kita pada masa-masa dia perlukan kita.

2) Syukur la anda berkereta, jangan pandang rendah bagi kami yang naik moto je.

3) Allah Maha Penyayang. Syukur selalu dan sedekah sentiasa.

#Like and #Share jika anda suka kisah benar ini.






Sekian kisah yang mungkin dapat memberi manfaat kepada anda dan akak mohon jika ianya mampu memberi manfaat kepada sahabat anda, sila la Share kisah ini ke Wall FB anda.

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox anda,
018 977 2964

Related Posts:

  • Terapi Alam Zara Ratu Detox Weng VS Wang============== Assalamualaikum pembaca blog akak yang akak hormati dan semoga kalian semua dalam keredhoaan Allah SWT.  Diharapkan uols sihat dan ceria di samping mereka yang tersayang.  Hari ni Ak… Read More
  • Rolf Kipp - No 1 Di Dunia dan Dah 20 tahun Dalam Forever LivingAssalamualaikum & Good Morning !! Tak kira siang ke malam ke..  Dalam Forever Living, kita ambik semangat waktu setiap masa.  OK. Alhamdulillah. Hari ni akak diizinkan lagi untuk berkongsi dan hari ni akak nak… Read More
  • MENUMPANG KASIH VS. BERBAHAGI KASIH MENUMPANG KASIH VS. BERBAHAGI KASIH********************************************** Ungkapan "menumpang kasih" sering kali kita dengar diucapkan oleh seseorang wanita dipermulaan beliau ingin memanangi hati seorang lelaki yan… Read More
  • Muhasabahlah.. Semaklah Diri SendiriAda orang bangga dengan suaminya... akhirnya suaminya itu CURANG padanya. Ada orang bangga dengan anaknya... akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia. Ada orang bangga dengan hartanya... akhirnya DISAMUN, … Read More
  • Resepi Cendawan Kukur By Zara Ratu Detox Assalamualaikum awak... Terima kasih sudi singgah ke blog akak dan sudi nak baca perkongsian akak hari ni. Hari ni saja nak share tentang cendawan kukur yang akak percaya ramai pernah nampak tapi tak tahu apa namanya dan tak… Read More

0 comments:

Post a Comment