Friday, 21 August 2015

Part 2 : Zara Daki Bukit Bendera 15/8/2015

Bismillah...
Akak sambung cerita tentang pendakian akak ke Bukit Bendera (BBd) 15/8/2015.
Kali ni best sikit. ada banyak gambar..hehehe...

Jangan kata akak tak belanja gambar ok ...

Taraaaa....bukak-bukak je nampak meriam kan?
Hehehe...Inilah peninggalan kesan sejarah Tanah Melayu. Sekitar tahun 1826 Pulau Pinang pentadbir Neger-negeri Selat Tanah Melayu yang ada di bawah pentadbirannya adalah Melaka dan Singapura. 

Wahhhhh...dah ngajar subjek Sejarah pulak akak ...

Bukit Bendera kan ada sejarahnya. Ini meriam betul tau. Menjadi tanda sejarah Pulau Pinang sejak 1826. 
Ini masa dah sampai naik Bukit Bendera buat pertama kali dengan naik tren RM3.
Tapi akak akan sambung share dari awal perjalanan kami. Gambar ni saje la nak teaser kat uoollsssss.. Hahaha!

Ini dah masuk ke kawasan Jambatan Pulau Pinang. Tinggi kan?
Bayangkan akak dapat naik ke atas tu . Teringat masa ditayangkan dalam Majalah3, gayat je tengok laut tu 
Sikit lagi nak sampai dah....bestnyaaaa.....
Dah malam akak sampai ke Bukit Feringghi ni...Jauh jugak perjalanan dan kat situ ajelah akak dapat booking hotel untuk bermalam. Risau jugak nak terjah je sebab biasa hujung minggu dikatakan hotel banyak yang penuh. 

Syukurlah dapatlah tempat kami berehat seketika sebelum ke Bukit Bendera pada esok hari. 

Hujan Tengah Malam di Pulau Pinang

Gundah gulana hati akak bila hujan di tengah malam, kira-kira pukul 2 pagi masa tu. Tak pe...doa je untuk dipermudahkan urusan dan akak pun tidur dengan lenanya. 

Jam 6.35am akak baru tersedar dan bergegas untuk solat Subuh. 
Ya Allah!! Berdosa rasa bila lewat terjaga untuk solat. Alhamdulillah akak tersedar dengan kicauan burung di luar tingkap bilik hotel akak.

Bila tengok luar, Alhamdulillah sangat-sangat cuaca cerah walau selepas hujan pada awal pagi. Maka akak pun bersiaplah cepat-cepat sebab excited nak mendaki ni.

Pertama kali naik Tren ke Bukit Bendera

Ok...dalam jam 8.21am akak sampai ke lokasi Bukit Bendera, akak cepat-cepat nak sampai sebab nak dapatkan tiket murah sebelum pukul 9.00am. 

Cepat memang cepat la...akak dapat tiket RM3 untuk 2 hala ( naik / turun ) ke Bulit Bendera.

Jadi sapa nak datang ke Bukit Bendera kenalah sampai sebelum pukul 9.00am dan wajib tunjukkan MyKad untuk dapatkan harga warganegara Malaysia atau anda kena bayar RM30 seorang jika tiada MyKad , manalah tau anda lupa nak bawak ke kan? Sangat la rugi!

So, sangat jimat sangat dengan harga yang Wow ni!

Tiket ni sah digunakan dari pukul 6.30 am - 9.30am dengan bayaran RM3 sahaja.
Dalam Tren ni macam tren komuter juga, mesra rakyat..
Excited la ni pagi-pagi dah naik tren. Best!
Bila keluar tren je , terus akak ambik gambar ni ..sejuk mata memandang.
Dari atas Bukit Bendera ni , gayat pulak akak...tengok trek laluan tren tu.
Kecik je Jambatan Pulau Pinang tu.
Gayat la tengok bawah sana ...Hahaha!
Pemandangan pagi seluruh Pulau Pinang.
Nanti anda datang sini , pasti akan terpesona dengan pemandangan sebegini.
Siap ada papan petunjuk kawasan @ mapping katanya ...
Tersergam kan? Bangga la dah sampai..
Indahnya ciptaan Allah 
Nak best boleh la duduk atas tu santai-santai 
Akak gayat tak abis lagi ni...Hahaha!
Ok...ini habis part 2..
Pengalaman akak naik tren ke BBd dah dapat...lain kali datang boleh bawak anak-anak pulak. Kali ni akak nak capai misi akak daki BBd, 

Part 3 yang betul-betul kisah akak mendaki BBd. Best! 
Sampai part 3 je sharing BBd ni.

Cadangan persediaan kepada yang nak mendaki BBd

  • Air minum yang secukupnya 
  • makan sebagai alas perut 
  • tuala untuk lap peluh 
  • kasut yang sesuai untuk hiking , bukan yang jenis running. 
  • seluar track yang selesa 
  • seeloknya pakai lengan panjang sebab risau kot ada nyamuk ke serangga gigit ke..
Alhamdulillah...dapat berkongsi lagi dengan anda yang sudi baca. 
Syoklah kan dapat tengok apa yang akak lalui dalam misi akak ke BBd ni.

Ini semua kerana akak sangat passion nak jadi sihat dan fit maka akak cabar diri untuk melakukan aktitivi lasak. Syukur sangat Allah memudahkan urusan akak dan semestinya kepada Dia sahaja akak bermohon untuk menjayakan apa yang akak impikan. 

Semoga perkongsian akak dapat memberi manfaat kepada yang membaca entri kali. 

Salam kasaih sayang, 
Zara Ratu Detox, 
Fitness is My Passion.
018 977 2964.

2 comments:

  1. Wahhhh..teruja dgn stamina hang.
    Next time nak bawak anak2 la...mst best.

    ReplyDelete