Thursday, 20 August 2015

Bahtera.my : Pesanan DAO Memang Power!

Bismillah....
Akak nak share pesanan DAO , Mentor Kekayaan Dan Kejayaan Malaysia.

Harap memberi manfaat kepada kita.

Pesanan Dr Azizan Osman: 

Soalan: 
Azizan, bagaimana saya ingin mulakan berniaga secara sampingan sedangkan saya masih bekerja? 


Komen saya: 
Persepsi setengah orang yang bekerja yang ingin mulakan perniagaan, mereka mesti :-


1/ Berhenti kerja serta merta untuk bisnes full-time - Ini tidak benar
2/ Mesti mulakan dengan modal duit yang besar - Ini tidak benar
3/ Kena ada kedai fizikal - Ini tidak benar
4/ Kena keluarkan produk sendiri- Ini pun tidak benar
5/ Kena mengadap bisnes 24-jam- Ini pun tidak benar. 


Sentiasa melekat pesanan DAO dalam melakukan apa tindakan kena ada MESTI!

Jadi, apa yang benar? 

1/ Jangan berhenti kerja jika baru nak mula berniaga melainkan anda memang kena buang kerja atau anda memang telah mempunyai simpanan yang cukup untuk "survive" kos sara hidup dan komitmen bulanan anda untuk sekurang-kurangnya 6-bulan sehingga 12-bulan.

2/ Teruskan bekerja sambil buat sedikit "research" apakah produk atau perkhidmatan yang orang perlukan samada di pejabat, di media sosial atau di kejiranan anda.
3/ Mulakan bisnes sampingan anda samada dengan memasarkan produk/perkhidmatan orang lain contoh menjadi ejen/pengedar produk/servis orang lain atau dengan menawarkan perkhidmatan menggunakan bakat, pengalaman, ilmu ataupun kelebihan diri anda.
 


Contoh: Mengajar tuisyen subjek2 yang anda mampu ajar dirumah pada hujung minggu atau perkhidmatan anda ialah menguruskan/menawarkan guru-guru tutor yang anda boleh pasarkan home tuisyen di mana anda tidak perlu mengajar tapi pasarkan perkhidmatan tersebut dan aturkan guru-guru untuk mengajar. 
Anda akan letakkan harga yuran/jam atau satu subjek dan bayar sebahagiannya kepada guru tuisyen tersebut. 

Ini contoh #1. Contoh lain ialah anda mungkin bagus dalam bidang pengurusan akaun dan percukaian, maka anda tawarkan perkhidmatan tersebut kepada usahawan-usahawan kecil yang tidak mampu lagi membayar gaji penuh akauntan dan anda caj kadar perkhidmatan yang tidak membebankan. 

Perkhidmatan mengurut tapak kaki, perkhidmatan gubahan bunga, perkhidmatan tempahan kek adalah contoh-contoh perkhidmatan yang anda boleh jadikan perniagaan permulaan tanpa anda perlu tahu buat tapi anda perlu tahu pasarkan produk atau perkhidmatan tersebut. 

Contoh lain yang bagus ialah memulakan dengan menjadi perunding takaful, perunding kewangan ataupun Real Estate Negotiator. Tapi pastikan ada disediakan latihan yang bagus. 

4/ Mulakan bisnes tanpa kedai. Anda bagus mulakan melalui FB, InstaGram, Twitter dan melalui rakan-rakan dengan gunakan WhatsApp atau SMS dan lain-lain. Gunakan teknologi dan media sosial sebagai alat untuk "buat duit" dan bukan tambah dosa atau perkara sia-sia!

5/ Jangan mulakan bisnes dengan meminjam bank apatah lagi jika jumlahnya besar! 


Semoga saranan ini semua membantu sedikit sebanyak! Insya Allah saya akan beri lebih banyak penerangan nanti di Seminar Magnet Kejayaan 2015! 


Alhamdulillah akak dah join IMKK ( Insentif Mentor Kejayaan dan Kekayaan ) sejak 2010, 2011 dan 2015. Syukur sangat-sangat dapat memperolehi manfaat dalam setiap kali selepas menyertai IMKK yang hebat !

Salam sayang dan diharap perkongsian ringkas akak , dapatlah dimanfaatkan. 

Ikhlas, 
Zara Ratu Detox , 
Fitness Is My Passion
01 8 977 2964 

Related Posts:

  • Teruja Zara Detox : Marathon Pertama Kali 10km dalam Hidup Assalamualaikum dears,  Apa khabar ? Semoga anda sihat , bahagia dan ceria di samping orang tersayang. Alhamdulillah akak sekarang semakin cergas dan akak rasakan kehidupan akak bermakna sebab akak dikurnikan kesihatan y… Read More
  • Zara Share Tips : Olesan Ajaib Dia Menjadi Assalamualaikum kepada pembaca blog rubyzara.  Diharap anda dalam keadaan yang sentiasa ceria dan bahagia hendaknya. Alhamdulillah sekali lagi pada hari ni akak dapat berkongsi kisah akak.  Kira kejayaan jugak ak… Read More
  • Musykil ??? Apa tanda-tanda hati sihat Assalamualaikum kepada pengunjung blog rubyzara. Semoga anda semua dalam keadaan yang sihat dan ceria. Bersyukur akak kepada Allah SWT kerana sekali lagi dapat lagi berkongsi coretan dalam entri kali ini.  Hari ni akak … Read More
  • Zara Detox Kata Badan ni kan Milik DIA Assalamualaikum dears,  Bersyukur ke hadrat Ilahi hari ni akak dapat berkongsi lagi. Allah Maha Kaya dan akak bersyukur sebab ada je perkara nak share dengan anda.  Apa kak nak share hari ni?  Akak nak shar… Read More
  • Zara Share Menyesal Join NECK Assalamualaikum dears pembaca blog rubyzara yang akak kasihi. Hari ini cuti umum kerana sedia maklum hari ini adalah sambutan Maal Hijrah 1437H bersamaan 14 hb Oktober 2015. Syukur kepada Allah SWT kita masih bertemu u… Read More

0 comments:

Post a Comment