Monday 14 September 2015

Ratu Detox Bagi Tips Cara Menghilangkan Selulit

Assalamualaikum 
Bersyukur sangat-sangat akak dapat berkongsi lagi hari ni dengan tajuk cara untuk menghilangkan selulit. 

Apa itu selulit?
Selulit ni adalah lemak yang tersimpan jauh di bawah kulit dan kedudukannya sangat hampir dengan tulang kita. Ia biasa dipanggil sebagai lemak tepu. Ini yang tubuh kita gunakan untuk membakar makanan sebagai tenaga. 

Macam akak sendiri memang sangat tak selesa dengan peha yang besar dan jalan pun terasa peha berselisih. Syukur sangat bila sekarang ni selesa  je dan seluar jeans akak sekarang dah boleh pakai saiz 28 berbanding 34 sebelum ni. Seksa tau. sangat tak selesa berjalan masa ada lemak tebal di peha dan di bahagian pinggul.
Selulit ada je pada setiap orang terutamanya ke atas ibu-ibu yang pernah hamil, akak pun mengalami masalah sama. 
Cara Hilangkan selulit secara amnya
1.Bersenam
Bersenamlah dengan teratur kerana ia dapat membantu menghilangkan selulit dengan memberi fokus kepada bahagian yang terkena selulit.

2. Elak makanan segera
Makanan segera sangat tinggi kandungan lemak, kabohidrat dan minyak. Sumber-sumber itu akan meransang terjadinya selulit di sel-sel lemak.

3.Kurang garam dan Gula
Gula membentuk lemak dan jika tidak disingkirkan dengan senaman. Gula juga agen perangsang menggalakkan selulit melekat dalam tubuh badan.

4. Banyakkan minum air.
Air berfungsi untuk mencegah dehidrasi. Air juga bertindak menyingkirkan minyak yang terbentuk di bahagian lemak tubuh badan.

5. Ambil vitamin
Vitamin yang membantu mengusirkan selulit pada tubuh ialah Vitamin B6, Vitamin C , Vitamin E , Selenium, Vodium , Lycopen dan Kalsium.

6. Guna Minyak zaitun
Sapu dan urut bahagian selulit yang ada pada badan. Namun ia sememangnya mengambil masa yang panjang untuk menghilangkannya.

Tips Tambahan Mengatasi Masalah Selulit 
1. Pembedahan Liposuction 
 - rawatan membuang kemak pada lapisan kulit dengan cara menyedut keluar lemak dan lapisan inilah yang akan menyebabkan selulit. Kosnya tinggi dan kesannya berisiko tinggi juga.

2. Urutan 
- Urutan boleh dilakukan di spa dan pusat kecantikan. Tetapi keberkesannya sangat rendah kerana urutan kurang menyingkirkan selulit pada tubuh badan.

3-Senaman 
- Senaman sangat berkesan untuk mengurangkan selulit dan senaman-senaman yang bagus untuk diamalkan adalah Lunjes - pergerakan sebegini memberi tekanan pada bahagian peha dan bahagian belakang badan yang biasanya lemak banyak terkumpul di situ.  
Pergerakan seperti ini sangat membantu menyingkir lemak dari tubuh badan.
Cadangan yang membantu untuk mengurangkan ketebalan lemak dalam tubuh badan


Set yang akak cadangakan untuk bantu anda kurangkan selulit
Sejak akak dalam program Now Everyone Can Kurus sejak Feb 2015 sebagai krew yang membantu menjayakan program , kami dapati ramai sangat peserta menjadi lebih sihat , lebih slim dan lebih bergaya selepas masing-masing dapat berat badan idaman. Namun bukan itu sahaja mereka lebih berkeyakinan tinggi dengan keadaan fizikal mereka yang berubah dari saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil. 

Syukur Alhamdulillah. Inilah misi kami untuk membantu menyelesaikan masalah mereka yang mengalami berat badan berlebihan dan bentuk badan yang kurang menyenangkan. 

Ok la dears. Setakat ini saja perkongsian akak untuk hari ni  dan akak akan terus berkongsi info untuk anda lebih memahami mengapa pentingnya untuk jadi lebih sihat secara semulajadi semestinya. 

Akhir kata, semoga anda dalam keadaan gembira dan mendapat manfaat setelah membaca perkongsian akak ini. 

Salam kasih sayang, 

Zara Ratu Detox, 
0 1 8 9 7 7 2 9 6 4 


0 comments:

Post a Comment