Monday, 24 August 2015

Part 3 : Zara Mendaki Bukit Bendera 15/8/2015

Bismillah..
Alhamdulillah...Ini Entri akak ke 100 dan istimewanya akak kongsikan pengalaman berharga akak kepada anda!
Excited sangat2! Akak akan konsistenkan diri share apa sahaja dalam blog untuk kebaikan kita bersama.

Alhamdulillah sampai juga ke Part 3 perkongsian akak mendaki ke Bukit Bendera (BBd). Syukur sangat-sangat anda dapat meluangkan masa baca perkongsian akak ni. 

Perjalanan Bermula 
Sebenarnya awal pagi tu akak dah naik ke BBd dengan tren yang RM3 tu..siap naik turun. Tapi rasa tak puas hati jugak la , takkan la nak naik ke BBd dengan tren je? Macam tak berbaloi je datang dari jauh-jauh tapi tak ada perkara adventure. So, kami decide untuk mendaki BBd dengan jalan trek jalan kaki yang ada berdekatan dengan pintu masuk BBd. 

Mana kami jumpa? 
Kami try and adjust je. 
Hahaha! 
Jumpa jalan ni kami macam pelik tapi kami gagahkan jugak la ...tanya aje la kat uncle yang ada masa tu. 
So, tak ada la sesat. 


Ini kira awal-awal yang akan anda jumpa jika anda mendaki ke BBd
Fasa Pertama
Perjalanan awal-awal ni memang rasa bertenagalah. Tempuh kebun sayur masa ni, ala..akak belasah je. Bukitnya agak cerun. Memang best untuk kaki ni.

Tengah lalu kebun , rupanya atas akak landasan tren ke puncak BBd, sempat la akak snap. Hahaha!
Sempat lagi akak nak snap ni . Best kan?
Ini awal-awalnya tangga ada pemegang. lama-lama makin ke atas, pemegang tak ada. Mencabar weeeyy!!

Ni dalam 300m dari bawah tapi rasanya dah dekat 3km dah akak jalan kaki ...Fuuuhhhh!
Nampak tu..ada kebun tanam serai. Eloklah kan daripada dibiarkan semak. 

Langkah demi langkah, peluh makin mencurah, panas makin terasa sebab matahari mula meninggi. Tapi Best!

Fasa kedua

Akak jumpa kebun macam ni memang best la rasanya!
Bestnye...suasana macam kat kampung. kan?
Best tangga macam ni..masih gagahlah dengan struktur yang selamat dilalui ...
Memasuki fasa kedua ni akak lebih bersedia dengan cabaran lebih best!
Muka steady lagi la kononnya.
Malam dah la tak cukup tido. Mata nampak bengkak dah...
Laluan tangga yang dah akak lepasi. Best kan?Lebih 500anak tangga dah tu.
Steady walau dah rasa kaki mengeras semacam ...
Partner akak memang tak nak kalah, nak depan aje..Tak pe..bior dia..
Fasa Tiga
Fasa ni dah mula terasa terik.
Pinjam kayu untuk percepatkan akak naik tangga-tangga tu 
Kamera berkabus sebab letak dalam beg...nampak ala-ala berkabus. Hahaha!
Ada taman bunga pulak dalam perjalanan...Rehat sekejap cuci mata
Semakin hangat dah ni.
Laluan berliku...steady lagi ni ..dah dekat sejam perjalanan , namun akak masih gigih berjalan.
Fuuuhhh....time ni mencabar! Kena panjat! Tak de anak tangga langsung.
Partner patah balik sebab kat sini kaki akak cramped!
Berpegang pada tali je. Arrrgghhh!! Cemas sekejap lepas cramped beberapa saat! Mujur tak jatuh terjelepuk.
Tengok keadaannya..Best kan?
Muka lepas cramped kaki. Hahaha!
Selfie aje la keja akak!
Ada lagi tangga?? Whaaattt??? Bila nak sampai ni? Partner dah tinggalkan akak!
Mana satu nak jalan ni?
Kami menuju ke puncak la..!
Nampak apa yang akak nampak tu?
Ini la barisan kita..yang ikhlas berjuang..kagum dengan Ciptaan Allah SWT!
Ingat senang nak dapat gambar dia tu? Tu pun dah jauh akak tertinggal..
Tren kejap lagi nak lalu kot..tunggu le kejap..
Cepat2! Nanti kena tinggal tren!
Haaa...kami kat bawah laluan tren ...camne nak naik?
Dah nampak kepala tren tu...
Snap selagi mampu! Hahaha
babai!
Inilah paras ketinggian kawasan kami ketika kami di sini! Fuuuhhh...dekat sejam 10minit masa ni
Dah nak sampai...kawasan ni lokasi joging tapi laluan agak cerun.
dah asyik selfie je, memang kena tinggal la! Hahaha!
Beriya macam muka penat!
dah nampak puncak dah tu! Cepat
Nampak Penang dari pandangan atas bukit bendera walaupun belum sampai ke puncak
Korang nampak ke apa yang akak nampak tu? hihi...comel kan?
tak abes2 selfie dia! Jangan marah k...
Diwartakan sebagai Hutan Simpan sejak 1911. Semoga ia kekal dipelihara supaya anak cucu akak dapat hiking macam akak jugak!
Dah sampai ke penghujung perjalanan Bukit Bendera , wajiblah bergambar kan? Ini lah sahabat kembara akak!
Nak order t shirt tu , boleh PM akak ye.hihi
Kenangan di Bukit Bendera dalam masa sejam 41 minit berhiking dan akan diperbaiki catatan masa kami.
Turun dah , naik tren je..masa ni dah pukul 11.45am dan bayaran tiket RM5 untuk 1 hala.
Puas hati dapat selesaikan misi ini dengan jayanya. 
Alhamdulillah berjaya sudah. Terima kasih kepada sahabat yang sudi memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk akak jayakan misi mendaki Bukit Bendera ini. 

Ini kerana, Fitness is My Passion! 

Trust me! Anda juga boleh lakukan! Nak rasa nikmat kesihatan kita ni dalam keadaan baik, inilah caranya. Kita jaga kesihatan dan nikmati alam yang Allah cipta ni untuk kita lihat kebesaranNya. 

Akhir kata, terima kasih sudi singgah ke blog akak dan semoga dapat manfaat daripada perkongsian akak. Nantikan perkongsian akak ke destinasi yang lain pula dan semestinya akak akan share untuk korang!

Salam kasih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
Fitness is My Passion.

0 comments:

Post a Comment